.::MeNu BLoG::.

'ammar (10) Aaron Aziz (2) AdamHawa (2) Adania; Amaryllis (1) Aksi (11) Aktiviti (7) Amaryllis Premium Collagen; APC Putrajaya; APC (3) Ammar (6) Amsyar (36) Artikel (10) Artis (1) Astma (2) Babah (1) Baby makan durian (1) Bandung (3) Berita (1) Berita Dapur (2) Bersosial (16) Besday (4) Bicara Minda (1) blogger;abil fikri;DIM Abil Fikri ;http://abil4fauziah.blogspot.com (2) BoothAPC Putrajaya (1) Bowling (1) Bromo (1) CD (1) cerita (4) Cheese Tart (1) Chicken Pox (1) Contest (2) Cuti-cuti Indonesia (1) Cuti-cuti Malaysia (1) demam (4) Diana Danielle pregnant (1) DoubleA (3) Drama AstroHD (1) Durian (1) Durian Creep (1) Entry basi; Bersosial (5) Episod akhir (1) Family Trip (1) Farid Kamil (1) Felinna Inchloss (1) Figure Up PROMO (1) FinalAdamdanhawa (1) Gateway (1) Gathering SI (6) Good Friday (1) Hidangan Pengantin (1) Hidup dan matiku utk ISLAM (1) Hijrah 1434 (1) Hobi baru (1) Hotel (1) Iklan (4) Inchloss Lotion (1) indonesia (1) Info (9) Islam Sejahtera (1) Jalan-Jalan (1) JJMC (1) Kejadian (3) Korea (1) Krabi; Travel With Kid; Amsyar ; Ammar; DoubleA (4) Krabi; Travel With Kid; Amsyar ; Ammar; DoubleA ; Passport (2) Krabi; Travel; (1) KTO (1) kuih raya sedap 2013 (1) Kutu (1) Liburan (1) Little Caliph (2) Makanan (1) ManggaAds (1) Masak2; DIY (1) Melaka; travel (1) Menarik di Genting Highlands (1) milestone (1) MilkA Deal; (1) Mother's Day (1) NadiyaNisa (1) NadiyaNissa (1) Novel (1) novel 2015; hobi (1) Nuffnang (3) NuffnangOpenHouse2014 (2) NuffNangRaya Special Raya 2014;Nuffnang Event (1) Organic Cordyceps (1) other (2) Others (1) Pengertian Puasa;Puasa (7) Perkahwinan (1) Pregnancy Test (1) Produk Slim (1) Red Bella Body Wash (1) Resepi (6) Sabah (1) Saya Jual Produk; (1) Seju (1) Sekolah (1) Seoul (1) Shopping (1) Sosial Silah (1) Stok EBM (4) Surabaya (2) Tadika (1) Tadika YADIM (1) Taska Tasneem (1) Tips; StoryMory (1) Travel (5) Travel Agent (2) Trip; Bali; Honeymoon (3) Umi Ceritera (4) Ummi Ceritera (14) Ummicupcakes (1) Urus rumahtangga. (1) Video (6) Wad Paedratik Hospital Serdang (1)

.::U FoLLow Me , I tHaNk U::.

Meh Add Your BloG :

LETS CLICK GUYSS!~ TQ

November 30, 2010

Fully Recover..Alhmdulillah..




3 of us... sahabat sejati


* Update respon dari saudari Che tentang penulisan sy dlm ENTRY bertajuk: Owh bengkak susu...sakitnya nauzubillah!... ... beliau betulkan sedikit.


Blogger Che said...

june..
good sharing.. cuma nak btulkan skit.. kalo breast bengkak tak leh tuam dgn bende PANAS!!! nanti lg bengkak..
kene tuam dgn bende SEJUK cth tekap ngan towel berais.. kobis sejuk.. tp jgn lelama.. just utk redakan sakit dlm bbrp minit..

pastu mulakan teknik memerah susu guna tgn.. spt yg june attachkan tu.. nak perah guna tgn sebenarnya senang je kalo tau teknik nye..

breast yg bengkak tak leh perah guna pam susu ye.. susu lg payah nak kuar. nak2 kalo bhgn areola tu pon da bengkak.. yg pastinya nak perah guna tgn tu.. kalo bhgn areola bengkak.. perah sekitar areola tu dl smpi lembut pastu br bole perah guna pam..

November 29, 2010 11:32 PM

* terima kasih di atas keprihatinan pmbaca... :)

Dan skrg ni aunty ana pun dh baik dari bengkak susu sejurus suaminya pulang menjenguk dari Kelantan - Putrajaya. ha... ajaibnya kan.. hahahha.. yer la... susu tu nk dipaksa keluar mcm mane sekiranya hati gundah gulana... dia perlukan org yg tertsayang berada disisi menemani mmberi sokongan dan sebab itu juga B yang bengkak mudah surut..
Kan saya dah kata... ngeh..ngeh..ngeh..


cheers;
ummiamsyar

Support Group Meeting by SusuIbu.com



nice bunting..


hasil group ummi..

group rashliana(kak haslina)-- ramai ibu2 yg baru dlm group ni.


hasil pembentangan dari kaum bapa..

dlm sesi perbincangan...
bersungguh2 gaya hasnida, fid(anak dia bf selama 5 tahun tau.. caiyok la)
dan hayati kiri sekali. otaimer derang ni..



sedang 'beraksi' anak sha nih.. dia tgh sedih sbb sdg proses
weaning terpaksa bcoz of tanggungjawab kerja plak..
so sesi pujuk memujuk sdg berlaku..hope sha be strong ok..



sedang mmberi pendapat dan jwapan masing2...
akak beranak tiga(tak ingt nama) dan diaz anak sorang..


Mama Kamariah--proud of u...


presentation...


group bapa juga ada tau....babah amsyar jer segan nk join
layan amsyar main ball, pastu chow gi umah mil...









group ibu-ibu vogeh.. chewah
kiri: FID, Bigmama(aku lerr), Hanida, Sha
LuvHaziq dan Hayati .diaz, yusrina nn bbrp org lagi takde time ni..




Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Alhmdulillah... syukur di atas nikmat yang Allah beri.. segala2nya indah belaka apa yang sedang ummi lalui sekarang.. Doa dan harapan ummi semoga babah amsyar dan amsyar sndiri bahagia bersama ummi.. amin..

Aktiviti hari ahad smlm, pagi2 bersiap utk menjayakan satu aktiviti santai yang dipanggil Support Group Meeting anjuran Susuibu.com dan yang penting kaunselor-kaunselor terlatih yang terdiri dari ahli Susuibu.com. Salah seorang ahli yang dh lama menyepikan diri adalah ummi sndiri.. kali terakhir ummi join aktiviti SI time Sambutan SusuIbu sedunia di Kajang tahun lepas... Ajakan dari Puan Haslina since 2 minggu lepas mmbuat hati ini tergerak utk join semula (n kebetulan takde aktiviti lain). Topik kupasan juga amat menarik iaitu -- " Weaning Process - Baby Led Weaning"/ Proses bercerai Susu- Bayi yang Tentukan utk Bercerai Susu". Betul ke mksud nye tu?? .. rase nye begitula.. Biar bayi yang menetukan bila dia mahu berhenti menyusu badan.. dan kita sbg ibu dan bapa guide bayi utk melalui proses tersebut.. Ia juga perlu persetujuan dari 2 belah pihak antara ibu dan anak itu sendiri.


Antara kupasan yang dapat di bincangkan dlm kumpulan.. adalah tentang apa yang dimaksudkan dengan Weaning. pelbagai tanggapan dikongsi bersama sebelum mndpt jawapan sbnr dari rakan SI yang lebih arif--iatu Peer Counselor yang terlatih mmberi jawapan.. Proses weaning berlaku pada bayi seawal bayi mendapat makanan pelengkap. Biasanya sekitar 6 bulan apabila bayi mula makan solid food.

FAKTOR-FAKTOR SEMULAJADI PROSES WEANING:

1. Pertumbuhan gigi bayi -- bayi mula explore menggunakan gigi dan mengunyah makanan.
mula ingin menikmati makanan yang lain selain dari menyusu

2. Pengaruh sekeliling -- iklan makanan yang menggambarkan kelazatan makanan.

3. Rasa/bentuk/warna --tarikan makanan yang pelbagai..pendedahan dari ibubapa sndiri
memperkenalkan setiap makanan yang diberi kepada bayi..

4. semangat ingin tahu -- kanak-kanak itu sendiri ada keinginan utk mencuba makanan lain

5. Pengaruh rakan -- kanak-kanak yang bergaul dgn rakan2 lain biasanya dirumah pengasuh
akan berlaku perkara begini.. nmpk org lain makan, dia pun mmpunyai keinginan yang
sama..

So persekitaran dan pendedahan di atas membuat seseorang bayi itu perlahan-lahan menjadikan susuibu itu sbg sampingan sahaja... Sbg ibu bapa hendaklah memastikan mmberi pendedahan kepada anak2 sedang mmbesar tentang makanan yang baik utk dimakan dan tak baik utk kesihatan...

Pemakanan yang seimbang (ikut piramid makanan) dari nasi, ikan, telur, daging dan susu segar yang mmbekalakan nutrien makanan sbnr adalah yang terbaik berbanding mmberi nutrien sepenuhnya melalui susu formula(berbentuk tepung). Dgn susu formula kanak-kanak akan berasa kenyang sntiasa dan reject makan makanan lain. Itu yang timbul isu kanak-kanak tak mo makan..hanya menyusu smpai 10 -12 botol sehari..

* So kesimpulannya, susu formula bukanlah terbaik utk digantikan slps susu ibu tapi pemakanan seimbang dari nasi, telur, sayur, ikan, daging, cheese dll amat digalakkan. Sambil anak2 menikmati makanan tersebut, kanak2 dapat manfaat melalui kenal bentuk, bau dan rasa. wallua'lam. Apa yang baik datangnye dari Allah, dan kekurangan itu datangnye dari ummi sndiri.. InsyaAllah ummi cuba utk mendapatkan ilmu yang lebih lagi utk dikongsikan bersama...

*akan diupdate semula utk tmbhn link kawan2 SI yg share kisah yg sama.. so check it out ya!!

http://xclusivelyxpressing.blogspot.com
http://ezurin.blogspot.com
http://sweetstory.yuitsumuni.com






sharing is caring;
ummiamsyar

November 29, 2010

Pre-visit MAHA Exbition di Serdang




MALAYSIA AGRICULTURE, HORTICULTURE & AGROTOURISM
INTERNATIONAL SHOW 2010 @ Serdang


assalamualaikum dan selamat sejahtera...


Wah... mood ujung2 tahun begini semenangnya ramai parents ingin spend time ngan anak2 lebih skit dari biasa kan.. selalunye dapat time ujung minggu jerk.. So ape kata amik la cuti hari biasa bawa anak ke MAHA Serdang (itupun bagi parents yg dok berdekatan kt sekitar Bangi-Kajang-Puchong-Putrajaya) .Bila pegi hari biasa takdelah pack sgt dgn org compare sabtu & ahad.

Sabtu smlm pegi awal pagi tapi tak awal sgt..dlm jam 10.30pg.. parking lot pun blum penuh lg..cuma bole dpt yg berhampiran dgn tapak Exbition. Utk ke MAHA disediakan 2 pintu.. Pintu 1 dari arah Hospital Sedang dan Pintu 2 dari arah Puchong.. So kitorang masuk dari Pintu 1. Parking lot plak ada utk public dan bersticker.. Rezki kami aritu sbb tak ramai org, dpt parking kt tmpt parking berstiker.. so dekat skit. hehehe

Cuaca agak panas.. baru berjalan 15minit keadaan amsyar dh rupe budak tak siap..berpeluh satu kepala.. hihihi.. dapat la main kt Petting Rabbit sekejap kt area masuk tapak exbition utama tu..
Bermula kt Bazar Makanan Popular..layan makan murtabak Singapore.. perrrggghhh! sedap menjilat jari.. beli saiz sederhana RM10 makan bertiga... pastu berjalan kt tmpt Produk2 International.. dah abis tawaf kt situ, ke tapak Local plak.. tapi amsyar tak brape gemar tmpt2 gitu.. so Ummi ngan babah pun ubah arah keluar semula, berjalan ke tmpt tunggu tramp utk ke tempat ternakan... naik tramp FREE ,tapi sayangnye tramp tu tak bawa penumpang smpai ladang ternakan pun.. hhihihihi.. so kitorang round jer la naik tramp smpai ke tmpt naik tadi...
kalau nk ke tmpt ternakan mungkin kene naik bas berbayar kot.. sbb nmpk ada kaunter kt tmpt tunggu tramp/bas tu. babah ngan amsyar dh tak larat dah..termasuk ummi.. sbb cuaca panas gilerrr.. kitorang balik dan dpt masuk kereta jam 1:30tghri stuck dlm tu smpai 2:30ptg..amsyar lena tido kepenatan kt pangkuan, sbb jalan nk keluar kene ikut Pintu 2. so dpt la keliling tapak MAHA tu... mmg luas btul. Mungkin kami nk pergi sekali lg naik moto plak...terus gi ladang ternakan.



amsyar suke la aktiviti mcm ni.. tengok animal, pgg animal...
mcm2 expresi dia.sayangnye tak dpt gi ladang... next week kita pegi lagi k...
sib baik ada petting rabbit time nk masuk tapak exbition tu...






November 26, 2010

Owh bengkak susu...sakitnya nauzubillah!...



credit for mr.google. hope tak terfikir mende lucah ye..




Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Doa dipanjatkan di atas kurniaan rezki dan rahmat daripada Allah yang tak terhingga.. Alhamdulillah..segala puji bagi Allah..


Berita gembira 3 minggu lepas tentang kelahiran anak ketiga aunty Ana (best friend ummi time sekolah dlu smpai skrg) yang bersalin di GH Kelantan.. Sungguh comel anak2 aunty Ana. Dari Aiman, Ain dan si kecil Aina Fatma.
Ummi mmberi dorongan dan sokongan kepada aunty Ana utk mmberi susuibu sepenuhnya.. Sebab anak pertama dan kedua tidak dapat menyusu sepenuhnya sbb tiada sokongan dan ilmu yg mencukupi... So ummi share la ape yang ummi tau utk mmbntu kawan2 utk mmberi yang terbaik utk anak2 mereka...

Hari isnin lepas ummi dpt sms yang mengejut dari aunty Ana bitau dia kene bengkak susu dh 3 hari dengan demam sekali..dan nk pinjam pum susu. Waduh!!.. tak dapat ummi bayangkan mcm mane aunty Ana boleh bertahan begitu lama sekali.. cukup sehari ummi kene, terseksa jer rasenye.. Sape yang pernah menghadapi insiden bengkak susu tu jer la yg tau sakitanye mcm mane.. apa yg ummi boleh kata-- "sakit mcm nk mati".. tak tau la nk mati tu lebih sakit ke tidak.. mudah2an dipermudahkan mati ku nnti.. amin

Ummi pinjam kan pam spektra 3 ummi sbg bantuan utk keluarkan susu. Ummi mmberi sedikit pengalaman ummi buat mcm mane utk meredakan sakit bengkak susu ni.

* Sebaiknya berikan direct kepada bayi utk hisap lebih kerap. Tetapi kadangkala bayi tidak selesa menghisap puting susu yang bengkak dan tidak dpt membuat lekapan yang betul. So teknik seterusya boleh dibuat.

1. Tuam dgn mende panas. tak kesah la samada tungku kecil ke, botol kecil diisi
dgn air hangat ke, yg pnting tuam dari pangkal ke hujung breast yg sakit.

2. Lurutkan payudara dgn sikat juga mmbatu aliran susu utk lembutkan payudara
yang bengkak..

3. Di susuli dgn menggunakan teknik reverse massage di bhgn leher erola utk mmberi laluan
kepada saluran yg tersumbat kerana penghasilan susu yang over flow.

4. Picit gunakan teknik mermet (perah guna tangan perlahan2, tekan di bhgn leher puting shj)

5. Ulang perkara yang sama sehingga keluar susu lebihan yang terkandung
didalam breast dengan diiringi selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w.
Maksudnya smpai breast lembik.


Point nye yg penting kt sini, bila dh ter bengkak susu (berlaku disebabkan tidak mengosongkan payudara selepas menyusukan anak dan production susu sgt lancar---pengambilan makanan berzat dan minum air mencukupi ) maka hendaklah keluarkan susu tersebut walaupun alirannye agak perlahan kerana bengkak dan saluran tersumbat. Mmg agak sakit, dan memenatkan tapi kene juga keluarkan susu tersebut. Dinasihatkan manage susu sebaik-baiknya..itu bab lain plak..

macam kes aunty Ana ni,menjelang hari ke 7 kene tahan wad sbb bengkak dh menyebabkan bernanah dalam. Nauzubillah.. semakin parah..adakah salah ummi mmberi tips dan nasihat sprt di atas tu ke... Ummi call mummy Alan mintak pandangan dan nasihat. Slps mndpt pendpat mummy Alan ak.a kak Haslina minta ummi hubungi mama Kamariah SusuIbu.com. Selepas ceritakan keadaan aunty Ana, mama kamariah pun mmg beri nasihat utk mmbuat reverse massage dan cara yang sama.. takde cara lain..

Sepnjg 5 hari Aunty Ana pergi ke 4 klinik termasuk refer ke hospital bermacam2 pendapat doktor dan MA berikan.. ada yang just bg ubat demam n antibiotik saje, dan ada suruh mengurut dgn bidan utk keluarkan susu dari payudara yang bengkak tu.. waduhhh!!! tu la kan... apapun, kita kene ada ckup ilmu dan bertanya dgn org2 yang pernah berpengalaman menghadapi situasi begini...

Sehingga hari ini, ummi tanye kaba aunty Ana dia keletihan dan kurang tidur sebab menahan sakit dan mengurut payudara yang sakit tu... Kasihan aunty Ana.. dahla hubby aunty Ana jauh nun di Kelantan sbb ada klinik di sana.. Apapun bersyukur aunty Ana masih ada mak ayah yang menjaga dan tengokkan aunty Ana n anak2 kt sini..

mohon semua doakanlah semoga aunty Ana kembali sehat dan dapat menyusukan anaknya dengan sempurna.. Kesakitan yang dialami juga mmberi impak pada mental dan fizikal dalam tempoh berpantang ni..



sarat dgn simpati;
ummiamsyar

November 23, 2010

Usah dibiarkan terlalai....


Assalamualaikum dan selamat sejahtera...



Saya seronok bila terjumpe artikel yg bermanfaat dalam bab2 perkahwinan.., keibubapaan dan kehidupan seharian. Kali ni ummi nk en3 kan tentang kelalaian samada sedar atau tanpa disedari dalam mmberikan didikan kepada anak2..
Semoga dengan perkngosian ini, dapatlah mengingatkan utk diri saya sendiri dan kawan2 blogger yg sudi mmbaca artikel ini berada dilandasan dalam mmberikan didikan sempurna kepada anak2 bermula dari rumah dan menjadi insan soleh/solehah, berjaya di dunia dan akhirat....InsyaAllah!

---------------------------------------------

Anak-anak adalah amanah dari Allah SWT dan Ia sebahagian dari ujian Allah SWT kepada kita hamba-hambaNYA. Firman Allah SWT : "Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi Allah ada pahala yang besar." (QS. At-Taghabun, 64 : 15) Sebagai ujian, Ia akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul? Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia." Maksud Al-Hadits, ini mungkin disebabkan beberapa kelalaian dalam mendidik anak-anak.

Kelalaian pertama :

Kurang berdoa

A. Kurang berdoa semasa mengandung.Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah :- Saidul (penghulu) Istighfar
- Doa memohon rahmat (QS. Ali Imran, 3 : 8-9)
- Doa memohon zuriat yang baik (QS. Ali Imran, 3 : 38)
- Doa agar anak mengerjakan solat (QS. Ibrahim, 14 : 40-41)

B. Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah :-
Doa agar anak patuh kepada Allah SWT (QS. Al-Baqarah, 2 : 128) –
Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (QS. Al-Furqan, 25 : 74) –
Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

Kelalaian kedua :

Banyak memberi ajaran tarhib (menakutkan) daripada targhib (dorongan atau motivasi) Ajaran tarhib antara lain seperti : -
-menakutkan anak-anak dengan sekolah.
-menakutkan dengan tempat gelap.
-menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau.
-menggunakan kekerasan dan paksaan waktu menyuruh anak tidur.

Kelalaian ketiga :

Tidak tegas dalam mendidik anak-anak.
- tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
- terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti saja tanpa mengerti perasaan mereka.

Kelalaian keempat :

Menegur anak secara negatif.
- mengeluarkan kata-kata kasar dan makian kepada anak-anak (terutama sewaktu marah).
- membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain.

Kelalaian kelima :

Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani, rohani dan intelektual.

Pendidikan intelektual lebih dipentingkan daripada pendidikan rohani. Apabila diberikan pendidikan rohani, pendidikan intelektual biasanya diberikan porsi yang lebih besar.
Sehingga tidak terjadi keseimbangan.

Kelalaian keenam :

Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak.Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : 'Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussein bin Ali ra. Ketika itu Aqra bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda.Berkata Aqra : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka."Rasulullah melihat kepada Aqra kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."' (Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelalaian ketujuh :

Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang baik.Orang tua tidak menunjukkan cara berpakaian yang baik dan sesuai syara bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara seenaknya atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

Kelalaian kelapan :

Susunan rumah tangga yang tidak baik.Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara salah seorang dari ibu bapaknya.

Kelalaian kesembilan :

Membolehkan orang yang tidak baik perilaku, kesopanan, dan ahlaknya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak.Apabila kelalaian ini terjadi, maka akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang dalam pertumbuhan.

Kelalaian kesepuluh :

Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton di TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syara' dan perbualan yang dapat merosak aqidah dan pemikiran anak-anak.

Kelalaian kesebelas :

Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.Sebagai ibu bapa kitalah yang akan diminta pertanggungjawaban di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam. Sumber: light of islam

November 22, 2010

Satu Panggilan...


Takukah anda satu panggilan dr org tersayang(maksudnya panggilan telefon) sama seperti satu pelukan yg penuh kasih syg. Dalam satu kajian terbaru di US, sekumpulan kanak-kanak perempuan berumur 7-12 tahun telah disuruh membuat ucapan dan menyelesaikan masalah matematik di hadapan penel2 yg tidak dikenali, yang mana membuatkan hormon cortisol, iaitu hormon yg dikaitkan dgn tekanan, meningkat secara mendadak. Sejurus selepas ujian tersebut, 1/3 ditenangkan ibu mereka secara personal, 1/3 menerima panggilan telefon dr ibu mereka manakala 1/3 lagi disuruh menonton video tuk meneutralkan emosi mereka.

Kanak2 yg berinteraksi dgn ibu mereka samada personal atau melalui panggilan telefon menunjukkan tindak blas yg hampir serupa iaitu hormon oxytocin (love hormone) mereka telah naik secara mendadak manakala hormon kortisol pula kembali ke paras normal, tidak seperti mereka yg tidak berinteraksi dgn ibu masing2....


sumber dari seorang forumer di cari.com
terima kasih di atas perkongsian ini..



hormon cortisol tahap sederhana;
ummiamsyar



November 21, 2010

MyBBStore.com Year End Sale 2010!!



Assalamualaikum & selamat sejahtera....


Selamat berlibur didepan kaca tv ka..dpn skirn panggung wayang ka... tak kesah la... as long as spent time with family especially your children as well..

Nak war-warkan juga dapat emel tentang tajuk atas tu.. msti ibu2 seronok kan..hope cik suami2 setuju ajer lah yer.. :P


MULAKAN PENJELAJAHAN UOLSS DI SINI - myBBStore.Com


enjoice to shoping on9;
ummiamsyar

November 20, 2010

Family Getaway--Concorde Hotel S.Alam

assalamualaikum dan salam sejahtera....

Alhamdulillah kami sekeluarga sehat,cargas dan riang.. cuma ummiamsyar ada skit mengah skrg ni bila berjalan byk, naik tangga..sbb berat badan pun dh makin mantop!.. org kata nmpk sehat, hati senang... itu luaran jer tu... utk sedapkan hati.. tapi hakikatnya, org berlebihan berat badan ni sedang tempah tiket nk dpt penyakit2 org kaye... --darah tinggi, kencing manis, lemah jantung..kuwus semangt takut gak bila tak jaga kesihatan ni..ermmm, mintak jauhkanlah penyakit2 berat mcm tu. InsyaAllah ummi cuba turunkan berat badan demi kuarga tercinta..hehehe..Doa2 kanlah ye agar cita2 ni tercapai..amin

Ptg tadi tgh dgr radio Hot,FM -- tertarik dgn satu iklan Promo perbualan Husbant & Wife... Concorde Hotel Shah Alam sedang adakan promosi..Utk penginapan 3 hari 2 Malam -FREE extra bed- FREE breakfast tambahan , termasuk FREE ke Sunway Lagoon.. Dgn bayaran RM3xx.xx

Rase berbaloi utk pasangan dgn anak 2 org.. Yg ada kt package tu:

Back to Room Promotions

- 31st Dec 2010

Family Getaway

Concorde Hotel Shah Alam is an award winning Hotel nestled in the heart of Selangor. It has a spectacular view of the blue mosque and also minutes away from The Shah Alam Sports Complex, Extreme Park, Sunway Lagoon Theme Park, Bukit Cahaya Agricultural Park and 4 world-class golf courses. For guests’ relaxation the property offers a large outdoor pool, gymnasium, sun terrace, spa facilities and a hair saloon onsite.

Package Includes:
* Package price quoted is based on per night twin sharing basis for
maximum 2 Adults. Play & Eat for maximum 2 Children aged 0-10 years old
* 3 Days 2 Nights stay in Deluxe Room with Daily Breakfast
* Entrance Tickets to Sunway Lagoon Theme Park
* Scheduled Shuttle Service to Sunway Lagoon Theme Park &
Sunway Pyramid Shopping Mall
* Complimentary Extra Bed/Mattress for Children
* Complimentary Meal for maximum 2 children accompanied by 2
paying adults for buffet lunch or dinner at Melting Pot Café

Terms & Conditions:
* Credit Card details given is for guarantee ONLY
* Rates are inclusive of 10% service charge and 5% government tax
* 10% of Package Price shall be imposed for cancellation less than 48 hours
* Full charge shall be imposed for ’no show’
* Only Children aged 0-10 years old are qualified to enjoy the complimentray benefits
* Surchagre shall apply for breakfast, Sunway Lagoon Theme Park entrance tickets and extra bed for children 11 years and above



SANGAT BERBALOI UTK SAJE2 BERCUTI UJUNG TAHUN MCM NI... BUAT LAH BOOKING SEKARANG. KLIK FAMILY GATEWAY UTK BOOKING..

*ummi tak dpt ape2 bayaran pun utk iklan ini.just nk highlight kan bg parents yg tgh berfikir2 nk kemane cuti sekolah ni..


bakes cake &cupcake;
ummiamsyar

November 18, 2010

BIG SALE @ FabuolusMom.Com


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Buat bakal2 ibu yg berhajat utk berbelanja barangan bayi terutama sekali for natural parenting,
FabuolusMom ada WAREHOUSE Sale.. so..check it out.. !


The BIG BIG BIG Sale is Back!


WAREHOUSE CLEARANCE SALE (4 DAYS ONLY) 20-23 NOV (SATURDAY TO TUESDAY)

AT ALL OUR OUTLETS
(JB: 10AM-8.30PM),
PUCHONG (10AM-8PM),
TTDI (10AM-9PM)

Discount up to 80%!

Cash & Credit Card.

Details on Great Discount as per link below: - Datang, jangan tak datang... :)

http://www.fabulousmom.com/catalog/contest.php

See you all!


happy shopping;
ummiamsyar

"Saya ingin menonton filem The Social Network!".

Assalamalaikum & salam sejahtera...

Semoga kawan2 yg tak sambung bercuti dikampung dah tentu kawan2 sume kt nursery kan... semoga uols terus dilindungi...amin

Entry kali tentang wayang yg akan ditanyangkan dipawagam berhampiran rumah kawan2 tak lama lagi.. Kat bawah ni ada sinopsis tntg cerita tersebut.

"Ingin mengetahui bagaimana Facebook bermula? Filem ini menceritakan bagaimana, seorang mahasiswa Harvard dan genius dalam pengaturcaraan komputer, Mark Zuckerberg membina rangkaian sosial dunia yang merevolusikan komunikasi. Antara pelakon-pelakon terkenal adalah seperti JESSE EISENBERG, ANDREW GARFIELD, JUSTIN TIMBERLAKE, ARMIE HAMMER and JOSH PENCE, dan ramai lagi. Filem ini adalah berdasarkan sebuah buku bertajuk "The Accidental Billionaires" oleh Ben Mezrich."


Untuk keterangan lanjut mengenai filem ini dan bagaimana untuk mendapat tiket-tiket percuma (FREE tau...!) , sila lawati Peraduan Blogger Filem "The Social Network".


Filem ini akan ditayangkan di pawagam pada 2 Disember 2010!





*** Cepat!... tiket FREE tuh.. jgn ketinggalan utk dapatkannya.***

promo movie;
ummiamsyar on behalf ManggaAds

November 15, 2010

SALAM AIDILADHA...



SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA..
Berkorban demi orang yang kita sayangi.. korban sang suami kepada isteri,
korban isteri utk sang suami, korban ibu utk anak, korban anak utk ibu...
jarang kita dengar kan.. sesekali berkorban la utk mak & ayah kita
sementara hayatnya masih ada. Pulanglah ke pangkuan mereka ketika
waktu lapang kita.. sesungguhnya mereka ingin menatap wajah anak-anak
dan cucu di hari mulia...

Semoga selamat dalam perjalanan pulang ke kampung atau
ke mana jua destinasi anda sentiasa iringi dgn zikir dan doa..
insyaAllah smpai dgn selamat ke destinasi yang dituju..


"Ya Allah,Ya Tuhan ku...
selamat kan lah perjalananku dan rakan2 ku,jauhkan lah perkara yang
tidak di ingini sepanjang perjalanan kami..selamatkan lah
perjalanan kami pergi dan balik..Engkau yang
Maha Pengampun, Maha Mengasihani dan Maha Mengetahui Segala-galanya..,
perkenan kan lah doa ku ini,untuk rakan2
sekalian..amin....

i luve islam;
ummiamsyar




November 14, 2010

WEEKEND~basuh kain...sidai kain...lipat kain...


assalamualaikum...

weekend kali ni santai... duduk rumah...
kain baju berlonggok--nak basuh, nak lipat, toilet mintak disental lantai n dinding
lampin masuk mesin, lantai berhabuk minta dimop--vakum pun jadila..
dapur mintak berasap..ekekkeke--jadila ikan bawal bersos..

hubby-- sibuk berjoging--sambung exercise dlm rumah,--ummi exercise mulut smbil2
suap amsyar makan..--lepas setel kerje rumah baru gi rumah
atuk n nenek...


ummi: "bila la agaknye kuar mesin basuh+kering+terus lipat elok jer...yg pnting mampu milik..
" :P



November 10, 2010

Allahhuakbar!...


Assalamualaikum....

Hari-hari ummi sentiasa fikirkan adakah ummi sudah cukup membimbing amsyar, spent time together ngan amsyar. Apa yg paling simple boleh ummi buat n ajar amsyar slps pulang dari kerja. Ada 3-4 jam utk manfaatkan bersama.. Perkara biasa ummi n babah dh ajar amsyar menulis, mewarna, melukis, main bola n bowling..amsyar mungkin agak bosan itu saje yg dilakukan on week days.. Nak ajak amsyar lipat kain plak.., bikin hati ummi panas ada la.. kita lipat susun elok2, dia kusai semula.. nk ajak memasak, takut ummi tak boleh nk control. So skrg ummi dapat satu idea, time maghrib lepas azan cuba concerntrate utk mengerjakan solat maghrib n lepas solat kita mengaji.. dapat 1 muka surat sehari pun Alhmdulillah.. satu anjakan yang lebih baik kalu dapat lakukannya setiap hari.. yer lah, ummi hanya mampu merancang... permulaannye, mlm tadi.. insyaAllah ummi n babah cuba buat sama2 ngan amsyar sekerap mungkin.. Mudah-mudahan berkekalan.. amin..


sementara tunggu babah, amsyar dh praktis.
satu perkara dia dh bole tahan, pakai songkok atas kepala.
amsyar dh tak tepis2 mcm dlu..Alhmdulillah.. good boy.. :)

sujud mengadap Allah yang satu..


amsyar malu, ummi amik gmbr amsyar..tak khusyuk la ummi..


Alhmdulillah... nak ikut babah..reti jadi makmum


"bacaan babah lain mcm la
kenape bukan Allahumma..barik lana...fima... rozak tana..
wakina... aza...bannar... :p


>> Mudah-mudahan amsyar jadi anak yg soleh ye<<>

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untu selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau benarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku

oooo

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu



i luv islam;
ummiamsyar

Daunan berguguran



tolong menyapu ke tolong sepah2 ye amsyar?..
sok dh besar skit.., mmg ujung minggu ummi nk mintak tolong amsyar
bersihkan lantai rumah ngan halaman sekali ye..
jawatan tetap.sebarang surat menyurat ummi tak layan dah..
:D

November 9, 2010

Kelahiran....Adik Atiqah n baby Umar

assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhmdulillah... semoga semua sehat2 belaka yer.. Windu btol bau baby baru lahir.. en3 hari pasal baby jerk.. teringin bau baby la skrg ni.. hihiihihi..

2hari lepas, cucu baru asuhan nenek dah selamat lahir.. baby boy--berat 2.8x kg la mcm tu..
Kakak dia nama atiqah sebaya dgn amsyar... amsyar lewat sebulan jer ngan akak baby nih..



Baby boy--takde nama lagi
berat: 2.8xkg
Hosp. Azzaharah Bangi
Ibu: Jururawat kt kampung nenek di Bangi



kt luar bilik, melayan budak berdua ni..asyik nkberkejaran jer..


bik anje dgn ika cepet-- gumuks n sehat penangan
nenek yg menjaga dia...huhuuhuh
hobi: suka makan..


Kisah baby Umar Sharif bin Md Mazham. Semalam baby Umar datang melawat ofis ummi.
PapaU mar ni dlu x-technician kt ofis ummi.. skrg dia keje kt BPR Johor...
Sekali dia datang bawak umar n mama umar sekali..



Aunty ita (bukan ibu umar) lenguh tangan pegang umar..
baru 1 bulan stgh umar ni--semangat penangan susuibu..
go aunty ika!!(ibu umar) teruskan mmberi yg terbaik utk umar k..



dah nak lena nih... letih kot.. be a good boy k umar!...

see u in my dreamland cayang~


peek-a-boo;

ummiamsyar

November 7, 2010

Kenangan Ummi...kesayangan amsyar


12 tahun lalu, ummi ada seorang sahabat yg bernama
Norhaniza Mohamad a.k.a Jaja. Dia satu kelas
ngan ummi tingkatan 4.
Dia ada bg sesuatu utk ummi dan bff nye yg lain(Ana,Anna,Lyana).
pemberian itu ialah seekor anak patung Mickey Mouse...
Kini Mimos ikut sebutan amsyar sudah menjadi
kesayangan amsyar.. sblm tido ingin Mimos temaninya..
Bangun tido tak lupe nk dukung Mimos bawa turun bawah.
Setiap aktiviti amsyar, Mimos kene ikut sekali.
Buat sahabat ummi-- Aunty Jaja, seandainya Mimos ini
dah lusuh, minta perhatian Aunty Jaja tukar yg baru lebih besar
dari yg ini... ahaks.. :)Hope u happy Ja tntang pemberian mu itu..
masih ada disamping anak aku...








jaja, walaupun anak aku lelaki, tapi nk buat mcm mane dia suke
sgt main anak patung.. dlm byk2 anak patung, Mimos menjadi pujaan
hatinya..... :)
Semoga berbunga kembali persahabatan kita k.. peace!!!...


touching;
ummiamsyar

November 6, 2010

Happy Deepavali




HAPPY DEEPAVALI
BUAT KAWAN2 YANG MERAIKAN...
yeay! babah pulang jam 11pg-- jemput babah di KLIA


November 4, 2010

Bencana Alam: Bala Atau Hikmah?

Assalamualaikum n peace!....

terima kasih sudi menyinggah dan berjalan2 ke blog amsyar.. semoga pembaca2 blog amsyar dilindungi dan dirahmati Allah..amin..

Ummi ingin berkongsi artikel yg ummi dapat dari aunty sha(ofismate ummi). artikel ni smpai ke inbox tak disertakan nama pe
nulis sebenar, tapi tak tanye plak kt aunty sha kot la dia yg mengarang a to z. wallahualam... tapi ape yang disampaikan itu boleh dimanfaatkan dan menambahkan ilmu tentang kehidupan kita yang tidak lekang dari peristiwa pahit dan manis. Mudah-mudahan Allah mmberi ganjaran kepada penulis dan sesiapa yang menyampaikan tentang kebenaran..

Bencana banjir yg berlaku di bbrp negeri Kedah, Perlis, Kelantan
, bencana stunami dan ledakan gunung berapi di Indonesia sedikit sebanyak menginsafkan kita utk berfikir sejenak bahawa kuasa Allah itu adalah yang maha hebat. Tidak ada kuasa yg lebih berkuasa selain Dia. Mari sama2 renungkan.



sumber dari carian google.


Sejak akhir- akhir ini, bencana alam sering berlaku di dunia ini termasuk yang menimpa di negara kita Malaysia. Bencana alam merupakan sebahagian daripada sunnah alam atau sunnah Allah yang menciptakannya. Ia dijadikan sebagai pengimbang kepada kehidupan dan kemusnahan. Hakikat ini diiyakan oleh teori kehidupan dan kemusnahan. Jika dilihat dari segi luarannya, ramai yang beranggapan tragedi Tsunami, tanah runtuh, gempa bumi, hujan salji dan taufan merupakan malapetaka yang tidak lain dan tidak bukan hanya mengundang kemusnahan, kerugian dan kehilangan nyawa. Namun sebagai seorang mukmin yang dianugerahkan akal, kita harus menganalisisnya secara logik dan rasional berlunaskan ajaran Islam dan berpaksikan keimanan kepada Allah.

Persoalan yang sering dilontarkan ialah mengapakah Allah seringkali menimpakan musibah kepada orang Islam? Jika dalam konteks Tsunami di Acheh, sebuah wilayah serambi Mekah, atau gempa bumi di Pakistan dan Kashmir, apakah kerana dosa umat Islam, atau kenapa? Apakah mesej yang disampaikan oleh Allah? Apakah penduduk di negara Islam lebih berdosa daripada tempat lain atau adakah ini kejadian rambang? Hanya Allah yang Maha Mengetahui hikmah sebenar di sebalik malapetaka tersebut.

Fenomena alam yang telah terjadi boleh ditafsirkan dengan pentafsiran yang banyak. Antaranya ialah merupakan fenomena biasa yang Allah timpakan kepada umat manusia sama ada orang Islam atau bukan Islam yang merupakan kemahuan mutlak Allah. Dalam konteks ini, kita harus melihat bencana alam sebagai satu kekuasaan dan keagungan Allah yang hampir sama dengan konsep hidup dan mati. Ia juga boleh ditafsirkan sebagai cara Allah menakutkan hambaNya yang bergelumang dengan dosa dan maksiat. Tidak hairanlah jika malapetaka yang berlaku juga melanda negara yang bukan Islam. Sebagai orang Islam, kita menganggap ia sebagai musibah yang menguji tahap keimanan kita dan sejauh mana kita sabar menghadapi bencana seumpama itu.

Umat Islam hari ini, rata- rata berada dalam gelombang kelalaian yang melampaui, maka dengan cara menurunkan bencana ini, Allah akan menghidupkan kembali perasaan takut kepada Allah dan menjalinkan ukhuwah sesama Islam. Justeru, kita dapati bagaimana datangnya derma dan sumbangan yang melimpah ruah dari segenap lapisan masyarakat seantero dunia. Malapetaka yang melanda juga kita boleh tafsirkan sebagai sebab dan akibat daripada perbuatan dosa dan maksiat yang dilakukan oleh orang Islam mahupun bukan Islam. Seperti yang telah dinyatakan dalam Al Quran:

Dan (Tuhan berfirman lagi); Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

(Surah Al-A'raaf 7: 96)

Limpahan nikmat yang dicurahkan oleh Allah terhadap hambaNya tidak terhitung banyaknya. Begitu juga dengan bencana yang berlaku bukanlah kebencian Allah semata- mata bahkan sebaliknya mengandungi rahsia dan rahmat yang tersembunyi. Kitalah yang sepatutnya bersangka baik terhadap Allah dan akur mengiktiraf kuasa Qada dan takdir Ilahi. Mengingkari hakikat ini hanyalah akan membuah penderitaan jiwa yang tidak berkesudahan. Oleh itu, celikkanlah mata hati untuk kita membongkar sebab musabab yang mencetuskan bencana tersebut.

Mungkin ramai yang beranggapan bahawa malapetaka yang melanda adalah satu kemusnahan harta dan jiwa. Apapun, itu semua adalah milik Allah. Menyorot kembali setiap bencana yang berlaku, natijahnya banyak mayat yang bergelimpangan, bangunan dan binaan semua disapu bersih tanpa belas kasihan seolah-olah menjadi padang jarak padang tekukur. Hanya dengan taufan beberapa jam telah dapat menukarkan kebanggaan manusia menjadi zaman batu. Keagungan dan kecanggihan teknologi Amerika Syarikat hanyalah propaganda semata- mata kerana kuasa Allah mengatasi segalanya. Ramai yang kagum dengan negara tersebut tetapi bencana taufan yang melanda baru-baru ini membuka pekung Amerika Syarikat yang tidak mampu bertindak dengan lebih cepat menangani hal tersebut. Bala sebenarnya melalui Katrina, Rita atau Ophelia kepada Amerika Syarikat ialah bukan hanya kematian dan kemusnahan tetapi terbongkar rahsia kelemahan teknologi dan pengurusan mereka. Walau setinggi manapun kecanggihan sains dan teknologi, ilmu manusia yang ibarat hanya setitis berbanding dengan lautan tidak mampu menandingi kuasa yang Maha Hebat. Oleh itu, pengajarannya ialah bukan kita meninggalkan sains dan teknologi kerana ia membawa kita menerokai ilmu Allah tetapi janganlah kita terlalu taksub dengan kecanggihan sains teknologi sehingga kita melupakan terdapat Zat yang Maha Agung.

Kita sebagai umat Islam mesti mempercayai akan tibanya Hari Kiamat yang membawa kepada kehancuran. Bencana alam yang sering berlaku juga menandakan bahawa dunia ini telah pun lanjut usia dan berada di ambang kemusnahan. Dengan sekelip mata, siapa sangka bandar yang maju dan tersusun musnah seperti tanda "Armageddon" telah bermula. Inilah kekuasaan Allah yang kita sendiri pun tidak tahu bilakah datangnya Kiamat. Yang pasti ia akan berlaku.

Biar apa pun tafsiran di sebalik bencana alam, namun dalam Islam ia adalah nyata sebagai satu bala yang menimpa manusia sebagai ujian terhadap tahap keimanan dan kesabaran atau sebagai kifarat dosa yang mengangkat darjat para Mukmin. Namun, yang paling utama, hikmahnya ialah bahawa ia adalah amaran Allah tentang bagaimana kejahatan manusia sudah mencecah tahap kemuncaknya. Kemarahan ini dihamburkan oleh Allah menerusi bencana alam yang menimpa alam ini. Segala tafsiran saintifik berhubung kejadian ini tidaklah bertentangan kerana Allah telah pun menyediakan fenomena alam sesuai dengan kehendakNya. Sebagai umat Islam, wajib kita muhasabah addin untuk kembali kepada Allah dengan azam dan tekad yang lebih kuat. Itulah satu-satunya jalan penyelamat daripada kemurkaan.

Semoga mangsa-mangsa bencana redha dan sabar dalam menghadapi ujian ini. Pasti ada hikmah atas apa yang berlaku. Semua rahsia Allah s.w.t. Wallahualam.



peace no war;

ummiamsyar.

November 3, 2010

Papa, bila mau pulang...

salam...

doa dan harapan semoga amsyar dan kawan2 yang berjauhan dgn ibu dan ayah keluar mencari rezeki, sentiasa dilindungi oleh Allah s.w.t.

Amsyar ngan ummi skrg ni berjauhan dgn babah since hari isnin aritu insyaAllah di pagi raya Deepavali babah pulang ke pangkuan. ahak!..sib baik ada time 'raye'. heheheh, dlm setahun 3 kali amsyar terpaksa rindu-rinduan ngan babah. biasanya tak lama, seminggu jerk.. dah kerje babah begitu.. harus la ummi ngan amsyar kene memahami.. boring la skjp, takde org nk layan amsyar main bola, main bowling lempar cawan, takde sparing partner lawan tumbuk2 biasanya amsyar yg menang,babah wat2 pengsan, main tulis2 & mewarna amsyar pgg pencil, tengok jer babah buat sorang2. dgn ummi susah nk ajak buat semua tu, sbb ummi lebih senang ajak amsyar "jom makan", "jom tido", "jom menyusu", jom mandi", jom gosok gigi"--- takmo semu tu... tak best.. tapi terpaksa ikut, sbb takut kene cubit ngan ummi.. hahhahahha ummiamsyar sgt garang, tapi skit pun amsyar takmo dgr. tapi bila babah dehem skit jerk, amsyar ikut jer ape babah suruh kan kan kan..

Wat babah yg jauh di mata, if ada kesempatan wat la video call.. anakmu sgt merinduimu... huhuuhh ummi kadang2 jer teringt babah kt sane--time babah call ummi ingt la... hahhahaha.ok la..., ummi ngan amsyar baik2 jer kt sini.. cepat pulang.. ingt kiriman ummi tawww!! bye luv u!.. muuuuahhhh muah muaaahh!!..



cheers;

ummiamsyar

November 2, 2010

Kisah Sedih..


* Apa yg terkesan dihati ummi selepas mmbaca kosmo pg ini terdapat iaitu peristiwa malang menimpa seorang ibu yg kehilangan anaknya yg masih bergantung dgn susu badan sepenuhnya terpaksa menahan sakit kerana bengkak susu... kesakitan itu mmg tak dapat nk bayangkan. Sbb ummi sndiri pernah merasai dan melalui kesakitan itu kerana amsyar tak pandai menyusu direct dan ummi terlupa pump. Nasihat kepada Che Marina agar ada sesiapa yg terdekat membantu Che Marina mengurangkan sakit dgn menggunakan kaedah marmet(perah dgn tgn perlahan2), bila dh lembut skit payu dara tu, gunakan la pump perlahan2 utk keluarkan susu yg berlebihan. Hope adalah org yg dpt mmbtunya dgn cara yg betul dan melegakan kesakitan yg dialami.. Semoga sang ibu tabah dalam menghadapi ujian ini..


JENAZAH empat mangsa nahas di Kampung Nyatuh dekat Setiu dikebumikan dalam satu liang lahad di Besut semalam.


BESUT – Sudah jatuh ditimpa tangga.

Itulah penderitaan yang terpaksa ditanggung ibu tunggal, Che Marina Awang, 23, yang kehilangan suami dan anak selepas kedua-duanya terlibat dalam kemalangan di Jalan Penarik-Permaisuri dekat Kampung Nyatuh, Setiu dekat sini kelmarin.

Che Marina yang kematian suami, Noorazry Elmy Sidek, 29, dan anak tunggalnya, Noor Amysha Maisarah, berusia setahun, mengakui dia kini terpaksa menanggung kesakitan kerana payu daranya mula membengkak akibat lebihan susu.

Anaknya, Noor Amysha Maisarah sebelum ini bergantung sepenuhnya dengan susu badan.

“Orang kata tanah kubur boleh digunakan untuk kurangkan sakit ini, jadi saya ambil sedikit (tanah kubur) untuk dijadikan ubat,” katanya ketika ditemui pada majlis pengebumian anak, suami dan dua iparnya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Bual, Pasir Akar di sini semalam.

Selain dua beranak itu, turut terkorban dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta Proton Wira dengan sebuah van itu ialah dua ipar Che Marina iaitu Noorazydyelwy Sidek, 32, dan Noor Afzan Efizalman, 16.

Kejadian pukul 1.30 petang kelmarin itu berlaku apabila kereta Proton Wira yang dinaiki empat sekeluarga dikatakan terbabas lalu merempuh sebuah van yang dinaiki 13 penumpang. Salah seorang penumpang van itu, Mek Wook Yaakob, 76, turut terbunuh.


Al-fatihah.Noor Amysha Maisarah


November 1, 2010

Wedding Aunty Tia+Yazit @ Bentong

salam...

Alhmdulillah... sudah selamat bergelar suami isteri uncle yazit n Aunty Tia.. Aunty tia shomel sangat.. uncle yazit ala2 nerd gitu.. ok la berdua tu.. Uncle Yazit ofismate babah..
Tengokla gmbr2 sekitar majlis di rumah aunty Tia. Cuaca redup tapi bahang.





shomel tak?.. :)


duduk dipelaminan


time ni amsyar tak tahan dh lapar sgt. suap kene
laju-laju, tu yg muke tensen tuh.. huhuhu

berpeluh + comot


nyum..nyum! ada aiskrim free... makan skit jerk, lebih bg kt ummi



SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT AUNTY TIA COMEL + UNCLE YAZIT BUCUK
SEMOGA KEKAL BAHGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT.. AMIN
CEPAT2 BUAT KAWAN UTK AMSYAR YER!.... :)


cheers;
ummiamsyar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Oven @ UmmiCupcakes~

~KeDaiKiTa 2U~

.::PENASIHAT & PAKAR LAKTASI MALAYSIA::.

PERSATUAN PENASIHAT DAN PAKAR LAKTASI MALAYSIA (PPPLM)
7A, Jalan Kolam Air, Kg Klang Gate Baru,
53100 Kuala Lumpur
TEL: 03 - 4107 3678 / Faks: 03 - 4107 2862
E-mel: ppplm@susuibu.org / Website: www.susuibu.org

Pn. Kamariah (SusuIbu)-Bangi
(603) 8925 4614
Website: susuibu.com

Pn. Rita Rahayu (MLO)-Seri Kembangan
+6(013)-3639567 / +6(016)-2076755
Website: http://www.momslittleone.com/

Puan Suraya (Lunatots) - Cheras
(012) 5880515
Website: http://www.diyaluna.com/diary/

Puan Farah Farhan - Shah Alam
(012) 6448091
Website: http://www.sarakids.com/blog/

Puan Zatul Hijanah - Klang, PJ
(016) 3855189

Puan Ida Murni - Seremban, Melaka dan Johor
(012) 2969054