Assalamualaikum...breeep!! breep!~
Lama kan saya tak bersiaran.. Alhamdulillah baik2 aja sepanjang tak muncul dalam ni. hihihi.. Nak habaq awal2 ni kami ada sediakan minuman jus tradisional homemade. Apa fungsinya semua kita share kt sini..
MANFAAT ATAU KHASIAT JAMU TRADISIONAL ASAM KUNYIT(JAK)
Rahsia wanita sihat turun temurun. Secara umumnya khasiat jamu asam kunyit:-
1. Sebagai Agen Detoksifikasi dan Meneutralkan Racun Kimia.
❤ JAK memiliki khasiat utama sebagai detoksifikasi atau dapat meneutralkan racun dalam tubuh. Senyawa yang ada dalam kunyit dapat mengeluarkan racun akibat sering mengambil ubat-ubatan kimia. Pengambilan JAK secara teratur menjadikan badan lebih sihat dan sentiasa bertenaga.
2. Mengawal Berat Badan
❤ Bagi yang ingin menjaga badan dan tetap memiliki berat badan yang ideal maka pengambilan JAK sangat membantu. Jamu ini mengandungi KURKUMIN yang dapat mengurangi dan membakar lemak dalam tubuh. Kesan badan akan terasa ringan dan susuk tubuh kelihatan lebih cantik dan menawan. Kurus bukan beerti cantik jika tidak mantop, jamu ini dapat membantu anda. Amalkan.
3. Menyembuhkan Infeksi
❤ Kandungan kunyit mampu membunuh bakteri yang dapat membantu infeksi kerana kunyit memiliki sifat anti bakteria. Berbagai infeksi seperti radang peparu dan infeksi kulit akibat lecuran atau luka dapat diatasi dengan mengamalkan JAK ini secara rutin.
4. Painkiller/tahan sakit
❤ Kunyit juga mempunyai khasiat dan bersifat anti inflamasi selain anti bakteria. Dapat membantu menghilangkan sakit badan, sengal sendi dan mengelakkan kekejangan. Tidak hairan ramai masyarakat indonesia mengamalkan jamu ini untuk terus sihat dan kuat.
KHASIAT JAMU ASAM KUNYIT UNTUK WANITA KHASNYA:-
1. MELANCARKAN HAID
💋 Jamu ini dapat melancarkan haid dan membantu anda mendapat kitaran haid yang baik. Selain itu jamu ini dapat membantu menghilangkan nyeri sewaktu haid. Disamping itu JAK juga dapat membantu mengawal dan menghilangkan keputihan sekiranya diamalkan. Sangat bagus sekiranya diamalkan bersama jus sireh.
2. KULIT CANTIK BERSERI SERTA BEBAS KUSAM
💋 Membantu mencerahkan kulit dan membersihkan kulit serta bebas dari kelihatan kusam. Ini kerana JAK membantu menyahtoksin dan melancarkan darah dan ini sekaligus dapat membantu mencantikkan kulit anda. Amalkan secara rutin untuk sentiasa kelihatan cantik dan berseri.
3. AWET MUDA
💋 Pengambilan serta amalan jamu ini dapat melambatkan proses penuaan kerana kandungan anti oksidan yg sangat tinggi. Kulit anda akan lebih mengekalkan keremajaannya dan menjadi anjal dan segar.
4. MELANGSINGKAN DAN MEMBANTU MENGEMPISKAN PERUT
💋 JAK membantu anda dalam menurunkan berat badan. Sesuai bagi mereka yang mengalami sembelit dan masalah susah untuk membuang air besar. Cuba amalkan setiap pagi untuk mengatasi masalah anda. INSYAALLAH
TEMU KUNCI ataupun nama scientifiknya ZingiBeraceae yang merupakan salah satu ramuan dalam Jamu Asam Kunyit.
TEMU KUNCI ni adalah salah satu rempah ratus pelengkap bumbu masakan yg lebih popular dalam kalangan orang2 jawa atau indonesia.
Dibawah ni antara manfaat TEMU KUNCI. Bukan sahaja untuk wanita ye, lelaki juga.
MANFAAT SECARA UMUM
1. Membuang angin dalam badan yg merupakan punca lemah tenaga dan sakit2 badan.
2. Dapat mengatasi masalah perut kembung, sakit atau pedih ulu hati dan juga gestrik.
3. Melancarkan pembuangan air kencing. Kencing lawas.
4. Menyembuhkan gatal2 kulit dan juga iritasi kulit.
5. Dapat mengelakkan kanser kerana sifatnye yg tggi antioksida.
6. Menambah tenaga dan menguatkan badan. Dapat mengelakkan letih dan lesu.
7. Menghilangkan bau badan.
MANFAAT KEPADA WANITA
1. MENGHILANGKAN DAN MENYEMBUHKAN KEPUTIHAN.
2. MENGURANGKAN SAKIT ATAU NYERI SEMASA HAID/SENGUGUT.
3. MELANCARKAN HAID DAN BISA MENGATUR KITARAN HAID SECARA NORMAL.
4. MENAMBAH STAMINA DAN MENGGALAKKAN KEINGINAN SEXUAL.
5. MENGHILANGKAN LESU DAN LETIH BADAN.
6. MERAPATKAN VAGINA.
BAGI IBU2 MENYUSU BADAN, PENGAMBILAN TEMU KUNCI SECARA TERATUR DAPAT MEMBANTU MENAMBAHKAN ASI ATAU SUSU IBU DAN SUSU AKAN LEBIH DARI KANDUNGAN NUTISINYA.
BAGI IBU HAMIL, SEKIRANYA RAJIN MENGAMALKAN TEMU KUNCI DAN SECARA TERATUR, DIPERCAYAI DAPAT MENYIHATKAN BAYI DAN BAYI YANG BAKAL DILAHIRKAN MEMPUNYAI KULIT YG CANTIK BERSIH DAN SIHAT. INSYAALLAH.
Antara khasiat cekur dan halia muda adalah seperti berikut :
1. Tonik lepas bersalin, bagi mengecutkan rahim.
2. Menyembuhkan kembung perut,
3. Melegakan perut memulas
4. Mengurangkan bengkak.
5. Melancarkan Haid.
6. Melegakan batuk.
7. Sakit urat saraf
8. Senak perut
9. Buang angin
10.Sakit sendi.
11.Muntah
CARA PENGAMBILAN :
(Lebih kurang 30ml)
Selepas 2 mggu amalkan 2 atau 3 kali smggu pada waktu pagi.
Boleh diminum sejuk atau dipanaskan terlebih dahulu. Jamu bole terus diambil semasa haid dan sesuai untuk ibu2 menyusu.
Bagi ibu mengandung amalkan seminggu sekali sahaja 1/3 cawan teh atau 30ml selepas sarapan pagi.
BAHAN RAMUAN ALAMI:
Sebotol 500ml
🌻 Kunyit Hidup
🌻 Cekur
🌻 Temu Kunci
🌻 Halia Muda
🌻 Asam Jawa
🌻 Gula Melaka
🌻 Madu Lebah Bela
WhatsApp untuk tempahan segera!
>>>Zu 012-2740462<<<
>>>Zu 012-2740462<<<
>>>Zu 012-2740462<<<
No comments:
Post a Comment