.::MeNu BLoG::.

'ammar (10) Aaron Aziz (2) AdamHawa (2) Adania; Amaryllis (1) Aksi (11) Aktiviti (7) Amaryllis Premium Collagen; APC Putrajaya; APC (3) Ammar (6) Amsyar (36) Artikel (10) Artis (1) Astma (2) Babah (1) Baby makan durian (1) Bandung (3) Berita (1) Berita Dapur (2) Bersosial (16) Besday (4) Bicara Minda (1) blogger;abil fikri;DIM Abil Fikri ;http://abil4fauziah.blogspot.com (2) BoothAPC Putrajaya (1) Bowling (1) Bromo (1) CD (1) cerita (4) Cheese Tart (1) Chicken Pox (1) Contest (2) Cuti-cuti Indonesia (1) Cuti-cuti Malaysia (1) demam (4) Diana Danielle pregnant (1) DoubleA (3) Drama AstroHD (1) Durian (1) Durian Creep (1) Entry basi; Bersosial (5) Episod akhir (1) Family Trip (1) Farid Kamil (1) Felinna Inchloss (1) Figure Up PROMO (1) FinalAdamdanhawa (1) Gateway (1) Gathering SI (6) Good Friday (1) Hidangan Pengantin (1) Hidup dan matiku utk ISLAM (1) Hijrah 1434 (1) Hobi baru (1) Hotel (1) Iklan (4) Inchloss Lotion (1) indonesia (1) Info (9) Islam Sejahtera (1) Jalan-Jalan (1) JJMC (1) Kejadian (3) Korea (1) Krabi; Travel With Kid; Amsyar ; Ammar; DoubleA (4) Krabi; Travel With Kid; Amsyar ; Ammar; DoubleA ; Passport (2) Krabi; Travel; (1) KTO (1) kuih raya sedap 2013 (1) Kutu (1) Liburan (1) Little Caliph (2) Makanan (1) ManggaAds (1) Masak2; DIY (1) Melaka; travel (1) Menarik di Genting Highlands (1) milestone (1) MilkA Deal; (1) Mother's Day (1) NadiyaNisa (1) NadiyaNissa (1) Novel (1) novel 2015; hobi (1) Nuffnang (3) NuffnangOpenHouse2014 (2) NuffNangRaya Special Raya 2014;Nuffnang Event (1) Organic Cordyceps (1) other (2) Others (1) Pengertian Puasa;Puasa (7) Perkahwinan (1) Pregnancy Test (1) Produk Slim (1) Red Bella Body Wash (1) Resepi (6) Sabah (1) Saya Jual Produk; (1) Seju (1) Sekolah (1) Seoul (1) Shopping (1) Sosial Silah (1) Stok EBM (4) Surabaya (2) Tadika (1) Tadika YADIM (1) Taska Tasneem (1) Tips; StoryMory (1) Travel (5) Travel Agent (2) Trip; Bali; Honeymoon (3) Umi Ceritera (4) Ummi Ceritera (14) Ummicupcakes (1) Urus rumahtangga. (1) Video (6) Wad Paedratik Hospital Serdang (1)

.::U FoLLow Me , I tHaNk U::.

Meh Add Your BloG :

LETS CLICK GUYSS!~ TQ

February 27, 2015

First time travel time Winter




Salam uolsss...

hai.. Salam jumaat.. Semakin pantas putaran waktu.. Seperti baru semalam baru saje tempuh jumaat. Dah bertembung jumaat semula.. Maka berdebar2 juga menanti date travel ke negara jauh skit dari biasa.. 

Dalam setahun usia tiket ni, konfem la kita slalu ambil enteng nk buat preparation kan.. Ujung2 dh nk tiba time brangkat baru la rase seronok n buat persiapan dihujung2 waktu. Seriusss bahang dan semgt nk prepare time last minit mmg selalu dinanti nantikan.. hahahhaa..

Pengetahun tak seberapa sgt sebabnya takde masa nk study betul2 perjlanan orang yang dah pernah pegi. Apapun rase beruntung juga diberi nafas lagi dalam zaman ledakan information tanpa sepadan.. Segala info dan maklumat hanya dihujung hari, blogger2 yg menjadi medium cetusan utk berkongsi pengalaman menarik sedikit sebanyak membantu orang lain untuk merancang perjalanan percutian atau kehidupan seharian.. Sharing is caring konsep berbelog ni kan.. Sebab dah menggelabah ni saje nk share apa yg aku tau brang yang perlu dan wajib ada semasa travel.

Kali ni travel tak bawak family.. Tapi travel dgn kawan yg selama ni menjadi pencetus utk aku memulakan aktiviti menjelajah ke sane dan ke mari.. kikiki.. Nnti kita bitau sape dia. Dia jugak mastermind dikalangan kawan 2 yg ada minat utk melancong ke oversea. Sangat membantu dlm merancang itinerary dan bajet.. Hal2 lain aku cuba carik juga.. Mane tak sempurna mmg aku refer kt dia.. hehe..

Sape orang tu ye?... jeng jeng jeng.. dialah @anilwanina teman bertepuk tampar time awal2 masuk keje ktkt opis aku skrg ni.Dah deka 20 tahun berkawan even dia dh berpindah ke tempat baru kami still berkawan.. So harap2 kami bole bersefahaman sepanjang tempoh kami berjimba ke sane nanti. Tak bertekak tak best kan mass.. itulah kita dah mcm adik beradik. Mulut jer macam puaka bila berbicara tapi hati banyakkk baikkkk... huhu.

 Apa yg aku nk tuliss ni ialah barang2 yang ko tak bole tinggal pun bila travel. Ingat tu.. takde brang2 ni tak bererti la percutian ko. Malah mengundang mimpi ngeri.. ngeeeee~



TUKARAN DUIT NEGARA YANG DIKUNJUNGI

Apa yang aku dh ready??..  Apa yg penting  $$$$$$$. Tukaran wang. kKalau melawat negara India mestilah tukar ke India Rupee. Kalau ke Korea mestilah kene tukar kpd wang KRW(Korea Won). Dalam keadaan rate tak menentu..dan adakala RM makin menjunam junam.. (OMG sangat), so ada baiknye tukar awal. Kebetulan aritu aku dating dengan enche shubant ke Mid Valley so terus jer grab rate after diskaun di Mid Valley. Rate dia best in town la menurut blogger2 yg share pengalaman mereka menukar duit.

WON 1000  = RM 3.30

Maka cara mudah untuk mengira bila berada disana :

Contoh: nampak barang/servis  berharga KRW20,000. Dan kita nak tau rate dlm RM brape agaknye.. 

tekan culculator 0.0033 x 20,000
So dapat la rate dlm RM60.

RM0.0033 - rate aku dapat time tukar duit, so guna jer rate tu ye.



PASSPORT & IC

Penting amat.. Kalau bole elakkan dari tertinggal. Kalau after renew ke after buat passport ke simpan terus dalam beg yang selalu berada dengan kita.. Bukan kt tempat lain.. Sumtimes kita ni bila last minit suka bersangka-sangka or agak2.. Owh menda tu dah ada.. Oh nonono. letak kepentingan dia no 1. gantung kt leher pun bole..hahha



BOARDING PASS

JIka dengan pengerbangan Air Asia mmg saya dh biasa.. Tak tau plak dengan penerbangan lain.. Biasanya dalam masa 14 hari sebelum  penerbangan baru dibenarkan membuat daftar masuk thru online.. Means sebarang perubahan pada boading pass tu bole dilakukan bila2 masa saje tapi bukan selepas kita dh selesai daftar masuk. Sebab bila dh daftar masuk diasedikan terus boarding pass untuk dicetak/dlm emel or henfon. Time tu nk ubah apa pun tak bole dah..

Perubahan pada booking seperti ubah nama, tarik lahir, pilih seat dalam flight, order meal time flight semua bole bole dibuat selepas pembelian tiket.. So pastikan do properly. 


CERMIN MATA/CONTACT LENS

Aku skrg ni dh jadi pengguna tegar kanta lekap. atau dalam bahasa mudah orang kenal dan sebut Contact Lens. Aku mmg rabun.. so sedikit power sebab aku rabun. Cermin mata ni aku dah anak tirikan skrg ni. Bila winter kondisi mata akan menjadi kering secara kerap.. AKu dah fikir apa cara nk bagi kurangkan rase kering tu? Maka pakailah shade yg ko ada tu utk cover biji mata dari terkena angin secara direct..
Dan sentiasalah ada water solution dalam henbeg.


SPRAY AIR UNTUK INSTINJAK

Penting ada sebotol air untuk di refill jika kemana2.. jenis kaki mmbeser jerk mmg patut ada dalam beg berjalan yer..


WET TISSUE/ HAND SANITIZER

Sentiasa menjaga dan awasi kebersihan tangan kita sepanjang brada di negara orang.. Faham2 sajelah zaman sekarang dengan perlbagai wabak yg pelik2 muncul sampai takde ubat yang bole bagi sembuh.. So sangat mohon agar Tuhan melindungi hamba-hambanya yang berkelana utk menjelajah ke tempat orang..


WINTER COAT,FLEECE JACKET & KASUT TUTUP

Wajib membaluti badan.. untuk mengelakkan frost bite. Bahaya bagi badan manusia yang tak bole adapt sejuk sehingga -2 or -5. So hati2 yer.. Balut la tangan tu dengan sarung tangan dan jangan lupa beli shirt warmer or pocket warmer.. Jacket Fleece memanaskan sebab material fleece tu bertindakbalas  bagi putaran haba balik utk kita yg berdarah panasss. Sebelum balut jaket pakai la warmer suit. di Uniqlo ada jual..
MAKANAN YANG MEMANASKAN BADAN
Sambal kering, dap dap, coffee wajib. yg lain??. eh meggie kari panas berapii. tu nama pun dah nmpk panassss.. 



Uolsss... yang dah pioneer ke negara sejuk dah macam balik kampung jer meh share tips n guide do  n dont. Apa lagi barang wajib yg lain  perlu dibawa bersama time cuaca sejuk..  Komen skit pelisss... ^__^

mekasihhh... 

junemrsfiraida

February 26, 2015

Pet Farm In the City Seri Kembangan

Salam uolsss...

ye saya.. memang saya lambat  post pasal tempat yg sy dh pegi seminggu or 2 minggu yg lepas.. Malahan ada yg makan stgh tahun.. muahahahhaa...

Takper la kan.. belog kita.. Suka hati la kita nk share bila ikut waktu nak share.. Time waktu bizi ke waktu meroyan datang takde satu pun post yang berjaya terhasil. nggeeeee


Ok kawan2 yg ada anak2 dah pandai nk bermesra dengan binatang-binatang kecuali gajah, zirafah. Boleh la kawan2 singgah satu tempat ni yang diusahakan seorang farmer yg berbangsa cina. Pndai betul dia nah.. Dia bikin satu ladang yg ada bintang2 yg boleh kita sentuh dan peluk cium dia.. bagi makan n minum ikut suka kita bape byk ko nak bagi... Makanan  binatang semua dh tersedia...

Nama tempat tu Farm In The City. 



GPS find : Jalan Prima Tropika Barat, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan.

Seelok2nya datang pagi. Suhu pun tak brapa panas.. Maklumla negara kita ni panas dan bila musim pertukaran angin monsun suhu agak panas kering sedikit baru-baru ni, so prefer sampai kt sini awal pagi seawal 9:30 pagi pun takpe.. orang pun tak ramai. Kami pegi time ni 1st day Tahun Baru Cina. So paham2 sajelah crowd dia.. 


"Syurga Haiwan Semulajadi"

 Sampai saje depan gate ni ada pasukan RELA yg jaga trafik. Kalau parking lot dah penuh kt dalam tu maka kita parking sajer diluar.. Kt luar dari farm ni ada shoplot baru.. So parking saje dimana2 kotak kosong or tepi jalan.. Tak sibuk sangat jalan buat masa ni lah. Tak tau la akan datang macam mana kan..

 Gong Xi Fatt Chaii!...




Kami 4 beranak mmg sesuai ambil Family Package (MYKAD PROMO). Murah daripada beli tiket setiap seorang. Pakej RM109.00 untuk :
  • 2 dewasa dan 2 Kanak
  • 2 kali pony ride utk Kanak2
  • Set makan tengahari hidangan
  • Souvenir  FOR 2 
  • Voucher rm5 for any purchase Rm30 ke atas tk Souvenir Shop
  • Dapat Sijil kehadiran untuk anak2


sangat membantu staf2 farm di sini..

Bayar promo fee RM109 dan dapat semua ni..


PEMGEMBARAAN BERMULA..

 anak ayamm yang ko jakunkan ye Ammar..


aku tak pasti plak apa nama binatang ni
Rakun ek??

Hamster besar dengan arnab geng kt sini.. Bitau kt bebudak ni inilah yg berlakon dalam cerita  "WonderPet"
 :D

 aktiviti menangguk ikan pun ada kt sini..
Bila dah ramai2 ni ikan2 pun tak nampak sngat. Almost semua dok diam2 kt lantai dasar..tak mo berenang takut kene cekau dek budak2. haha





Antara mahkluk2 Tuhan yang Terseksi yang ada dalam Farm In The City












 Fefeling kt Aussie... 




bagi makan kt bebek2 nih.. tergelak bila tangan ammar kene patok manje.







Menggeletik ikan-ikan dalam kolam ni bila diberi makan.. memang demok2 la semuanya makan bersuap. Makanan ni mmg dah ready kt satu sudut dpn fish feeding nih.. Nk bagi bape bnyk kali pun tak kesah..
Unlimited. Ikan2 tu nganga jer la..

sian ko rungg!.. terpaksa tinggi kan leher gitu sekali 
Burung2 dan itik diletakkan kt satu tempat.. Ammar ni mmg ada alahan skit dgn bulu2 burung.. Time ni dia demam skit. Tawakkal jer la.. Better sebelum ke tempat pet shop or pet farm gini bagi anak2 vitamin C or Scoot Emulsion. 
 


 
(aku sedang gemukkkk)
:P
Soal hygiene tak perlu risau..Memang farm ni ada sediakan tempat mencuci tangan. Bukan 1 atau 2 tapi byk stesen yg sediakan tempat mencuci tangan dengan sabun nye skali. So anak2 pun suka lepas petting binatang n feed them terus basuh tangan.. At least dapat kurangkan risiko jangkitan.


KEBUN SAYUR  PUN ADA..

 otw nak ke tempat makan kami singgah tempat ular sawa bole pegang lilit kt tengkuk lagi tapi penakutt.. Amsyar orang yg paling menjauhkan diri..hihihi Ammar tunggu blkg umi..



Dah dekat 2 jam jalan2 dalam tu deka jam 12:30 tghri gi makan dlu la.. 
Set lunch yang disediakan.. Sepatutnye ada ayam bakar tapi kami tak ambil ayam  mintak tukar dengan french fries 2 bekas. tempat makan ada ruang ber air-cond. Cuaca agak panas kering so kami pilih ruang yg ada ekon kasi sejukk skit..Selesa la utk bawak anak2 yg super lasak ni duduk kt dalam ni kjap.


time menunggu makanan ada jugak drama si Ammar..
Lompat meja rendah terhantuk terus dapat sebijik telur kt dahi
haihhh..







Banyak2 pet yg dia nampak, anak ayam kecik ni jugak dia super berani nk pegang n belai..Kalau dibiarkan lama kt tangan dia tanpa diawasi mungkin bole jadi "ayam penyetttt" haha




 
Amsyar suke petting hamster ni. tapi masih ada perasaan geli binatang yg berbulussss. Waima kucing singgah rumah pun beriya nk bagi makan.tapi suruh pegang angkat sorrryyyy ngakk mauu dong!. Amsyar penggeli.Gedikss!



Last aktiviti sebelum pulang,  Q utk menunggang Poney. Kalau tak ambil pekej Family kene bayar RM7.tapi sbb include dalam pakej so FREE utk 2 kali tunggangan.. Ahahks.. 

Kesiannya kt poney ni, dia dipaksa berjalan laju sebab nk kene layan berpuluh kanak-kanak riang yang beratur lepas habis makan.. Poney ride buka dari pagi sampai petang tapi tutup jam 1 tegahari sampai 2 :30 petang. So time korang lunch la poney comey ni nk berehat juga.. Termasuk 2 abamm segak yang tolak dan tarik poney.. hihi


Pendapat aku secara keseluruhan tempat ni mmg sesuai la untuk dekatkan anak2 dengan alam.. Selain kucing ada binatang lain yang boleh dipegang dan dibelai juga.. Nak bagi anak2 berani pun ya.. Tapi yg jenis penakut takper next time bole repeat utk test lagi tahap keberanian depa.. 

Time kami pegi ni ramai juga artis3 berlibur bawak family depa. Ternampak Salina Saibi tgh pregnant, Wan Nor Azlin n anak2.. Sebelum ni nmpk kt Instagram Diana Danielle pun bawak anak dia si Muhammad ke sini.. Jom la.. sesekali bawak anak ke tempat mcm ni asyik bawak ke sopink kompleks jer pun bosan.. 

Pakaian mestilah bersesuaian nk ke ladang kan.. Better pakai sandle or kasut tutup sbb ada tempat2 yg berlecah skit terutama yg ada kolam air.. Soal fees entrance aku rase berbaloi ambil pakej family. Nak duduk dalam tu seharian pun takpa.. Takde masalah.  Dan jangan lupa kalau datang awal ada persembahan Burung Kakak Tua pada jam 10:30 pagi dan siaran ulangan 3:30 petang..  Kalau tak ramai orang dapat la tengok depan2.. Tapi kami sampai aritu tengah ramai orang.. CUti umum kan. Standard la mana2 tempat pun full. Lagi2 Farm In The City dh diketahui ramai.. Kerja2 bloggers juga yg berjaya memberi info tntg tmpt ni wujud kt area Pasar Borong Selangor ni..hihi

Ok till we meet again utk siaran luar negara plak.. ngeh ngeh ngeh





February 23, 2015

Krabi Day 3: 3in 1 Package Elephant Trecking & Emerald Pool

Sambungan kisah ke Krabi lagi..


tak habis lagi nk cerita utk aktiviti day -3. Walaupun aku anggap dah basi sebab pegi awal bulan Januari sekrang dah bulan Mac dah nok.. How fat time fliess.. hurmmm.. Tapi memori yg tercipta tu tetap nk kene pahatkan dalam belog dan share gambar2 yg indah utk disaksikan..Sila jangan muntah.. Kalau tak indah seperti di khabarkan baik terus klik X jer kt penjuru skrin tu ek.. hehehe


So cerita island hoping dah setel dalam sehari so harini cerita Elephant trecking pun seharian juga....Kami ambil Package 3in 1 merangkumi Hot Spring , Amareld pool dan elephant trecking.. So Dari satu tempat ke satu tempat memang agak jauh.. Satu jam perjalanan utk ke setiap tempat.. termasuk perjalanan semua dari 8:30 pagi berakhir jam 4 petang.


Kami dijemput dengan sebuah van.. Dalam tu ada pelancong minah saleh berlagak nak mamposss puiiiii.. Ko datang ke negara orang jangan nak nampak ko tu bangsa tertinggi darjat la sangat.. KEntut sama bau busukk aku burrp skittt dah pandang senget kt aku.. Anak aku tercicah bahu ko skit dah nk menjeling.. Ko tu yg macam haram hahhahaha.. Serius kalau aku nit eror berbahasa inggeris mmg aku sembur ajer time tu.. Siap tazkirah pasal bangsa dia lagi.. Halooo sib baik aku simpan jerk ilmu aku ni kat dada.. Sebab letih beraktiviti hari tu tak habis lagi takde makna nya aku nk menceceh.. hihihi.. Aku lantakkan sajer la...ini asia.., so kene ubah la cara penerimaan ko yg rude sepatutnya sopan yg sopan sepatutnya jadi rude. ngekkkk..



Ok back to  our story... 8:30 tepat kami dijemput didepan penginapan kami di Ao Nang iaitu Chandee Hotel. Mmg btol2 tepi jalan.. Anak2 sempat makan biskut jer dalam perjalanan.. Dan sampai jer kt tempat pertama Hot Stream..



















Then... naik van semula dilokasi yang telah dijanjikan ..G jer paking tmpt van berhenti tu.. Semua dah menanti.. Kami adalah family yg ngam2 soii sampai dlm waktu yg diberikan.. Yg lain semua bosan awal kot ..huhuh.. Kami mmg gunakan masa satu jam satu jam la kami perabih masa kt situ..

So nk tak payah tukar baju. lapik jer pungoq masing2 dengan towel or plastik beg uolsss.. van ni pun mcm ada bau hapak jerrrkk sbb dh biasa bawak orang basah2 kot.. Dulik.. Standby jer la perfume korang yg bole calit2 skit if dapat transport yg ada bau.. Van selesa cuma ada bau skek.. 

Dalam 40 minit kemudian sampai pula di Amareld Pold. Di beri masa 1 jam setengah juga utk beraktiviti kt sini.. Yg terpaksa dan dipaksa ialah   berjalan kaki lebih kurang 100 meter dari main entrance.





Kat depan ni ada gerai.. Bole la nk lapik perut siap2 beli jagung bakar dan kacang rebuss.. Yg makanan2 lain aku tak amik.. Dah pesan kt doubleA kat sini tak bole merengek2 nk beli cucuk2 goreng tu-bebola or naget or sosej yg sewaktu dengannya.. Alhmdulillah semua paham bahasa.. 


isi perut siap2.. sebab tak dibenarkan bawa makanan ke tempat wisata nya.. hahaha mmg tak bole.. Punyalah kebersihan persekitaran sungai ni dijaga.. Kolam biru ni mmg dari bahagian depan pun dah nmpk air dia mmg bewarna biru.. Ala2 akuarium tu uolsss... kita terpksa buh pewarna nk bg effect mcm tu kan.. yg ni real dan semulajadi..



 chaiyookkk!!!! lets go anak2.. kita berjalan kaki ikut jalan track yg  pada aku selamat jer utk semua..Cuaca cantik.. hope tak hujan.. redup jerk.. Yang best nk share kisah menarik kt sini dan  paling buat aku terperasan  sepanjang perjalanan ke kawasan yg indah sprt dijanjikan (cewahh), takde seekor nyamuk or serangga pun yang hinggap kat badan anak2 aku.. Kalau nk tahu Ammar jenis berdarah manisss. Kt rumah  ke kt luar rumah ke nyamuk gemuk2 tu semua isi dengan darah Ammar.. Sebab Ammar mmg kegemaran nyamuk utk dijamah.. hahahha.. Since kecik dia paling banyak dapat bintat gigitan nyamuk kalau kene tempat berhutan skit..hihiih

Serius sepanjang di sini takde seekor nyamuk pun yg hinggap.. Perhati btol2 dan berjalan perlahan menunggu jugak sekor dua yg datang pun takde.. Itu petanda hutan tu bersih dijaga atau terlalu lembab?. haihh tak tau la..


trek jalan kaki dia cantik... Ammar siap berlari lari lagi... last2 tak larat terpaksa la babah dukung..Amsyar sentiasa umi motivasikan diri dia sepanjang perjalanan.. Pool yg cantik tu aku ibaratkan kejayaan.. perjalanan itu adalah  usaha kita ke arah pool tu.. Nak nmpk sesuatu yg indah kene pastikan kita tahu bahawa ada kesukaran. ececececece.. kt anak aku bole bersifat seperti God Mother weyh.. Sgt bole memotivasikan orang tapi utk laksanakan utk diri sendiri aku selalu fikirkan option.. deng!

So dengan bersemngat waja dia cuba berjalan sesungguh2 tanpa menyusahkan aku untuk tarik or dukung dia.. uwwwwaaa takmo..


Umi dengan Amsyar dah sampai dulu kt sini jarak 10 minit dengan Babah rupanya dok tandu budak kenottt ni.. Banyak dia punye cekadak time bejalan tu.. Babah dia dh nmpk dia hulur2 tangan dah dekat 4-5 kali last2 tandu jer la... 

 yeay.. betol la dh kt Emerald Pool nih.. tak tipu!

 jalan skit lagi.... ha  baru nampak pool yang menghijau membiru...


lepak2 dlu tepi ni.. kasi rest kaki yg dah berjalan tadi..  Usha skit2 rupenye sangat licin.. Sangat.Berhati2 yer itu pesanan yg paling kene ingat.. 

Time ni Babah teruskan perjalanan pendakian ke puncak utk bertemu dengan sang puteri gunung Sebuntong.. muahahhahaha. Sementara aku dengan anak2 bermanda manda jer tk sini..

Of course la nk nampak keindahahan Blue Pool.... sob sob.tak dapat nk tengok sama dengan dia sebab fikir bawak doubleA ni itu pun dah cukup bersyukur dapat berjalan 100 meter tadi.. Nak sambung mendaki lagi idak lerrr.. Masa tak mencukupi.. Bagi Amsyar n Ammar puas mandi kt air biru ni.. Serius cantikkkk sangat.. Emerald Pool nama diberi...






hasil selfie enche hubby kita... katanya kat atas ni memang sunyi.. Seumpama ke dunia lain.. Serius tenang sangat.. 

Yang best lagi kolam biru ini sensitif dengan kehadiran gema. Ada seorang pelancong try tepuk tangan berkali-kali dan menghasilkan getaran bunyi terus nampak di dalam kolam mengeluarkan bubble2  means tindakbalas terhadap gema tersebut..Memang indah..



Dapat port kat sebelah yg ada titi kecil ni.. air dia cetek.. Senang nk bagi budak2 ni berandam dan bermain kt sini sebab tidak terlalu licin. If jadi apa2 pun aku bole menyelam selamatkan anak2 ekekekeke. Cetek nau...

 Amsyar suka ya amat.. Ammar mcm biasa keyakinan dia tinggi bila  berpelukan dengan umi.. macam aksi selam dia nk buat.. Tapi sendiri2 no no no.. takut.. Bila nampak anak2 happy aku turut happy jer sbnrnye.. Seriuss kalau pergi tempat2 macam ni sure aku rindu nk heret anak2 sekali. So ada pro n cont. Tak nafikan.




 cik abang kita ni dia tak tau pasal lantai kolam ni licin ya amat.. dia slumber jerk merandukk mcm biasa.. Kan dah tergelincir terus dapat tanda kenangan dari Krabi..



ini air yang mengalir di belah depan mula2 masuk nk ke Emerald Pool.. rase nk berkubang jer kt sini. tak yah naik atas pun takper.. hehehe.. Tapi masa amat mencemburui kita..

dah nak pulang...cukup cukup sudah.. :\
Nak order sungai ni  gantikan sungai Congkak kt Langat tu agak2 logik tak?..

video

Tepat jam 12:30 thghri kami pun sampai kt van.. tengok2 semua dah ada dalam tu.Siap dah makan lagi uolsss.. Kami punye semua kene pack saje.. Tq driver yg selamatkan kami dari drag masa lebih lama lagi.. Tak pasal2 kang kene sembur plak dengan minah saleh yg berlagak mcm dia saje sorang chartered van tu.. huh!

So lagi sekali dalam van anak2 dah kelaparan.. Pujuk sorang2 tukar baju.. Pastu makan jagung bakar yg masih berbaki dengan biskut..Lunch pack kami makan time kt tempat kami nk naik gajah tu...

penat la.. nnti kita sambung entry ELephant Trecking plak.. Syokkkk suke best gembira yahoo yabedabeduuu sbbb dah umur 30an baru dapat naik gajahh.. Kat Thailand plak tu.. hihhihii. Suke sangat! poyozzz


Pesanan utk uolss... kalau kali pertama ke Krabi ini adalah aktiviti wajib yg mesti uolss ambil.3 in 1 Pakej namanya.. Harga setiap sorang TBH9000 (dewasa) dan Kanak2 TBH6000 .Ammar eusoff konsider kanak2 2 tahun. dapat la FREE.


sambung >>> SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Oven @ UmmiCupcakes~

~KeDaiKiTa 2U~

.::PENASIHAT & PAKAR LAKTASI MALAYSIA::.

PERSATUAN PENASIHAT DAN PAKAR LAKTASI MALAYSIA (PPPLM)
7A, Jalan Kolam Air, Kg Klang Gate Baru,
53100 Kuala Lumpur
TEL: 03 - 4107 3678 / Faks: 03 - 4107 2862
E-mel: ppplm@susuibu.org / Website: www.susuibu.org

Pn. Kamariah (SusuIbu)-Bangi
(603) 8925 4614
Website: susuibu.com

Pn. Rita Rahayu (MLO)-Seri Kembangan
+6(013)-3639567 / +6(016)-2076755
Website: http://www.momslittleone.com/

Puan Suraya (Lunatots) - Cheras
(012) 5880515
Website: http://www.diyaluna.com/diary/

Puan Farah Farhan - Shah Alam
(012) 6448091
Website: http://www.sarakids.com/blog/

Puan Zatul Hijanah - Klang, PJ
(016) 3855189

Puan Ida Murni - Seremban, Melaka dan Johor
(012) 2969054