.::MeNu BLoG::.

'ammar (10) Aaron Aziz (2) AdamHawa (2) Adania; Amaryllis (1) Aksi (11) Aktiviti (7) Amaryllis Premium Collagen; APC Putrajaya; APC (3) Ammar (6) Amsyar (36) Artikel (10) Artis (1) Astma (2) Babah (1) Baby makan durian (1) Bandung (3) Berita (1) Berita Dapur (2) Bersosial (16) Besday (4) Bicara Minda (1) blogger;abil fikri;DIM Abil Fikri ;http://abil4fauziah.blogspot.com (2) BoothAPC Putrajaya (1) Bowling (1) Bromo (1) CD (1) cerita (4) Cheese Tart (1) Chicken Pox (1) Contest (2) Cuti-cuti Indonesia (1) Cuti-cuti Malaysia (1) demam (4) Diana Danielle pregnant (1) DoubleA (3) Drama AstroHD (1) Durian (1) Durian Creep (1) Entry basi; Bersosial (5) Episod akhir (1) Family Trip (1) Farid Kamil (1) Felinna Inchloss (1) Figure Up PROMO (1) FinalAdamdanhawa (1) Gateway (1) Gathering SI (6) Good Friday (1) Hidangan Pengantin (1) Hidup dan matiku utk ISLAM (1) Hijrah 1434 (1) Hobi baru (1) Hotel (1) Iklan (4) Inchloss Lotion (1) indonesia (1) Info (9) Islam Sejahtera (1) Jalan-Jalan (1) JJMC (1) Kejadian (3) Korea (1) Krabi; Travel With Kid; Amsyar ; Ammar; DoubleA (4) Krabi; Travel With Kid; Amsyar ; Ammar; DoubleA ; Passport (2) Krabi; Travel; (1) KTO (1) kuih raya sedap 2013 (1) Kutu (1) Liburan (1) Little Caliph (2) Makanan (1) ManggaAds (1) Masak2; DIY (1) Melaka; travel (1) Menarik di Genting Highlands (1) milestone (1) MilkA Deal; (1) Mother's Day (1) NadiyaNisa (1) NadiyaNissa (1) Novel (1) novel 2015; hobi (1) Nuffnang (3) NuffnangOpenHouse2014 (2) NuffNangRaya Special Raya 2014;Nuffnang Event (1) Organic Cordyceps (1) other (2) Others (1) Pengertian Puasa;Puasa (7) Perkahwinan (1) Pregnancy Test (1) Produk Slim (1) Red Bella Body Wash (1) Resepi (6) Sabah (1) Saya Jual Produk; (1) Seju (1) Sekolah (1) Seoul (1) Shopping (1) Sosial Silah (1) Stok EBM (4) Surabaya (2) Tadika (1) Tadika YADIM (1) Taska Tasneem (1) Tips; StoryMory (1) Travel (5) Travel Agent (2) Trip; Bali; Honeymoon (3) Umi Ceritera (4) Ummi Ceritera (14) Ummicupcakes (1) Urus rumahtangga. (1) Video (6) Wad Paedratik Hospital Serdang (1)

.::U FoLLow Me , I tHaNk U::.

Meh Add Your BloG :

LETS CLICK GUYSS!~ TQ

February 25, 2013

Teknik membaca Little Caliphs.


Assalamualaikum n morning uols..

Nk share cerita sabtu yang lalu.. since amsyar bersekolah di Little Caliphs awal tahun haritu ni adalah perjumpaan ibubapa secara PERCUMA anjuran Little Caliphs. Program khas untuk memberi taklimat bagaiman kaedah bacaan phonic/fonik yang dipraktikan di tadika LC. Taklimat disampaikan oleh founder LC sendiri iaitu Puan Fari.. 

Beberapa topik yang diketengahkan berkenaan kaedah fonik ini.. Anak2 diajar mengecam bunyi dengan bacaan asas a, ba, ca , da,ga, ha.. smpai za TANPA mengajar kenalkan huruf tersebut.Selepas anak2 berjaya smpai tahap bole  membaca baru anak2 ini dikenalkan dengan huruf2 tersebut. Matlamat utama kaedah ini ialah membolehkan anak2 dapat membaca dengan mudah. 

So, Puan Fari mintak kerjasama dari parents utk membuat kaedah ini selama 5 minit at least. Sebutan dan gaya kene tepat seperti mana yg teacher ajar. Dari asas bacaan fonik ini juga anak2 kita bole diajar dengan mengenal sebutan BM dan BI(English). belum lagi Iqra' nye lagi...so kene step by step utk amsyar faham perbezaan sebutan tersebut.

Contoh  perbezaan in english : put -  but - cut - know - now - no

ha.... mcm mane nk beza kan dia?.. huhu.. berpeluh jugak kan keje teacher n parents. 

teknik mengeja pun berbeza dari cara kita dlu2.. contohnya.. BACA. Ejakan pada anak kita  "Beh-a = ba... Ceh-a = Ca..." bunyinya BACA.
 





teachers LC tgh menggayakan semua sebutan
asas. Dengan gaya dan sebutan
kanak2 mudah ingat. 
 
 flash card menarik. Attract budak utk membaca.


carta DIY macam kalender ni sangat mudah untuk digunakan 
Bahagikan kepada 3 bahagian.
Bunyikan betul2. ba-n(nnn)



 macam ni pun bole...

kami akan sediakan alat2 bantuan ini secara kretif dari kalender terpakai dan kertas bewarna utk kegunaan dirumah. So gunakan idea masing2. Pastikan ia kelihatan menarik!!... =)


tenkius. 


February 22, 2013

Very Good Friday.

Bismillahirrahmanirrahim..


Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (190) [yaitu] orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi [seraya berkata]: "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.Al-Imran Ayat 190 - 191


Semua manusia yang membaca secara mukammatnya boleh faham tentang penciptaan Allah swt itu tiada tolok bandingnya. Antara langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang. Hanya bagi orang yang ingin memikirkan sahaja dapat menaakulkan apa yang tersirat dalam ayat ini. sangat besar pengertiannya bagi orang-orang yang sentiasa memikirkan sambil berdiri(sedia, teguh, sihat) atau duduk(releks, bersahaja atau dalam keadaan berbaring(tidur, sakit,tidak berdaya,mati).

Dan penciptaan itu mempunyai tujuan dan matlamat apa yang Allah berkehendak dari penciptaanNya itu. Tiada Allah menciptakan semua itu dengan sia-sia. Pastinya ada sebab
langit(tinggi, luas) bumi(sumber penghidupan, tempat manusia hidup) dan malam (gelap, tidur, rehat) dan siang (terang, sibuk, kerja).  Sedangkan bagi orang-orang yang ingin memikirkan pasti pencarian antum diberi petunjuk dan hidayah dari Allah tentang rencana dan program Allah. Ia suatu ketetapan yang tidak boleh diubah.

#Silih bergantinya malam dan siang itu adalah sebuah perjalanan. Wallahua'lam.

  

February 21, 2013

Peritnya Tonsil.




Tonsil saya membengkak.. terasa nikmat makan itu ditarik. Makan apapun tak dapat menikmati rasenya. Yang ada seperti telan pasir2 halus masuk melalui kerongkong demi menghilangkan lapar. 

Simptomnya 2-3 hari ni tekak rasa kering dan nk menelan pun rase perit. Menghasilkan air liur yg pekat dan merangsang kita untuk meludah sentiasa. Kalau tidak dibuang tetiba nk uweeekkk2 mcm ibu morning sickness tu. uihshhh.Siap kene tegur dengan ibu mertua tu..."eh, uweeekk2 lagi ke.."  hihihi

So pagi tadi pergi dapatkan rawatan kt klinik  berdekatan tp doktor tak beri MC pun.. sbb saya tak demam.. Tapi sakit2 badan saya ni mcm mane?.. huhuuhu..nk merajuk kat sape kalo dh tak diberi MC tu kan.. :(

 Buat2 la makan aiskrim cekelat la, makan jagung cup la, minum air sejuk la.. kot bole redakan. Owh.. smntara jer.. smntara nk menulis kt sini.. bole la tak rase merengsa mcm awal tadi.. Saya buat2 tahan dari menelan..itu pelega setakat ini. Antibiotik yg doktor bekalkan pun sy dh makan. Maybe 3-4 hari baru boleh baik doktor kata..

Semoga kesakitan ini memberi ruang utk  tidak melantak makanan yg tak tntu hala.. sedikit sebyk mengurangkan kadar kemasukan makanan ke dalam tubuh.. hohohoho. Maka mintak jarum penimbang memberi bacaan yang baik lepas ni... weeeeee~.... 


sekadar hiasan. =)
   

February 19, 2013

Kesempatan.

Assalamualaikum.


Kenape semakin hari semakin banyak terlucut hijab cerita2 manusia yang kejam, sadis, mental?.Dunia dihuni dengan majarotinya orang 2 yang sakit mental agaknye. Boleh dilihat dengan pemerhatian di media setiap hari.. Bila nk abis pun tak tau..

Kes amah baru keje sehari dah tunjuk perangai gilerr dia dekat baby yg diberi amanah untuk menjaganya.Kan fitrah seorang ibu membesarkan dan menjaga anak kan?. kenapa kita sanggup gadaikan nasib mmbesarkan anak2 kat tangan orang asing bagi kita. UIsshhh. manusia semakin berani memperjudikan nasib demi kerjaya.. Tapi ia bukan tindakan luarbiasa dalam akhir zaman ini. Ia biasa.. malahan kewajiban dan tuntutan zaman. Dunia disibukkan dengan program sebegitu.. so ikut sajalah. tak ikut nnti dikatakan sesat.. tak maju, berfikiran kuno.. so itulah bg orang2 yang tidak sedar tentang ada jalan hidup yang lebih baik Allah sediakan.

Sebab saya pun berada dikalangan ibu2 yang berhati kering begitu. Tinggalkan anak2 di taska hampir separuh siang.. dan malam sempat bersama beberapa jam sahaja. Itu pun kalau sempat nk bermain2 bergurau dan melihat perkembangan anak2.. Kasihan anak2 kita kan.. Seawal 3 bulan diajar untuk hidup berdikari terdedah dengan macam2 sifat telatah dan ragam yang mempengaruhi perkembangan mental dan fizikal nya.. Setiap hari tak terlepas dari mulut saya bertanya macam2 soalan terhadap amsyar..sebab kalau ada yang kurang tu saya counter back agar dia masih ada keinginan bersekolah ditempatnya itu..phewww! Cabaran.

Bila diberi peluang dan ada kesempatan waktu untuk berada dirumah.. itu yang saya gunakan untuk memerhati anak2 saya.. Bagaimana hasil asuhan dan didikan anak2 dari taska atau tadika tempat kita percaya sepanjang kita bekerja. Boleh memukul, marah, bergaduh, berebut menjadikan jiwanya keras. Amsyar pula lebih percayakan apa yang teacher beritahu berbanding dari saya cakap. Statement yang keluar dari mulut teacher is always right to him. Tapi statement dari ibu sendiri sebaliknye pada Amsyar. See the truth. Cabarannye lagi sekali lagi always kena checking apa yang anak2 dapat dari taman asuhan.


Ini kesempatan saya bersama anak2 time cuti panjang CNY yg lepas.Mcm2 moment sy dapat dgn mereka. Seolah2 baru saya baru mengenali anak sendiri. :D 


berebut permainan

menuju puncak sama2..

bila dia turun dulu jadi 'alien' plak



adik mengendap abg mandi terus masuk besen
                             
merelakan tangan jadi tempat asah gigi anak.



Ini semua menserabutkan saya tapi bila dikenang momen ini hanya seorang ibu jer yg mengerti perasaan indah itu walaupun memenatkan dan mengundang stess.. hihihi..






video


bergumpal mesra. kamu berdua membahagiakan sebenanrnye.. 
how sweet uols.


 sekian. terima kasih.

February 14, 2013

Sambil menyelam minum air....Teabeg!




Assalamualaikum & petang uols..

Free sangat kan.. orang kt ofis pun senyum santai jer..takde plak yg berwajah stress.. bos takdela katakan.. tu yg tikus menari2 ballet tu.. ekekekkeke..
Alhmdulillah...

Belek2 fail gmbr utk entry blog ni dah berkurun lama tapi tak publish since last year bulan ramadhan kau..Jom kita ke zaman silam.. haha. Yg best nye nk cerita kt sini sbb  dh lama tak aoutstation ke Sabah. Last ouststation ke sane time zaman bujang. Bila dapat keje luar sekali sekala mcm ni mcm berjalan2 tengok dunia luar la khann. :)

Seminggu saya outstation di Labuan & KK Sabah berjauhan dengan anak-anak n suami di bulan Ramadhan. 2 hari di Labuan dapat pengalaman pergi ke bazar ramadhan berdekatan.. syioookkk mcm2 hidangan orang Labuan. tapi lebih kurang sini jugak.. Peniaga nasi kerabu ada, laksam ada, sup daging utara pun ada.. huhuhu. so tak heran sgt la... cuma special nye ada chicken wing atau orang sane panggil sayap. nyum! nyummm!.. teringt la.. hehe.. And 3 hari berikutnya terbang ke KK pula...ini lah seronoknye kalau time terpilih  outstation tempat yg menarik..




 pasangkan sabuk penyaman ya kak..
 kad bilik hotel kami menginap


dlm lif pun jadi ek!,



 
toilet idaman.

 tersusun cantik..sayang nk guna... hihi


 sangat selesa.nk kene bangun awal. seawal jam 3 pg utk bersahur..
phewww!..


\

seperti sang puteri bangun membisat2 matanya tuptap makanan dh 
siap sedia utk disantap. 3 pagi okey..tak main2..
huwwwwaaaa... mkn jugak la.. :)



 sambil menanti time berbuka puasa, kami nikmati keindahan alam...
depan tingkap bilik.


sambil menjamu juadah berbuka puasa melihat kebesaran Ilahi
yang menjadikan langit dan bumi dan silih bergantinya malam 
dan siang... (14: 18-19)
ayat 3:190

 souvenir skit utk saudara S3. love uols.. (",)




kemane pun saya hasil tenusu tidak dilupa...
keep pumping utk menjamin bekalan..
skrg ammar dah stop susuibu. :(

 pemandangan indah dari atas. kalau nk dapat pemandangan ini
mmg kene terbang atau naik kapal terbang..




 dah abis kisah ini... tunggu bulan ogos nnti saya ditugaskan kemane pula.. Kedah & Perlis menjadi pilihan hati... tempat makan best kt Kuala Perlis.... sedapppp!!!



ooooppppsss~
rase tak lengkap plak entry ni.tertinggal satu.
ini cerita lunch tadi.



ha....pekena air sedap dari Teabag. ala2 CoolBlog tu..... 
rupenye kt Warta Bangi tu dh ada mcm2 both sy tak tau.
Big Apple pun ada. jakun kejap.
sekali sekala takper sbb sy alah dengan ais/air sejuk..cepat sangat selsema.>.<





sekian.TQ

February 8, 2013

Very good Friday.


 Bismillahirrahmanirrahim...

 


Dia telah mensyari’atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan ’Isa yaitu: Tegakkanlah agama [1] dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada [agama]-Nya orang yang kembali [kepada-Nya]. (Ash-Shura :13)


Membicarakan tentang agama apa yang telah diwasiatkan kepada Rasul-rasul Nya yg terdahulu dari Nuh ke Ibrahim seterusnya Musa dan Isa dan sekarang ayat ini telah diwahyukan kepada Muhammad(ketika ayat itu sampai kepada Muhammad).  Perjuangan dalam kehidupan mereka  membawa tanggungjawab yang sama iaitu "Tegakkan Agama dan jangan berpecah belah apabila berbicara tentangnya".. 

  
Dalam perlaksanaan menegakkan agama (penyatuan ummat) Allah telah beritahu bahawa orang yang syirik( ada sembahan lain selain Allah) tidak menyukainya.Berat bagi mereka untuk menerima dan mengikuti apa yang diseru..Sesungguhnya Allah hanya memilih orang yg dikehendaki sahaja utk diberi petunjuk.. petunjuk diberi sekiranya orang itu sendiri yang berkehendak bila diseru/diajak/disuruh/diminta.
wallahualam.

Sodhakollahulazim..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Oven @ UmmiCupcakes~

~KeDaiKiTa 2U~

.::PENASIHAT & PAKAR LAKTASI MALAYSIA::.

PERSATUAN PENASIHAT DAN PAKAR LAKTASI MALAYSIA (PPPLM)
7A, Jalan Kolam Air, Kg Klang Gate Baru,
53100 Kuala Lumpur
TEL: 03 - 4107 3678 / Faks: 03 - 4107 2862
E-mel: ppplm@susuibu.org / Website: www.susuibu.org

Pn. Kamariah (SusuIbu)-Bangi
(603) 8925 4614
Website: susuibu.com

Pn. Rita Rahayu (MLO)-Seri Kembangan
+6(013)-3639567 / +6(016)-2076755
Website: http://www.momslittleone.com/

Puan Suraya (Lunatots) - Cheras
(012) 5880515
Website: http://www.diyaluna.com/diary/

Puan Farah Farhan - Shah Alam
(012) 6448091
Website: http://www.sarakids.com/blog/

Puan Zatul Hijanah - Klang, PJ
(016) 3855189

Puan Ida Murni - Seremban, Melaka dan Johor
(012) 2969054