.::MeNu BLoG::.

'ammar (10) Aaron Aziz (2) AdamHawa (2) Adania; Amaryllis (1) Aksi (11) Aktiviti (7) Amaryllis Premium Collagen; APC Putrajaya; APC (3) Ammar (6) Amsyar (36) Artikel (10) Artis (1) Astma (2) Babah (1) Baby makan durian (1) Bandung (3) Berita (1) Berita Dapur (2) Bersosial (16) Besday (4) Bicara Minda (1) blogger;abil fikri;DIM Abil Fikri ;http://abil4fauziah.blogspot.com (2) BoothAPC Putrajaya (1) Bowling (1) Bromo (1) CD (1) cerita (4) Cheese Tart (1) Chicken Pox (1) Contest (2) Cuti-cuti Indonesia (1) Cuti-cuti Malaysia (1) demam (4) Diana Danielle pregnant (1) DoubleA (3) Drama AstroHD (1) Durian (1) Durian Creep (1) Entry basi; Bersosial (5) Episod akhir (1) Family Trip (1) Farid Kamil (1) Felinna Inchloss (1) Figure Up PROMO (1) FinalAdamdanhawa (1) Gateway (1) Gathering SI (6) Good Friday (1) Hidangan Pengantin (1) Hidup dan matiku utk ISLAM (1) Hijrah 1434 (1) Hobi baru (1) Hotel (1) Iklan (4) Inchloss Lotion (1) indonesia (1) Info (9) Islam Sejahtera (1) Jalan-Jalan (1) JJMC (1) Kejadian (3) Korea (1) Krabi; Travel With Kid; Amsyar ; Ammar; DoubleA (4) Krabi; Travel With Kid; Amsyar ; Ammar; DoubleA ; Passport (2) Krabi; Travel; (1) KTO (1) kuih raya sedap 2013 (1) Kutu (1) Liburan (1) Little Caliph (2) Makanan (1) ManggaAds (1) Masak2; DIY (1) Melaka; travel (1) Menarik di Genting Highlands (1) milestone (1) MilkA Deal; (1) Mother's Day (1) NadiyaNisa (1) NadiyaNissa (1) Novel (1) novel 2015; hobi (1) Nuffnang (3) NuffnangOpenHouse2014 (2) NuffNangRaya Special Raya 2014;Nuffnang Event (1) Organic Cordyceps (1) other (2) Others (1) Pengertian Puasa;Puasa (7) Perkahwinan (1) Pregnancy Test (1) Produk Slim (1) Red Bella Body Wash (1) Resepi (6) Sabah (1) Saya Jual Produk; (1) Seju (1) Sekolah (1) Seoul (1) Shopping (1) Sosial Silah (1) Stok EBM (4) Surabaya (2) Tadika (1) Tadika YADIM (1) Taska Tasneem (1) Tips; StoryMory (1) Travel (5) Travel Agent (2) Trip; Bali; Honeymoon (3) Umi Ceritera (4) Ummi Ceritera (14) Ummicupcakes (1) Urus rumahtangga. (1) Video (6) Wad Paedratik Hospital Serdang (1)

.::U FoLLow Me , I tHaNk U::.

Meh Add Your BloG :

LETS CLICK GUYSS!~ TQ

December 20, 2012

Happy Ending Adam & Hawa


Assalamualaikum..


Menyepi lagi dan lagi kerana gelora cinta sedang berbunga2 tatkala AH bersiaran skrg ni... Sejak tau cerita tu best saya tetiba boleh plak marathon nk menghabiskan cerita tu dari episod 1 sampai episod 58 dalam masa 3 hari 3 malam.pengakuan berani mati lah nih.hihihi. dan sampai hari ini saya tak tinggal satu episod pun.. huhhuhuh.. ganas kan. Sampai mcm tu sekali addicted dgn cerita AH nih.

Yup. saya perasan tentang diri saya yang semakin berbunga2 setiap waktu dan ketika. gara2 hormon yg tercetus bila menonton kasih sayang yang dicurahkan Adam Mukhriz buat Ain Hawani tanpa jemu... No matter how no matter what dia tetap menyintai isterinya.. Adakah lagi lelaki sehebat Adam Muhkriz di muka bumi ini di kala ini?... hihihihi.. So... saya terdetik untuk notis tentang kasih sayang yg diberikan dari "Adam Muhkriz" yang Allah ciptakan utk saya.. ;))


Wallah.. hebat nye aku menulis sehingga kan apa yang saya tulis ni pun ala2 Ain Hawani. Episod2 yg mendebarkan saya rase bermula minggu depan.. 2 minggu kebelakangan ni episod Ain, Azie dan Johan kasi setel.. So bermula minggu dpn Am dah pulang dari London. Adakah rajuknya masih tidak terubat bila dapat tau Ain dah pregnant?..tarrrraa.....





so jangan ketinggalan utk menyaksikan episod minggu dpn Am & Ain berhoneymoon  ;)












akhirnya Johan dan Azie disatukan.. makcik 'Ostolia' dah tak sabar sangat tengok derang kawin... hihihihi

majlis kesyukuran di mahligai Adam&Hawa. so sweet...

wow!! saat yang dinanti2 kan peminat Adam& Hawa... dapat baby gurl.

Mereka yang berjaya membuat penonton2 dan peminat2 Adam&Hawa meruntun jiwa raga dari episod 1 sampai ke akhir... syabas!



kredit to http://admya.blogspot.com/

November 21, 2012

FELINNA INCHLOSS DABOMB!!

ENTRY HARUS DI HIGHLIGHT UNTUK PENGGEMAR2 PRODUK MAGIK!!. 



Assalamualaikum,


Hari ni umi tak sabar2 nak share satu produk yang sememangnya lain dari yang lain, kalau sebelum ni kita selalu dengar losyen slimming semua panas-panas, pastu bau nya mak aiii macam orang-orang tua..bau serai wangi la. bau halia laa..then pakai sebatuu bau losyen slimming, nak kuruihh punya pasal. terpaksa la..hehe.

Meh nak perkenalkan losyen keluaran tempatan, FELINNA INCH LOSS, memang superb la sebab:

WANGI ! 
TIADA BAHAN KIMIA!
MUDAH DIGUNAKAN!
TIDAK PANAS!
DIJAMIN BERKESAN!


mesti tak percayakan. ada ke losyen slimming wangi- wangi ni?

PENGASAS / OWNER PRODUK YANG MELETUP2 SKRG NI... SEKALI TENGOK MCM TAK PERCAYA, TAPI SAYA CUBA PERCAYAKANNYE...SIYES SEKALI IMBAS MMG TAK SANGKA ORANGNYE SEBESAR ITU WAKTU SEBELUM.

-~KISAH OWNER NYE SENDIRI IAITU PUAN FELINNA~

Salam ♥ 

sila jangan shut down n fikir ini adalah virus ♥


hahha after hari tu upload gambar ramai yg cakap felinna propa plus ada gak yg cakap gambar gemuk tu adalah kakak,adik or sapa2 bukan felinna and ada gak yg cakap gambar kurus itu sebelum menjadi gemuk..


ok sy tahu gambar gemuk ni xfull tapi harap maaf masa mengalami masalah kegemukan tu memang i alergik ngan camera and confident terus hilang..so susah sgt nak cari gambar ni ha.. yups 3bulan lepas bersalin saya rasa sangat buruk okey! hingga jumpa inchloss and terfikir untuk buat jualan bagi membantu lebih ramai wanita yg takut makan pil.. takut nak minum minuman kurus tuh utk sama2 rasai kehebatan produk ni.. ya! SAYA BERJAYA TURUN 5KG DALAM 1 BULAN..dan saya semakin yakin walau bukan kembali ke berat asal saya masih xjemu2 sapu inchloss ke lemak2 yang masih bermahrajalela.. ada lagi 5kg untuk diturunkan.. jom sama2 inch loss and rasai kehebatan nya!


NOW XDE SAPA DAH NAK PERTIKAI ORIGINALITI GAMBAR KOT? HHE ITU SUAMI YANG SAMA.. XBESAR2 DAN ANAK YG SAMA YG MAKIN MEMBESAR.. JADI SILA TELITI DAN INI MEMANG SAYA..KALAU BUKAN SAYA XKAN SUAMI NAK PELUK KAN? ♥

salam ♥ nak kurus cara mudah? 

macam felinna sendiri baru bersalin ada baby 4 bulan and menyusu badan sepenuhnya. banyak produk yg felinna xbole ambik .. dulu ade try 1 brand terkenal ni..tapi bila menyusu ni kan perut lapar sangat2.. xbole control makan so still rugi beli mahal2.. bukan salah produk tapi slaah sendiri..dari situ i buat research until jumpa dis product dari company herbs terkemuk
a.. 1st i amik and try kat diri sendiri.. sebab xberani la kan nak labur modal puluh2 ribu kalau produk xbest.. bila 1 bulan felinna pakai dengan rakusnya produk ni.. hahah rakus sebab i excited nak kurus ok.. i sapu setiap kali lepas makan smpai 1 hari berkali-kali sebab produk ni panas dia pon macam dingin dan baby xmeragam walaupun tgh minum susu..so sebulan ja i turun 5kg hokey! plus wangi dia buat i xpayah dah sembur gucci by flora kitee tu hhee.. so ini reason yg hebat kenapa anda2 wajar cuba..tanpa chemicals ianya merawat kulit dan bole digunakan untuk ibu mengandung dengan syarat jangan sapu kat perut and belakang pinggang je..


Alhamdulillah... ♥
Felinna ada dagu balik dah HHEE... thanks INCHLOSS! SAPUAN LEMBUT KE BAHAGIAN MUKA MEMBENTUK DAGU YANG LEBIH RUNCING.. ♥


RAHSIA KENAPA INCHLOSS SANGAT HEBAT!

1) Lotion ni sangat wangi dan xterlalu panas dan xberbau seperti minyak angin, dia dingin dan mesra pengguna. malah mudah dibawa and selesa dipakai walaupun ketika bekerja (so xdakla org cakap..ko sakit perut eh? Bau minyak angin jek)

2) Hanya sekali sapuan anda bole lihat perbezaan inch anda (pastikan ukur sebelum guna ya). Mudah nak apply kat mana2 bahagian kita xpuas hati, ade customer sapu kat pipi dia yg bolat!



3) Inchloss diformulasi dari bahan2 semulajadi yg selamat utk wanita hamil,menyusu atau gastrik..Ianya selamat bagi wanita hamil kerana rumusan nya xda sebarang chemical..kecuali! Jangan lah sapu kat perut tu nak bagi kurus pulak... 



4) Kita bole mengawal bahagian tubuh mana yang hendak dikuruskan jadi kalau yg kurus sekadar nak buang lemak2 sikit2 tu pon bole cuba..pasti puas hati!



5) Yang pasti dengan inchloss dah hantar utk dibacakan 30juzuk alquran di mahad tahfiz bukit mertajam penang... Jd jangan langkah ya.



6) Felinna (owner product) mencuba sendiri dan rasakan result yg fantastic! Bombastic! Dan yg pasti xnampak plastik hnya dalam masa sebulan 5KG TURUN uoll! Over x? Haha 

7) Jangan takut, produk ni berdaftar dengan KKM

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jap...Jap ..Harga Lum Ceriter lagi..
Berbaloi2 .. Murah jer
Kandungan : 180ML

RM75 (Semenanjung)
RM80 (Sabah./Sarawak)
INCLUDE POSLAJU YER

BELIAN 10 BOTOL BOLEH PM HARGA LAIN.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


MEH TENGOK LAGI TESTIMONI YANG LAIN.. WALAYEHHHH








ha tu dia..Ara lost almost 10kg dalam masa sebulan.Menggunakan 2 botol Inchloss.
Tak kira masa & ketika dia akan sapu kat tempat yang sepatutnya & minor diet juga diamalakn utk kesan yg secepat ini.Minimum penggunaan sehari 2-3kali.
Jom sama2 kita ikut cara Ara ni, mudah-mudahan akan berjaya..











DAH BACA..DAH TENUNG..DAH PIKIR..

APE TUNGGU LAGI.. 
 
 
SMS @ WATSEPP UmiAmsyarAmmar @ Zue

012-2740462
 
ATAU
 
EMEL PUN BOLE
 
junesesuai@gmail.com
 
                                  nama:
                                 alamat:
                                 kuantiti:
                                 bukti pembayaran:    
 
 
 

November 20, 2012

1434 hijrah





Assalamualaikum dan salam hijrah..


Kondisi pola pemikiran diri yang masih banyak perlu dibaiki.

November 19, 2012

Pantas FK & DD



Wah pantas. Mereka punye...Sape mereka?? hasil kerja kasih sayang Farid Kamil & Diana Danielle.. :D



November 16, 2012

Organic Cordyceps.

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum sayang2ku..


Entry kali ini nk berkongsi skit tentang supplement utk bayi/kanak2 yg ada jangkitan paru2 yang dipanggil bronkilitis. Lebih dikenali sebagai Astma atau semput.

Selain dari ubatan yang dinasihatkan doktor -- puff Ventolin dan Flexitide saya juga menggunakan supplement tambahan sebagai rawatan secara tradisional. Organic Cordyceps namanya.Didalamnya terkandung ginseng bersifat 'hangat'.  Orang yg  mengesyorkannya adalah ibu mertua tercinta.. dia adalah orang paling ambil berat tentang masalah kesihatan cucu-cucunya..







Macam kt gambar atas ni saya sediakan telur rebus , hancurkan dan gaulkan dengan satu sudu mayonis kemudian taburkan sedikit serbuk dari dlm kapsul cordycept tu ke dalam hidangan tadi.  Pesan pada pengasuh taska berikan makanan ni utk ammar sorang.. sbb dalam tu saya ada bubuh ginseng. takut budak lain tak suke... hehe.. kalau ammar tak abis tu lain la cerianye ye.. bg la sape2 pun nk mkn sama...





Penyediaannya sangat mudah. Kunci utama is kene rajinla eh. Buka kapsul tu dan taburkan sedikit dalam makanan Ammar. Yg bakinya tu simpan dalam bekas kedap udara.



notakakiumi;
mudah2an ammar eusoff baik2 aja..

November 14, 2012

Durian creep senipis kulit bawang. ^__^



Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum n morning.. coretan diawal pagi.


Cerita sensasi mesti la bersemngat nk menulisnye... haha..
Minggu cuti selang seli dengan bekerja so otak pun berfungsi selangseli mcm menganyam tikar mengkuang.. harusss la dlm kepala tu kerja-cuti-kerje-cuti-kerje-malas kerje.tettttt. Usah kau contohi sikap yg satu ini wahai anak-anakku. Aku sedar tentang itu.

Planning extravaganva--- lunch keluar dari kawasan. Acara ni acara tahunan. tak bole buat selalu. ke mane kita???..

Kak fazi seorang ofismate senior yg bole aku layankanjerrr. kadang2 suka menunaikan tuntutan seleranya mengikut lintasan fikiran dan hati. Tetiba dia kata nk gi mkn durian creepe yg sedappp la sangat ye ke sedapp sgt??.. jom2 kita..

Aku ni umpama orang disorong bantal la bila member ajak.. aku jom kan jer..terimakasih la berkongsi rase cerita yang mengujakan ko tu kt aku time2 cenggini.mood selangseli#

ini gara2 selak mukabuku kawan2 yg update gambo durian creepe yg gebuzzz dan montok ler tewww terus digest ke perut gamaknye.. hihi.. ok. Dari Putrajaya ke Mid Valley tanpa rase bersalah..haha.Kami pergi bertiga saje. Lengkap kami sepasukan dari gred 29-32-41. sama jer pangai..hihi. Mmg kene la dengan slogan hendak 1000 daya tak hendak 1000 dalih. ye dop.

Ada dalam 2 tahun lamanye ntah betul ke idak tak ke Mid Valley berjimba2. Dlu ada perasaan la nk ke sane dengan chentahati.. skrg ni dengan buahhati bertambah 2 org lelaki yg soleh sangat2 bila berada diluar rumah-- takut makan hati pulak bila dah ke sane berjemaah. Makanya peluang dapat bersama dengan kawan2 adalah salah satu therapy... ok,again i can say therapy... nyaman yerp. yerp.^____^

Kembali kepada cerita asal tadi.

Park kete  turun ke tingkat G keluar dr lif tepi  PADINI ke kanan dan turun lagi ke bawah tingkat LG jalan2 terus nmpk Big Apple ke depan nye lagi ada stall kecik yang berbau durian seolah2 memanggil2 kami dari kejauhan.. Mari..! Mari!... terus mengambil sorang satu box yg berisi Durian Creepe tadi. Menyesal!.. sangat menyesal beli satu box sorang. Ikut plan dalam perjalanan nk ke Mid Valley tu bole kata nk beli satu box share 3 orang.. hahahhahaha.lagi rugi dan meliurkan. terukkkss btol la cadangan kak fazi itu yang kami persertujui bersama disebabkan teruja bersiar-siar ditengahari.. ekekekke.






Rm10-hanya di Mid Valley.




SENIPIS KULIT BAWANG OK..
. mcm mane nk buat bagi senipis ini??.. sape boleh tolong share resepi sebenar pm la saya ye. saya tak nak senipis lempeng mesia..
hahahaha.



notakakiumi;
frust sgt2 vid time kami makan mende ni ber3 di OASIS terDELETE. sangat2 mengujakan uols.. komfem kalo korang tengok pasti terus ke Mid Valley tak semena2 menggunakan kesempatan mood selangseli tghri ni ke sane.. (",)

November 8, 2012

Ammar Mat Tiarap.


Lucu tengok gambar anak umi sorang ni.Time ni Ammar 10 bulan tak silap umi.  Ammar sorang yg bersemangat waja.Sanggup redahi apa jua rintangan yang penting dapat dekati uminya...tiarap pun tiarap la... jnji lepas. ^__^

 
notakakiumi;
mood tak brapa sihat.demam+batuk + selsema menyapa diri ini.nikmat la sangat.. ZZZZZzzz

November 6, 2012

Nak Relax..



Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum  everibadi.

dalam 2-3 hari ni umi amsyar & ammar tak brape sihat.. jarang  saya sakit. Bila rasa sakit2 badan gini,dgn hidung tersumbat, kepala terasa sempit tanda saya perlukan perkara yang relax..dalam kepala terbayang  tukang urut2 badan mcm kt Spa tu..nak sangat ke Spa.. tapi bila?.. nak urus diri yang tak terusus sekian lamanya.. :)

bestnyer....nikmat kalau dapat urut skrg ni jugak...



#notakakiumi : usia senja nan merah sudah... ihiks

November 2, 2012

Urusan Rasmi @ Home Sweet Home

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum & selamat sejahtera.. =)

Alhamdulillah pagi jumaat yang mendamaikan. sejak 2-3 minggu ni cuaca dingin disebabkan hujan yg kerap setiap petang bawa ke malam.. Mata pun kuyu jer bila kat opis.. sbb mood atas tilam sentiasa menjengah kt kepala.. pandangan mata kt monitor pun mcm kabus-kabus gitu.. Bila cuaca lembap masalah jugak bagi kaum2 ibu nk menjemur pakaian.. semedang jer la tak kering, lembap silap haribulan boleh bau hapak baju2 yg kita dah basuh tu.Bila nak pakai baru tersedar bau baju tu kepam. Yang paling tak tahan kene tegur dengan orang sebab baju bau hapak..hahahha. 

Selalunye ibu mertuaku la. sangat prihatin tentang baju anak lelakinya berbau. Kadang tak sempat nk memberi sepenuh ketelitian terhadap baju2 suamiku. Main masuk jer la dengan baju2 lain. kadang dalam hati tu nak collect sume baju2 kemeja n t-shirt dia dan cuci semula dengan pencuci + minyak wangi.. ekekekekke. tapi belum terbuat lagi sampai ke hari ini.sangat padat jadual mak.. haihh.


Urusan rasmi hal rumah biasanya tenghari time break 1 jam tu la saya gunakan untuk membereskan hal yang perlu diberi keutamaan.iaiatu KAIN BAJU YANG PERLU DIBASUH..Paling tak pun dapat sidai baju dan lipat kain atau menyapu/ cuci pinggan kt sinki.bergantung kepada keadaan jugak.Time takde mood mmg saya buat tak reti jerk..

Kalau nk suh orang mintak faham keadaan rumah yg sentiasa bersepah disebabkan laki bini bekerja pun mcm tak sedap jugak.. Sendiri pandang pun dh mengundang mood serabut. Dah la penat balik keje ambil anak2 dari taska sampai rumah SERABUTTT... owh.. satu mende ni jer lagi saya masih tak bole pujuk hati utk bersikap POSITIVE bile terpndang mende bersepah kt rumah sendiri. kat rumah orang lain takper,,saya takde hal.. positive jer sbb saya memahami.. hehe  :) . Mood mengemas juga pun datang kadang2. Bukan sentiasa ada.. ermmm.

Sebab apa yang saya tahu, bila tiba petang saya nk suasana yang aman damai tak berserabut.kalau tak dapat selalu pun sekali sekala pun jadi la. Hotspot yang selalu buat serabut adalah pakaian2 yang kita sidai kt dalam rumah. Kt kerusi ada kain, kat sepnajang pemegang tangga tu pun ada kain, ampaian pun kt dalam rumah.. ape cerrrr... Kain2 ni la selalunye mengganggu penglihatan mata apa tah lagi memenuhi sebahagian ruang dalam rumah.. belum masuk lagi perca-perca mainan anak2 lagi.. ermmm. berimaginasi lah sendiri. Tenghari semalam balik rumah ini la kerja yang saya buat bila kain kayan dah sarat dalam bakul besar. 

 
 Ampai baju dalam rumah.Husbant tak suke ampai baju kt luar time hari bekerja.kadang terbiar jer kat luar. Risiko pakaian dalam hilang pun takut jugak..hehe :P

kalau gebar2/cadar beginilah caranya.. hahaha. bebas. 
suke hati jer.

 ha.. ni pembahagian harta tak habis2 selagi hidup berbaju.
Mmg aktiviti basuh-sidai-lipat kain takkan padam dari kitar hayat berumahtangga.

 #bila dibahagi2 mengikut  kategori & sape punye lebih mudah kerja2 melipat.
Amalan pengkhususan time keje kilang 13 tahun lepas apply dalam kerja2 rumah. aku x-gadis kilang HOSIDEN BBBangi.. weeee~


 waiting list.Kt mesin tengah ON satu trip.

 Pencuci TOP kaler kuning menjadi pilihan sebab:
Sangat sesuai utk orang yg tak berapa nak rajin mcm saya.
Sesuai utk sidaian dalam rumah & menghapus hama-debu dan kotoran 99.9 % okeh!!-sbb Ammar astma.
baunye pun harum + softener Daia kaler hijau ni.. saya suke akan kombinasi
bau haruman dari mereka berdua.


 *Cucian kalau terlupa nk keluarkan dari mesin dalam tempoh 24 jam pun masih tidak meninggalkan bau hapak dengan serbuk pencuci TOP. masih boleh disidai seperti biasa. Dan hapak pada baju lelaki sebenarnye disebabkan proses perpeluhan badan lelaki lagi aktif berbanding perempuan. So tak heran la kadang bau hapak skit2 kt baju lelaki ni, mmg kene double action sebelum masuk mesin. Kalo bole sental dlu pada kolar baju dan bghn ketiak nye.. atau pun rendam semalaman then baru masuk mesin. cheewaaah.

 Formula dan kaedah dah ada.tinggal nk buat je tak lagi... egegegegege. Gigih tinggalkan petua kt sini.. Supaya anak2 daku esok tau nk buat ape kalau baju2 mereka ada meninggalkan bau hapak. 

Ke...ada kawan2 kaum suri rumah part time merangkap bibik yg kt luar sane nak kongsi petua yang lebih canggih dan mudah utk saya.. semoga bermanfaat hendaknye..



notakakiumi;
#cita2 nak miliki mesin basuh terus kering. tak yah sidai2 ni ha.. bajet blom ada..ekekeke..



November 1, 2012

Nasib


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum & Morning semua..

Sedar tak sedar dah 1 Novermber kan. Dalam reminder telefon dah tertulis since 2 minggu lepas lagi yang  hari ini kene beratur seawal jam 7:30pagi di  di Tadika YADIM Putrajaya untuk dapatkan borang daftar kemasukan tahun 2013 .  kenape Tadika YADIM eh? . Sebab saya fikir 2-3 tadika yang terbaik untuk Amsyar bersesuaian juga dengan bajet kami.  Asalkan pada usianya 5 tahun dia dan bole terima apa itu solat, apa itu mengaji dan boleh membaca, mengira, mengaji dan menulis. termasuk boleh membaca surah2 dan doa2 pendek.

Selepas jer punch card pkul 7:30pg terus berdesup ke tadika ni. Lokasi agak blurrr.. kunun2 tahu..tapi haremmm hehe. pusing sekali dan telefon jiran --Cik Wani namanye bitau lokasi . ok.. sampai2 dan join berbaris dalam pkul 7:40pg la.. itu pun saya orang yang ke 20 an.. Harapan mcm ada.. cuba jer la.. Tapi berdebar jugak.. sbb kuota tak ramai cuma 60 orang jer kowt.. Dalam saya berdiri sambil berbaris 1 jam 1/2 ni borak la skit2 dgn parent yg ada kt situ bg feedback yg baik.. Anak derang "pndai" walaupun setahun jer bersekolah di situ.. setanding dengan budak2 dari tadika2 mahal yg lain. 

Kenapa taska/tadika swasta islamik mesti caj mahal??.. drolling mata ke atas dan angkat2 bahu 2-3 kali yea kawan2.. (@@)

Jam 9:05 dah ni.. giliran dah makin hampir dengan pintu pejabat tadika tersebut. Kira orang kt depan ada 5 orang termasuk saya.. tetiba.. orang yg last tu kuar kata utk 5 tahun dah takde kekosongan. bergantung pada borang. borang abis mksudnye dah takde la peluang nk sekolah kan Amsyar kt situ..
:(

Takperla.. dah tinggalkan nama dan no telefon utk dihubungi. Jika ada rezeki pihak YADIM nak tambah cawangan dan bukakan kelas 5 tahun mnjadi 3 kelas insyaAllah peluang Amsyar untuk bersekolah disitu cerah.. tapi semue tu berngantung kepada keputusan pihak atasan la.. samada jadi ke idak pasal pembukaan cawangan baru tu.. Apapun kene tunggu 16 November ni untuk sebarang makluman.. dan usaha juga cari tadika2 yang lain.



Berdiri.beratur.nak terkucil ke hape ke.. nasib la kene beratur semula kt blkg..


-sekian-



October 30, 2012

SURABAYA Part 2

sambungan dari  Part I

 







-petang hari ke-2 tu kami bergerak menuju ke BROMO... dalam perjalanan kami singgah di HOLLAND BAKERY -beli roti utk bekalan ketika di BROMO nnti. Imaginasi kalo nk ke bromo ni mcm ala2 Cameron Highland / genting.. Tanah tinggi dengan suhu sejuk menusuk tulang... angin dingin, smpaikan tidur kt atas tilam mcm tido atas air... hihhi sejuk..




Suasana hotel Bromo Permai I

-Sampai di Hotel BROMO Permai jam 9pm, time to sleep sbb seawal jam 3pg adik2 ngan husbnt nk ke Penajjakan 1 - view matahari terbit, ke savannah menikmati pemndgn padang rumput yg lawa dan ke kawah. sy yg kene tinggal sbb ada anak2 kecik. derang kata tak brape sesuai dan tak sesuai pun utk bawak ke puncak... so duduk saje n nikmati kesejukan dan kedinginan pagi di hotel Bromo Permai. sbnrnye dari hotel ni boleh jer menikmati pemndgn matahari terbit... cuma dh siang2 tu ada sorang housekeeper tu bitau dan bawak kt tempat utk tengok view menarik dari sekitar hotel... rugi sungguh saya tak bangun pagi tu!... subuh pun ada terlajak skit, sbb tak teringt dok kt indonesia.. haha







DAY 3

- awal pagi jam 3 (sebelum ayam berkokok) Sarmin's SonsDOts bersiap2 hendak ke Penajakan I- iaitu tempat view matahari terbit dari puncak bukit.. Selepas tu ke Kawah Gunung Merapi dan ke Savanah.. Kalau nak ke tempat2 begini memang sesuai sangat la bawa kamera DSLR.. Encik Adi ada LUMIX LX3 dan adir ipar ada SONY dslr model tak tau.. Gambar2 almost dari kamera mereka berdua ni lah..mak tompang tepek jerrrr...:D






   Awesome.View dari Pananjakan I di pagi hari.


   Bergaya mcm ala2 model. kunun...
3 lokasi menarik yang mereka lawati.. Kalau ke Surabaya tak sah iaitu BROMO - Pananjakan utk view matahari terbit & menikmati angin dingin di sana, SAVANNAH- dataran rumput menghijau kalau kene pada waktunya mmg cantik menghijau dan BROMO-

mood : terkilan tak dapat ikut sama tapi takper  next time la eh.repeat Surabaya berdua utk aktiviti adventure nih. saya suke... weeeeeeee~~..







bulan penuh malam tu..cantik menawan.





















- saya dgn anak2 bersama mertua yg tak join gi tempat2 best ni  bersarapan pagi di restoran hotel tersebut--nasi goreng, mee goreng, telur dadar goreng digulung nmpk mcm kuih ketayap hehe, tembikai dan air teh n kopi O. waaahhh. masih betahan lagi dgn hidangan sebegini utk hari kedua.. huhu.

-x segan2 mintak tolong orang restorang masakkan bubur nasi ayam kentang utk anak saya..diletakkan dalam 3 bekas kecil utk dimakan 3 kali smpai mlm. hehe. upah 30,000 rp jerk.. ibu2 yg travel, sy juga nk bg tips kt anda jgn berat mulut utk bertanye tentang servis yg begini dimana2 tempat anda pergi. Sometimes bila kita bertanya kepada orang yg tepat  dan memahami mereka tidak keberatan utk buat. So sepnjg tempoh 3 hari Ammar dapat menikmati bubur nasi fresh yg dimasak. 

-jam 11pg kami bergerak turun selepas Sarmin's SOnsDots pulang dari mendaki. Bagi derang rehat2 kjap dan bersiap mandi2 pastu terus kan perjalanan turun dari Bromo tak singgah mane2 masa turun tu cuma menikmati keindahan dan panorama aktiviti penduduk kt situ yg berladang dan mmbawa hasil tanaman. Bawang, kentang besar2  nyah... Rumah rapat2 dan almost non-muslim. 

- smpai di persimpangan keluar dari Bromo jam 12 :30 tghri. singgah makan di Warong Pak Soleh. Makan tenghri ngan solat kt situ.. lauk2 nye sprt biasa la.. nasi+ikan gurami+pecel + penyet air tea O kopi.. (*___*) pitam.Dah tak bole masuk tekak tapi sbb lapar layan jer la... 


Taman Safari II

- teruskan perjalanan ke Batu-Malang . Kami ke Taman Safari II -- tengok2 binatang. tiket di urus oleh supir. kitorang senyap jer dlm van. sbb bole dpt harga  tiket local. kalau rate tourist mahal skit.. kt dlm taman ni kita bole bertembung dgn binatang n bole bg makan pisang n carrot kita bole beli di luar safari.. pak supir Bahtiar jugak yg belikan... kami duduk dalam van saje...


pisang dan carrot ada dijual diluar taman safari sbg habuan binatang yg mendekati van kami. Pisangnya sedap dan manis sekali.. hehehe.
 Yang kt dalam van pun lapar ape..


nyum!..nyum!!...aku pun tak ingt bintang ape yg makan ni.. hihi
kuda ke?..


singgaaaa... melintas jalan.






senget2 mulut nk capai mknn. takut dia meludah.












Sekitar hotel Gradia



- abis aktiviti tengok dan bg makan binatang kami terus ke hotel penginapan kami di Gradia di Batu. Mkn mlm di restoran bamboo.--terbaik tempat ni.. selesa dan makanan nye enak2... mintak telur goreng ceplok! utk anak saya makan ngan kicap SEDAAAP. mmg sedap menjlat jari. saya mkn pun bertmbh nasik. semata2 kicapnye yg enak. pesan kt supir sy nk beli kicap sedapp ni. tak kira apapun yg terjadi.. hihi

- bilik di hotel Gradia takde kipas atau ekon yer.. sbb otomatik dingin malam tu meresap ke tubuh badan menjelang tengh malam... so tak perlu risau kepanasan.. kawasan Batu Malang masih boleh dikatakan kawasan sejuk tapi tak sesejuk BROMO>

 - aktiviti malam rehat... dh tak larat nk jalan2 ke Jatim Park or lain2.. sy capek dukung anak kecik yg tengah lasak tak bole nk pegang statik.. hehe















DAY 4



- TEPATI WAKTU JAM 7PAGI MESTI SUME DH SIAP. sbb nk merempit ke bbrp tempat sekitar batu /Malang sebelum berangkat pulang jam 6pm. pagi2 kami ke Air Terjun COBAN RONDO. mmg terbaik tempat wisata ni. bersih sbb terjaga tak nmpk sampah sarap merata2 pun.. asyik nmpk orang menyapu jer kiri n kanan kawasan air terjun ni... berjalan sedikit utk melihat air terjun tersebut. cuaca pun just nice.. i like this place!


 - gmbr air terjun ( esok aku upload) ekekeke...

- makan jgung bakar  beli kt dpn kawasan air terjun, dan cenderamata. sgt murah beli kt sini compare beli kt tmpt2 lain.. saya beli key-chain yg dperbuat dari tulang lembu. 3,000rp jer satu.








Ladang Epal Kota Malang

-terus kami ke ladang epal persendirian. pak supir bahtiar jer kenal owner ni.. kalo nk pegi kene melalui supir ni.  nk masuk kene bayar. tak brape ingt, sbb ditaja kan.haha. dlm ladang tu makan la sepuasnya. caranye, makan2 skit buang petik lagi, pastu rase tak sedap buang dan petik lagi. dan lagi... hihi.. penjaga ladang ni tak pasti la owner atau pekerja sebijik rupe FIzz FAiruzz.. sgt perasan mamat ni bila kitorang kata muke dia mcm aktor popular Malaysia.. hahahahha. siap tulis nama FIzz fairuz kt kertas utk tujuan promosi diri lerrr tewwww.... huhuhu

-beli 2kilo epal sekilo 15,000rp jerk.... dalam 8 biji saiz sederhana. saiz dia tak standard mcm epal new zealand ke ape.. ala2 epal fuji tu. kaler pun tak brape merah tapi tetap sedap di makan walaupun masih kecik2...

-pastu kitorang terus ke TanggulAngin -- tak seindah kaba.. tak beli apapun, terus kami ke Indah Bodir. dalam kedai /butik tu ada baju2 dh siap,ada kain2 baju batik ada juga telekung sulam dan baju kanak2..  time ni dh suntuk jugak nk gerak ke Airport. smpai anak aku nk bernti terkencing pun mak mertua suh tahan n kencing dalm botol sbb takut tak sempat ke TanggulAngin dan Indah Bodir. muhahahhaha.. semngt nk menyoping tu..

-kicap aku masih tak dpt time ni.. aku mintak pak supir singgah jugak la mane2 utk aku tidak kempunan dgn kicap botol comel jenama sedaapp tu. sbb kt mesia takde.aku tetap berharap. last2 dapat jugak supir tu singgah kedai mcm ala2 7E tu.. dapat la laki aku beli 3 botol.. walaupun ada org kta "tak yah la... wat ape...". hehehe.

Sekian sahaja family Trip 2012. Skrg ni saya sibuk uruskan TRIP  Family Rinching - Padang 2013 plak. Aku mengurus jer la... tak nak ikut sbb kami sekeluarga kecik ini ada destinasi yg lebih penting untuk dituju. InsyaAllah. Sume masih dalam perancangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Oven @ UmmiCupcakes~

~KeDaiKiTa 2U~

.::PENASIHAT & PAKAR LAKTASI MALAYSIA::.

PERSATUAN PENASIHAT DAN PAKAR LAKTASI MALAYSIA (PPPLM)
7A, Jalan Kolam Air, Kg Klang Gate Baru,
53100 Kuala Lumpur
TEL: 03 - 4107 3678 / Faks: 03 - 4107 2862
E-mel: ppplm@susuibu.org / Website: www.susuibu.org

Pn. Kamariah (SusuIbu)-Bangi
(603) 8925 4614
Website: susuibu.com

Pn. Rita Rahayu (MLO)-Seri Kembangan
+6(013)-3639567 / +6(016)-2076755
Website: http://www.momslittleone.com/

Puan Suraya (Lunatots) - Cheras
(012) 5880515
Website: http://www.diyaluna.com/diary/

Puan Farah Farhan - Shah Alam
(012) 6448091
Website: http://www.sarakids.com/blog/

Puan Zatul Hijanah - Klang, PJ
(016) 3855189

Puan Ida Murni - Seremban, Melaka dan Johor
(012) 2969054