.::MeNu BLoG::.

'ammar (10) Aaron Aziz (2) AdamHawa (2) Adania; Amaryllis (1) Aksi (11) Aktiviti (7) Amaryllis Premium Collagen; APC Putrajaya; APC (3) Ammar (6) Amsyar (36) Artikel (10) Artis (1) Astma (2) Babah (1) Baby makan durian (1) Bandung (3) Berita (1) Berita Dapur (2) Bersosial (16) Besday (4) Bicara Minda (1) blogger;abil fikri;DIM Abil Fikri ;http://abil4fauziah.blogspot.com (2) BoothAPC Putrajaya (1) Bowling (1) Bromo (1) CD (1) cerita (4) Cheese Tart (1) Chicken Pox (1) Contest (2) Cuti-cuti Indonesia (1) Cuti-cuti Malaysia (1) demam (4) Diana Danielle pregnant (1) DoubleA (3) Drama AstroHD (1) Durian (1) Durian Creep (1) Entry basi; Bersosial (5) Episod akhir (1) Family Trip (1) Farid Kamil (1) Felinna Inchloss (1) Figure Up PROMO (1) FinalAdamdanhawa (1) Gateway (1) Gathering SI (6) Good Friday (1) Hidangan Pengantin (1) Hidup dan matiku utk ISLAM (1) Hijrah 1434 (1) Hobi baru (1) Hotel (1) Iklan (4) Inchloss Lotion (1) indonesia (1) Info (9) Islam Sejahtera (1) Jalan-Jalan (1) JJMC (1) Kejadian (3) Korea (1) Krabi; Travel With Kid; Amsyar ; Ammar; DoubleA (4) Krabi; Travel With Kid; Amsyar ; Ammar; DoubleA ; Passport (2) Krabi; Travel; (1) KTO (1) kuih raya sedap 2013 (1) Kutu (1) Liburan (1) Little Caliph (2) Makanan (1) ManggaAds (1) Masak2; DIY (1) Melaka; travel (1) Menarik di Genting Highlands (1) milestone (1) MilkA Deal; (1) Mother's Day (1) NadiyaNisa (1) NadiyaNissa (1) Novel (1) novel 2015; hobi (1) Nuffnang (3) NuffnangOpenHouse2014 (2) NuffNangRaya Special Raya 2014;Nuffnang Event (1) Organic Cordyceps (1) other (2) Others (1) Pengertian Puasa;Puasa (7) Perkahwinan (1) Pregnancy Test (1) Produk Slim (1) Red Bella Body Wash (1) Resepi (6) Sabah (1) Saya Jual Produk; (1) Seju (1) Sekolah (1) Seoul (1) Shopping (1) Sosial Silah (1) Stok EBM (4) Surabaya (2) Tadika (1) Tadika YADIM (1) Taska Tasneem (1) Tips; StoryMory (1) Travel (5) Travel Agent (2) Trip; Bali; Honeymoon (3) Umi Ceritera (4) Ummi Ceritera (14) Ummicupcakes (1) Urus rumahtangga. (1) Video (6) Wad Paedratik Hospital Serdang (1)

.::U FoLLow Me , I tHaNk U::.

Meh Add Your BloG :

LETS CLICK GUYSS!~ TQ

August 31, 2009

Yeappy,Im Already 1....Happy Merdeka Day!






Happy Besday to me...
Happy besday to me...
Happy besday to Malaysia n me...
Happy besday to me...

Amsyar dh besar.. usia amsyar dh tak bawak 'bulan' saje, usia amsyar dh bawak tahun sekali.
Hari ni 31 Ogos jam 8:09min malam genaplah usia amsyar 1 tahun keluar dari perut ummi.Tak lupe juga babah kata 31 Ogos juga Malaysia merdeka!. Apa tu?.. tunggu amsyar besar skit babah akan explain sedikit demi sedikit tentang merdeka.hehhhe ye ke babah tau sejarah.ok, babah, ready kalu amsyar tanye 2-3 tahun akan dtg.Sekarang amsyar bole bergerak bebas mane amsyar suke..(bila la amsyar boleh berlari ni, asik berdiri, jatuh)tapi masih di awasi oleh ummi dan babah. amsyar mohon kasih sayang,belaian, didikan dari babah n ummi smpai amsyar dewasa... Terima kasih ummi kerana ummi telah memberi yang terbaik utk amsyar.. amsyar belum sedia nk berpisah dgn ummi..sbb makan minum amsyar bergantung kt ummi.. harap2 smpai usia amsyar 2 tahun la amsyar belajar cuba utk lepaskan.

Terima kasih buat mak awi, wak baik , wak nakal, wak mereng, nenek, mak tok, atok, bibik2, mak ngah,maman2, uncle n maksu dan sepupu2 yang sentiasa buat hidup amsyar tangis dalam gembira(asyik kene buli jerk)..

Lagi satu nk note kt sini, amsyar suka kek besday tu.. mcm tgk tv disney chanel kt atas kek. terima kasih ummicupcakes :)


bersambung...

August 26, 2009

Adakah susu anda mencukupi untuk bayi?pls read.


gambar sekadar hiasan-ihsan google

Artikel ini dipetik dari salah satu thread forum di susuibu.com. amat menarik perhatian ummi sehingga ummi rase perlu dikongsi dengan orang lain terutama kepada bakal2 ibu yg inginkan terbaik untuk anak yg dikandung.Special dedicate to aunty Along Notty. :) baca tau...harap aunty Along bersedia fizikal dan mental untuk menjalani rutin sbg seorang ibu...

Apa yang menarik tentang artikel ini, kerana menjawab segala persoalan dan dilema yg sering dihadapi ibu2 yg kali pertama ingin menyukan anaknye. Malah ummi sendiri melalui nya ketika baru sahaja melahirkan amsyar...So, kita kene ada ilmu, tntang alam penyusuan untuk lebih mengenali apa itu penyusuan ibu..

Salah satu perkara besar yang menghantui ibu-ibu baru, adakah mereka mempunyai susu yang cukup untuk bayi mereka. Ini adalah alasan yang biasa digunakan untuk mula mengambil susu tambahan dan juga menceraikan susu badan. Kita hidup dalam masyarakat yang menyukat segala-galanya dan kebanyakkan kita (terutama ibu kita) adalah menyusu dari botol (susu formula), jadi kita akan tahu berapa banyak susu yang diambil oleh bayi setiap penyusuan.Sebenarnya hampir kesemua ibu dapat mengeluarkan susu yang mencukupi untuk bayi mereka. Manusia tidak akan berkembang jika ini tidak berlaku. Terdapat sebilangan kecil wanita yang tidak mempunyai susu yang cukup, tetapi ini jarang berlaku. Biasanya ini ada kaitan dengan masalah kesihatan (seperti pembedahan buah dada, pil perancang). Kebanyakkan masalah ini dapat diperbetulkan. Wanita mempunyai 2 buah payudara, bermakna mereka juga dapat menyusukan kembar. Jadi ini adalah alasan menunjukkan ibu yang mempunyai 2 payudara dapat mengeluarkan susu yang cukup untuk 1 bayi.Susu badan tidak dapat diukur menggunakan alat-alat yang saintifik, jadi adalah penting untuk anda mengetahui samada bayi anda mendapat susu yang cukup atau tidak.

Di bawah disertakan panduan-panduan yang dapat membantu :

1. Susu akan 'ada' selepas 2-5 hari bayi dilahirkan.
2. Bayi dilahirkan dengan lebihan cecair di dalam tisu-tisunya dan akan dibuangdalam masa 48 jam selepas lahir.
3. Berat akan berkurang 7 - 8 auns.
4. Buah pinggang bayi yang belum matang tidak akan mampu mengawalsejumlah besar cecair ketika ini.
5. Amaun kolostrum yang kecil (cecair kuning pekat yang keluar dari payudara
sebelum susu 'keluar') adalah sesuai untuk sistem penghadaman bayi baru
lahir dan menyediakan antibodi yang penting.
6. Dalam masa 24 jam pertama, anda akan mengeluarkan 37 ml kolostrum. Bayi
akan mendapat 7 - 14 ml setiap penyusuan.
7. Biasanya pada hari kedua atau ketiga, payudara anda akan mula berasa
'lain',lebih panas, penuh dan berat.
8. Anda akan mula mengeluarkan susu transitional (gabungan kolostrum dan susu
matang, berwarna kekuningan).
9. Jika tiada berlaku perubahan pada payudara anda dan bayi anda kelihatan
lapar selepas setiap penyusuan, hubungi doktor anda dan timbang bayi.
10. Bayi anda sepatutnya melekat dan menghisap (secara berganti-ganti laju dan
perlahan) selama 10-15 minit pada setaip payudara.
11. Selepas menyusu dia akan kelihatan puas dan tertidur ketika di payudara
kedua.
12. Jika dia tertidur dan tidak mengambil susu di payudara kedua, cuba bagi dua
masa menyusu di antara kedua-dua payudara.
13. Jika dia tertidur, dia akan mendapat susu selama 5 minit bagi kedua
payudara dari 10 minit untuk sebelah sahaja.
14. Anda patut mendengar bayi anda sentiasa menelan ketika menyusu Bayi yang
baru lahir perlu menyusu 8 kali dalam masa 24 jam.
15. Kebanyakan bayi baru lahir akan menyusu 10-12 kali atau lebih.
16. Ini termasuk penyusuan yang panjang dan penyusuan yang pendek. Menyusu
setiap 1 1/2 - 3 jam sepanjang siang dan setiap 4 jam pada waktu malam.
17. Tetapi jangan sangka bayi anda akan menyusu mengikut jadual 4 jam - bayi
anda tidak akan bertambah berat badan.
18. Anda mungkin perlu mengejutkan bayi anda untuk menyusu.
19. Apabila susu anda telah ada.
20. Payudara akan terasa penuh sebelum penyusuan dan lembut selepas
penyusuan.
21. Anda mungkin melihat susu menitis daripada payudara sebelah ketika bayi
menyusu di payudara lain.
22. Ini adalah tanda susu anda 'keluar'.
23. Badan anda tidak tahu anda tidak menyusukan kembar, jadi susu akan keluar
serentak.
24. Sesetengah ibu akan berasa ketegangan, pengerasan atau seperti dicucuk
jarum ketika susu keluar. - ummiamsyar alami sendiri..nk tau rasenye, alami lah sndiri... :)
25. Sesetengahnya tidak bersa sedemikian sehingga beberapa minggu.Perhatikan
pengeluaran air kencing dan najis bayi.
26. Selain pertambahan berat badan, ini juga pertunjuk yang baik menunjukkan
berapa banyak bayi anda menyusu.
27.Untuk beberapa hari selepas lahir, bayi akan membuang najis berwarna gelap.
ini adalah najis yang disimpan sejak sebelum kelahiran.
28. Dalam 1 ke 2 hari susu anda mula ada, najisnya akan bertukar warna dan
kekerapan. ketika peralihan ini, najis akan berwarna keperangan atau
kehijauan dan dalam bentuk cair dan tidak terbentuk.
29. Apabila berumur 4 ke 5 hari, dia akan mula mengeluarkan 'najis susu'
berwarna kekuningan dan berbiji.
30. Dia patut membuang air besar 2-5 kali sehari dalam masa 24 jam dan
mungkin akan membuang air besar selepas setiap penyusuan untuk beberapa
minggu pertama.
31. Jika najisnya berkurangan ini bermakna dia tidak mendapat susu yang
mencukupi.
32. Semasa beberapa hari pertama, bayi anda hanya akan kencing 1 atau 2 kali
sehari kerana dia hanya menerima kolostrum.
33. Selepas susu telah ada, dia patut kencing 6-8 kali dalam masa 24 jam.
34. Agak sukar untuk mengetahui berapa kerap bayi anda kencing kerana lampin pakai buang biasanya mempunyai gel yang menyerap air kencing agar sentiasa kering.
35.Jadi anda boleh meletakkan tisu tandas didalam lampin itu utntuk menolong anda.
36. Air kencin itu sepatutnya pucat, tiada berwarna and kurang berbau.
Air kencing yang gelap menandakan bayi anda tidak mendapat susu yang
mencukupi.
37.Cuma nasihat saya, berpegang pada prinsip, Mind over Mental..apa yang kita
nak lakukan adalah yang terbaik untuk anak kita..Jangan ambil kisah sangat
dengan kata-kata orang lain sebab bayi itu bayi kita.Kita yang
menngandungkan, kita yang melahirkan.Kita yang ada hak nak tentukan.


semoga dengan kupasan yg ringkas dan padat ini dapat mmmberi manfaat kepada pembaca...
regards;
ummiamsyar

August 25, 2009

Hampir 1y ..

Sekejap jer kan masa berlalu... kalu diikutkan bulan islam menjelang jer 1 Ramadhan Amsyar genap 1 tahun... kira 2 kali amsyar nyer besday tahun ni. Yg pertama hari sabtu aritu time berbuka beramai2 kt rumah wak entik.., dan sambutan besday wak lani. Bestnyer Amsyar dh dapat adiah dari wak entik. Time kasih wak...InsyaAllah 31 Ogos nnti ummi wat kek utk amsyar plak.. tak sabar nyer nk potong kek!

kacau kek wak lani..ngeh ngeh ngeh..

Dulu
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sekarang...dh nk 1 tahun
sama jerk suka bergayut kt celah kain bapak dia tgk kartoon... :)

August 24, 2009

CANDID Giveway Contest


Kedua kalinya ummi saje nk menggatal join contest2 yg blogger anjurkan. disebabkan ummi tgk kawan blogger ummi join, ummi pun rase gediks nak join gak.. yang pasti amsyar punyer la... pengajur contest ni adalah ZIEHA sempena besday nye yg ke...?? saje rahsiakan...salam perkenalan juga dgn zieha, kita jadi kengkawan blogger k..!
Ada bbrpa syarat yg kene penuhi atas permintaan penganjur yg budiman.
1.Letak gmbr contest dlm entry ni - PASS
2.jadi Follower kt blog zieha - PASS
3. Add blog http://zieha-myworld.blogspot.com/ dlm blog list -msti la...memeriahkan blog anak teruna ku ini... - PASS
4. Tempek gmbr Candid

suasana ni ketika Gathering SusuIbu di Tmn Tasik Cempaka Bndr Baru Bangi.. time kitorang para ibu khusyuk dgr presentation dari setiap ahli kitorang saje la bg anak2 kitorang bergurau senda tapi takde la smpai cium mulut, berlaga pipi...dh kehendak mereka kan..ummiamsyar turutkan jer la... gelagat amsyar digigit mesra oleh adlan smbil diperhati kan si cute (milik brader yg amik picture ni) ..sememangnya candid.. sweet sgt!
5.tinggalkan url entry ni dlm blog zieha... -PASS

sekian, terima kasih...
regards;
ummiamsyar

August 22, 2009

Selamat Berpuasa....


Salam Ramadhan dari Amsyar sekeluarga...

Semoga tahun ini Ummi dan Babah dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih sempurna dengan kehadiran amsyar di sisi kamu berdua..Di ambang Ramadhan yg lalu juga merupakan hari yg paling bermakna kerana Amsyar keluar ke dunia..Subhanallah, pantas betul masa berlalu. Dengan izinMu jua Ya Allah Ummi di beri kekuatan, kesihatan dan kudrat untuk membayar hutang puasa selama sepurnama... Alhamdulillah..
Mudah-mudahan dengan izin dan limpah kurniaMu jua Ummi di beri kekuatan, kesihatan yang baik dalam menjalani ibadah puasa kali ini.. Cabaran ummi dan para ibu2 yang berkorban meyusukan anak2 mereka dengan susuibu sangat kuat. Pasti ganjaran menanti kalian semua.Amin..

August 13, 2009

Sambutan Hari SUSUIBU Sedunia di Kajang

salam... kisah amsyar dan ummi nyer utk memeriahkan sambutan hari SUSUIBU amat2 la dinantikan.. ummiamsyar dh 2 kali gagal menghadiri gathering sblm2 ni.. so aunty amyati yg vogeh tu mintak ummi bwk teh tarik satu dispenser sbb memungkiri jani pertemuan kitorang sblm ni...huuhuhuh pagi2 ummi dh siap2 wat teh tarik yg kaaaawww!! nyer. sambutan di adakan di DEwan MPKJ Kajang..menci sgt sbb babah kene keje... terpksa la jadi wanita ,ummi yg gagah mendukung, menjenjeng segala beg..takde pmbntu, mcm ni la...
Sambutan sederhana tapi meriah... hadirin kebanyakan nye terdiri dari forumer SusuIbu.. ada jugak both2 jualan kt luar dewan.. ummi sempat dgr ucaptama YDP. pastu acara menyusukan anak selama 5minit secara berjemaah diadakan.. ummi gagal utk snap gmbr sbb ummi pgg amsyar, beg jauh ketika itu.. ummi jadi kalut kejap.. dgn amsyar meronta utk dilepaskan time menyusu.. fuuuhhhh... amsyar dh pndai tolak2 ummi dh skrg... tak jadi la amsyar menyusu, sibuk tgk kan org2 sebelah menyusu... huhuhuuh (skodeng...)


lepas tu Pn Rita Rahayu dari MomsLittleOnes menyampaikan ceramah dgn panjang lebar tentang ''Penyusuan Susu Ibu-Tindakbalas Penting Ketika Bencana-Sudahkah Anda Bersedia?'' . mmg ummi sntiasa bersedia... :)
Amsyar masuk pertandingan baby merangkak..tapi malangnye amsyar hanya menang di awal perlumbaan, tetiba amsyar berenti merangkak sbb tgk org tepuk tgn ramai2 kt dpn tu terus dia pun tepuk tgn sekali... tak jadi la amsyar merangkak kt ummi..takper la...tahniah kepada yg menang..

smpai jer pertandingan ibu hamil menawan ummi terpaksa beredar balik sbb amsyar dh sgt2 meragam.. ummi check dispenser air teh tarik dh mmg surut abis, ummi angkut dan terus balik....

* harap maklum, gmbr mcm ntah ape2 ntah, ummi upload jer sume yg ummi snap time kejadian hari tu... ada yg penting2 ummi tak snap sbb dukung amsyar smpai lenguh tgn. aduhhh












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Oven @ UmmiCupcakes~

~KeDaiKiTa 2U~

.::PENASIHAT & PAKAR LAKTASI MALAYSIA::.

PERSATUAN PENASIHAT DAN PAKAR LAKTASI MALAYSIA (PPPLM)
7A, Jalan Kolam Air, Kg Klang Gate Baru,
53100 Kuala Lumpur
TEL: 03 - 4107 3678 / Faks: 03 - 4107 2862
E-mel: ppplm@susuibu.org / Website: www.susuibu.org

Pn. Kamariah (SusuIbu)-Bangi
(603) 8925 4614
Website: susuibu.com

Pn. Rita Rahayu (MLO)-Seri Kembangan
+6(013)-3639567 / +6(016)-2076755
Website: http://www.momslittleone.com/

Puan Suraya (Lunatots) - Cheras
(012) 5880515
Website: http://www.diyaluna.com/diary/

Puan Farah Farhan - Shah Alam
(012) 6448091
Website: http://www.sarakids.com/blog/

Puan Zatul Hijanah - Klang, PJ
(016) 3855189

Puan Ida Murni - Seremban, Melaka dan Johor
(012) 2969054