gambar sekadar hiasan-ihsan google
Artikel ini dipetik dari salah satu thread forum di susuibu.com. amat menarik perhatian ummi sehingga ummi rase perlu dikongsi dengan orang lain terutama kepada bakal2 ibu yg inginkan terbaik untuk anak yg dikandung.Special dedicate to aunty Along Notty. :) baca tau...harap aunty Along bersedia fizikal dan mental untuk menjalani rutin sbg seorang ibu...
Apa yang menarik tentang artikel ini, kerana menjawab segala persoalan dan dilema yg sering dihadapi ibu2 yg kali pertama ingin menyukan anaknye. Malah ummi sendiri melalui nya ketika baru sahaja melahirkan amsyar...So, kita kene ada ilmu, tntang alam penyusuan untuk lebih mengenali apa itu penyusuan ibu..
Salah satu perkara besar yang menghantui ibu-ibu baru, adakah mereka mempunyai susu yang cukup untuk bayi mereka. Ini adalah alasan yang biasa digunakan untuk mula mengambil susu tambahan dan juga menceraikan susu badan. Kita hidup dalam masyarakat yang menyukat segala-galanya dan kebanyakkan kita (terutama ibu kita) adalah menyusu dari botol (susu formula), jadi kita akan tahu berapa banyak susu yang diambil oleh bayi setiap penyusuan.Sebenarnya hampir kesemua ibu dapat mengeluarkan susu yang mencukupi untuk bayi mereka. Manusia tidak akan berkembang jika ini tidak berlaku. Terdapat sebilangan kecil wanita yang tidak mempunyai susu yang cukup, tetapi ini jarang berlaku. Biasanya ini ada kaitan dengan masalah kesihatan (seperti pembedahan buah dada, pil perancang). Kebanyakkan masalah ini dapat diperbetulkan. Wanita mempunyai 2 buah payudara, bermakna mereka juga dapat menyusukan kembar. Jadi ini adalah alasan menunjukkan ibu yang mempunyai 2 payudara dapat mengeluarkan susu yang cukup untuk 1 bayi.Susu badan tidak dapat diukur menggunakan alat-alat yang saintifik, jadi adalah penting untuk anda mengetahui samada bayi anda mendapat susu yang cukup atau tidak.
Di bawah disertakan panduan-panduan yang dapat membantu :
1. Susu akan 'ada' selepas 2-5 hari bayi dilahirkan.
2. Bayi dilahirkan dengan lebihan cecair di dalam tisu-tisunya dan akan dibuangdalam masa 48 jam selepas lahir.
3. Berat akan berkurang 7 - 8 auns.
4. Buah pinggang bayi yang belum matang tidak akan mampu mengawalsejumlah besar cecair ketika ini.
5. Amaun kolostrum yang kecil (cecair kuning pekat yang keluar dari payudara
sebelum susu 'keluar') adalah sesuai untuk sistem penghadaman bayi baru
lahir dan menyediakan antibodi yang penting.
6. Dalam masa 24 jam pertama, anda akan mengeluarkan 37 ml kolostrum. Bayi
akan mendapat 7 - 14 ml setiap penyusuan.
7. Biasanya pada hari kedua atau ketiga, payudara anda akan mula berasa
'lain',lebih panas, penuh dan berat.
8. Anda akan mula mengeluarkan susu transitional (gabungan kolostrum dan susu
matang, berwarna kekuningan).
9. Jika tiada berlaku perubahan pada payudara anda dan bayi anda kelihatan
lapar selepas setiap penyusuan, hubungi doktor anda dan timbang bayi.
10. Bayi anda sepatutnya melekat dan menghisap (secara berganti-ganti laju dan
perlahan) selama 10-15 minit pada setaip payudara.
11. Selepas menyusu dia akan kelihatan puas dan tertidur ketika di payudara
kedua.
12. Jika dia tertidur dan tidak mengambil susu di payudara kedua, cuba bagi dua
masa menyusu di antara kedua-dua payudara.
13. Jika dia tertidur, dia akan mendapat susu selama 5 minit bagi kedua
payudara dari 10 minit untuk sebelah sahaja.
14. Anda patut mendengar bayi anda sentiasa menelan ketika menyusu Bayi yang
baru lahir perlu menyusu 8 kali dalam masa 24 jam.
15. Kebanyakan bayi baru lahir akan menyusu 10-12 kali atau lebih.
16. Ini termasuk penyusuan yang panjang dan penyusuan yang pendek. Menyusu
setiap 1 1/2 - 3 jam sepanjang siang dan setiap 4 jam pada waktu malam.
17. Tetapi jangan sangka bayi anda akan menyusu mengikut jadual 4 jam - bayi
anda tidak akan bertambah berat badan.
18. Anda mungkin perlu mengejutkan bayi anda untuk menyusu.
19. Apabila susu anda telah ada.
20. Payudara akan terasa penuh sebelum penyusuan dan lembut selepas
penyusuan.
21. Anda mungkin melihat susu menitis daripada payudara sebelah ketika bayi
menyusu di payudara lain.
22. Ini adalah tanda susu anda 'keluar'.
23. Badan anda tidak tahu anda tidak menyusukan kembar, jadi susu akan keluar
serentak.
24. Sesetengah ibu akan berasa ketegangan, pengerasan atau seperti dicucuk
jarum ketika susu keluar. - ummiamsyar alami sendiri..nk tau rasenye, alami lah sndiri... :)
25. Sesetengahnya tidak bersa sedemikian sehingga beberapa minggu.Perhatikan
pengeluaran air kencing dan najis bayi.
26. Selain pertambahan berat badan, ini juga pertunjuk yang baik menunjukkan
berapa banyak bayi anda menyusu.
27.Untuk beberapa hari selepas lahir, bayi akan membuang najis berwarna gelap.
ini adalah najis yang disimpan sejak sebelum kelahiran.
28. Dalam 1 ke 2 hari susu anda mula ada, najisnya akan bertukar warna dan
kekerapan. ketika peralihan ini, najis akan berwarna keperangan atau
kehijauan dan dalam bentuk cair dan tidak terbentuk.
29. Apabila berumur 4 ke 5 hari, dia akan mula mengeluarkan 'najis susu'
berwarna kekuningan dan berbiji.
30. Dia patut membuang air besar 2-5 kali sehari dalam masa 24 jam dan
mungkin akan membuang air besar selepas setiap penyusuan untuk beberapa
minggu pertama.
31. Jika najisnya berkurangan ini bermakna dia tidak mendapat susu yang
mencukupi.
32. Semasa beberapa hari pertama, bayi anda hanya akan kencing 1 atau 2 kali
sehari kerana dia hanya menerima kolostrum.
33. Selepas susu telah ada, dia patut kencing 6-8 kali dalam masa 24 jam.
34. Agak sukar untuk mengetahui berapa kerap bayi anda kencing kerana lampin pakai buang biasanya mempunyai gel yang menyerap air kencing agar sentiasa kering.
35.Jadi anda boleh meletakkan tisu tandas didalam lampin itu utntuk menolong anda.
36. Air kencin itu sepatutnya pucat, tiada berwarna and kurang berbau.
Air kencing yang gelap menandakan bayi anda tidak mendapat susu yang
mencukupi.
37.Cuma nasihat saya, berpegang pada prinsip, Mind over Mental..apa yang kita
nak lakukan adalah yang terbaik untuk anak kita..Jangan ambil kisah sangat
dengan kata-kata orang lain sebab bayi itu bayi kita.Kita yang
menngandungkan, kita yang melahirkan.Kita yang ada hak nak tentukan.
semoga dengan kupasan yg ringkas dan padat ini dapat mmmberi manfaat kepada pembaca...
regards;
ummiamsyar
No comments:
Post a Comment