.::MeNu BLoG::.

'ammar (10) Aaron Aziz (2) AdamHawa (2) Adania; Amaryllis (1) Aksi (11) Aktiviti (7) Amaryllis Premium Collagen; APC Putrajaya; APC (3) Ammar (6) Amsyar (36) Artikel (10) Artis (1) Astma (2) Babah (1) Baby makan durian (1) Bandung (3) Berita (1) Berita Dapur (2) Bersosial (16) Besday (4) Bicara Minda (1) blogger;abil fikri;DIM Abil Fikri ;http://abil4fauziah.blogspot.com (2) BoothAPC Putrajaya (1) Bowling (1) Bromo (1) CD (1) cerita (4) Cheese Tart (1) Chicken Pox (1) Contest (2) Cuti-cuti Indonesia (1) Cuti-cuti Malaysia (1) demam (4) Diana Danielle pregnant (1) DoubleA (3) Drama AstroHD (1) Durian (1) Durian Creep (1) Entry basi; Bersosial (5) Episod akhir (1) Family Trip (1) Farid Kamil (1) Felinna Inchloss (1) Figure Up PROMO (1) FinalAdamdanhawa (1) Gateway (1) Gathering SI (6) Good Friday (1) Hidangan Pengantin (1) Hidup dan matiku utk ISLAM (1) Hijrah 1434 (1) Hobi baru (1) Hotel (1) Iklan (4) Inchloss Lotion (1) indonesia (1) Info (9) Islam Sejahtera (1) Jalan-Jalan (1) JJMC (1) Kejadian (3) Korea (1) Krabi; Travel With Kid; Amsyar ; Ammar; DoubleA (4) Krabi; Travel With Kid; Amsyar ; Ammar; DoubleA ; Passport (2) Krabi; Travel; (1) KTO (1) kuih raya sedap 2013 (1) Kutu (1) Liburan (1) Little Caliph (2) Makanan (1) ManggaAds (1) Masak2; DIY (1) Melaka; travel (1) Menarik di Genting Highlands (1) milestone (1) MilkA Deal; (1) Mother's Day (1) NadiyaNisa (1) NadiyaNissa (1) Novel (1) novel 2015; hobi (1) Nuffnang (3) NuffnangOpenHouse2014 (2) NuffNangRaya Special Raya 2014;Nuffnang Event (1) Organic Cordyceps (1) other (2) Others (1) Pengertian Puasa;Puasa (7) Perkahwinan (1) Pregnancy Test (1) Produk Slim (1) Red Bella Body Wash (1) Resepi (6) Sabah (1) Saya Jual Produk; (1) Seju (1) Sekolah (1) Seoul (1) Shopping (1) Sosial Silah (1) Stok EBM (4) Surabaya (2) Tadika (1) Tadika YADIM (1) Taska Tasneem (1) Tips; StoryMory (1) Travel (5) Travel Agent (2) Trip; Bali; Honeymoon (3) Umi Ceritera (4) Ummi Ceritera (14) Ummicupcakes (1) Urus rumahtangga. (1) Video (6) Wad Paedratik Hospital Serdang (1)

.::U FoLLow Me , I tHaNk U::.

Meh Add Your BloG :

LETS CLICK GUYSS!~ TQ

February 23, 2010

Motivasi diri

lama dh kutinggalkan blog ni bersawang sane sini.. baru jer seminggu dua..dh rase mcm perlu ummi update kan sesuatu utk amsyar wafiq dikala dia remaja nnti..mengetilah tentang kehidupan.. kini, esok dan akan datang tak menjajikan persamaan.. ummi bekalkan satu kisah yg tersirat utk dikongsi bersama dgn org diluar sana..

Beras ku telah kehabisan. Aku ke pasaraya dan kulihat ada 16 jenis beras yang boleh kupilih. Aku hanya mahu beras yang mampu mengenyangkan perut tapi aku diberi pilihan untuk memuaskan nafsu ingin berbelanja. Lalu aku ambil beras yang paling dekat denganku. Beratur di kaunter bayaran ku lihat dlm dompet, aku boleh mmbayar samada pakai kad kredit, kad debit, kad bank atau tunai, dan aku ditanya oleh petugas kaunter tu ada kad diskaun atau kad pelanggan. Jika aku baru tersedar dari zaman darurat dahulu, mungkin aku hanya tahu kad pengenalan. Aku pun mmbuat pilihan mmbayr dgn wang disakuku shj..

Aku tidak mahu digasak dengan pelbagai pilihan bila aku mahukan sesuatu. Jika ubat gigi ku habis, aku tidak mahu tujuh jenama dengan enam perisa yang dibungkus dalam lima ukuran, yang mana jika aku mampu menjengkuk ke empat pasaraya, mungkin aku akan jumpa tiga harga berlainan bagi barangan yang sama, malah tidak mustahil akan ada dua jenis tawaran istimewa, namun apa yang aku mahu hanya SATU. Ubat gigi ku dah habis jadi aku perlu beli yg baru. Itu sahaja…

Harga yang kita perlu bayar untuk mendiami dunia moden makin meningkat. Pilihan yang kita ada nampak makin pelbagai. Kita ditujah dengan segala macam benda yang memerlukan kita berbelanja. Jangan kedekut. Jika tiada wang, boleh hutang. Beli dulu, bayar kemudian.Ansuran pun takpe, sistem kutu ada. Bank tak bagi pinjam, along ada(tapi tak digalak). Gaji tak cukup, duit kopi boleh cari. Moral bukan harta, nilai bukan wang. Inilah yang dinamakan kemajuan, kemodenan. Aku memanggilnya kekalutan yang karut. Satu kemestian dalam masyarakat pengguna di zmn skrg.

Ijazah kini kian murah. Belajar beriya2, duduki peperiksan dan keputusannye dapat sampah Barang pula makin mahal waima barang pakai dan buang.

Kita diminta diasak mencelup kemodenan dengan rumah batu yang berbahang. Perlukan kipas untuk angin, aircon untuk dingin. Guna elektrik untuk selesa. Tengok tv kini ada enam rangkaian percuma, ada astro lagi bergaya. Tidur atas tilam empuk, guna toto yang lembut. Nak menulispun kena ikut gaya hatiku. Kita makin hilang budaya jati. Inilah penangan globalisasi.

Aku terbaca di akhbar arus perdana tentang itu ini. Aku buka intenet nak tahu apa jadi. Kita perlu jadi makin versatil. Guna perkataan pinjam, pakai bahasa rojak. Bahasa pun boleh jadi perebutan hak. Jangan sebut soal bangsa, lagi parah. Seni peristilahan dah luput. Siapa yang merungkap ginjal? Apa yang bermain dibenak bila istilah itu diucap? Sumber mana yang dia pinjam? Aku pun nak mencipta istilah tapi seni itu dah pupus. Lebih baik cekup yang ada dari sumber pelbagai. Masyarakat pengguna perlukan pilihan yang bermacam agar dapat mengambil yang mana suka. Pakai dan lempar.

Baik kembali ke zaman batu gamaknya. Nak makan tangkap, kutip, tanam atau kena baham, lepas tu kena tanam. Itupun kalau berbaki, ada sisa lagi. Boleh juga tumpah bakti pada zaman moden, jadi bahanapi stesen janaelektrik untuk kita dapat pasang aircon tengok tv berselubung toto atas kasur empuk. Tapi balik-balik tengok cerita P.Ramlee. Nama samaran pun nak ceduk dari dia.

Kembali ke zaman kegemilangan. Ambil amalan padang pasir, lupa tentang buku panduan, lagi senang ikut-ikutan. Ambil budaya iklim sederhana, tak ingat diri, lupa asal usul. Bukan senang mahu tahu. Tidak mudah hendak ilmu.

Aku cuma lapar nak makan nasi. Nak tapau tak mahu, nak masak gas dah habis. Ada subsidi pun masih tak mampu. Nak masak pakai dapur kayu mana reti, nenek moyang kita boleh, kita pun boleh juga kan. Tapi teknologi tu pun dah hilang. Makin ramai yang tidak tahu menggunakan apa yang ada di sekitar, dengan apa yang dapat di sekeliling. Lagi pun apa kelas pakai dapur kayu. Habuk, asap, gelaga. Payahlah katakan.

Kini kita diminta membeli satu barang, dengan pek ekonomi yang sebenarnya tak masuk akal kerana perlu ruang dua kali lebih besar untuk menyimpan, dengan kuantiti tiga kali ganda dari apa yang kita perlu, sehingga tahan empat kali lama, malah silap-silap diiklankan sampai lima tahap, dan mungkin barang tu enam kali ganda berlebihan di pasaran, serta tidak mustalil tujuh kali dicukai berganda. Bayar pakai wang sistem perbankan yang nilainya bukan milik kita sebenarnya. Semuanya mahu yang besar, mega, dan super. Sumbernya mana? Pasaran modal, pasaran saham. Semua dah menjunam.

Aku tahu aku tidak boleh melangkah ke belakang. Aku pasti aku tidak mahu undur ke depan. Pilihan ku bukan bermacam. Aku hanya ada SATU kehidupan, yang akan lalu dalam pelbagai penjelmaan, yang itupun dimodenkan dengan kehendak nafsu mahu.

Berasku telah kehabisan, dan aku telah membeli nasi.

Kesimpulannya,Dalam menjalani kehidupan kita seharian...... kita sering membuat keputusan.....

mempunyai kepelbagaian...memberikan kita lebih banyak pilihan....pilihan yang memerlukan keputusan....

untuk membuat keputusan kita memerlukan penjanaan pemikiran yang rasional dan tepat.....bukan ikut emosi

tidak salah pasaraya untuk kepelbagaian jenama atau kebanjiran jenis produk.....semua itu memberi keperluan pemilihan....

dengan kepelbagaian itu kita boleh membuat pilihan mengikut kemampuan, kepengunaan, kepentingan, status dan sebagainya...yang boleh kita ukur mengikut hak peribadi sendiri.....

Berani mmbuat perubahan dalam hidup dan responsif dgn perubahan yang berlaku.

jangan menyalahkan nafsu, atau menyalah kan pasaraya atau kerajaan......atau anak2 yang selalu meminta utk sesuatu yang mereka sangat2 inginkan....... kita yang menentukan jalan hidup peribadi kita sendiri dengan rahmat dari tuhan....bukan nya kerajaan atau pasaraya...yang tentukan....
pilihan nya adalah kita sendiri yang tentukan
mereka itu cuma pengaruh......
pengaruh....yang boleh dikawal samaada ianya oleh merencahkan kehidupan kita seharian atau tidak....itu bergantung pada keterbukaan kita untuk seluas mana untuk menerimanya....


fikir-fikirkan.. berubahlah kawan2 sekiranya kita masih di tahap cukup2 makan.. tak senang nk senang.. tak susah nk susah... berbalik kepada diri sendiri..hendak seribu daya, tak hendak seribu kali dalih.. sekali kita melangkah berpantang utk berundur..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Oven @ UmmiCupcakes~

~KeDaiKiTa 2U~

.::PENASIHAT & PAKAR LAKTASI MALAYSIA::.

PERSATUAN PENASIHAT DAN PAKAR LAKTASI MALAYSIA (PPPLM)
7A, Jalan Kolam Air, Kg Klang Gate Baru,
53100 Kuala Lumpur
TEL: 03 - 4107 3678 / Faks: 03 - 4107 2862
E-mel: ppplm@susuibu.org / Website: www.susuibu.org

Pn. Kamariah (SusuIbu)-Bangi
(603) 8925 4614
Website: susuibu.com

Pn. Rita Rahayu (MLO)-Seri Kembangan
+6(013)-3639567 / +6(016)-2076755
Website: http://www.momslittleone.com/

Puan Suraya (Lunatots) - Cheras
(012) 5880515
Website: http://www.diyaluna.com/diary/

Puan Farah Farhan - Shah Alam
(012) 6448091
Website: http://www.sarakids.com/blog/

Puan Zatul Hijanah - Klang, PJ
(016) 3855189

Puan Ida Murni - Seremban, Melaka dan Johor
(012) 2969054