.::MeNu BLoG::.

'ammar (10) Aaron Aziz (2) AdamHawa (2) Adania; Amaryllis (1) Aksi (11) Aktiviti (7) Amaryllis Premium Collagen; APC Putrajaya; APC (3) Ammar (6) Amsyar (36) Artikel (10) Artis (1) Astma (2) Babah (1) Baby makan durian (1) Bandung (3) Berita (1) Berita Dapur (2) Bersosial (16) Besday (4) Bicara Minda (1) blogger;abil fikri;DIM Abil Fikri ;http://abil4fauziah.blogspot.com (2) BoothAPC Putrajaya (1) Bowling (1) Bromo (1) CD (1) cerita (4) Cheese Tart (1) Chicken Pox (1) Contest (2) Cuti-cuti Indonesia (1) Cuti-cuti Malaysia (1) demam (4) Diana Danielle pregnant (1) DoubleA (3) Drama AstroHD (1) Durian (1) Durian Creep (1) Entry basi; Bersosial (5) Episod akhir (1) Family Trip (1) Farid Kamil (1) Felinna Inchloss (1) Figure Up PROMO (1) FinalAdamdanhawa (1) Gateway (1) Gathering SI (6) Good Friday (1) Hidangan Pengantin (1) Hidup dan matiku utk ISLAM (1) Hijrah 1434 (1) Hobi baru (1) Hotel (1) Iklan (4) Inchloss Lotion (1) indonesia (1) Info (9) Islam Sejahtera (1) Jalan-Jalan (1) JJMC (1) Kejadian (3) Korea (1) Krabi; Travel With Kid; Amsyar ; Ammar; DoubleA (4) Krabi; Travel With Kid; Amsyar ; Ammar; DoubleA ; Passport (2) Krabi; Travel; (1) KTO (1) kuih raya sedap 2013 (1) Kutu (1) Liburan (1) Little Caliph (2) Makanan (1) ManggaAds (1) Masak2; DIY (1) Melaka; travel (1) Menarik di Genting Highlands (1) milestone (1) MilkA Deal; (1) Mother's Day (1) NadiyaNisa (1) NadiyaNissa (1) Novel (1) novel 2015; hobi (1) Nuffnang (3) NuffnangOpenHouse2014 (2) NuffNangRaya Special Raya 2014;Nuffnang Event (1) Organic Cordyceps (1) other (2) Others (1) Pengertian Puasa;Puasa (7) Perkahwinan (1) Pregnancy Test (1) Produk Slim (1) Red Bella Body Wash (1) Resepi (6) Sabah (1) Saya Jual Produk; (1) Seju (1) Sekolah (1) Seoul (1) Shopping (1) Sosial Silah (1) Stok EBM (4) Surabaya (2) Tadika (1) Tadika YADIM (1) Taska Tasneem (1) Tips; StoryMory (1) Travel (5) Travel Agent (2) Trip; Bali; Honeymoon (3) Umi Ceritera (4) Ummi Ceritera (14) Ummicupcakes (1) Urus rumahtangga. (1) Video (6) Wad Paedratik Hospital Serdang (1)

.::U FoLLow Me , I tHaNk U::.

Meh Add Your BloG :

LETS CLICK GUYSS!~ TQ

October 28, 2010

Twinkle Little Star





Twinkle, twinkle, little star....

How I wonder what you are...

Up above the world so high...

Like a diamond in the sky...

Twinkle, twinkle, little star...

How I wonder what you are...


cheers;
ummiamsyar

Mimik muke






Mimik wajah ini la sering membuat ummi ketawa..
suke tengok dia begini..jarang dia buat
kecuali ketika menyanyi dgn berzikir ikut dlm tv la biasanya..
Penghayatan sgt hebat!. :))


cheers;

ummiamsyar.


October 27, 2010

Amalan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w

Assalamualaikumwarahmatullah b.t

hari ini ummi nk selitkan sedikit tazkirah/info yg berguna utk dikongsi bersama. Kebiasaannya kita terlalai dlm menjalani kehidupan seharian utk membuat perkara-perkara sunnah yg boleh mendapat pahala sekiranya melakukannya.. Agak simple pun kadang2 kalau dh kata terlupa/alpa..
So lepas baca entry ni, boleh la amalkan ye..Salah satu amalan sunnah nabi ialah amalan memotong kuku mengikut aturan..





Sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan kemudian tangan kiri,memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri. Menurut Imam an-Nawawi, sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan keseluruhannya daripada jari telunjuk sehinggalah jari kelingking dan diikuti, kemudian tangan kiri daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari ke ibu jari kanan. Sementara kuku kaki pula, bermula kaki kanan daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehinggalah kelingking.



Rasullullah s.a.w juga bersabda barang siapa yang mengerat kukunya pada:



Hari Sabtu

Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad

Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin

Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.

Hari Selasa

Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.

Hari Rabu

Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis

Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari
penyakit.


Hari Jumaat

Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya
dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Apa yang ummi nak higlight kt sini, jangan ada diantara kita terniat untuk menyimpan kuku panjang walaupun untuk sehari dua.. Ada kadang tu simpan kuku jari kelingking jer, katanya senang nk korek/atau wat kerja.. Apa da.. alasan tak boleh pakai.. guna saje la tools yg ada.Kenape mesti dgn kuku yg ada dijari. Bagi orang islam adalah tidak disyorkan berkuku panjang atas apa alasan sekalipun. Kebersihan kuku yang terdapat pada setiap jari jemari kita melambangkan kesucian. Cuba bayangkan, tangan sebelah kiri yang selalu kita gunakan untuk berintinjak, terdapat pula kuku yang panjang.. boleh bayangkan bersih ke tidak tgn kita tu untuk menyentuh anak atau menyediakan makanan?. iyyyyaaakkkssss!!!!

Kaum ibu/isteri yang kasihkan anak2 dan suami mesti nak sediakan makanan dari air tangan sendiri.. Sekiranya kuku kita panjang, mcm mane nk uli tepung wat kuih melaka?, mcm mane nk gaul tepung cucur kodok pisang?, mcm mane nk perah santan kelapa utk wat pengat?..
air tangan sang ibu/isteri sgt penting untuk keharmonian rumahtangga... So fikirkanlah utk sediakan semua tu mstilah dari air tangan yang bersih lagi suci...

Terdapat sejenis kuman yang terdapat disebalik kuku yang panjang, kuman ini juga terdapat dlm najis manusia.Nama manja nya ialah E-Coli. Kuman ini susah nk hilang walaupun cuci dgn sabun. leh itu, sentiasa lah berkuku pendek untuk kesejahteraan diri dan seisi keluarga. Kuku sndiri, tapi manfaat dan kesannya untuk seisi keluarga.. nampak tu..

wallaua'lam..apa yang baik datangnye dari Allah s.w.t, yang kurang itu datangnye dari diri ummiamsyar yg masih cetek ilmunya..tapi masih mencari... semoga memberi manafaat kepada pembaca untuk sebarkarkan..

cheers;

ummiamsyar.

October 26, 2010

Animal live @ Zoo Negara KL.

salam..

semoga pembaca blog amsyar sntiasa dirahmati dan dilimpahkah rahmat hendaknya.amin

Sambung cerita weekend amsyar,plan asal nk pegi tengok wayang Magika sbnrnye ahad 2 hari lps.. tapi lepas difikirkan semula lebih sesuai bawa amsyar pegi ke Zoo.. bole amsyar tengok animal dpn mata.. selama ni tengok kt chanel Animal Planet jer. Zoo Negara ni terletak di Kemensah Height..berdekatan dgn kawasan perumahan juga rupenye.. If dari Putrajaya ni masuk Lebuhraya MRR2 terus saje..
Jom layan gmbr2 kt zoo.. utk pengetahuan pembaca sume kot la ada pembaca hehehhe ,amsyar mmg sah2 la pertama kali pegi zoo dan ummiamsyar juga adalah pertama kali jejak ke ZOO NEGARA.. hahahahhaha..sian kan. yer la ummiamsyar dlu ikut rombongan sekolah pun asyik ke Melaka jerk. time tu nenek ngan atuk (dh arwah--Al-Fatihah) tak mampu nk bawak ummi n adik-beradik 5 org berjalan2..Antara gmbr2 yg boleh dikata menarik gak la.. soo layannnzzzz..


YURAN MASUK

DEWASA: RM25(with mykad)
KANAK-KANAK: RM9(with mykid)
BAWAH 2 TAHUN: FREE


cuaca agak panas, redup tak terik..
ummi payungkan diri sendiri rupenye.. :P



kedai souvenir di hadapan pintu masuk

dapatkan topi utk amsyar..--amsyar suke akan ular kaler kuning ittew
tapi ummi agak geli geleman.. eeeeeee...



utk memastikan kita ikut jalan yg 'benar', takut sesat dlm tu
baik tengok sign board ni dlu.. kita decide naik tramp smpai ke tgh2..
then smbung berjalan kaki dlm tu..

Tiket Tramp
Rm3 (dewasa)
Rm2(kanak-kanak)
price for citizen


dari tramp--tak turun pun.

kandang zirafah bersebelahan dgn gajah


bila amsyar tengok harimau ni terjun msuk dlm air,
abis sume binatang yg dia jumpe dia suh mandi jugak..
"mandi la...."



kt sini zirafah, zebra dan ostrich diletakkan satu tempat..
mereka bebas bergerak dan brcampur gaul.. hihihi


amsyar tak takut feed binatang ni yg bernama unta..


anak rusa nani..belum tumbuh ekor.. lalalalala.. tapi dh ada tanduk


'kamben'...-- kambing


arowana--area ni akuarium.. dpn akuarium ada kwsn pertunjukan.
tapi time kitorang lalu, pertunjukkan takde lagi..


amsyar dh agak kepenatan.. ummi n babah pun dh letih gak..
ni dlm akuarium.. mcm2 jenis ikan ada


singgah kt taman kanak-kanak.. ada kuda padi, arnab, anak kambing,
anak lembu dan arnab.


dh jam 3ptg.. ketiak pun dh berlenguih, mari kita pulang..
dlm kete ummi n amsyar dh terlelap..babah drive smpai rumah..
:))

babah nye gmbr satu pun takde ek??... ekekekkeke
tu la..dok sibuk test camera baru, smpai gmbr diri sndiri pun tak ingt..
ummi pun lupe nk offer amik gmbr babah.. hahahhaah

V
V
V

ada lah sekeping ni ha, dari camera sony erikson ummi...
ummi amik gmbr ni candid dari jauh.seronok tgk telatah amsyar suh babah dia
nyalakan lampu dlm mainan getah tu..



babah bawak henbeg, porch beg, payung, kamera.. :P
mcm badut jer ummi buat babah.. hahahaha


sekian...

cheers;
ummiamsyar

October 25, 2010

Show Unit..verangannnnn ummiamsyar nih!

assalamualaikum w.b.t

semoga rakan2 yg sudi menyinggah blog amsyar sentiasa dirahmati Allah jua.. mcm mane weekend kawan2 smlm?..hope sume happy tak kira la dok rumah pun kira happy jugak kn...asalkan mak ayah ada disisi.. cuti wat cara cuti ek.

hari sabtu amsyar jenjalan ikut ummi n the geng naik bas ke nilai jalan2 tgk rumah show unit.. 1st time naik bas.. amsyar rase best juga..!.. Layan gmbr2 sepnjg berada di show unit Green Beverly Hills Nilai. Agak mengujakan... mcm tak sangka jer unit2 fasa satu SOLD OUT. huhuu... hight taste btul buyer2 tu..


best jugak naik bas..--menuju ke destinasi yg amsyar sndiri tak tau
yg pnting amsyar dpt naik bas aritu..



unit apartment-kt luarnye ada swimming pool..sprt yg dimaklumkan oleh developer setiap unit rumah ada swimming pool


disebalik dinding kaca bercermin, ada bilik2 rahsia.. :D


tido kt toilet pun takper...ini la bilik rahsia disebalik dinding cermin tadi.
sambil melepas hajat, bole menikmati panorama tasik.lalalalalalala..


bilik si kecil-- gmbe set katil tak menjadi..ini arah keluar..mmg nmpk tasik


amsyar berangan-angan duduk kt tepi master bedroom..
"bestnye ummi kalo dpt dok kt sini..."--kononnye la amsyar ckp gitu..
ummi:amsyar belajar tinggi2,dh keje,kumpul duit byrkan downpayment rumah ni ek



kt mane sume ni... kediaman berceritasa mewah dikelilingi
dgn pokok organik di mana setiap hasil tanaman organiknye akan di hantar
ke setiap kediaman..

segala-galanya di

GREEN BEVERLY HILLS NILAI


gambaran ilustrasi unit-unit rumah apartment kt situ.. UNIK
merupakan projek Easy-phamax the bio medical company
cuuuuurrrrrlasttt kannn...

harga skrg : RM 1.5million okeh
telan air liur jer la... :P

fasa 1 dh SOLD OUT.. percaya tak?? kaya btul org mesia ni kan...superb.

SEKIAN


cheers;
ummiamsyar.

October 22, 2010

Rindunya saat 'mewah' begini...


salam...

tghri tadi rehat agak panjang... mmg dh merancang nk melawat x-ofismate ummi bernama mai.. A.K.A bruceshark dlm forum SusuIbu.com yg bersalin 30 ogos yg lalu tapi tak sempat jumpe sbb dia berpantang kt johor.. ini merupakan kelahiran anak keduanya... bg yg aktif kt forum SI mmg kenal sgt la kot dia ni.. sbb rajin berkongsi pengalaman dan pengetahun bg forumer yg bertanyakan soalan berkenaan Susu Ibu. Dia jugalah org terawal memperjuangnkan pasal Fully Breasfeed kt ofis ummi ni.. Alhmdulillah.. perjuangan dia telah mmbuka mata dan minda ummi dan bbrp rakan-rakan ofis lain tntg kebaikan susuibu dan dia berjaya menyusukan anak sulung dia sepenuhnya dgn susuibu.. Disamping dia mmperkenalkan bbrp forum (boleh rujuk di sidebar kiri blog ini) utk menjadikan ummi lebih bersedia dan berpengetahuan tntg menjayakan fully bf, ummi sgt kagum dgn aunty mai yg satu ni..

TAAAAARRRRRRRAAAAAAAAA..............
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Hasil usaha yg gigih "MaiPengepam Tegar" demi utk memastikan anak
nya cukup bekalan 'makanan'...

untuk si comel Akil
v
v
v



Yg ni Kakak Akil...Izzati namanya..dh weaning bf dgn sndiri.
geli katanye... :P




STOK SUSU MMG KENE BUAT YER KAWAN2....
UTK MEMASTIKAN PENYUSUAN X-KLUSIF BERJAYA


ummi rindu saat ini... nk tengok susu byk2 dlm peti... hihihiihi...now peti dh kosong.. tunggu ada baby yg baru, bole ON semula... :)


have a nice weekend!!


cheers;
ummiamsyar

October 21, 2010

Nak makan sendiri..



salam wat kawan2 semoga sehat dan cergas.. mudah-mudahan dijauhkan dari segala penyakit yg memudaratkan.. setakat demam n selsema, jgn lupe makan ubat mengikut jam yg telah ditetapkan..

Selepas baik dari demam dan sakit gusi hari tu, selera amsyar dh bertmbh baik. makan dlm kuantiti yg banyak.. nasi,mihun, buah, air susu kotak, sume amsyar belasah. susu formula sebotol sehari. malam mcm biasa sblm tido wajib minum susuibu.. terjaga malam pun, nak susuibu.. Alhmdulillah..amsyar cargas, ummi dan babah gembira... :)

Apa yang penting, cuba luangkan sedikit masa bersama suami dan anak2 ketika breakfast / lunch / dinner just duduk bersama di meja makan, makan/minum bersama supaya anak2 terdidik dgn cara makan berkeluarga.. mmg boleh utk setiap org utk ambil hidangan sndiri, tapi kemesraan kekeluargaan tu tak terasa.. Sambil makan, sambil2 tu boleh ajar anak makan cara yang sepatutnya.. --biasa la budak 2 tahun mcm amsyar ni,time kt meja makan la dia akan tunjuk kerenah dia.-- sekuranya2nya bila kita nasihati dia 2-3 kali, dia akan ingt tatatertib di meja makan.. dgn duduk elok2, basuh tgn sblm pgg makanan, baca doa,mkn pakai tgn kanan.. kalau boleh amalkan setiap hari lagi bagus..

Ummiamsyar dan babah pun sedang dlm proses meningkatkan kesedaran tntg didikan utk anak-anak.. kalu ikutkan rase hati lepas balik je kerja, nk lepak2..tengok tv, biarkan anak main sorang2.. malas nk layan.. tapi tak baik buat mcm tu. amsyar kalo takde babah n ummi dpn mata, time tu la dia nk ajak menulis..., membaca... tengok tv sama2.., nyanyi sama2.. --so salah sorang kene ada bersama ngan amsyar utk melayannnzzz..biasanya babah la menjadi pilihan amsyar. huhuhu ummi leh la wat keje2 lain.





"comot2 skit, sepah2 skit takper la ummi kan.. amsyar nk suap sndiri.."



lebam2 ni samada sbb terjatuh atau kene jilat antu air..
gerun jer tengok



kat kaki belah kiri

kt tgn kiri
bawah dagu
siku kanan..
haihhh..mmg kalo org tak tanye, sure org ingt ummi mendera anak..




cheers;

ummiamsyar



October 20, 2010

Cantik la 20102010 :))

20102010 20:10pm


ape bakal berlaku pada tika dan saat ini... seronok kan if dpt merakam/berlaku detik2 ini dgn org2 tersayang... apa bakal berlaku?...

tersengih2 jerk dgn tarikh arini.. mcm ada ape2 jerk.. :P




cheers;

ummiamsyar

October 18, 2010

Extreme Bowling..!

salam....

Amsyar berada dirumah pengasuh waktu ni.. ummi berdoa semoga amsyar dan kawan2 yg berada di rumah pengasuh masing2 sentiasa dalam keadaan selamat dan kembali bertemu ummi , mama/papa korang sprt biasa dgn selamat..insyaAllah..

Syawal pun dh abis, so wekend dh tak sibuk nk memenuhi jemputan open house dah.so ada la masa utk spend time ngan amsyar, sekadar melayan karenah amsyar. lagi plak skrg ni amsyar sgt sukeeeee dgn permainan bowling ... mane tak nye, kecik2 lagi dh bawa dia gi main bowling sama..amsyar tak main la, dok kt stroller tengok ummi babah n mak sue main.. Dh besar ni ada la 4-5 kali dia dh faham betapa seronoknye bila strike, spare --- " yessss!!!" give me five!~ amsyar suke dgn aksi2 gitu...


seawal usia 4 bulan dh bawa gi bowling center


kadang tu tak sempat pun nk gi main bowling.., ummi bg la cawan plastik utk amsyar main kt dalam rumah...janji dapat lontar bola tengok cawan2 tu jatuh pun amsyar dh puas dah..






|

|

|

|

|
|
V
semalam ada org dh sgt gian nk main bowling betul2 punye..
sblm pegi dh tengok kt youtube mcm mane cara baling bola utk strike!
ulang lebih 20kali play video tu smpai lenguh tgn ummi nk klik.




amsyar usha jer bole kaler kuning tu.. sbb bola tu paling ringan..


babah tak bagi chance lagi time ni...
babah n mak su tak faham perasaan amsyar.. sob..sob sob..


ummi datang...yeah!!, ummi sgt memahami..ngeeeee


"alamak..longkang plak...! "

baru nampak senyuman pada wajah amsyar.. :D


owh... ada lubang masukkan jari rupenye..
nk try baling lg sekali la... kot strike!



ummi signal tak bole baling lagi... :(


game tamat, amsyar dapat baling 2x jer..
babah ajak suatu tempat..




amsyar dpt set bowling ni... amsyar suke!.. :D

kt tingkat 2, Metro Point Kajang ada satu kedai serbaneka
tak silap nama kedai tu HOT VALUE-- jual brgn dari China
mcm2 ada, tapi tak sempat nk snap ape yg ada dlm tu.
brgn sprt stationary,beg, permainan(paling byk),perhiasan dll..
sume cute2 n harga pun berpatutan..



cheers;

ummiamsyar..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Oven @ UmmiCupcakes~

~KeDaiKiTa 2U~

.::PENASIHAT & PAKAR LAKTASI MALAYSIA::.

PERSATUAN PENASIHAT DAN PAKAR LAKTASI MALAYSIA (PPPLM)
7A, Jalan Kolam Air, Kg Klang Gate Baru,
53100 Kuala Lumpur
TEL: 03 - 4107 3678 / Faks: 03 - 4107 2862
E-mel: ppplm@susuibu.org / Website: www.susuibu.org

Pn. Kamariah (SusuIbu)-Bangi
(603) 8925 4614
Website: susuibu.com

Pn. Rita Rahayu (MLO)-Seri Kembangan
+6(013)-3639567 / +6(016)-2076755
Website: http://www.momslittleone.com/

Puan Suraya (Lunatots) - Cheras
(012) 5880515
Website: http://www.diyaluna.com/diary/

Puan Farah Farhan - Shah Alam
(012) 6448091
Website: http://www.sarakids.com/blog/

Puan Zatul Hijanah - Klang, PJ
(016) 3855189

Puan Ida Murni - Seremban, Melaka dan Johor
(012) 2969054