.::MeNu BLoG::.

'ammar (10) Aaron Aziz (2) AdamHawa (2) Adania; Amaryllis (1) Aksi (11) Aktiviti (7) Amaryllis Premium Collagen; APC Putrajaya; APC (3) Ammar (6) Amsyar (36) Artikel (10) Artis (1) Astma (2) Babah (1) Baby makan durian (1) Bandung (3) Berita (1) Berita Dapur (2) Bersosial (16) Besday (4) Bicara Minda (1) blogger;abil fikri;DIM Abil Fikri ;http://abil4fauziah.blogspot.com (2) BoothAPC Putrajaya (1) Bowling (1) Bromo (1) CD (1) cerita (4) Cheese Tart (1) Chicken Pox (1) Contest (2) Cuti-cuti Indonesia (1) Cuti-cuti Malaysia (1) demam (4) Diana Danielle pregnant (1) DoubleA (3) Drama AstroHD (1) Durian (1) Durian Creep (1) Entry basi; Bersosial (5) Episod akhir (1) Family Trip (1) Farid Kamil (1) Felinna Inchloss (1) Figure Up PROMO (1) FinalAdamdanhawa (1) Gateway (1) Gathering SI (6) Good Friday (1) Hidangan Pengantin (1) Hidup dan matiku utk ISLAM (1) Hijrah 1434 (1) Hobi baru (1) Hotel (1) Iklan (4) Inchloss Lotion (1) indonesia (1) Info (9) Islam Sejahtera (1) Jalan-Jalan (1) JJMC (1) Kejadian (3) Korea (1) Krabi; Travel With Kid; Amsyar ; Ammar; DoubleA (4) Krabi; Travel With Kid; Amsyar ; Ammar; DoubleA ; Passport (2) Krabi; Travel; (1) KTO (1) kuih raya sedap 2013 (1) Kutu (1) Liburan (1) Little Caliph (2) Makanan (1) ManggaAds (1) Masak2; DIY (1) Melaka; travel (1) Menarik di Genting Highlands (1) milestone (1) MilkA Deal; (1) Mother's Day (1) NadiyaNisa (1) NadiyaNissa (1) Novel (1) novel 2015; hobi (1) Nuffnang (3) NuffnangOpenHouse2014 (2) NuffNangRaya Special Raya 2014;Nuffnang Event (1) Organic Cordyceps (1) other (2) Others (1) Pengertian Puasa;Puasa (7) Perkahwinan (1) Pregnancy Test (1) Produk Slim (1) Red Bella Body Wash (1) Resepi (6) Sabah (1) Saya Jual Produk; (1) Seju (1) Sekolah (1) Seoul (1) Shopping (1) Sosial Silah (1) Stok EBM (4) Surabaya (2) Tadika (1) Tadika YADIM (1) Taska Tasneem (1) Tips; StoryMory (1) Travel (5) Travel Agent (2) Trip; Bali; Honeymoon (3) Umi Ceritera (4) Ummi Ceritera (14) Ummicupcakes (1) Urus rumahtangga. (1) Video (6) Wad Paedratik Hospital Serdang (1)

.::U FoLLow Me , I tHaNk U::.

Meh Add Your BloG :

LETS CLICK GUYSS!~ TQ

October 8, 2010

Amsyar demam panas cum tarik.nauzubillah..

salam...

mohon kehadarat Allah semoga kesejahteraan amsyar, keluarga dan kawan2 juga terpelihara.insyaAllah.. dh seminggu berlalu, Alhmdulillah amsyar dh pulih dari demam panas-fit jumaat lepas.

Ummi tak sangka amsyar boleh jadi mcm tu sekali.. selalunye mmg amsyar demam tapi ummi tak pernah tau sgt degree demam amsyar, just letak tgn kt dahi, tengkuk amsyar dh tau dh dia dmm kuat or biasa saje... selami ummi ambil enteng tentang demam sbb amsyar pun aktif bermain, berlari mcm tak demam.. so ingt tak ape2 yg membimbangkan sgt la..just bagi ubat ikut time n tuam2 bila ummi tersedar bdn still panas even dh bg ubat.. itu yg biasa ummi buat time amsyar demam..

Bila Allah nk tunjukkan sesuatu utk ummi dan babah perlu ambil iktibar, amsyar kene sawan tarik time breastfeed. Sprt biasa ambil amsyar dari rumah mak awi, amsyar tgh main bola ngan anak2 jiran kt situ.. ummi tau amsyar demam pun tghri tu.. mak awi bitau bg ubat sekali tu jerk la...since 12tghri smpai ke ptang--maghrib dh berlalu 7 jam +- mcm tu.. so ingt setiba dirumah nk bg ubat demam terus la mcm tu... entah kenape la smpai dirumah ummi leka duduk2, landing tgk tv sama2 ngan amsyar tak teringt anak demam panas nih.. ya Ampun... ummiamsyar ni... dh 10 minit landing2 tu amsyar gelisah dh, dia nk menyusu la... ummi terlelap jap. time terlelap ummi pasan amsyar duduk semula... mungkin amsyar dh rase badan bergelodak panas gaknye...ummi masih tak faham lg... ummi duduk n kata kt amsyar kita tunggu babah balik dari joging k.... azan maghrib pun berkumandang.. babah pun balik...

ummi bitau kt babah amsyar demam... pastu amsyar merengek2 nk dukung.. ummi pun landing lg sekali ajak amsyar menyusu kt port biasa... dpn tv smbil berbaring n susukan amsyar-- amsyar suka ikut zikir kt oasis tu ... babah dh amikkan ubat demam dlm picagari--dan ubt tu dh ada kt tgn ummi dh time tu... ummi hold dlu ubat tu sbb amsyar tgh menyusu..belum sempat ummi nk bg ubat tu, tiba2 ummi terasa pergrakaan amsyar terkaku sekejap.. ummi tengok mata amsyar dh pndg tembus jer ke mata ummi... pandangan kosong ... dgn tangan kaku..---terus menjerit bitau babah.. " anak kita bang...., nape nih...." --- sungguh jahil ummi time tu..bila panic smpai tak tau nk buat ape.. babah amsyar sooo.. cool... suh bawak kt bilik air, siram air kat kaki, kt kepala tapi tak respon ape2.. biru mulut-naik ke muka..--- tapi tgn dh tak keras dh.. --longlai-- pucat.. ummi tak bole terus berada di situ..serahkan badan amsyar kt babah, ummi keluar dari bilik air ummi carik telefon--sudah..., ummi tak tau nk dail no ape?... --panic dh menyelubungi diri.. ape pun tak dpt fikir.. terbayang2 wajah amsyar yg tak bernafas..-- dh terasa kehilangan amsyar--mulut tak henti2 berdoa--mohon Allah selamatkan amsyar..

Dlm keadaan ummi terfikir2 nk mendail no tu, ummi dgr suara babah bitau "amsyar dh ada nafas semula"..(babah berusaha buat CPR--sbb jantung amsyar tak berdegup)... ---Alhmdulillah.. terus babah bawak kuar dudukkan amsyar 90 darjah--terus amsyar termuntah. suh amsyar sebut ummi... Allah.... zikir ustaz zul mcm selalu amsyar zikir tu... "hasbi...robbi...jalallah...mafi qolbi...ghairullah.... -- amsyar ikut tapi secara humming... tak terdaya nk bukk mulut lg..amsyar tak bernafas tadi ummi...amsyar tak ckup oksigen nk ikut ummi baca.... ---- ummi menangis risau, gembira amsyar dh bernafas, takut, fobia perkara tu berlaku lagi.. mcm2 ummi rase..-- dh tak teringt pasal ubat demam tadi, ummi ngan babah cepat2 siap ke hosp. utk rawatan lanjut.. ummi sgt naif pasal sawan tarik time tu.. spnjg perjalanan ummi dakap amsyar selubung ngan towel takut amsyar sejuk air-cond kete.. ummi ajak amsyar berbual.. amsyar pndang jer ummi tak berkedip.. sekali sekala ummi cuba offer air minum kt amsyar, amsyar jawab "tak nak....lemah jerk".. takper la..jnji amsyar respon.. dlm 15 minit smpai kt amergency Annur Bangi, ummi kata amsyar freeze skjp tadi.. bila check suhu nurse tu kata 40.XX ni kak... panas sgt ni.. aduh.. ummi tak teringt dh pasal demam amsyar..ummi teringt peristiwa amsyar tak bernafas tu sbbkan tersedak susu time bf tu.. ampun sekali lagi anakku...

nurse bg ubat 'bontot' n tekap2 kan kain basah kt badan amsyar.. time ni amsyar menangis2 sekuat2nya sbb tak suke org pegang2 dia... ---kebaikan nye amsyar manangis time ni utk kembalikan pernafasan sprt biasa-- nurse kata paru2 lemah sbb kurang oksigen.. --- doktor kta kene warded, tapi bed full house--bg reference letter gi Hosp Putrajaya... takperla..at least amsyar dh diberi ubt bontot n towel basah sbg bekalan spnjg perjalanan ke putrajaya. Amsyr dh bole duduk btul kt pangkuan ummi dlm kete tume tu.. cuma tak mau bercakap sgt..smpai egergency Putrajaya -- amsyar kene masuk air--- penat, terlelap terus tidor...--masuk wad 2 hari-- pantau suhu badan amsyar, makan ubat ikut jam yg ditetapkan ambil sampel darah n urin.. result sume OK. takde ape2 jangkitan kuman.Alhmdulillah... ujian dari Allah utk ummi n babah jua..

Ahad ptg amsyar discaj.. doktor nasihatkan ummi utk pantau demam amsyar. tgh malam amsyar ada demam, tapi tak kuat sgt sbb dh bg ubat. di rumah demam amsyar On-Off selama 2 hari lg. malam rabu (2hari smlm) ummi dh rase ummi kene juga cuba kaedah tradisional, sbb nenek guna kaedah yg sama juga time ummi demam dlu.. itu jer ubat ummi paling mujarab--jelum kepala ngan air asam jawa.Alhmdulillah..amsyar nye suhu bdn berkurangan sedikit 5 minit kemudian.. --nampaknya amsyar ikut ummi nye kaedah rawatan. serasi agaknye..

Now, persediaan awal dan tidak ambil lewa sekiranya amsyar demam. termometer dh beli satu kt rumah satu lg kt rumah mak awi-- ubat2 pun kene spare kt rumah mak awi jugak.. demam, terus bg ubat dan kawal suhu supaya tidak mencecah 38 degree dan ke atas. Sbb risiko utk sawan berulang lg adalah sbyk 30%. so watch out ummi n babah amsyar...

If suhu badan tidak berkurangan selepas mkn ubat dan tekap kain basah pada bhgn kepala, celah ketiak dan blkg badan anak, cuba kaedah tradisional jugak , jelum kepala dgn air asam jawa--area ubun2 khususnya..ala kadar saja. Di samping membuat air penawar dgn bacaan ayat2 suci Al-Quran dan berikan anak minum..

Selawat Syifa':
dan diikuti doa ketika demam panas yg yg perolehi dalam buku "INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT" (sbb sy tak ingt doanya mcm mane) -- terdapat belbagai jenis doa dan selawat syifa' yang boleh diamalkan utk tujuan mengubati. baca dengan penuh yakin dan bertawakkal kepada Allah s.w.t . hembuskan bacaan2 ini kedalam sebekas air, minumkan kepada pesakit dan lapkan air tersebut di kepala dan seluruh badan..




Cara menghadapi waktu cemas ketika anak kene sawan cuba:

Ambil nafas panjang dan bertenang dahulu.

Letakkan anak di atas lantai atau permukaan yang rata dan miringkan badan dan kepalanya ke kanan agar air liurnya mengalir ke luar.

Usah memaksa masuk sudu atau bahan keras mahupun jari anda sendiri ke dalam mulut si anak. Ini tidak secara langsung boleh menyekat saluran pernafasan dan tambah membahayakan anak anda.

Usah cuba mengawal pergerakan anak itu sewaktu dia sawan kerana ini boleh mencederakan otot atau tulangnya.

Usah berikan si anak minuman kecuali setelah dia sedar.

*sekiranya sawan menyerang anak ketika sedang menyusu, baik berikan pertolongan CPR terlebih dahulu, sbb kemungkinan tersedak susu. apapun, bg anak boleh bernafas semula then baru pegi hospital..-- kita masih ada masa 10minit utk mmbantu org yg tidak bernafas utk bernafas semula. lebih dari itu, kemungkinan bole menyebabkan kematian.

Dapatkan bantuan dan bergegas ke doktor untuk pemeriksaan lanjut.


2 comments:

ibu iman said...

jun...sedih wani bace. cian amsyar... cepat sihat ye baby...

Unknown said...

tenkiu dear...sama2 kita waspada ngan kesihatan anak2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Oven @ UmmiCupcakes~

~KeDaiKiTa 2U~

.::PENASIHAT & PAKAR LAKTASI MALAYSIA::.

PERSATUAN PENASIHAT DAN PAKAR LAKTASI MALAYSIA (PPPLM)
7A, Jalan Kolam Air, Kg Klang Gate Baru,
53100 Kuala Lumpur
TEL: 03 - 4107 3678 / Faks: 03 - 4107 2862
E-mel: ppplm@susuibu.org / Website: www.susuibu.org

Pn. Kamariah (SusuIbu)-Bangi
(603) 8925 4614
Website: susuibu.com

Pn. Rita Rahayu (MLO)-Seri Kembangan
+6(013)-3639567 / +6(016)-2076755
Website: http://www.momslittleone.com/

Puan Suraya (Lunatots) - Cheras
(012) 5880515
Website: http://www.diyaluna.com/diary/

Puan Farah Farhan - Shah Alam
(012) 6448091
Website: http://www.sarakids.com/blog/

Puan Zatul Hijanah - Klang, PJ
(016) 3855189

Puan Ida Murni - Seremban, Melaka dan Johor
(012) 2969054