.::MeNu BLoG::.

'ammar (10) Aaron Aziz (2) AdamHawa (2) Adania; Amaryllis (1) Aksi (11) Aktiviti (7) Amaryllis Premium Collagen; APC Putrajaya; APC (3) Ammar (6) Amsyar (36) Artikel (10) Artis (1) Astma (2) Babah (1) Baby makan durian (1) Bandung (3) Berita (1) Berita Dapur (2) Bersosial (16) Besday (4) Bicara Minda (1) blogger;abil fikri;DIM Abil Fikri ;http://abil4fauziah.blogspot.com (2) BoothAPC Putrajaya (1) Bowling (1) Bromo (1) CD (1) cerita (4) Cheese Tart (1) Chicken Pox (1) Contest (2) Cuti-cuti Indonesia (1) Cuti-cuti Malaysia (1) demam (4) Diana Danielle pregnant (1) DoubleA (3) Drama AstroHD (1) Durian (1) Durian Creep (1) Entry basi; Bersosial (5) Episod akhir (1) Family Trip (1) Farid Kamil (1) Felinna Inchloss (1) Figure Up PROMO (1) FinalAdamdanhawa (1) Gateway (1) Gathering SI (6) Good Friday (1) Hidangan Pengantin (1) Hidup dan matiku utk ISLAM (1) Hijrah 1434 (1) Hobi baru (1) Hotel (1) Iklan (4) Inchloss Lotion (1) indonesia (1) Info (9) Islam Sejahtera (1) Jalan-Jalan (1) JJMC (1) Kejadian (3) Korea (1) Krabi; Travel With Kid; Amsyar ; Ammar; DoubleA (4) Krabi; Travel With Kid; Amsyar ; Ammar; DoubleA ; Passport (2) Krabi; Travel; (1) KTO (1) kuih raya sedap 2013 (1) Kutu (1) Liburan (1) Little Caliph (2) Makanan (1) ManggaAds (1) Masak2; DIY (1) Melaka; travel (1) Menarik di Genting Highlands (1) milestone (1) MilkA Deal; (1) Mother's Day (1) NadiyaNisa (1) NadiyaNissa (1) Novel (1) novel 2015; hobi (1) Nuffnang (3) NuffnangOpenHouse2014 (2) NuffNangRaya Special Raya 2014;Nuffnang Event (1) Organic Cordyceps (1) other (2) Others (1) Pengertian Puasa;Puasa (7) Perkahwinan (1) Pregnancy Test (1) Produk Slim (1) Red Bella Body Wash (1) Resepi (6) Sabah (1) Saya Jual Produk; (1) Seju (1) Sekolah (1) Seoul (1) Shopping (1) Sosial Silah (1) Stok EBM (4) Surabaya (2) Tadika (1) Tadika YADIM (1) Taska Tasneem (1) Tips; StoryMory (1) Travel (5) Travel Agent (2) Trip; Bali; Honeymoon (3) Umi Ceritera (4) Ummi Ceritera (14) Ummicupcakes (1) Urus rumahtangga. (1) Video (6) Wad Paedratik Hospital Serdang (1)

.::U FoLLow Me , I tHaNk U::.

Meh Add Your BloG :

LETS CLICK GUYSS!~ TQ

March 31, 2011

Cuaca Panas-Demam Panas Melanda



Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Tu la kan... musim panas di Lembah Klang, banjir di pantai timur & utara... musibah juga org yg bermusim panas kt sini.. Di tambah dgn musim nya durian.. -- double panas la jadinya... Ummi tak terkecuali dari simptom sakit tekak awalnya bawa ke panas badan ( bantai 2 biji durian mengadap sorang2.. hehehe) terus demam... hish hish hish. Dah plak tu, selang 2 hari berjangkit plak ke amsyar. Demam panas takat 28-39 degree.. Dah dekat 6 bulan amsyar tak demam, smlm mendapat demam yg agak menakutkan jugak la...

Mak Tok pun demam jugak... baru last mak tok potong tangan skit... sempat tiup lilin -besday ke 56 ahad malam. demam tukar umur gaknye... :D Semoga mak tok sehat semula sprt biasa yer.. nanti bole layan amsyar main bila amsyar datang umh mak tok..

Episod berjaga malam utk chenta hati bucuk intan payung sorang ni, umi bergilir2 ngan babah ..cukup la pertama dan terakhir amsyar kene dlu.. cemas ummi bila teringt akan peristiwa tu..


tuala tu kene sntiasa basah, time ni terasa bahangnya
suhu bilik ngan suhu badan amsyar belawan2..
demam ummi yg bersisa kt badan ni pun, tak bole dekat2
ngan amsyar..


peralatan secukupnya.. penyembur tu diperlukan utk
basahkan tuala yg melekap kt badan dan sembur bhgn yg panas..



sesi babah berjaga...12mlm- 3pg pass kt ummi
smpai kul 7pg-- lepas tu babah plak la..
ummi pun tak larat,sbb telan pil selsema terus mantul..



nk cerita betapa bahangnya malam selasa smlm,
lampin ni bole kering dalam tempoh 5 jam saje..siap ada rase
panas2 mcm jemur bawah terik matahari..


giliran babah tido plak..
babah kata kaki amsyar ada kejang skit time babah jaga..
tak berhenti babah sembur2 kain kt badan amsyar tu
ummi dh mamai telan ubat batuk, tapi bab sembur2 tu ummi dengar jugak..


inilah budak nye...
malu sbnrnye abg amsyar tak berbaju mcm ni
tapi nk mudah sembur2 badan amsyar
baik tak payah pakai baju...


Mujur dgn penjagaan yg rapi--bubur nasi ummi yg sedap.. bersiram kuah kicap lada itam masak sotong amsyar berselera makan 3 kali. minum air jer amsyar kurang skit.. bab tu kene guna kuasa babah..-sekali cakap, amsyar ikut. Peranan ummi & babah sgt2 diperlukan ketika kesihatan amsyar tidak brape stabil.. Kalau ummi sorang yg sanggup cuti nk jaga amsyar, mmg ummi tension sorang2 sbb.... --bila suruh makan ubat, minum air, siram badan, lap badan --sume amsyar jawab dgn satu perkataan -- "TAK NAK....". kali kedua dipujuk2, jawabnya " TAK NAKKK!!..." juga. tapi dgn kehadiran babah yg kene cuti juga --amsyar akan turut saje sume tu tanpa membantah...
Sungguh soleh anak ummi kan kan kan... apapun, ummi doakan semoga amsyar bertambah baik hari ni.. mlm tadi pun tak brape kuat sgt panas badannya.. Ubat kene diteruskan smpai hari ketiga.. ptg ni, ummi nk jemput amsyar dengan badan dh sehat dan tak demam lagi...


notaummi: amsyar dapat sepupu baru hari ni...dh kuar dari pewut bik anje yg bolat mcm bola..(amsyar yg kata).



March 25, 2011

Cara Wardina Latih Anak lekat Solat 5 Waktu...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Entry kali ni nk share pasal cerita Wardina dgn anak dara sulong nye -AMNa... bagaimana dia melatih anak nye bersolat penuh seawal 7 tahun..Usaha , ikhtiar dan berdoa memohon anak kecil itu terus kekal dan tidak meninggalkan solat sehingga dewasa nanti...insyaAllah..

BERBALOI PENAT LELAH KU...by Wardina Safiyyah OfficialPage on Friday, March 11, 2011 at 8:47pm

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off... I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....
But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat.....

4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!

I love you all!!! Good night.....

But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak boleh diajar berjalan terus...fahamkan?



March 23, 2011

Mama Kamariah..Inspirasiku..



Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Puan Kamariah lebih mesra ummi panggil mama Kamariah..BELIAU ORG YG BERTANGGUNGJAWAB MENGUSIK NALURI KEIBUAAN UMMI DI AWAL KEHAMILAN AMSYAR WAFIQ 4 tahun lalu(Dis 2007). mama kamariah jugalah yg bertanggungjawab menyediakan satu wadah utk ibu2 /bakal2 ibu menimba ilmu pengetahuan menjayakan penyusuan ibu secara eksklusif di laman sesawang http://www.susuibu.com Dgn izin Allah jua lah ummi dapat melalui cabaran seorang ibu yg berjuang menyusukan amsyar mengikut kaedah, tips2 dan pengalaman yg dikongsi bersama ahli2 SI. Rujukan demi rujukan dibuat melalui forum tersebut dan selebihnya praktikal yg ummi lalui sndiri...Syabas dan tahniah kawan2 SI kerana SusuIBu.com dan izin Allah jualah kita berjaya menjadi ibu yg hebat... ummi berasa bertuah sbb mengenali SusuIbu.com yg berusaha utk memartabatkan Penyusuan SusuIbu. Tidak ketinggalan juga MOmsLittleOnes yg diterajui oleh Puan Rita Rahayu (kini SUSUIBU & MLO sudah bergabung) turut sama menyuntik azam yg kuat dgn membekalkan peralatan yg lengkap dan mampu milik pada ketika itu...( Pam Spektra 3 & Botol2 Storage jenama MLO). :))

Alhmdulillah syukur.. ummi berjaya dalam pertama kali utk amsyar.. Ummi berdoa semoga diberikan kesihatan, kemudahan dan kekuatan yg berterusan utk adik2 amsyar kelak.. amin.

Cabaran hebat susukan anak
Oleh Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my


BEGINI...Nor Kamariah menunjukkan kaedah menyusu dengan betul, antara salah satu latihan yang dijalankan Susuibu.com.

PELAYAR laman sesawang Susuibu.com pasti tidak asing dengan laman sosial ini yang banyak memberi maklumat terkini serta pengetahuan berguna mengenai penyusuan susu ibu.

Di samping rencana menarik, laman ini juga menjadi medan interaktif wanita terutama dalam menyuarakan pandangan, bertukar pendapat serta menjadi pemangkin semangat bagi ibu muda yang ingin menyusukan anak mereka sepenuhnya.

Di sebalik kejayaan Susuibu.com, banyak cabaran terpaksa dilalui pemiliknya, Nor Kamariah Mohamad Alwi yang juga kaunselor laktasi.

Bermula sekadar suka-suka untuk berkongsi pengalaman dengan masyarakat mengenai penyusuan susu ibu, kini ahli berdaftar Susuibu.com sudah melebihi 13,000 orang sepanjang enam tahun penubuhannya.


Menurut Nor Kamariah, pengalaman dilaluinya selepas melahirkan anak pertama adalah cabaran kepada wanita ini untuk menyusukan anak secara eksklusif. Ini kerana selepas melahirkan anak pertama pada tahun 2000, pendedahan mengenai kepentingan penyusuan susu ibu sangat kurang terutama sokongan daripada keluarga.


Ketika itu dia menyambung pengajian sarjana di Universiti Tunku Abdul Rahman (Unitar). Walaupun terpaksa berdepan cabaran besar kerana terpaksa menyusukan anak sepenuhnya di kala masih belajar, dia kuatkan tekad untuk menghadapinya hanya berbekalkan pengetahuan di Internet serta pembacaan buku dan majalah.

“Berbekalkan pengetahuan menerusi Internet, saya cuba sedaya upaya mendapatkan maklumat mengenai penyusuan susu ibu. Mujur pensyarah sangat memahami serta membenarkan saya membawa anak ketika peperiksaan dan menyediakan sebuah bilik berasingan untuk saya. Ketika itu saya sangat berterima kasih kepada pensyarah kerana memberi sokongan penuh kepada saya untuk menyusukan anak,” katanya.

Menurutnya, semangat untuk menyusukan anak semakin bertambah ketika pulang ke kampung di Ipoh, Perak apabila melihat saudaranya yang bekerja mampu menyusukan anak secara eksklusif. Dia mengajar bagaimana memerah susu menggunakan tangan dan pam, juga teknik penyimpanan susu dengan betul ketika bekerja.

“Kebetulan pada masa itu kakak baru saja melahirkan anak dan kami saling memberikan sokongan antara satu sama lain,” katanya.

Ketika bersalin anak kedua pada 2003, Nor Kamariah sudah mempunyai pengalaman me-ngenai penyusuan susu ibu dan masalah penyusuan, namun dia berasa keseorangan kerana ketika itu tidak ramai ibu yang menyusukan anak secara eksklusif.

Dia cuba bertanya kepada rakan namun jawapan diperoleh sangat mengecewakan kerana mereka sudah memberi susu formula kepada anak mereka.

Bertujuan untuk berkongsi pendapat mengenai susu ibu, akhirnya Nor Kamariah membuka laman sosial Susuibu.com pada 2004. Niatnya hanya sekadar untuk berhubung dengan wanita serta berkongsi pendapat mengenai kaedah penyusuan yang betul.

“Ketika itu pengunjung berdaftar hanya 200 saja, tetapi lama-kelamaan semakin bertambah dua kali ganda sehingga mencecah ribuan pengunjung. Masing-masing menyatakan keterujaan mereka terhadap laman sosial ini kerana membolehkan wanita mendapat maklumat yang jelas mengenai penyusuan,” jelasnya.

Tambahnya, dari setahun ke setahun, pemberitahuan menerusi mulut ke mulut menyebabkan Susuibu.com semakin mendapat perhatian.

“Ada yang mendapat tahu melalui rakan, pihak hospital dan kebanyakannya menerusi enjin pencarian Google. Hanya mereka yang benar-benar ingin mendapat maklumat mengenai susu ibu saja akan memperolehnya menerusi laman sosial ini,” katanya yang memiliki Ijazah Kejuruteraan daripada Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Ketika itu, laman susu ibu bukan saja menjadi pakar rujuk malah banyak persoalan diutarakan mereka yang mempunyai latar belakang berbeza. Disebabkan tidak mempunyai sebarang pendidikan mengenai penyusuan susu ibu, ini mendorong Nor Kamariah menjalankannya secara profesional dengan mengambil peperiksaan Pensijilan Antarabangsa Kaunselor Laktasi.

“Oleh kerana Susuibu.com mendapat perhatian daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan profesional yang arif dalam bidang perubatan seperti jururawat dan doktor, ini mendorong saya mengambil peperiksaan seterusnya membuka butik Susuibu.com di Bandar Baru Bangi.

“Ini bagi memberi tumpuan kepada laktasi serta menyediakan keperluan penyusuan kepada wanita secara lebih sistematik dan teratur. Justeru, wanita selain mendapatkan khidmat nasihat menerusi laman Susuibu.com, mereka boleh terus ke butik untuk mendapatkan pemahaman secara praktikal dan rundingan secara empat mata,” katanya.

Pada 2009, Susuibu.com bergabung dengan Mom’s Little Ones untuk memperkenalkan mengenai konsep semula jadi sama ada melalui kaedah penyusuan, pemakanan, penggunaan produk dan pemakanan.

“Selain fokus utama penyusuan susu ibu, kami cuba mengalihkan tumpuan masyarakat kepada perkara yang sering dilupakan seperti menyediakan makanan bayi sendiri, penggunaan lampin kain dan menggunakan kain kendong yang kebaikannya tidak dapat diragukan,” katanya.

Menurutnya, sepanjang menjadi kaunselor, cabaran utama adalah bagi ibu bekerja iaitu bagaimana meneruskan penyusuan dengan keadaan masa yang sangat terbatas. Namun dengan adanya laman Susuibu.com, ibu dan bakal ibu lebih terbuka dan terdedah mengenai kepentingan susu ibu seterusnya membuat persiapan lengkap sejak sebelum bersalin lagi.

Mom’s Little Ones bergabung tenaga dengan Susuibu.com bagi menyediakan medium terbaik kepada golongan ibu bukan saja mengenai penyusuan susu ibu tetapi memperkenalkan produk semula jadi yang baik untuk kesihatan mental dan fizikal anak-anak.

Memasuki tujuh tahun penubuhan Susuibu.com, menurut Kamariah, dia masih belum puas kerana masih ramai ibu bapa yang tidak mempunyai kesedaran mengenai ilmu keibubapaan yang bukan setakat melahirkan anak tetapi meliputi banyak perkara.

“Ada ibu yang mampu menyusukan anak mereka dan ada yang tidak boleh dan inilah cabaran yang harus saya hadapi. Selain ilmu, latihan dan kemahiran, sokongan keluarga terutama suami dan ibu bapa juga sangat penting,” katanya.

Justeru, bagi memberi pendidikan secara lebih menyeluruh sejak 2008, menerusi Susuibu.com lebih ramai kaunselor laktasi yang mendapat pengiktirafan antarabangsa daripada IBCLC dilahirkan. Mereka perlu menduduki peperiksaan setiap lima tahun bagi memberi semangat kepada perunding laktasi supaya tidak berhenti belajar dan mendapat-kan maklumat terkini mengenai penyusuan.

Kaunselor laktasi terlatih akan memberikan rundingan secara empat mata, dengan pergi dari rumah ke rumah dan memberi penerangan di hospital sebaik saja melahirkan anak mengenai kaedah penyusuan yang betul.

“Bukan itu saja, setiap bulan kaunselor laktasi akan mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa bagi mendengar masalah, luahan hati, pandangan serta pengalaman yang boleh dikongsi dengan semua ibu.

“Dengan cara ini, sama ada kaunselor atau ibu bapa boleh mendapatkan pandangan daripada perspektif berbeza dan memahami antara satu sama lain,” katanya.

Bukan mahu mendabik dada namun rasa kesyukuran dilafazkan kerana kini, kesedaran wanita mengenai penyusuan susu ibu sudah semakin bertambah dengan melihat pertambahan ahli dalam Susuibu.com dan kumpulan sokongan.

Harapan Nor Kamariah hanya satu iaitu ingin melihat masyarakat berubah ke arah yang lebih baik serta kehidupan yang ditentukan mereka sendiri. Malah besar impiannya ingin melihat suatu hari nanti, semua ibu di Malaysia menyusukan anak mereka secara eksklusif.

“Hari ini, ibu bapa sepatutnya bertanggungjawab atas apa saja keputusan yang dibuat mereka dan tidak menyesal di kemudian hari. Mereka juga harus mendapatkan maklumat yang tepat bukan dipengaruhi sesiapa.

“Ini supaya suatu hari nanti ibu bapa tidak menyalahkan masyarakat atas apa saja yang berlaku kepada mereka, keluarga dan anak-anak. Paling penting mendapatkan ilmu keibubapaan mencukupi sebelum bergelar ibu dan bapa,” katanya.


notakakiummi;
tanpa ummi sedari dan disangka ummi berjaya lakukannya walaupun ummi tidak sehebat mane pun sblm bergelar ibu.. betapa besarnya semangat & keinginan ummi bila bergelar ibu, sesusah manapun dan seperit manepun berbekalkan ilmu yg sedikit pada awalnya ummi sanggup lakukan demi amsyar. InsyaAllah dgn ilmu dan pengalaman yg lalu ummi berazam terus memberikan yg terbaik utk adik2 amsyar kelak..

Mandi Sungai Belum Bernama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...


Hari ni update kisah yg masih ada dlm box draft..tak jadi2 nk publish sbb kesuntunkan masa..maklumla, mood dan masa ni 2 faktor yg mmbuat kan blog amsyar ni ber update ke idak...
So, tak nk 'menganaktirikan' en3 lama, ada baiknya ummi publish kan jugak..Kejadian ni pada 3 minggu sudah.., mak buyung bik anje dh hampir2 due dh time..

Nk share cerita gi mandi sungai tak bernama kt uols ni.. Dh masuk kali ke dua kami mandi manda ke sungai ni. Port baru family kitorang if ada masa lapang or boring2 terus ke sungai. ni. tmpt tak jauh sgt. Selama ni, tau Sungai Tekala la yg paling dekat ngan umah nenek.. rupenye ada port baru, lebih dekat skit dari sungai Tekala..--sungai ni tak bernama lagi.jeng..jeng jeng....
Lokasinnya senang jer bg org sekitar Bangi. Dh smpai simpang Balai Polis Semenyih tu--sama arah nk ke Sungai Tekala, tapi sblm smpai Sg Tekala kita kene lalu NIRVANA (tmpt semadian org cina) kan.. Sungai yg kitorang gi ni, tak smpai situ lagi pun.. so, anytime jer kitorang nk pegi takde preparation pun takpe.. yg pnting bawak la makanan lebih2 skit.. biasa la, dh sejuk2 mandi perut rase lapar tak semene-mene.. So layan saje gmbr2 amsyar ngan abg sidik, kak lia, maman amat n wak lani.. yg lain2, tgh sensored, tak sesuwaaaiii nk upload dlm ni.. yg pnting sume enjoy.. tu gaknye smpai demam2 segala.. hihihihi..






bila dh jumpe kain rentang ni, masuk la ke simpang semak
samun belah kanan..--ni dh ke belah kanan dh ni..


awal2 tu akan jumpe reban kambin & ayam..nampak tak tu?


terus masuk ke dalam..lagi bagus sape2 yg 1st time nk masuk ni
korang tunggu la ada kete yg berkemungkinan ke destinasi yg sama
biasanya, kete2 yg masuk kt sini mmg nk bermandi manda..


wajah2 suci yg dh mandi dari rumah.. mak & ayah derang
jer rupe tak siap time ni.. mmg nk mandi, gosok gigi n bersyampoo
kt sungai jer... :D


'marshell' yg mengetuai rombongan.. gaya dh ada tu..
huhuuhu


sesi rebut rebutan bungkusan mamee.. dh lapar time ni..


senang kan... 1 Kotak share ramai2..


giliran amsyar plak...


gaya kak lia... lucuk banget!!..


mandi air bunga ke man?.. --kene layan anak buah..


wak lani..mmg ada gaya pendatang hanyut kt sungai..
bot pancung karam sblm smpai sempadan mesia..
ekekekeke

bisikummi;
asyik gi sungai jer, bila nk gi theme park Genting Highland ni.. hihihiih. tak sadar diri sungguh ummi nih..


Main Karom/Karem/Carom


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....


Pernah main karom/karem/Karom tak?... ummi pernah main tapi bukan la game kesukaan...Dulu kt ofis ummi ada la sudut permainan indoor game ni-congkak, batu seremban, dart termasuk karom. cara permainannya cuma jentik buah leper jangan pikir ke lain ek.. masuk ke lubang penjuru.. sblm tu pastikan board karom ditabur dgn bedak baby Johnson&Johnson nk bg mudah buah utk meluncur laju kearah lubang2 dipenjuru board..mmg best la kalo main dgn perasaan bangga diri.. muahahhaha.. sape lagi teror jentik masuk lubang.. hihihi

Kebetulan lepas kerja2 5S (Sisih- Singkir- Sapu- Simpan- Susun) di rumah mak tok terjumpa board karem tu.. Buah dan board tu masih berkeadaan elok lagi..Mak Su & Babah main ala2 main mahjung.. huhu. ummi, sprt biasa tiada perasaan utk join.. lebih suke memerhati atau lebih suke memilih utk membaca surat khabar. Sbb kat umh mak tok biasanya mcm2 surat khabar ada bila hari minggu-- Utusan Malaysia, Berita Harian, Kosmo dan Harian Metro.. + Majalah MASTIKA. bg ummi duduk seharian dok mengadap baca paper pun tak per... :)

1st round babah & Mak Usu main , amsyar memerhati..



2nd time bagi peluang kt amsyar plak mencuba.
skill menjentik tak brape kuat..tapi bole la..




pada game berikutnya...
ada sesuatu yg tak kene ngan pemain2 karom kt situ..



sori atuk...hehehe
bunyinye sweeet jerk..
amsyar dh tau dah ape nk buat sekiranya
berlaku kejadian seperti itu.. :D
apapun enjoy malam tu amsyar dpt bermain
satu game selain dari football & bowling..


coretanummi:
antara peristiwa bersama atuk yg 'sweeeeeeeeeet' dan sukar utk dilupekan.. :)

March 21, 2011

Makan Malam di Village View Bangi

Assalamualaikum & selamat sejahtera...


Terberhenti seketika dari mengupdate blog.. mood dh tak semeriah dlu.. huhuhu.. kalo idak, smpai tak ckup entry nk cerita sume kat blog ni aktiviti pagi, petang siang malam.. ada saje nk diceritakan.. skrg ni, ikut mood baik dan rajin datang, baru ada kisah nk cerita...

Kisah minggu lepas, balik rumah nenek rinching... rase tak sah kalo seminggu tak jenguk nenek.. maklumla nenek tu ibu tunggal.. tak bole takde org kt rumah, mula la dia call n tanye " korang tak balik ke?.., mak masak ni..ni..ni... kalo balik bitau yer"... sian nenek.. kadang tu dh jnji nk balik tapi tiba rumah nenek lambat, so lambat la nenek makan sbb nunggu kita smpai nk makan sama2...

Kebetulan ahad lepas sume org ada kt rumah nenek berkumpul... bakal menantu nenek (tunang maman amat pun ada). so ape lagi.. ummi ngan bik anje pakat kene kan amat mintak belanja makan malam. so tak yah susah2 nk suh mak masak.. (mak masak smbal goreng malam tu) so tapau jer la pas balik dari makan malam terus balik ke rumah.

Kami ke Village View, Bandar Baru Bangi. Lokasinya berhadapan dgn Industri Selaman. Sekiranya datang dari arah Tol Kajang jalan terus dlm 2km nmpk ada stesen minyak Shell sebelah kiri --- ada simpang masuk ke Village View. Tempat cantik, selesa, open air...



sementara tunggu order, ajak amsyar main game fon babah


bik anje yg menunggu hari..--teringin air durian belanda


maman amat n tunangnya..--aunty Dila.. amsyar
panggil kakak.. :D



makanan paling simple yg amsyar bole makan..
lain2 kene ummi yg suap..kalo tak suapkan, abis berkecah2
jer la...


mak buyung sedang menikmati nasi goreng ngan air durian
belanda.. sodap gak air ni..

ummi --kerang bakar + barli suam
nenek -- nasi goreng ape ntah..tak abis mintak menantu kesayangan abiskan
maman amat -- tahu masak ape ntah + air asam boi
dila --mee hailam + air ape ek?.. lupe..

makanan yg berbaki semestinya dari Mr. kecik amsyar wafiq...
daripada membazir ada baiknya kita sedekahkan kt mahkluk lain...




port tmpt kitorang duduk malam tu betul2 kt kolam ikan yg penuh dgn ikan kap..
tak senang duduk amsyar dibuatnya.. skit2, tengok ikan.. bila sume org abis makan
amsyar ngan maman amat cubit roti yg tak abis tu beri pada ikan makan..
seronok tengok air kolam tu berkocak dek penangan ikan2 tu berebut makanan..


notakakiummi;
ummi pun sangat jakun bila ternampak ikan kepala keras(ikan keli) bersaiz gergasi menimbulakn dirinya utk sama2 rebut makanan... haissh, terlebih excited dari amsyar..hahaha.. kalo tak bg mknn mcm tu mmg tak tau ada ikan sebesar itu..

March 4, 2011

Mencuba-cuba..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Bismillahirrahmanirrahiimmm..

Minggu lepas teringin nk makan puding roti. so google la resepi puding roti dan ceduk lah salah satu resepi yg ada... bahan2 nye pun mudah dan hampir kesemuanya ada kt dapur.

-- 4- 6 keping roti dh hampir expired di koyak2 kan
-- 450ml susu segar & butter dipanaskan..jgn smpai mendidih
-- 3-4 bj telur & 3 sudu penuh gula dipukul smpai kembang (nk manis 5sudu)
-- tepung kastard (2 sudu besar)
-- esen vanila
--tabur kismis atas roti

after susu & butter dh sebati... masukkan telur yg dh dipukul ngan gula tadi.. masuk kastard n esen skit.. kacau.. then tuang la ke dlm loyang berisi roti yg dikoyakkan2 tadi..then tabur kismis ikut suke..


sedia utk di bakar..babah suh buh jer roti lebih skit sbb
namapun roti dh hampir expired..


sesudah dibakar dlm suhu 180 C -selama stgh jam.

kerak2 ni babah suke makan...lapisan yg bawah lembik2
gitu..

time makan takde rakaman dibuat..sbb masing2 menikmati keenakan puding ni tanpa rase kecewa... amsyar pun suke... bila babah ngan amsyar suke, berkobar2 perasaan nk buat lagi... hehehehe :D


rasehatiummi: nak tingkatkan tahap kerajinan memasak dan sediakan makanan dari air tgn sndiri utk suami n anak..

March 3, 2011

Sila ambil kisah...


Kajian Mengenai Lanyard, Tin Minuman dan Belt-Stopper


Kajian ini adalah hasil usaha saya sendiri tanpa mendapat tajaan atau dorongan mana-mana pihak.

Hasil kajian dan rumusan mengenainya tidak pernah diterbit atau disiarkan di mana-mana sebelum ini dan dipercayai merupakan yang pertama seumpamanya di dunia!

Saya tidak memerlukan puluhan ribu malah ratusan ribu atau jutaan ringgit, semata-mata untuk melakukan kajian ini, tetapi kajian ini kelak saya percaya akan digunakan oleh banyak pihak untuk mereka mungkin mendapatkan puluhan ribu atau ratusan ribu atau jutaan ringgit itu…!!!

Anda dinasihatkan supaya jangan mempercayai seratus-peratus kajian ini, sehingga ianya benar-benar terjadi kepada anda sendiri…

Nota: Luangkan Masa Isi ruangan Poll melalui Nuffnang di sidebar kanan blog mengenai kajian ini.

1.Lanyard/tali gantung name-tag

Selepas membaca artikel ini, anda pergi ke kereta anda. Lihat lanyard yang anda gantung melalui cermin pandang belakang itu. Harganya murah, tak sampaipun RM5 satu dan biasanya anda mendapat secara percuma dari majikan anda.

Menggantung lanyard menjadi trend kepada ramai pemandu kerana beberapa sebab:

i-supaya anda tidak terlupa/tertinggal di rumah-maka anda akan gantungnya dan akan

memakainya sebaik keluar dari kereta

ii-sebagai tanda riak kepada orang yang terlihat name-tag anda bahawa anda bekerja kakitangan syarikat A yang gah itu.

iii-sebagai isyarat kepada pemandu di sebelah anda , “saya ingin berkenalan, this is my name-tag. Carilah saya , nama saya anda boleh lihat…”

Tetapi, tahukah anda, ia mungkin merupakan pembunuh senyap, atau penyebab kemalangan?

Lanyard itu jika terutamanya digantung dengan talinya terlalu panjang ke bawah sehingga melepasi paras stereng kereta, ia mampu membelit stereng kereta anda ketika keadaan-keadaan tertentu seperti ketika anda mengambil selekoh tajam atau kenderaan anda terhentak akibat terlanggar lubang atau bonggol jalan.

Atau juga ketika anak anda bermain-main dengan lanyard itu ketika anda memandu sehingga akhirnya ia membelit streng kereta. Akibatnya, anda gagal mengawal kenderaan anda, akhirnya akan menyebabkan kemalangan.

2.Tin/botol minuman

Lihat atau lakukan ‘spring-cleaning’ di dalam kereta anda. Lihat di bawah tempat duduk. Bermacam-macam sampah akan anda temui. Tumpuan diberikan kepada botol atau tin minuman. Dengan harga setin Coke sekitar RM1.50, ia juga mampu membunuh anda.

Begitu juga, ketika memandu, anda akan meletakkan tin atau botol minuman di tepi sebelah pintu pemandu, atau ruang yang disediakan biasanya berhampiran gear.

Tetapi, tahukah anda, tin atau botol itu, pernah jatuh di atas lantai kereta dan bergolek ketika anda memandu. Apakah risikonya?

Tin atau botol itu akan bergolek sehingga ke bawah pedal minyak atau pedal brek kereta anda. Akibatnya, anda juga tidak akan dapat mengawal kereta kerana brek atau pedak minyak tersekat akibat botol atau tin minuman telah menyekatnya.

Di dalam laporan kes-kes kemalangan terutama kemalangan maut, kita biasa membaca sebegini:

“Kereta dipandu tiba-tiba hilang kawalan, lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik”

Ye, kereta itu hilang kawalan, tetapi apakah penyebab kepada hilang kawalan itu? Memandu laju? Bergaduh ketika memandu?

Belum ada bukti secara saintifik menunjukkan bahawa lanyard dan tin minuman adalah penyebab kemalangan.

Tidak mungkin kita akan mendapat jawapan kerana pemandu kereta telahpun maut dalam kemalangan itu…

Jadi, lanyard dan tin minuman itu tetap menjadi misteri…

3.Belt-stopper

Dari semurah RM3 hingga puluhan ringgit seperti ada berbagai logo dan karektor kartun, belt-stopper juga mampu meragut nyawa manusia ketika kemalangan. Macam tak lojik bukan?

Belt-stopper direka supaya menjadi penahan kepada tali pinggang keledar supaya ia tidak ‘menjerut’ perut dan pinggang pemandu/penumpang kereta . Ia akan melonggarkan tali pinggang keledar supaya kononnya pemandu dan penumpang tidak menjadi rimas atau rasa ‘terperangkap’. Wanita amat gemar menggunakan belt-stopper terutama ibu mengandung dan mereka yang tidak mahu tali pinggang keledar itu ‘menjerut’ buah dada mereka.

Tali pinggang keledar hanya akan berfungsi apabila terdapat ‘sentakan’ atau ‘rentapan’ padanya dengan kadar yang cepat, laju atau mengejut. Ketika kemalangan, mangsa akan tertolak ke hadapan, dan ketika itulah tali pinggang keledar akan berfungsi dan menguncinya sekaligus menahan mangsa dari melambung atau ter’lajak’ sehingga mengenai stereng ataupun cermin hadapan.

Menggunakan belt-sotpper’ akan menyebabkan terdapat ruangan di antara tali pinggang dengan badan mangsa menyebabkan tiadanya daya ‘sentapan’ atau ‘rentapan’ bagi memberhentikan pergerakan tali pinggang itu. Ini sekaligus boleh ‘membatalkan’ penguncian tali pinggang itu menyebabkan mangsa terus terhumban ke hapadan.

Kajian ini juga mungkin tidak pernah dilakukan oleh pegawai penyiasat kemalangan.

Apabila ketiga-tiga bahan disebutkan di atas, bertindak secara serentak ketika anda menekan brek ketika kecemasan, ini akan berlaku:

Tali lanyard akan melilit stereng kereta, botol dan tin bergolek ke arah pedal minyak, clutch dan brek, manakala tali pinggang keledar tidak akan berfungsi kerana di'bebaskan' oleh belt-stopper.

Saya ulangi - Anda dinasihatkan supaya jangan mempercayai seratus-peratus kajian ini, sehingga ianya benar-benar terjadi kepada anda sendiri…

SUMBER - Terima kasih sahabat....


notatannganummi: sesetengah perkara remeh usah dipandang enteng..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Oven @ UmmiCupcakes~

~KeDaiKiTa 2U~

.::PENASIHAT & PAKAR LAKTASI MALAYSIA::.

PERSATUAN PENASIHAT DAN PAKAR LAKTASI MALAYSIA (PPPLM)
7A, Jalan Kolam Air, Kg Klang Gate Baru,
53100 Kuala Lumpur
TEL: 03 - 4107 3678 / Faks: 03 - 4107 2862
E-mel: ppplm@susuibu.org / Website: www.susuibu.org

Pn. Kamariah (SusuIbu)-Bangi
(603) 8925 4614
Website: susuibu.com

Pn. Rita Rahayu (MLO)-Seri Kembangan
+6(013)-3639567 / +6(016)-2076755
Website: http://www.momslittleone.com/

Puan Suraya (Lunatots) - Cheras
(012) 5880515
Website: http://www.diyaluna.com/diary/

Puan Farah Farhan - Shah Alam
(012) 6448091
Website: http://www.sarakids.com/blog/

Puan Zatul Hijanah - Klang, PJ
(016) 3855189

Puan Ida Murni - Seremban, Melaka dan Johor
(012) 2969054