Kajian Mengenai Lanyard, Tin Minuman dan Belt-Stopper
Kajian ini adalah hasil usaha saya sendiri tanpa mendapat tajaan atau dorongan mana-mana pihak.
Hasil kajian dan rumusan mengenainya tidak pernah diterbit atau disiarkan di mana-mana sebelum ini dan dipercayai merupakan yang pertama seumpamanya di dunia!
Saya tidak memerlukan puluhan ribu malah ratusan ribu atau jutaan ringgit, semata-mata untuk melakukan kajian ini, tetapi kajian ini kelak saya percaya akan digunakan oleh banyak pihak untuk mereka mungkin mendapatkan puluhan ribu atau ratusan ribu atau jutaan ringgit itu…!!!
Anda dinasihatkan supaya jangan mempercayai seratus-peratus kajian ini, sehingga ianya benar-benar terjadi kepada anda sendiri…
Nota: Luangkan Masa Isi ruangan Poll melalui Nuffnang di sidebar kanan blog mengenai kajian ini.
1.Lanyard/tali gantung name-tag
Selepas membaca artikel ini, anda pergi ke kereta anda. Lihat lanyard yang anda gantung melalui cermin pandang belakang itu. Harganya murah, tak sampaipun RM5 satu dan biasanya anda mendapat secara percuma dari majikan anda.
Menggantung lanyard menjadi trend kepada ramai pemandu kerana beberapa sebab:
i-supaya anda tidak terlupa/tertinggal di rumah-maka anda akan gantungnya dan akan
memakainya sebaik keluar dari kereta
ii-sebagai tanda riak kepada orang yang terlihat name-tag anda bahawa anda bekerja kakitangan syarikat A yang gah itu.
iii-sebagai isyarat kepada pemandu di sebelah anda , “saya ingin berkenalan, this is my name-tag. Carilah saya , nama saya anda boleh lihat…”
Tetapi, tahukah anda, ia mungkin merupakan pembunuh senyap, atau penyebab kemalangan?
Lanyard itu jika terutamanya digantung dengan talinya terlalu panjang ke bawah sehingga melepasi paras stereng kereta, ia mampu membelit stereng kereta anda ketika keadaan-keadaan tertentu seperti ketika anda mengambil selekoh tajam atau kenderaan anda terhentak akibat terlanggar lubang atau bonggol jalan.
Atau juga ketika anak anda bermain-main dengan lanyard itu ketika anda memandu sehingga akhirnya ia membelit streng kereta. Akibatnya, anda gagal mengawal kenderaan anda, akhirnya akan menyebabkan kemalangan.
2.Tin/botol minuman
Lihat atau lakukan ‘spring-cleaning’ di dalam kereta anda. Lihat di bawah tempat duduk. Bermacam-macam sampah akan anda temui. Tumpuan diberikan kepada botol atau tin minuman. Dengan harga setin Coke sekitar RM1.50, ia juga mampu membunuh anda.
Begitu juga, ketika memandu, anda akan meletakkan tin atau botol minuman di tepi sebelah pintu pemandu, atau ruang yang disediakan biasanya berhampiran gear.
Tetapi, tahukah anda, tin atau botol itu, pernah jatuh di atas lantai kereta dan bergolek ketika anda memandu. Apakah risikonya?
Tin atau botol itu akan bergolek sehingga ke bawah pedal minyak atau pedal brek kereta anda. Akibatnya, anda juga tidak akan dapat mengawal kereta kerana brek atau pedak minyak tersekat akibat botol atau tin minuman telah menyekatnya.
Di dalam laporan kes-kes kemalangan terutama kemalangan maut, kita biasa membaca sebegini:
“Kereta dipandu tiba-tiba hilang kawalan, lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik”
Ye, kereta itu hilang kawalan, tetapi apakah penyebab kepada hilang kawalan itu? Memandu laju? Bergaduh ketika memandu?
Belum ada bukti secara saintifik menunjukkan bahawa lanyard dan tin minuman adalah penyebab kemalangan.
Tidak mungkin kita akan mendapat jawapan kerana pemandu kereta telahpun maut dalam kemalangan itu…
Jadi, lanyard dan tin minuman itu tetap menjadi misteri…
3.Belt-stopper
Dari semurah RM3 hingga puluhan ringgit seperti ada berbagai logo dan karektor kartun, belt-stopper juga mampu meragut nyawa manusia ketika kemalangan. Macam tak lojik bukan?
Belt-stopper direka supaya menjadi penahan kepada tali pinggang keledar supaya ia tidak ‘menjerut’ perut dan pinggang pemandu/penumpang kereta . Ia akan melonggarkan tali pinggang keledar supaya kononnya pemandu dan penumpang tidak menjadi rimas atau rasa ‘terperangkap’. Wanita amat gemar menggunakan belt-stopper terutama ibu mengandung dan mereka yang tidak mahu tali pinggang keledar itu ‘menjerut’ buah dada mereka.
Tali pinggang keledar hanya akan berfungsi apabila terdapat ‘sentakan’ atau ‘rentapan’ padanya dengan kadar yang cepat, laju atau mengejut. Ketika kemalangan, mangsa akan tertolak ke hadapan, dan ketika itulah tali pinggang keledar akan berfungsi dan menguncinya sekaligus menahan mangsa dari melambung atau ter’lajak’ sehingga mengenai stereng ataupun cermin hadapan.
Menggunakan belt-sotpper’ akan menyebabkan terdapat ruangan di antara tali pinggang dengan badan mangsa menyebabkan tiadanya daya ‘sentapan’ atau ‘rentapan’ bagi memberhentikan pergerakan tali pinggang itu. Ini sekaligus boleh ‘membatalkan’ penguncian tali pinggang itu menyebabkan mangsa terus terhumban ke hapadan.
Kajian ini juga mungkin tidak pernah dilakukan oleh pegawai penyiasat kemalangan.
Apabila ketiga-tiga bahan disebutkan di atas, bertindak secara serentak ketika anda menekan brek ketika kecemasan, ini akan berlaku:
Tali lanyard akan melilit stereng kereta, botol dan tin bergolek ke arah pedal minyak, clutch dan brek, manakala tali pinggang keledar tidak akan berfungsi kerana di'bebaskan' oleh belt-stopper.
Saya ulangi - Anda dinasihatkan supaya jangan mempercayai seratus-peratus kajian ini, sehingga ianya benar-benar terjadi kepada anda sendiri…
SUMBER - Terima kasih sahabat....
notatannganummi: sesetengah perkara remeh usah dipandang enteng..
1 comment:
yup benda ni ada betul nya sebab it was close happen to me! .. :( so dlm erti kata lain..jgn sepahkan kreta anda :p
Post a Comment