.::MeNu BLoG::.

'ammar (10) Aaron Aziz (2) AdamHawa (2) Adania; Amaryllis (1) Aksi (11) Aktiviti (7) Amaryllis Premium Collagen; APC Putrajaya; APC (3) Ammar (6) Amsyar (36) Artikel (10) Artis (1) Astma (2) Babah (1) Baby makan durian (1) Bandung (3) Berita (1) Berita Dapur (2) Bersosial (16) Besday (4) Bicara Minda (1) blogger;abil fikri;DIM Abil Fikri ;http://abil4fauziah.blogspot.com (2) BoothAPC Putrajaya (1) Bowling (1) Bromo (1) CD (1) cerita (4) Cheese Tart (1) Chicken Pox (1) Contest (2) Cuti-cuti Indonesia (1) Cuti-cuti Malaysia (1) demam (4) Diana Danielle pregnant (1) DoubleA (3) Drama AstroHD (1) Durian (1) Durian Creep (1) Entry basi; Bersosial (5) Episod akhir (1) Family Trip (1) Farid Kamil (1) Felinna Inchloss (1) Figure Up PROMO (1) FinalAdamdanhawa (1) Gateway (1) Gathering SI (6) Good Friday (1) Hidangan Pengantin (1) Hidup dan matiku utk ISLAM (1) Hijrah 1434 (1) Hobi baru (1) Hotel (1) Iklan (4) Inchloss Lotion (1) indonesia (1) Info (9) Islam Sejahtera (1) Jalan-Jalan (1) JJMC (1) Kejadian (3) Korea (1) Krabi; Travel With Kid; Amsyar ; Ammar; DoubleA (4) Krabi; Travel With Kid; Amsyar ; Ammar; DoubleA ; Passport (2) Krabi; Travel; (1) KTO (1) kuih raya sedap 2013 (1) Kutu (1) Liburan (1) Little Caliph (2) Makanan (1) ManggaAds (1) Masak2; DIY (1) Melaka; travel (1) Menarik di Genting Highlands (1) milestone (1) MilkA Deal; (1) Mother's Day (1) NadiyaNisa (1) NadiyaNissa (1) Novel (1) novel 2015; hobi (1) Nuffnang (3) NuffnangOpenHouse2014 (2) NuffNangRaya Special Raya 2014;Nuffnang Event (1) Organic Cordyceps (1) other (2) Others (1) Pengertian Puasa;Puasa (7) Perkahwinan (1) Pregnancy Test (1) Produk Slim (1) Red Bella Body Wash (1) Resepi (6) Sabah (1) Saya Jual Produk; (1) Seju (1) Sekolah (1) Seoul (1) Shopping (1) Sosial Silah (1) Stok EBM (4) Surabaya (2) Tadika (1) Tadika YADIM (1) Taska Tasneem (1) Tips; StoryMory (1) Travel (5) Travel Agent (2) Trip; Bali; Honeymoon (3) Umi Ceritera (4) Ummi Ceritera (14) Ummicupcakes (1) Urus rumahtangga. (1) Video (6) Wad Paedratik Hospital Serdang (1)

.::U FoLLow Me , I tHaNk U::.

Meh Add Your BloG :

LETS CLICK GUYSS!~ TQ

June 23, 2011

Ganti Puasa.

Asslamualaikum dan salam ceria kawan2.. 

Alhmdullillah, sehari dah dpt ganti selasa lepas, hari ini cuba bertahan sekali lagi, insyaAllah ummi dapat habiskan qada puasa ramadhan  tahun lepas. Sekiranya hari ni bertahan menjelang maghrib maka selesai sudah puasa qada ummi. Apa yang penting bagi kawan2 yg berniat utk mengganti puasa ketika sedang hamil(bg yg tiada mslh kesihatan sampingan atau alahan teruk) -- percaya dan yakin dgn niat, bersahur secukupnya--nasi, air , kurma dan pil2 vitamin(iron, folic acid,obomin) secukupnya utk membekal tenaga kepada anak dlm kandungan, dan berbicaralah dgn anak di dalam tu " ummi/ibu/mak/mama nak berpuasa hari ni... sayang manja kene tahan  juga mcmummi/ibu/mak/mama ye sayang..."  Ummi sndiri jenis org yang kuat minum air. so time sahur pagi tadi ummi bole teguk 5 gelas air. --air sirap, air kosong 3x, air susu. InsyaAllah bole smpai ke ptg... 

Terdapat juga artikel tntang kelonggaran bagi ibu2 yg sedang hamil utk mengganti puasa dan ibu2 yang menyusukan anak. Ummi wat  Carian di google ' mengganti puasa ketika hamil' . Ummi copy n & paste tentang soal jawab tersebut dibawah.

 

Ganti Puasa Wanita Mengandung

Soalan: Saya mempunyai satu kemusykilan. Isteri saya semasa Ramadhan nanti dia akan mengandung 7 bulan tetapi dia tidak lg lengkap mengqadha’ puasanya yang lepas.
Soalannya:
1) Jika dia tidak mampu untuk mengqadha’kan puasanya sekarang, adakah boleh dia mengqadha’ puasanya selepas bersalin nanti (selepas raya)? Ini kerana sekarang dia bimbang akan merasa keletihan yang amat sangat apabila berpuasa.
2) Adakah perlu membayar fidyah (menurut pendapat 4 mazhab)?
Diharap mendapat pencerahan secepat mungkin.
Jawapan:
1) Kalaulah pada bulan Ramadhan bukan wajib berpuasa padanya, boleh berbuka kerana uzur mengandung, maka pada bulan selain Ramadhan adalah lebih aula untuk boleh baginya menangguhkan qadha’nya. Jadi, diharuskan untuk menangguhkan qadha’ Ramadhan sehingga hilang keuzurannya.
2) Sekiranya ditangguhkan qadha’ ramadhan sehingga tahun berikutnya, disebabkan oleh uzur seperti sakit sepanjang tahun, atau hamil, atau menyusu sepanjang tahun, maka tidak dikenakan fidyah. Yang wajib hanyalah puasa.(mksudnya hanya kira hari berapa hari puasa yg perlu diganti sahaja tanpa perlu fidyah, berbeza dgn org tinggal puasa kerana selain dari keuzuran di atas).

Tapi kalau menangguhkan puasanya tanpa uzur, ada 2 pendapat:

Pertama: Wajib membayar fidyah, iaitu memberi makan kepada seorang untuk satu hari. ini pendapat jumhur ulama, Maliki, Syafie, Hanbali, dan diriwayatkan daripada sebahagian sahabat dan tabien.

Kedua: Tidak perlu membayar fidyah. ini pendapat mazhab Hanafi. Dan ditarjihkan oleh Syeikh Soleh Uthaimin, kerana tiada dalil sahih yang mewajibkan membayar fidyah. Maka kembali kepada hukum asal, iaitu tidak dikenakan apa-apa fidyah.
Wallahu A’lam.
Sumber : Soal Jawab Agama, http://abuumair1.wordpress.com/
wallahu'alam.




Salam,
Saya perlukan kepastian bagi “menangguhkan puasa tanpa uzur”. Betul kah kalau saya assume maksudnya kalau kita tak datang haid, nifas, mengandung, susukan anak pada sesuatu hari dan tidak pula mengganti puasa pada hari itu.
Abul Harith : Wassalam Ummu Umar, terima kasih atas kunjungan.

Benar seperti apa yang Sdri fahami. Dibenarkan tangguh ganti puasa bagi yang mempunyai keuzuran sahaja seperti haid, nifas, mengandung dan menyusukan anak. Jika tiada keuzuran yang disebut, maka perlulah ganti puasa Ramadan yang telah ditinggalkan secepat mungkin. Kerana amat mustahil seseorang haid atau nifas sepanjang tahun, melainkan dia terlampau penat ketika mengandung atau menyusukan anak.

Semoga dapat dimanfaatkan utk rakan2 lain.. selamat berpuasa sunat dan berpuasa ganti di bulan Rejab dan Syaaban .Mudah2an semua berjaya mengqada sehingga selesai sblm puasa ramadahan menjelma..  

June 21, 2011

It's a Baby Boy.

Assalamualikum dan salam ceria semua.... ;D


Dikurniakan sekali lagi --anugerah anak teruna utk kami.. Alhmdulillah imbasan kedua kalinya sifat sempurna sprt yg didoakan, sehat dan ukuran baby yg agak besar-- gen mmg saiz oversea ikut belah babahnya..
Baju2 new born--pakai amsyar punye sajalah masih elok lagi.  penjimatan lagi. hehe
Mohon dipermudahkan utk bersalin, ummi sehat dan baby kt dlm ni pun harap2 berada di lorong yg betul utk keluar. Doakan saya ye!. Mudah-mudahan saya dan baby sihat dan tiada sebarang masalah utk deliver secara normal..amin


notakakiummi;
Aku berserah, redha dan tawadduk ya Allah, dgn ape yg tersurat utk ku, seandainya itu adalah terbaik utk kami.. amin

June 17, 2011

Mewarnai Hidup.

salam sayang buat semua...

Jumaat bertandang kembali...masih sehat dan diberikan kudrat yg cukup utk menjalani kehidupan seharian.. Alhmdulillah. Mudah2an diberi kesempatan olehNya utk ummi menikmati hidup berkeluarga disamping suami nan SATU dan anak2 yg soleh dan solehah.. ;) tinggi harapan tuh. takper, taksalah berimpian mcm tu kan.

Kisah sebenarnya nk cerita kt sini pasal anak ummi sorang ni dh bole mewarna ikut bhgn--mksudnya dh tak conteng2 mcm dlu la... kaler satu tmpt tu dh tak keluar dari garisan bhgn tu.. contoh tengok sndiri dia kaler hasil lukisan ummi atas permintaan amsyar..--dia sebut nk ape, ummi kene lukis ikut  kehendak dia..tak diikutkan menjerit2 smpai mende tu jadi dan dia puashati..dh la ummi dia tak reti nk lukis sgt.. Ada satu aksi tu dia suh lukis--amsyar gayakan mcm org tertonggeng skit mcm nk baling bola bowling tu... alamak.., dgn tgn keras n takde idea ni mcm mane nk lukis aksi begitu.. -amsyar bole stay gaya mcm tu smpai ummi abis lukis.. ummi melukis smbil menahan2 perut nk tergelak hasil lukisan ummi tuh.. 

ummi: eh, amsyar yg kaler ke tu babah?...
babah: haah.. abg biarkan jer... 


 kaler badan 
sotong...

 gmbr uncle dgn aunty zyra.. --kaler kepala jer..
lukisan ni dh terhasil 2-3 hari sblm amsyar warna..

 kalo perasan, sume gmbr tu ada pgg bola bowling..
buhsan ummi ikut arahan amsyar--msti nk ada bowling

skill--mewarna time melutut tu..

 kaler suar uncle imran plak..

Selepas bbrp minit ummi menegur tntg amsyar boleh mewarna mcm tu,--"eee...pndai la amsyar..." dia mula la stop dari terus mewarna.. satu pe'el amsyar sebijik mcm ummi.. ummi akan stop wat sesuatu perkara tu if ia menjadi perhatian.. hahahha..mmg tabiat ummi..--tak suka time buat dgn penuh tumpuan ada org sdg memerhati dan puji lebih2..nyampah!... ekekeke.. itulah sifat ummi. ummi rase amsyar pun mcm tu jugak... kita low profile kan kan kan.. :D

Anyway, suke la tgk amsyar dh bole mcm2, tak aktif sgt tapi degil n nakal tetap ada.. insyaAllah tahun dpn amsyar masuk TASKA..belajar berkawan dgn kawan2 lebih ramai lagi. skrg ni kt umh mak awi, dia la hero , dia la ketua darjah, dia la abang long.. Buli budak perempuan no. 1. tapi org usik dia tak bole, gembeng dan cewek nye kalah budak perempuan. Mmg dlm hati ada taman la dak amsyar nih. 

June 15, 2011

Gempa di Sana, Gegar di Sini.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...



Semalam area Klang Valley terasa gegaran akibat gempa bumi di Sumatera Utara sekitar  jam 8 pg dan jam 11pg.  Akibat gegaran tu, blok bangunan ofis ummi turut merasainya.. Ada yang pening2 lalat sbb gegaran tu wat org rase gayat dan rase nak muntah.. Ada bbrp blok bangunan sekitar juga mengalami keretakan terutama di tingkat atas. Ummi plak boleh tak rase pun kedua-dua gegaran tu.. Alhmdulillah la tak rase... 

Atas arahan pihak BOMBA yang ingin memastikan keselamatan org ramai, maka seluruh penghuni blok kene turun dan berkumpul kt bawah...  Bermacam2 kisah sharing is caring  antara anggota jabatan yg berlainan tingkat.. ada yg tgh duduk kerusi goyang2, printer bergerak , frame gmbr senget benget sndiri, pening2 lalat nak muntak pun ada.. simpati skit lg ibu2 mengandung mcm ummi nih, terpaksa kene turun tangga dari tingkat memasing2.. sib baik ummi takat tingkat 3 jer bukan tingkat 8.phewww! mau terberanak..tapi takde plak kes terberanak smlm..hehehe...

Dalam jam 12tghri baru pihak BOMBA selesai menjalankan tugas utk memastikan bangunan selamat utk diduduki..apa lagi sume bersurai terus mencari makanan utk lunch.. penat tu. Macam ala2 latihan kecemasan pun ada gayanya.. Apapun peringatan utk ummi juga, kena la sntiasa bersedia jika ada amaran mengosongkan bangunan. henbeg n buku check up bulanan patutnya sntiasa ada disisi.. Ini ummi boleh plak berlenggang kangkung yg pnting henfon ada kt tgn. Kunci kereta dlm henbeg pun tak bawak turun..ape da.. Mmg takde kesedaran langsung kan.  Bila dh smpai bawah baru la dok terfikir, if jadi ape2 kt bangunan ni, ke tak naye jer brg2 dan dokumen penting tak dibawah bersama... adehhh!.. so kene beringt, kuar saje amaran utk selamatkan diri, rembat henbeg azimat dan apa2 yg pnting dgn tujuan sntiasa bersedia. 

Sekian, laporan berita dari belog ummiamsyar. :D


Musim Makan FREE

en3 :  Last Week.
Post : Today :D

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah kami sekeluarga sentiasa diberi kesihatan yang baik.. jauh dari penyakit yang memudaratkan.. juga dijauhkan penyakit2 hati--dengki, irihati dan hasad dengki tak tentu pasal.. syukur pada mu Ya Allah... Sesungguhnya pesanan babah kepada ummi untuk mencari keredhaan-Nya sntiasa bermain diingatan. Mudah-mudahan kekal selama-lamanya.insyaAllah..

Weekend ni sgt la bizi dgn jemputan sana sini.. Musim cuti sekolah mmg begini lah rutin org kita.. kenduri kendara --kawin, tunang, cukur jambul, doa selamat.. tak lama lagi kenduri menyambut ramadhan pula.. Alhmdulillah limpah rahmat dikurniakan utk kita.. rezki melimpah ruah dikongsi bersama..lagi2 bagi keluarga kecil seperti kami memang mengantuk disorongkan bantal..hehehe..

Kongsi cerita pd hari sabtu 4 Jun -- majlis pertunangan Aunty Aimi anak atuk busu belah mak tok di Keramat. KL..sesampai jer kul 11pg. Takde ape sgt nk ditolong, dgn perut mmeboyot ni.., lagipun wat catering saje.. datang2 tengok atas meja dapur ada nasi lemak.. hehehhe.. amsyar pun suke nasi lemak + telur. Suap2 bg amsyar kenyang dulu..

Majlis bermula jam 2ptg.. majlis bertunang biasanya perbincangan keluarga yg meminang dan dipinang memutuskan bila tarikh utk melangsungkan perkahwinan dan hantaran belanja hangusnya.. pastu baca doa selamat skit, dan makan-makan.. Alhmdulillah majlisnya berjalan lancar.


Cik  Aina, CIk Aimi &Cik Arfa.--mkcik2 amsyar nih

Makan time --- sblm rombongan smpai baik kita isi perut dlu...

Nenek busu & CIk Aimi amsyar.. 



bergmbr sebelum gerak ke jmputan seterusnya..

Selesai majlis pinang meminang dan bergmbr dgn si aimi, kami bergegas minta diri ke kenduri adik kepada Ruzita-ofismate at Dewan Cheras Damai. Dekat2 jer tu.. Alhmdulillah dpt gak pegi skjp.. Amsyar dh terlelap dalam berjalanan tu lagi. Smpai kt majlis, amsyar steady jer tido kt bahu babah...

Esoknya 5 Jun ahad tu, kenduri majlis perkahwinan kepada seorang kastemer yg order kek kt ummi.. rupenye dia juga adalah junior time sekolah dlu. Dh kali ketiga dia order kek kt ummi. alang2 menghantar, adik tu jemput sekali makan kenduri..Semoga perkahwinan Anuar & Daya (dua2 pernah order kek utk besday memasing) kekal hingga ke akhir hayat..Smbung selepas tu ke majlis perkahwinan lecturer ummi & babah di Kolej PTPL dlu.. (kolej cwgn tu dh tutup dah skrg ). -En. Adzrim & isteri di Dewan Makan Masjid UNITEN. tak sempat jumpe pengantin sbb nk berbegas pula ke majlis kesyukuran makcik baru amsyar..--anak kepada tok busu kt Bukit Changgang plak.  Amsyar tau naik kete, turun kete, makan, minum, balik naik kete, turun kete,makan, minum..--last tido sbb keletihan dlm kete..


ni lah kek choc moist yg diorder oleh Anuar

begitulah cerita makan2 FREE kami sekeluarga sepnjang cuti sekolah
yang lalu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Oven @ UmmiCupcakes~

~KeDaiKiTa 2U~

.::PENASIHAT & PAKAR LAKTASI MALAYSIA::.

PERSATUAN PENASIHAT DAN PAKAR LAKTASI MALAYSIA (PPPLM)
7A, Jalan Kolam Air, Kg Klang Gate Baru,
53100 Kuala Lumpur
TEL: 03 - 4107 3678 / Faks: 03 - 4107 2862
E-mel: ppplm@susuibu.org / Website: www.susuibu.org

Pn. Kamariah (SusuIbu)-Bangi
(603) 8925 4614
Website: susuibu.com

Pn. Rita Rahayu (MLO)-Seri Kembangan
+6(013)-3639567 / +6(016)-2076755
Website: http://www.momslittleone.com/

Puan Suraya (Lunatots) - Cheras
(012) 5880515
Website: http://www.diyaluna.com/diary/

Puan Farah Farhan - Shah Alam
(012) 6448091
Website: http://www.sarakids.com/blog/

Puan Zatul Hijanah - Klang, PJ
(016) 3855189

Puan Ida Murni - Seremban, Melaka dan Johor
(012) 2969054