.::MeNu BLoG::.

'ammar (10) Aaron Aziz (2) AdamHawa (2) Adania; Amaryllis (1) Aksi (11) Aktiviti (7) Amaryllis Premium Collagen; APC Putrajaya; APC (3) Ammar (6) Amsyar (36) Artikel (10) Artis (1) Astma (2) Babah (1) Baby makan durian (1) Bandung (3) Berita (1) Berita Dapur (2) Bersosial (16) Besday (4) Bicara Minda (1) blogger;abil fikri;DIM Abil Fikri ;http://abil4fauziah.blogspot.com (2) BoothAPC Putrajaya (1) Bowling (1) Bromo (1) CD (1) cerita (4) Cheese Tart (1) Chicken Pox (1) Contest (2) Cuti-cuti Indonesia (1) Cuti-cuti Malaysia (1) demam (4) Diana Danielle pregnant (1) DoubleA (3) Drama AstroHD (1) Durian (1) Durian Creep (1) Entry basi; Bersosial (5) Episod akhir (1) Family Trip (1) Farid Kamil (1) Felinna Inchloss (1) Figure Up PROMO (1) FinalAdamdanhawa (1) Gateway (1) Gathering SI (6) Good Friday (1) Hidangan Pengantin (1) Hidup dan matiku utk ISLAM (1) Hijrah 1434 (1) Hobi baru (1) Hotel (1) Iklan (4) Inchloss Lotion (1) indonesia (1) Info (9) Islam Sejahtera (1) Jalan-Jalan (1) JJMC (1) Kejadian (3) Korea (1) Krabi; Travel With Kid; Amsyar ; Ammar; DoubleA (4) Krabi; Travel With Kid; Amsyar ; Ammar; DoubleA ; Passport (2) Krabi; Travel; (1) KTO (1) kuih raya sedap 2013 (1) Kutu (1) Liburan (1) Little Caliph (2) Makanan (1) ManggaAds (1) Masak2; DIY (1) Melaka; travel (1) Menarik di Genting Highlands (1) milestone (1) MilkA Deal; (1) Mother's Day (1) NadiyaNisa (1) NadiyaNissa (1) Novel (1) novel 2015; hobi (1) Nuffnang (3) NuffnangOpenHouse2014 (2) NuffNangRaya Special Raya 2014;Nuffnang Event (1) Organic Cordyceps (1) other (2) Others (1) Pengertian Puasa;Puasa (7) Perkahwinan (1) Pregnancy Test (1) Produk Slim (1) Red Bella Body Wash (1) Resepi (6) Sabah (1) Saya Jual Produk; (1) Seju (1) Sekolah (1) Seoul (1) Shopping (1) Sosial Silah (1) Stok EBM (4) Surabaya (2) Tadika (1) Tadika YADIM (1) Taska Tasneem (1) Tips; StoryMory (1) Travel (5) Travel Agent (2) Trip; Bali; Honeymoon (3) Umi Ceritera (4) Ummi Ceritera (14) Ummicupcakes (1) Urus rumahtangga. (1) Video (6) Wad Paedratik Hospital Serdang (1)

.::U FoLLow Me , I tHaNk U::.

Meh Add Your BloG :

LETS CLICK GUYSS!~ TQ

June 23, 2011

Ganti Puasa.

Asslamualaikum dan salam ceria kawan2.. 

Alhmdullillah, sehari dah dpt ganti selasa lepas, hari ini cuba bertahan sekali lagi, insyaAllah ummi dapat habiskan qada puasa ramadhan  tahun lepas. Sekiranya hari ni bertahan menjelang maghrib maka selesai sudah puasa qada ummi. Apa yang penting bagi kawan2 yg berniat utk mengganti puasa ketika sedang hamil(bg yg tiada mslh kesihatan sampingan atau alahan teruk) -- percaya dan yakin dgn niat, bersahur secukupnya--nasi, air , kurma dan pil2 vitamin(iron, folic acid,obomin) secukupnya utk membekal tenaga kepada anak dlm kandungan, dan berbicaralah dgn anak di dalam tu " ummi/ibu/mak/mama nak berpuasa hari ni... sayang manja kene tahan  juga mcmummi/ibu/mak/mama ye sayang..."  Ummi sndiri jenis org yang kuat minum air. so time sahur pagi tadi ummi bole teguk 5 gelas air. --air sirap, air kosong 3x, air susu. InsyaAllah bole smpai ke ptg... 

Terdapat juga artikel tntang kelonggaran bagi ibu2 yg sedang hamil utk mengganti puasa dan ibu2 yang menyusukan anak. Ummi wat  Carian di google ' mengganti puasa ketika hamil' . Ummi copy n & paste tentang soal jawab tersebut dibawah.

 

Ganti Puasa Wanita Mengandung

Soalan: Saya mempunyai satu kemusykilan. Isteri saya semasa Ramadhan nanti dia akan mengandung 7 bulan tetapi dia tidak lg lengkap mengqadha’ puasanya yang lepas.
Soalannya:
1) Jika dia tidak mampu untuk mengqadha’kan puasanya sekarang, adakah boleh dia mengqadha’ puasanya selepas bersalin nanti (selepas raya)? Ini kerana sekarang dia bimbang akan merasa keletihan yang amat sangat apabila berpuasa.
2) Adakah perlu membayar fidyah (menurut pendapat 4 mazhab)?
Diharap mendapat pencerahan secepat mungkin.
Jawapan:
1) Kalaulah pada bulan Ramadhan bukan wajib berpuasa padanya, boleh berbuka kerana uzur mengandung, maka pada bulan selain Ramadhan adalah lebih aula untuk boleh baginya menangguhkan qadha’nya. Jadi, diharuskan untuk menangguhkan qadha’ Ramadhan sehingga hilang keuzurannya.
2) Sekiranya ditangguhkan qadha’ ramadhan sehingga tahun berikutnya, disebabkan oleh uzur seperti sakit sepanjang tahun, atau hamil, atau menyusu sepanjang tahun, maka tidak dikenakan fidyah. Yang wajib hanyalah puasa.(mksudnya hanya kira hari berapa hari puasa yg perlu diganti sahaja tanpa perlu fidyah, berbeza dgn org tinggal puasa kerana selain dari keuzuran di atas).

Tapi kalau menangguhkan puasanya tanpa uzur, ada 2 pendapat:

Pertama: Wajib membayar fidyah, iaitu memberi makan kepada seorang untuk satu hari. ini pendapat jumhur ulama, Maliki, Syafie, Hanbali, dan diriwayatkan daripada sebahagian sahabat dan tabien.

Kedua: Tidak perlu membayar fidyah. ini pendapat mazhab Hanafi. Dan ditarjihkan oleh Syeikh Soleh Uthaimin, kerana tiada dalil sahih yang mewajibkan membayar fidyah. Maka kembali kepada hukum asal, iaitu tidak dikenakan apa-apa fidyah.
Wallahu A’lam.
Sumber : Soal Jawab Agama, http://abuumair1.wordpress.com/
wallahu'alam.




Salam,
Saya perlukan kepastian bagi “menangguhkan puasa tanpa uzur”. Betul kah kalau saya assume maksudnya kalau kita tak datang haid, nifas, mengandung, susukan anak pada sesuatu hari dan tidak pula mengganti puasa pada hari itu.
Abul Harith : Wassalam Ummu Umar, terima kasih atas kunjungan.

Benar seperti apa yang Sdri fahami. Dibenarkan tangguh ganti puasa bagi yang mempunyai keuzuran sahaja seperti haid, nifas, mengandung dan menyusukan anak. Jika tiada keuzuran yang disebut, maka perlulah ganti puasa Ramadan yang telah ditinggalkan secepat mungkin. Kerana amat mustahil seseorang haid atau nifas sepanjang tahun, melainkan dia terlampau penat ketika mengandung atau menyusukan anak.

Semoga dapat dimanfaatkan utk rakan2 lain.. selamat berpuasa sunat dan berpuasa ganti di bulan Rejab dan Syaaban .Mudah2an semua berjaya mengqada sehingga selesai sblm puasa ramadahan menjelma..  

2 comments:

Mek Rose said...

sy pon ade 11 ari lagi. payahnye rsa nak ganti. tap insyaAllah akan cuba ganti minggu depan..caiyok!

thanx for sharing the info

Unknown said...

kuatkan semgt.hari pertama mungkin agak azab skit la.. bila hari berikutnya dh ok dah... selamat menggnti puasa! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Oven @ UmmiCupcakes~

~KeDaiKiTa 2U~

.::PENASIHAT & PAKAR LAKTASI MALAYSIA::.

PERSATUAN PENASIHAT DAN PAKAR LAKTASI MALAYSIA (PPPLM)
7A, Jalan Kolam Air, Kg Klang Gate Baru,
53100 Kuala Lumpur
TEL: 03 - 4107 3678 / Faks: 03 - 4107 2862
E-mel: ppplm@susuibu.org / Website: www.susuibu.org

Pn. Kamariah (SusuIbu)-Bangi
(603) 8925 4614
Website: susuibu.com

Pn. Rita Rahayu (MLO)-Seri Kembangan
+6(013)-3639567 / +6(016)-2076755
Website: http://www.momslittleone.com/

Puan Suraya (Lunatots) - Cheras
(012) 5880515
Website: http://www.diyaluna.com/diary/

Puan Farah Farhan - Shah Alam
(012) 6448091
Website: http://www.sarakids.com/blog/

Puan Zatul Hijanah - Klang, PJ
(016) 3855189

Puan Ida Murni - Seremban, Melaka dan Johor
(012) 2969054