Bismillahirrahmanirrahim..
|
Semangat berbelog ada sedikit saat ini.. tiba2 ingin nak bercerita tentang 'Ammar anak bujang kedua ummi & babah. Kecik2 kuar dengan saiz 4.1kg normal. Tak meragam pada hari pertama tapi agak susah sedikit menjaganya berbanding Amsyar.
Menangis, menjerit, meneran2 mcm kene dera bila setiap kali ada yang tak kene dengan dia. Sampai nak tido pun kene letak elok-elok tak bole terkuis skit pun. Apapun, ummi dan babah buat2 la bersabar. Dah ini dikatakan Allah nak menguji kesabaran hamba-hamba Nya..
Dugaan demi dugaan dalam usia masuk 27 hari 'Ammar demam panas.. tak tahu sebab ape puncanya. Ke hospital masukk ICU kanak-kanak Putrajaya . mmg ikut penilaian doktor pakar baby yang demam panas masih dalam hari bimbang punca demam disebabkan jangkitan kuman atau mmg dari lahir ada masalah pada sistem badannye.. Allah saje yang tahu perasaan time tuh. Dengan nk buat keputusan 'Ammar perlu di buat ujian air tulang belakang. Owh... ummi sangat takut. last2 ummi pasrah dan serahkan pada pakar utk buat ujian tersebut utk pastikan otak 'Ammar takde apa2 jangkitan yang boleh jadi punca 'Ammar demam..
2 hari tinggalkan dia bersendiri dalam wad. dengan keadaannya yang suke menangis kuat. Nurse pun takut nk pegang dia sbb kerap nangis. Setiap jam 11 pagi, datang n pegang 'Ammar rase seronok dia tidur dalam dakapan. tapi lepas 2 jam (time rehat jer dpt jumpe) ummi kene pisah semula ngan ammar... hish, sedih la time tu. Tapi tu la kan, mungkin saya dah sentiasa beringat, menyayangi anak atau sesiapa saja tidak boleh berlebih2 bagaimana kita rase kasih dan sayang kt Allah. Maka saya berserah sahaja kepada Nya mudah2an ada sesuatu yang Allah dah ingin ganjaran buat 'Ammar dan ibubapanya.. paling tidak pun, kesusasahan dan kepayahan menjaganya adalah penghapus dosa2 kami.. So ibubapa diluar sane, beringatla.. berpijak dibumi nyata, perbaiki akidah kita semula. Apapun ujian adalah datangnye dari Allah, hadapi dengan tenang, walaupun kita rase terpaksa, takper.. biar di awali dengan perasaan terpaksa lama kelamaan akan belajar utk terima, berlapang dada dan redha..insyaAllah mendapat ganjaran disisi Allah.
Diam tak diam sekarang usia 'Ammar Eusoff dah 7 bulan lebih.Ujian demi ujian yang Allah datangkan melalui anak-anak ini. Up n down menjaganya demam, batuk, selsema n berkahak hampir setiap bulan.. Berat badan pun tak brape naik.. Lahir 4.1kg skrg ni 8.4 kg. Alhamdulillah masih dipelihara dari jangkitan yang lebih teruk..
Apapun, harapan dan doa sepanjang masa utk anak2 ummi , Amsyar Wafiq dan 'Ammar Eusoff menjadi anak yang taat dengan perintah dan larangan Allah.. Menjadi ummat Muhammad yang dikasihi dan mendapat syafaat darinya jua. Ikitulah apa yang telah diwahyukan dari Tuhamu kepadamu, Tiada Tuhan selain Dia, berpalinglah dari orang-orang musyrik. Amin...
No comments:
Post a Comment