.::MeNu BLoG::.

'ammar (10) Aaron Aziz (2) AdamHawa (2) Adania; Amaryllis (1) Aksi (11) Aktiviti (7) Amaryllis Premium Collagen; APC Putrajaya; APC (3) Ammar (6) Amsyar (36) Artikel (10) Artis (1) Astma (2) Babah (1) Baby makan durian (1) Bandung (3) Berita (1) Berita Dapur (2) Bersosial (16) Besday (4) Bicara Minda (1) blogger;abil fikri;DIM Abil Fikri ;http://abil4fauziah.blogspot.com (2) BoothAPC Putrajaya (1) Bowling (1) Bromo (1) CD (1) cerita (4) Cheese Tart (1) Chicken Pox (1) Contest (2) Cuti-cuti Indonesia (1) Cuti-cuti Malaysia (1) demam (4) Diana Danielle pregnant (1) DoubleA (3) Drama AstroHD (1) Durian (1) Durian Creep (1) Entry basi; Bersosial (5) Episod akhir (1) Family Trip (1) Farid Kamil (1) Felinna Inchloss (1) Figure Up PROMO (1) FinalAdamdanhawa (1) Gateway (1) Gathering SI (6) Good Friday (1) Hidangan Pengantin (1) Hidup dan matiku utk ISLAM (1) Hijrah 1434 (1) Hobi baru (1) Hotel (1) Iklan (4) Inchloss Lotion (1) indonesia (1) Info (9) Islam Sejahtera (1) Jalan-Jalan (1) JJMC (1) Kejadian (3) Korea (1) Krabi; Travel With Kid; Amsyar ; Ammar; DoubleA (4) Krabi; Travel With Kid; Amsyar ; Ammar; DoubleA ; Passport (2) Krabi; Travel; (1) KTO (1) kuih raya sedap 2013 (1) Kutu (1) Liburan (1) Little Caliph (2) Makanan (1) ManggaAds (1) Masak2; DIY (1) Melaka; travel (1) Menarik di Genting Highlands (1) milestone (1) MilkA Deal; (1) Mother's Day (1) NadiyaNisa (1) NadiyaNissa (1) Novel (1) novel 2015; hobi (1) Nuffnang (3) NuffnangOpenHouse2014 (2) NuffNangRaya Special Raya 2014;Nuffnang Event (1) Organic Cordyceps (1) other (2) Others (1) Pengertian Puasa;Puasa (7) Perkahwinan (1) Pregnancy Test (1) Produk Slim (1) Red Bella Body Wash (1) Resepi (6) Sabah (1) Saya Jual Produk; (1) Seju (1) Sekolah (1) Seoul (1) Shopping (1) Sosial Silah (1) Stok EBM (4) Surabaya (2) Tadika (1) Tadika YADIM (1) Taska Tasneem (1) Tips; StoryMory (1) Travel (5) Travel Agent (2) Trip; Bali; Honeymoon (3) Umi Ceritera (4) Ummi Ceritera (14) Ummicupcakes (1) Urus rumahtangga. (1) Video (6) Wad Paedratik Hospital Serdang (1)

.::U FoLLow Me , I tHaNk U::.

Meh Add Your BloG :

LETS CLICK GUYSS!~ TQ

October 19, 2012

Alah biasa tegal biasa Part II

Catatan 12 Oktober 2012 hingga 14 Oktober 2012

Seminggu selepas sakit mata Ammar dilanda batuk2 tanpa kahak. Umi ada terdetik dalam hati kalau batuk-batuk begini mesti membawa kepada demam dan berkahak. Masih tak terfikir tentang anak pernah disahkan Astma.. Ok bole lagi Umi bagi ubat demam dan batuk yang masih ada dalam simpanan. Ubat batuk Bisolvan dan Ventolin di beri setiap 6 jam untuk 3 hari berturut.. masih tidak nampak perubahan positif sehingga berlanjutan ke hari berikutnya..

Cuaca sejuk disebabkan hujan lebat setiap petang berturut adalah punca Ammar diserang semput. tapi umi masih bersikap acuh tak acuh sebab nampak Ammar aktif dan bermain.. Tak tengok pun cara dia bernafas...mmg nk kene mak ko ni kan.. :|



Malam tido ku tidak lena dek gara-gara Ammar terjaga dari lena dan tertonggeng2.. letak dalam buaian pun masih tak bole tido dengan tenang.. resah gelisah.serba tak kena..Final signal is dia batuk batuk batuk... smpai nk termuntah tapi tak keluar apa.. Berkali dan kali2 umi dia masih ngeekk lagi. Cepat la bawa gi klinik ke ape ke... faster umi!... Ok.. gi Klinik... sape nk bawak??.. ehh.ko la drive sendiri.. takkan nk harap laki jer... YErp.. aku kene berdikari di kala suami dalam keadaan tidak sihat dan tidak mengizinkan.

Turun, tukar baju Ammar.. dalam semput2 tu sempat dia capai baju CARs dia --feveret mcm abg jugak.. adeh. Kejut babah yg tido di sofa bawah --terpksa tido asing 2 minggu berturut sbbkan sakit mata dia tu.. Less body contact & touch ok.. HUhuu.. parah kan. kalau betul2 tak nk berjangkit. :D

Babah... u jaga amsyar yer..bertudung dgn kendong ammar sebelah. sayang pegi bawak Ammar ke Annur. Kene neb budak ni.. Dgn baju tidor (t-shirt + seluar pnjg) kalao suar pendek tak tau la.. hahaha terus berdesup ke Annur B.B.Bangi. Owh.. Ammar nk neb kan dia skrg bukan kerja mudah..perlu lebih kuat dari dia. Tahap meronta dia tahap gaban bin Otomen. siyes letih. Dr. Eza Erika kata perlu warded budak ni. Neb sekali tidak memadai. Wad penuh so buat surat rujukan ke hospital berhampiran.. OK. doktor..

Drive membelah jalan yang tak brapa nak ada kenderaan menuju ke arah Putrajaya atau Serdang..jam menunjukkan 1 pagi. ermmmm. Boleh lagi sempat berfikir2 sambil tangan pegang stereng sblh lagi peluk Ammar dan kepala berfikir ke hospital mane menjadi pilihan hati. -Dekat, memudakan untuk orang bantu aku sebab encik babah sakit mata ni.. ermmmm keputusannya Hospital Serdang la. Senang skit. Ape2 hal dekat dengan rumah dan opis ibu mertuaku.

sampai depan hospital, berhenti di depan bay kecemasan. eh takkan nk turunkan ammar, nk letak mane. hehe. pusing keluar parking berdekatan is dekat dengan pondok guard. Ada 2-3 kereta parking kt situ.. turun2, eh mane la reference letter nih.. patah balik. carik btol2 dalam kereta. ok. Sampai dikaunter, saya serahkan surat dan terus dibawa ke Astma Bay. KHASS!!!. cepat dan tidak perlu menunggu lama. 

Jumpe doktor. cakap ok, ya.. yess.. dia pun bagi neb juga.. lagi dan lagi.. sampai doktor lelaki muda itu berpuashati.. tapinya masih memberi keputusan yg memberangsangkan. Masuk kali ke -3 neb doktor mintak saya bawa Ammar ke bilik X-ray. Pergi sendiri ok.. u ikut kiri... dan kiri ke kanan terusssssssssss... baca jer papan tanda tu. smpai la nanti. ok.

Owh.. tetiba umi rase nk terkucil la Ammar.. jom toilet. awak pun perlu tukar pampers.. ok.lallaalla... sunyi.sepi.hanya kami berdua. huhuhu.. wat muke serius bila terpandang muke sendiri kt cermin tandas.. :]

Di bilik X-ray. Umi perlu pgg Ammar dalam keadaan berbaring dan kepakkan tangan Ammar. Mcm sesi ambil gambar passport tu..tapi kene berbaring. sbb kamera berada di atas. ok setel. Pegi semula ke Astma Bay unit kecemasan dan doktor lelaki itu meminta saya berikan Ammar neb sekali lagi... *__* saya letih la doktor..mengntuk ni. jam dah pkul 4:30pagi time tu..Umi gunakan kudrat yg ada 'mengunci' Ammar supaya tidak bergerak2 semasa sesi neb. tapi malangnya kudrat saya tidak mampu lagi.. Ammar lebih kuat dari umi time tooooo... arrrrrggghhh. doktor terus jer la gi wad.. dah tak daya ni. Takde sape pun yg bantu. Sume buat sendiri okeh..

Ok. di wad.terus daftar nama dan dapat katil utk si kecil... Bila dengar nurse kata Mak pun bole tido sekali kt situ.. walla.. best dan nikmatnye berkongsi katil kecil berpagar tinggi dengan anakanda tersayang yg dh keletihan. saya letih pgg Ammar dan Ammar letih meronta dan menangis. ZZZzzzzzzzz..

 melayan perasaan.. lepas kene paksa neb.
kali ke-4. 
 im alone at astma bay jam 4:30pagi time ni.

 nikmatnye ZZzzzZZ.... bersengkang mata dan meronta2
sepnjg 5 jam kt unit emergency..
umi pun tumpang sekatil..(*_*)

details Ammar @ Wad 5A,Hopital Serdang.
cumil kodok tu kan.



referral letter drpd Hosp Annur B.B.Bangi


tak sampai setengah jam umi lelapkan mata dah dipanggil oleh pegawai perubatan utk menceritakan sedikit sejarah kesihatan Ammar..  bla..bl..bla.. @@ __** bla.bla..  -- sangat bercelaru apa yg saya perkatakan.

Jam 8:30am ammar perlu di masukkan jarum drip di tangan utk ON antibiotik. owh.. kasihan. Doktor pelatih tak jumpe urat tangan Ammar. 3 kali cubaan puunnn tak berhasil.. saya tak marah.. sbb sya sendiri tak nmpk urat Ammar tu di mana.. kesian. tapi saya kene kesian kan Ammar kalau tidak dirawat betul2.. 2nd time sorang doktor pakar dan 2 orang nurse termasuk doktor pelatih tadi buat perkara yang sama terhadap Ammar tapi saya diminta keluar dari bilik prosuder tu.. dari luar dengar la tangisan Ammar yang mcm ermmm ape eh.. tapi mmg kuat giler la dia menangis.. 

Phewwww... --- doktor pakar kata " kuat jugak anak awak ni ye"..hihihi. mewarisi perangai mak dia kot.. -- teringat time umur 9 tahun berprangai begitu bila aku dengar nak disorong ke bilik OT. muahhahaha.

Nurse terpaksa balut penuh bhgn yg ada drip tu. risau Ammar tarik2. Memang pun.. balutan tu pun dia bole tarik2.. Nurse mintak suh sarung dgn stokin supaya dia tak bole bukak.. hahahha dah jadi sarung lepat aku tengok tangan Ammar
.


 now u see.. saya makan pun guna tangan kiri.. tangan kanan menjadi
tempat masukkan ubat antibiotik.bandage rupe kuih ketayap pun ada dik.
:D


 peak-a-boo. cak ba!! taaaa.... ("~")
  stresssssss umi....nak keluar...
 bosan.terkurung.terpenjara. umi marah suh duduk diam2.
sampai hati umi yer.... sian adik.. naness.


3 hari berada dalam Wad 5A Paedratik Hospital Serdang boleh dikatakan happy bercampur baur streess skit. sbb saya staight jaga Ammar sorang2. Kalau babah sihat dan keadaan mengizinakn pastinya babah tidak keberatan utk menjaga Ammar kan...Anak2 yg sakit pun tak nampk sakit.. Sebab umi-mak-mummy-ibu  sering berkomunikasi macam mak2 bermesyuarat tingkat kt bawah pohon mangga sambil cicah sambal kicap... hihihihi.. ~ 

Anak tido umi pun tumpang tido..sblm tumpang tido sekali curi2 masa jugak gi mandi, siapkan diri takkan nk biarkan macam mak lampir kan.. Anak yang sakit janganlah mak nye sekali rupe orang sakit.. Mandi, siapkan keperluan slps ank bangun tido dan jaga masa untuk diberikan ubat dan neb.. Hari pertama kekerapan Ammar kene neb  2 jam  sekali. Nak fennnggsan rasenye handle Ammar kecit  tak padan dgn kecit ni kuat MERONTA. The next day nye umi dapat shawl dari mak tok. Umi pun dpt idea utk balut Ammar time bg neb. Sengsara budak tu mak buat... Bistu, nak baik punye pasal..tak nk la main2 kan. Kalo dos tak ckup masuk kt paru2 tu dah kene dok lelama kt wad... Umi tak mo la duduk lama2. memadai la percutian 3 hari 2 malam kt wad tu.. Dah ckup buat kami.. ;)

Terus terang cakap,.. dokto2 nye mesra.. nurse pun ada sorang tu kaki berleter.. setiap kali nk amik BP dan temperatur Ammar msti lama nk reading mende alah yg dia guna tu gara2 Ammar tak bole dok diam. Haiiihshhh berleter la mcm mak nenek nurse tu kt Ammar termasuk umi nye sekali.. Aku ni jgn di ajak bergurau kasar... aku pun layan la pulang buah keras... hehehhe.. gelak2 jugak.. hahhahaha.. 

Dokto2 pelatih dan student nursing pun kerap la sangat nk periksa keadaan Ammar... tengok skill adik2 ni ada yang aku rase bole kekal dengan karier nye. Dan ada yang aku rase tak lama dengan bidang yang dia ambil.. hihihiih... --suke iqra' orang. just pesan kt adik student nursing tu. "Kene konfiden ye dik bila pegang budak2 ni.. jgn takut dia menangis.. then u tak buat2 ape2 kt budak tu mcm mane u nk tau condition dia...".. hihihi..

Alhamdulillah.. masuk hari ke-3 di wad,  paru2 Ammar dah 'cantik'. Bila tengok cara dia bernafas dada dah tak bergelombang mcm Ombak Rindu. Dan umi pun banyak belajar dan bertukar2 cerita dengan ibu2 yang ada di katil sebelah menyebelah yg terlebih dlu menjaga anak2 astma ni... ermmm.

gegar katil.nk kuar!!!--haipp tido ammar..

 nunite~
bila dia lena.umi pun bole la berfesbuking.. sbntr..

kene kurung lagi.. kalo bg lepas abis sume
tong sampah kt setiap katil dia geledah.. hobi.

tak puashati. huh!. terlelap.sian...


 yeayy!.. saya dibebaskan sbb drip dah takde
kt tangan.. jalan2 sekitar wad.. lalalala...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Oven @ UmmiCupcakes~

~KeDaiKiTa 2U~

.::PENASIHAT & PAKAR LAKTASI MALAYSIA::.

PERSATUAN PENASIHAT DAN PAKAR LAKTASI MALAYSIA (PPPLM)
7A, Jalan Kolam Air, Kg Klang Gate Baru,
53100 Kuala Lumpur
TEL: 03 - 4107 3678 / Faks: 03 - 4107 2862
E-mel: ppplm@susuibu.org / Website: www.susuibu.org

Pn. Kamariah (SusuIbu)-Bangi
(603) 8925 4614
Website: susuibu.com

Pn. Rita Rahayu (MLO)-Seri Kembangan
+6(013)-3639567 / +6(016)-2076755
Website: http://www.momslittleone.com/

Puan Suraya (Lunatots) - Cheras
(012) 5880515
Website: http://www.diyaluna.com/diary/

Puan Farah Farhan - Shah Alam
(012) 6448091
Website: http://www.sarakids.com/blog/

Puan Zatul Hijanah - Klang, PJ
(016) 3855189

Puan Ida Murni - Seremban, Melaka dan Johor
(012) 2969054