Bismillahirrahmanirrahim...
Dia
telah mensyari’atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah
diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan
apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan ’Isa yaitu:
Tegakkanlah agama [1] dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat
berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya.
Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi
petunjuk kepada [agama]-Nya orang yang kembali [kepada-Nya]. (Ash-Shura :13)
Membicarakan tentang agama apa yang telah diwasiatkan kepada Rasul-rasul Nya yg terdahulu dari Nuh ke Ibrahim seterusnya Musa dan Isa dan sekarang ayat ini telah diwahyukan kepada Muhammad(ketika ayat itu sampai kepada Muhammad). Perjuangan dalam kehidupan mereka membawa tanggungjawab yang sama iaitu "Tegakkan Agama dan jangan berpecah belah apabila berbicara tentangnya"..
Dalam perlaksanaan menegakkan agama (penyatuan ummat) Allah telah beritahu bahawa orang yang syirik( ada sembahan lain selain Allah) tidak menyukainya.Berat bagi mereka untuk menerima dan mengikuti apa yang diseru..Sesungguhnya Allah hanya memilih orang yg dikehendaki sahaja utk diberi petunjuk.. petunjuk diberi sekiranya orang itu sendiri yang berkehendak bila diseru/diajak/disuruh/diminta.
wallahualam.
wallahualam.
Sodhakollahulazim..
No comments:
Post a Comment