Memerlukan tahap kesabaran yg tinggi dalam menanti detik, saat, tika dan waktu utk melahirkan seorang lagi mujahid atas muka bumi ini. Setiap kali selepas solat sering memujuk rayu mujahid dalam perut ni utk keluar, tapi masih tak berhasil. Ummi percaya dibulan yg penuh barakah ini, doa-doa dan sujud ummi pada yg Maha Esa akan termakbul jua dalam bbrp hari lagi. Mungkin ada sesuatu yg Dia rancangkan yang terbaik untuk kita sekeluarga. Ummi redha, Ummi pasrah, Ummi tawakkal kepada Mu ya Allah,apa pun jua suratan dan takdir yang telah kau tetapkan untukku, aku terima..
"Aku meminta kepada TUHAN setangkai bunga segar; DIA memberi kaktus berduri, Aku minta kupu-kupu; DIA beri ulat berbulu, Aku sedih dan kecewa. namun kemudian, kaktus itu berbunga, indah sekali. dan ulat itupun menjadi kupu-kupU ynag sangat cantKi... itulah jalan TUHAN yang indah pada masa yang ditetapkanNYA. Tuhan tidak mmberi apa yang kita harapkan, tapi DIA memberi apa yang kita perlukan.Kadang kita rasa sedih, kecewa, terluka TAPI jauh di atas sana DIA sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita selagi kita percaya dan bertakwa kepada NYA. "
Assalamaualaikum dan salam ramadhan. Masuk hari ke 11 berpuasa. tapi ummi nye puasa ada skit rongak la this year.. Esok duedate utk bersalin. Tapi masih tidak merasa ape2 gesaan baby keluar. Haissh.. rungsing, panik, risau.. baru skit jer tu Allah menguji ummi. Supaya bersabar dan berdoa supaya semua nya dalam keadaan baik2 saje..
Apa la sangat ujian yg ummi hadapi jika hendak dibandingkan dgn ujian pasangan Talib-Norma. Berita duka dan kisah sedih mereka ini mmbuat naluri keibuan ummi meruntun bila membaca kisah mereka di belog kak Moon. Kak Moon n hubbynya - Abg Sutan adalah ofismate uncle Imran. Kenal mereka pun time wedding uncle imran ngan wedding bibik anje--as Official Photographer. Kenal2 gitu jerla.. Hubungan kak Moon dgn Talib-Norma adalah ipar/biras. Tabik sungguh dgn perhatian Kak Moon terhadap ipar/birasnya.. inilah contoh terbaik utk ipar duai diluar sana..
~dari belog miera301.blogspot.com~
Episod duka adik ipar Kak Moon ni--iaitu Talib & Norma apabila mereka baru sahaja menimang cahaya mata. Lepas Norma bersalin sakit kepalanya menjadi2. Seperti halilintar yg datang bila doktor sahkan Norma mengidap kanser otak. Perasaan bercampur baur bukan. Perasaan gembira tak terhingga menyambut kelahiran permata hati pertama--yg ingin dibelai, dikendong, disusukan terpaksa bercampur sedikit duka dan pahit dgn berita Norma.
Aduh Ya Allah, Hebat dugaan kau berikan kepada manusia yg hebat bernama Talib dan Norma. Lipat gandakanlah ganjaran dan pahala buat mereka. Sesungguhnya ummi insan yg sgt lemah utk menanggung sume itu. Mohon dijauhkan lah. Doa ,perhatian dan keprihatinan org sekeliling dgn kisah mereka ada baiknya mmberi ape yg termampu utk mereka. Mudah2an entry ini mmbuat kan kita rase bersyukur & insaf. Pemberian Allah itu semua ada hikmahnya... Percaya dgn janji Allah. ummi sndiri kene sntiasa mengingatkan diri sendiri --Kesihatan, kesakitan adalah datangnya dari Allah.. Maka redha lah dgn ape yg mendatang supaya menjadi hamba Allah yg dipandang mulia disisiNya..
Please help Norma...
doa ummi;
*Ya Allah yang maha penyayang... kau kembalikan la kesihatan Normawati seperti sediakala supaya suami dan anaknya dapat merasai belaian dan kasih sayangnya sbg seorang isteri dan ibu. Dan berikanlah kesempatan kepada keluarga mereka utk melihat Norma tersenyum dan sehat kembali.Limpahkan rahmatmu jua Ya Allah buat insan yg berhati mulia, Munirah Rahman(Kak Moon) yang kau pilih buat Talib & Norma mendapatkan kekuatan . Kuatkanlah semangat keluarga ini. Amin..."
Selamat menjalani ibadah puasa yer.. Ummiamsyar pun menyahut seruan rukun islam ke-4 berpuasa selagi terdaya dalam menghitung hari untuk bersalin... Alhmdulillah, ketika dan saat mencatat di dalam belog nih ummi masih tak rase keletihan atau kepenatan berpuasa. Sungguh besar nikmat Allah itu kan. Walaupun tak makan dan minum hampir berjam2 lamanya masih boleh rase sihat dan segar badan ini. Cuma tak sesegar hari2 biasa.. hehehe.
Due date berbaki 11 hari lagi..berdebar2 pun ada. Mcm nk bersalin anak 1st plak rasenye.. kedudukan kepala baby masih belum engage kt lorongnya.. Sekejap2 rase mcm dia dh masuk kt ambang pintu, esoknya lari semula.. Kerisauan melanda, tapi ummi buat2 cool saje la.. Tak nak stressss.... Yg mampu hanya berdoa kepada ALlah mudah-mudahan segala2nya berada dalam keadaan yg elok dan teratur...Ummi bimbang kene 'potong' lagi utk kelahiran adik amsyar nih. Tu sbb la mcm2 dok berfikir di kepala.. haiishhh. jauhkan la aku dari itu. tetapi kalau dh suratan takdir, ummi kene redha dan berserah dengan ketentuanNya. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yg terbaik utk kita. Yg penting ummi selamat dan adik amsyar pun selamat dan sehat..
notakakiummi;
Ku memohon agar Allah mendengar dan mengangkat setiap doa2 ku dlm bulan penuh barokah ini.amin
PERSATUAN PENASIHAT DAN PAKAR LAKTASI MALAYSIA (PPPLM) 7A, Jalan Kolam Air, Kg Klang Gate Baru, 53100 Kuala Lumpur TEL: 03 - 4107 3678 / Faks: 03 - 4107 2862 E-mel: ppplm@susuibu.org / Website: www.susuibu.org