Assalamaualaikum dan salam ramadhan. Masuk hari ke 11 berpuasa. tapi ummi nye puasa ada skit rongak la this year.. Esok duedate utk bersalin. Tapi masih tidak merasa ape2 gesaan baby keluar. Haissh.. rungsing, panik, risau.. baru skit jer tu Allah menguji ummi. Supaya bersabar dan berdoa supaya semua nya dalam keadaan baik2 saje..
Apa la sangat ujian yg ummi hadapi jika hendak dibandingkan dgn ujian pasangan Talib-Norma. Berita duka dan kisah sedih mereka ini mmbuat naluri keibuan ummi meruntun bila membaca kisah mereka di belog kak Moon. Kak Moon n hubbynya - Abg Sutan adalah ofismate uncle Imran. Kenal mereka pun time wedding uncle imran ngan wedding bibik anje--as Official Photographer. Kenal2 gitu jerla.. Hubungan kak Moon dgn Talib-Norma adalah ipar/biras. Tabik sungguh dgn perhatian Kak Moon terhadap ipar/birasnya.. inilah contoh terbaik utk ipar duai diluar sana..
~dari belog miera301.blogspot.com~
Episod duka adik ipar Kak Moon ni--iaitu Talib & Norma apabila mereka baru sahaja menimang cahaya mata. Lepas Norma bersalin sakit kepalanya menjadi2. Seperti halilintar yg datang bila doktor sahkan Norma mengidap kanser otak. Perasaan bercampur baur bukan. Perasaan gembira tak terhingga menyambut kelahiran permata hati pertama--yg ingin dibelai, dikendong, disusukan terpaksa bercampur sedikit duka dan pahit dgn berita Norma.
Aduh Ya Allah, Hebat dugaan kau berikan kepada manusia yg hebat bernama Talib dan Norma. Lipat gandakanlah ganjaran dan pahala buat mereka. Sesungguhnya ummi insan yg sgt lemah utk menanggung sume itu. Mohon dijauhkan lah. Doa ,perhatian dan keprihatinan org sekeliling dgn kisah mereka ada baiknya mmberi ape yg termampu utk mereka. Mudah2an entry ini mmbuat kan kita rase bersyukur & insaf. Pemberian Allah itu semua ada hikmahnya... Percaya dgn janji Allah. ummi sndiri kene sntiasa mengingatkan diri sendiri --Kesihatan, kesakitan adalah datangnya dari Allah.. Maka redha lah dgn ape yg mendatang supaya menjadi hamba Allah yg dipandang mulia disisiNya..
Please help Norma...
doa ummi;
*Ya Allah yang maha penyayang... kau kembalikan la kesihatan Normawati seperti sediakala supaya suami dan anaknya dapat merasai belaian dan kasih sayangnya sbg seorang isteri dan ibu. Dan berikanlah kesempatan kepada keluarga mereka utk melihat Norma tersenyum dan sehat kembali.Limpahkan rahmatmu jua Ya Allah buat insan yg berhati mulia, Munirah Rahman(Kak Moon) yang kau pilih buat Talib & Norma mendapatkan kekuatan . Kuatkanlah semangat keluarga ini. Amin..."
2 comments:
kak, sedihh. sgt terharu dengan kata-katamu T_T
betapa berharganya org2 yg kita sayang masih bisa tersenyum dan buat hidup kita lebih bermakna..walaupun hanya pinjaman smntara dariNya..maka bersyukurlah.
Post a Comment