Overdue hari ke-4....phewwwww..~
Memerlukan tahap kesabaran yg tinggi dalam menanti detik, saat, tika dan waktu utk melahirkan seorang lagi mujahid atas muka bumi ini. Setiap kali selepas solat sering memujuk rayu mujahid dalam perut ni utk keluar, tapi masih tak berhasil. Ummi percaya dibulan yg penuh barakah ini, doa-doa dan sujud ummi pada yg Maha Esa akan termakbul jua dalam bbrp hari lagi. Mungkin ada sesuatu yg Dia rancangkan yang terbaik untuk kita sekeluarga. Ummi redha, Ummi pasrah, Ummi tawakkal kepada Mu ya Allah,apa pun jua suratan dan takdir yang telah kau tetapkan untukku, aku terima..
"Aku meminta kepada TUHAN setangkai bunga segar; DIA memberi kaktus berduri, Aku minta kupu-kupu; DIA beri ulat berbulu, Aku sedih dan kecewa. namun kemudian, kaktus itu berbunga, indah sekali. dan ulat itupun menjadi kupu-kupU ynag sangat cantKi... itulah jalan TUHAN yang indah pada masa yang ditetapkanNYA. Tuhan tidak mmberi apa yang kita harapkan, tapi DIA memberi apa yang kita perlukan.Kadang kita rasa sedih, kecewa, terluka TAPI jauh di atas sana DIA sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita selagi kita percaya dan bertakwa kepada NYA. "
No comments:
Post a Comment