Bsimillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Saya tau dh lama tak update cerita anak-anak.. Musim Amsyar tak sihat dh berlalu, dgn chicken pox dh abis bersambung ke adik plak. 'Ammar Eusoff.its ur turn now. Start dgn demam2 skit kuar la bintil2 air tu kt kepala terus ke punggung .
Dalam pada waktu tu, mendapat perkhabaran gembira dgn kelahiran anak saudara baru yg mmbawa saya menjadapat gelaran ibu saudara paling sulung iaitu mak long.. Haruss saya tukar panggilan itu mnjadi lebih nmpk mesraaa alam n bahasakan diri ini 'UMI' saje..lebih nmpk keibuan. cececececeh..
Sepupu Amsyar & Ammar yg pertama juga dari Uncle Imran & aunty Zira.
tahniah buat biras yang kecik2 tapi kuat mcm ironlady kerna dianugerahkan kekuatan utk melahirkan Aaris Zaquan secara normal. Bertarung nyawa hampir seharian namun berbaloi dengan kesakitan yg amat bila lahirnya Aarus Zaquan.- berat 2.8 pada 3 Mei 2012 kt Hosp Serdang.
Ammar dan keluarga harus la menjauhkan diri wat seketika dari menziarahi sesiapa.. tempoh pengasingan dari ahli kuarga di kampung terpksa kami laluinya.. dok rumah diam2. hehe.. hampir 2minggu berlalu.. Masuk minggu ketiga kami anak beranak sihat walafiat.. Cuma ummiamsyar ada sedikit demam n selsema but recover la dlm 2-3 hari..niat pertama nk jenguk Aaris Zaquan.. dapatla jumpe sabtu lepas.. dh double chin budak kecik tuh. sekejap jer dh nmpk besar.
Ammar takde bunga2 nk demam pun.Ingt kan sihat la budak ni lama2 skit. Dh kembali mmbina badan. Selera makannya Alhamdulillah tak putus sejak demam cacar air hari tu. At least terubat skit bila tengok Ammar lalu jer makan.. Tapi, masuk minggu ketiga tu jugak la--last week, dia dh start batuk2 skit. dari skit2 bawa kepada batuk yang kuat sedikit lama2 jadi bukit. Waaaahhhh.. Ammar kamu juara carta setakat ni mnjadi mengunjung utama kelinik dan hospital. asyik2 ubat demam, batuk selsema dan Nebulizer bila kahak penuh didada... Boleh dibilang dgn jari waktu sehat Ammar Eusoff.. Cepat la kau mmbesar nak.. Mudah2an sistem imunisasi kamu kebal setelah kerap demam spnjg usia kamu skrg ni. Kamu boleh demam disebabkan suhu persekitaran yg sejuk.
Awal2 mmg nak sound diri sendiri dan babah jugak..tapi lebih kan babah dia sbb suke bilik sejuk mcm petiais.. Ammar demam, dia suh bubuh ammar dalam bilik psang ekon kuat2 supaya panas badannye tak panas sgt. Bila flash back kaedah ni la wat Ammar lebih menderita sbb paru2 dia tak tahan.. Tu sbb demam kowt time dalam pantang dlu.. Berulang2 smpai la skrg ni.--punca is suhu ekon yg melampau dan kitaran kipas mcm helikopter mcm badan sndiri jer yg panas time tu.. insaf bila diingat2 kan balik. Hish, penyalahgunaan ekon utk kepentingan diri sendiri. takmo dah pakai ekon. sanggup bersauna pun takper la demi anakda tercinta.. Ammar alah dan kalah dengan sejuk ekon. dalam kete pun takmo duduk depan, sbb umi FOBIA dgn ekon. itu antara kemungkinan ammar kerap demam disebabkan selsema dan batuk..Smlm jer dh kene nebuliser 2 kali. itupun masih ada kahak2 yg berbaki tak mau cair..
Google tentang rawatan dan petua utk hilangkan kahak bayi ada beberapa yang boleh dilakukan.
Antaranye menggunakan teknik fisioterapi dengan tepuk2 di bhgn blkg dengan posisi meniarap kan bayi di peha kita, dan kepala ke bawah sedikit dalam keadaan condong kaki sedikit ke atas.teknik ini bagi melonggarkan kahak2 dan mendorong utk bayi kita muntahkan kahak2 tersebut.. Mmg itu jer la cara terbaik utk bayi --muntahkan isi dada.. smpai isi2 perut pun terkeluar sekali sian tengok dia time batuk tak henti dan terus termuntah.. serius rase nk nangis jer tengok. Dinasihatkan juga, sblm melakukan kaedah ini, rehatkan anak dari menyusu setgh jam sebelum. takut muntah terbelahak dgn isi2 perut sekali. tapi for me, better ada isi sedikit utk dimuntahkan. takde la sakit sgt budak tu bila nk muntah..
Biasanya selepas menepuk2 dgn tangan berbentuk cupping selama 15 minit bayi akan reflek dgn sendirinya utk terbesin dan termuntah. Biarkan kahak2 itu keluar atau pun dia telan ikut najis.. Umi test buat pada Ammar menjadi jugak selepas dia terjga tengah2 malam sbb dengar batuk berkahak dia kuat.. So time di mamai la umi ambil kesempatan utk tepuk2 kaedah fisioterapi ni, mmg lepas tu Ammar bertindakbalas.
Kena rajin amal dan kerap buat sampai betul2 kahak tu hilang. Kombinasi tiga elemen iaitu ubat, nebulizer dan fisioterapi merupakan
kaedah yang lazim dilakukan di hospital ke atas bayi yang menghadapi
masalah mcm ni.
Petua orang tua juga tidak dilupa. Antaranya membuat minyak dari bawang putih yg dibakar tenyeh dalam sedikit minyak masak atau minyak sapuan utk dptkan ekstrak bawang putih tu dan sapukan minyk bawang putih tersebut di dada. Ada lagi petua yang dikongsikan iaitu ektrak daun kaduk + Kapur Makan sapu di bahagian dada. InsyaAllah kahak2 tersebut cair dan keluar melalui najis...
No comments:
Post a Comment