Salam semua..... alalalala... acik dh tergagap adh nk mencoret kt belog sndiri.. garu2 kepala, typing error memanjang.. hehe.. dah lama sangat tinggalkan ruangan ini.. waduh. tengok entry terakhir kisah amsyar kene chicken pox.jauh sudah ketinggalan. ammar demam- chicken pox-demam lagi-batuk- suspek astma-tukar pengasuh-gi jalan2 Surabaya, Indonesia jalan2. itu jer yg ingt skit2 sepnjg tempoh peninggalan belog ini.
Alhamdulillah... dengan kuasa dan limpah rahmatnye daku berdepan dan menghadapi dugaan Ammar memanjang tak sihat dengan tabah. Tapi manusia lemah kadang2 tu ada jugak menangis bila rase tak daya. Apapun kene pujuk hati berkali walaupun perasaan bercampur baur... entahla. nk describe kadang tu mcm 'pelik' keadaan perasaan ni. InsyaAllah aku cuba atasi dengan cara "apabila berbuat sesuatu yg salah-fikir semula atas perbuatan itu-dan letakkan apa yg diperbuat itu adakah haq atau bathil". (betul atau salah).Dan jgn lupa maafkan diri sendiri dan orang yg terlibat dalam mslh yg dihadapi. biarlah berulang2 kali pun situasi itu berlaku, aku akan guna pakai cara itu.. supaya aku sedar dan tidak terus menjadi manusia diluar batasan.Allah benci nnti.
Kadang dalam hidup ni kita kene gamble jerk..Susah ke senang ke kita berserah jika berbuat sesuatu tu kerana Allah swt.-sbb itu percaya Allah bukan setakat dibibir saje tapi WAJIB dihati dan juga perlakuan. Sayang orang2 yg kita sayang tidak melebihi sayang kepada Allah dan Rasul.. Ingt semula kata2 sahabat yg menyampaikan dalam ayat ini:
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah. (90:4)
bersungguh2 Allah kata, tak main2 kan. kalau dah kata bersungguh itu betul2 la. Allah yg mencipatakan kita maka dia tahu apa yang manusia (Al-Insan) perlu hadapi dalam hidup ini. Bagi yg bertaraf manusia An-Nas, berfikirlah kamu kenapa kamu hidup di atas muka bumi ini bersenang lenang. mesti ada sesuatu yang tidak memenuhi spesifikasi sprt mane mahunya Allah... refer to AQ, terdapat 2 jenis manusia iaitu Al-Insan dgn An-Nas.
Maka didiklah hati, perbuatan dan cara berfikir dengan keadaan menerima apa jua ketetapan itu. hadapinya bukan mengelak darinya., Dari situ ada pelajaran apabila otak mula berfikir. Setiap hari apa yg diperbuat pasti ada pelajaran utk diambil. wallahualam.
'ammar ku bakal pemimpin negara kot suatu hari nnti.. : ) |
No comments:
Post a Comment