Salam semua...
Sape kt sini mak-mak yg eksited anak sulong nk darjah 1 angkat tangan!..bhahahaha...Teruja usah kata... sebab satu pencapaian juga bila anak sulong dh mencapai 7 tahun..Sedar2 dah beso anak kita tu ye... hehe
Persiapan kelengkapan saya suka beli berdikit2 dari bulan November lagi.. Macam belanja utk persiapan raya pun gitu.. Saya suka beli 2 bulan awal berdikit-dikit.. So tak nmpk la skali banje tu beriban habis.. hihihi.
Yg keduanya persiapan mental anak2..Sebenanya jatuh no 1. Selalu adakan sesi soal jawab dengan Amsyar.. Amsyar dah pndai baca belum?.. Amsyar tau tak darjah 1 nnti ada 5 kelas.. Amsyar nk kelas yg pertama ke kelas kelima?.. hahaha.. Kalau tak gheti membaca kene masuk kelas no. 5. Just merangsang dia untuk berbuat sesuatu dalam cuti sekolah ni utk improve dan buat pilihan nk kelas 1,2,3 or 5. hehe
Since sembang macam tu dengan dia dah nmpk setiap pagi dan malam or waktu dia rase nk mmbaca cuba ambik buku "Bacalah Anakku" yg beli time tadika 5 tahun kt Little Caliph 2 tahun lepas.. hehehe. Praktis make perfect..Dari merangkak2 dah laju skit demi sedikit..
Sblm ni dia tak nk tunjuk performance.. Bila dia start buat reading session kita dengar dan Ya kan jika Betul dan betulkan jika dia mintak diperbaiki YA atau tak., Dont mention SALAH. Amsyar akan stressss dan merajuk tak nak membaca dah.. hahahhaha.. Awal2 ni tak perlu la nk tuition bagai.. Yg asas sahaja iaitu penguasaan membaca dan mengira. Itu yg penting untuk graf 7 tahun ni.
Lebih2 sangat ikut silibus sekolah tak tau la mcm mane Amsyar boleh adapt ke tak. Hopefully bole ikut rentak pembelajaran disekolah..
Itu teknik yg saya gunakan utk Amsyar.. Ammar belum faham lagi.. Tapi cuba jugak ajak dia utk mendengar.. So far dia la yg paling susah nk fokus. Dah buat kesalahan berani mengaku dan berkata jujur. Dan reaksi muka tanpa rase perbuatan itu salah. Innocent sangat.
set keperluan buku utk Tahun 1
buku belum banyak.. so gigih la mak dia ni bantu tuliskan nama kt buku2 tulis tu dengan penuh kasih sayang..
ahakss!
Umi hanya mampu memberi sokongan dan dorongan sahaja..Selebihnya bergantung kpd usaha bagaimana Amsyar nk mengembangkan kebolehan yg Allah anugerahkan buat Amsyar.. Guna akal semaksimum mungkin. Sebab akal manusia lebih hebat berbanding akal makhluk2 lain.. Ingat binatang pun berakal cuma akal nye terhad dan tidak sehebat akal manusia yg boleh mentadbir seisi alam.
:)
by @junemrsfiraida