Salam uols...
Sabtu2 hari lps. ada masa terluang yg mmg dah rancang nk renew passport doubleA. Bangun awal semestinya sebab terdetik dihati sure ramai-sbb cuti dan ramai juga yg nak berjimba bukan takat kau sorang jah.. haha..
Gerak dari rumah "seawal" 8:30 pagi ke Imigresen Putrajaya. Dekat dan rase beruntungnya dikala ini sbb duduk disekitar pejabat kerajaan.. Senang la sangat.. Bersangka baik tu amalan mulia..
IMIGRESEN CAWANGAN PUTRAJAYA
MENARA IKHLAS Aras 3, Tower A, Bangunan Menara
Ikhlas, No.17, Persiaran Perdana, Presint 3, 62100 Putrajaya. Duluya di
Presint Diplomatik tapi since Mei 2014 berpindah ke tempat baru ni.
Sampai jer sane persangkaan yg mcm aku ni dh awal la konsepnya rupenye meleset . "NOMBOR HABIS". kah kah kah kah kt situ jugak.. Try n error ke Pejabat Imigresen Cawangan Kajang. perjalanan makan dalam 30 minit Putrajaya -Hentian Kajang. Dalam kereta bincang siap2 apapun kita pastikan dapat no giliran dahulu then baru pergi sarapan pagi.. muahahhaha. Amalkan sarapan sebelum subuh.. Ni matahari dh tegak baru nk sarapan.. hehehe
IMIGRESEN CAWANGAN KAJANG
No 3- 60 Tingkat 3
Kompleks Perhentian Kajang
Jalan Reko 4300 Kajang Selangor.
Dan bila dah merasa renew pasport anak-anak di Imigresen Kajang saya nampak persekitaran yg mesra kanak-kanak..
tumpang sekaki dengan kawan..
korang tak bole bagi gadget time mcm ni sure
berperang realiti jugak nanti..
almost buku cerita.. Selain buku Bahasa Melayu, Inggeris buku
Bahasa Tamil dan Cina juga ada.
bilik menyusukan bayi pun ada yer... sangat support breastfeeding.
TQ buat pencetus idea di cawangan Imigresen Kajang nih.
apa ni amar?.. cicak air katanya.
okeyh
Masa ambil no giliran siapkan dokumen2 yg diperlukan..
1. Passport lama jika pernah ada
2. Surat beranak Asal
3. Kad Pengenalan Ibu
4. Tidak perlu lagi GAMBAR PASSPORT
Kepilkan bersama supaya mudah Tuan/Puan kaunter Imigresen tu nk urus.Kalau anak.
P/S : Pakai pakaian kemeja/t-shirt berkolar supaya senang nk ambil gambar tak perlu blazer tambahan.
Kepilkan bersama supaya mudah Tuan/Puan kaunter Imigresen tu nk urus.Kalau anak.
P/S : Pakai pakaian kemeja/t-shirt berkolar supaya senang nk ambil gambar tak perlu blazer tambahan.
Selepas dapatkan no giliran boleh la pegi sarapan dlu ke tempat makan berdekatan.. Kat aras yg sama dpan pintu pejabat imigresen ni ada gerai yg menjual makanan.. Dan jual permainan pun ada.. hohohoh.. Sediakan duit saje untuk menjamin keriangan anak2 sepajang tempoh 10pg - 12:30 tghri. ngeeeee
Di depan pintu keluar pejabat imigresen. Nahhh macam2 design passport cover
ada dijual disini..RM10 setiap 1. Kedai ni dulunya meriah sbb menyediakan servis Ambil gambar Passport segera. Sekarang dah tak perlu sediakan gambar.. Hanya berurusan dikaunter saje ada camera free tolong ambilkan dan terus masuk dalam sistem.
PROSES PERMOHONAN
>> AMBIL NO GILIRAN TUNJUKKAN DOKUMEN LENGKAP .
>> TUNGGU NO GILIRAN DIPANGGIL UTK URUSAN MENGAMBIL GAMBAR PASSPORT
>> TUNGGU GILIRAN UTK PEMBAYARAN YURAN (SKJP JERK)
>> TUNGGU UTK SERAHAN PASSPORT. MESTI EMPUNYA PASSPORT YG AMBIL.
>> TUNGGU UTK SERAHAN PASSPORT. MESTI EMPUNYA PASSPORT YG AMBIL.
Yang ini sangat lawak.. haha. Jika anda senyum akan mengakibatkan mata anda menjadi sepet.. mmg tidak digalakkan utk senyum... Ammar jernis spesis senyum mata terus jadi sepet.. Howoww suwitt anak aku sorang ni dah tersenyum cantik depan kamera.. Tapi tak menjadi pilihan sbb tidak memenuhi kriteria..
gigih dia senyum...
senyum tutup mulut pun dah.. tapi still sepet jugak tang mata..
Last2 tengokkk gambar yg ini dipilih..mencikk la..
:(
ngaga mulut dengan muka tak bersalah dia..
sian Ammar. kikikiki..
dia pun nk buat sendirik.. cop sini cop sini..
Amsyar win la.. dia paham senyum tutup mulut. :D
Last sekali tunggu untuk serahan passport dengan muka masing2.
Amsyar dan Ammar berurusan sendiri dikaunter.. Umi dan babah duduk sebelah.
sekian
thanks sudi baca!
xoxo
by @junemrsfiraida
No comments:
Post a Comment