Salam takziah uollss..
Sugul dan muram melalui hari2 penghujung 2014 ni. Dari awal tahun macam2 ujian hebat yg Allah turunkan buat kita tanggung bersama.. Sampaikan Disember 2014 3 jenis/buah Kapal Terbang Malaysia mengalamai tragedi buruk. Masih belum ada penghujung memikirkan tentang petanda apa yg cuba Allah sampaikan?.
Serius talk. Saya takut. Takut dengan ujian2 yg Allah beri kepada kita untuk menyatakan amaran dari Tuhan kepada hamba2 nya..Apakah tepat dan benar apa yg kita kerjakan selama ini mengikut apa yg Allah mahukan?.. Atau terus lalai dan mengerjakan ibadah yg sia-sia sehingga jauh tersasar apa yg diperintahkan.
Umat di akhir zaman yang semakin tidak menampakkan penyatuan.. Ternyata gagal dalam segala bentuk penyatuan.. Dalam ujian banjir besar-besaran di negeri2 tertentu yg sedang berlaku ini juga masih ada kisah2 politik yg tak mahu didengar.. Tapi itulah bahan politik yg dilakonkan dari sikap manusia2 yg berkepentingan.
Bantuan dihulur utk dapatkan redha Allah jadi bantuan dihulur untuk mencipta dan mencatat sejarah bagi manusia mengenang dan menghargainya.. Itu kah yg dinamakan ibadah semata2 kerana Allah taala?.. sarkastik bukan.
MH370
senyap tanpa khabar berita lagi
tragedi MH17 seperti ada dalang yg licik.Apapun mohon kempimpinan Nasib dan sekutu boleh memikrikan sesuatu diluar kotak dan diluar jangkaan.
Dan semalam AirAsia QZ8501
gambaran banjir dari atas.. by Utusan Malaysia
Bah dasyat di Pantai Timur.
Akibat kemusnahan jelas bole dilihat sprt mini Tsunami.
Rumah kediaman hilang dibawa arus deras.
Amat diuji pemilik rumah2 tersebut.
Bertabah dan bersabar. Redha dgn ketentuan Ilahi. Pada masa yang sama boleh mula fikirkan tentang hubungan antara manusia dengan alam sekitar.. Peliharalah dan sayangilah "mereka" seperti mana kita menjaga hubungan sesama saudara manusia.. Andai alam tersakiti pastinya mmberi kesan yg tidak baik.. Umpamakan alam ini seperti sistem tubuh badan manusia.. Di tarah, dirobek, dicongkil sesuka hati demi sebuah kemajuan pastinya ia terbersin dan meghasilkn impakkk yg menyusahkan isi alam yg lain.. Ibarat cubit peha kiri peha kanan pasti mmberi refleks..
Berusaha menjadi mahkluk yg boleh mentadbir mahkluk yg lain (segala isi alam). Itu sebaik2 teras iman terhadap Allah swt.
sekian
sekian
xoso mrsfiraida.
No comments:
Post a Comment