.::MeNu BLoG::.

'ammar (10) Aaron Aziz (2) AdamHawa (2) Adania; Amaryllis (1) Aksi (11) Aktiviti (7) Amaryllis Premium Collagen; APC Putrajaya; APC (3) Ammar (6) Amsyar (36) Artikel (10) Artis (1) Astma (2) Babah (1) Baby makan durian (1) Bandung (3) Berita (1) Berita Dapur (2) Bersosial (16) Besday (4) Bicara Minda (1) blogger;abil fikri;DIM Abil Fikri ;http://abil4fauziah.blogspot.com (2) BoothAPC Putrajaya (1) Bowling (1) Bromo (1) CD (1) cerita (4) Cheese Tart (1) Chicken Pox (1) Contest (2) Cuti-cuti Indonesia (1) Cuti-cuti Malaysia (1) demam (4) Diana Danielle pregnant (1) DoubleA (3) Drama AstroHD (1) Durian (1) Durian Creep (1) Entry basi; Bersosial (5) Episod akhir (1) Family Trip (1) Farid Kamil (1) Felinna Inchloss (1) Figure Up PROMO (1) FinalAdamdanhawa (1) Gateway (1) Gathering SI (6) Good Friday (1) Hidangan Pengantin (1) Hidup dan matiku utk ISLAM (1) Hijrah 1434 (1) Hobi baru (1) Hotel (1) Iklan (4) Inchloss Lotion (1) indonesia (1) Info (9) Islam Sejahtera (1) Jalan-Jalan (1) JJMC (1) Kejadian (3) Korea (1) Krabi; Travel With Kid; Amsyar ; Ammar; DoubleA (4) Krabi; Travel With Kid; Amsyar ; Ammar; DoubleA ; Passport (2) Krabi; Travel; (1) KTO (1) kuih raya sedap 2013 (1) Kutu (1) Liburan (1) Little Caliph (2) Makanan (1) ManggaAds (1) Masak2; DIY (1) Melaka; travel (1) Menarik di Genting Highlands (1) milestone (1) MilkA Deal; (1) Mother's Day (1) NadiyaNisa (1) NadiyaNissa (1) Novel (1) novel 2015; hobi (1) Nuffnang (3) NuffnangOpenHouse2014 (2) NuffNangRaya Special Raya 2014;Nuffnang Event (1) Organic Cordyceps (1) other (2) Others (1) Pengertian Puasa;Puasa (7) Perkahwinan (1) Pregnancy Test (1) Produk Slim (1) Red Bella Body Wash (1) Resepi (6) Sabah (1) Saya Jual Produk; (1) Seju (1) Sekolah (1) Seoul (1) Shopping (1) Sosial Silah (1) Stok EBM (4) Surabaya (2) Tadika (1) Tadika YADIM (1) Taska Tasneem (1) Tips; StoryMory (1) Travel (5) Travel Agent (2) Trip; Bali; Honeymoon (3) Umi Ceritera (4) Ummi Ceritera (14) Ummicupcakes (1) Urus rumahtangga. (1) Video (6) Wad Paedratik Hospital Serdang (1)

.::U FoLLow Me , I tHaNk U::.

Meh Add Your BloG :

LETS CLICK GUYSS!~ TQ

July 29, 2013

Ber Milk-A Deal kekdahnye...

Salam Damai uolss...

Ramadhan yg ke 20..wahhh sekejap jer masa berlalu kan.. Puasa sepanjang tahun itu lebih baik sebenarnye.iaitu puasa menahan nafsu lapar, dahaga, berbelanja yang diluar dari kemampuan kita..  

Ha.. ni nak khabaq mai pasal berbelanja bajet yg saya rase bole bajet dan mengikut keperluan.. Bila nak raya tiba2 kepala pun dok gatai mcm tak bole pakai shamppo biasa.. nk ke salon la kekdahnya... lama sangat tak ke saloon.. so sekali sekala bole la kalo nk pi saloon.. under bajet. kalo beratus beriban idak la saya khabaq...

Dengan percubaan pertama kali saya cuba usha MilkADeal  tengok2 mane yang rase seronok nk beli. Ikut keperluan masing2 la na...Saya view skit bagi nampak jelas...




Untuk menikmati voucher RM10 walaupun dengan pembelian pertama... seronoknye... ok la kan.. dari dapat diskaun RM1.. hehe bole lah ke >>>> KLIK SINI

See la how i get the discount.. bole guna terus serta merta. pastikan klik pada banner iklan yg ada di bhgn atas page tadi..




 

Amaun sebenar sebelum diskaun menggunakan Points
Amaun selepas diskaun menggunakan MAD Points yg kita dapat. Tulis 1000 diruang sebelah kiri... 



selepas sukses membuat pembayaran online  MilkDeal akan emel pemberitahuan yang kita sudah berjaya membelinya...




mudah kan... Bole sebarkan kebaikan dan benefit MilkADeal ini dengan berkongsi dgn kawan2 melalui.  emel. blog, facebook twitter..


Perbelanjaan berhemah sangat dituntut. ;)


sekian.. Kaki tangan tak bertauliah MilkA Deal lerrr ni... hihi

July 19, 2013

SAINS DI SEBALIK PUASA 7 : SYAITAN DI IKAT? PINTU SYURGA DI BUKA LUAS?


Mari kita rujuk dari artikel ke-6 Sains Puasa yang sebelum ini kita rumuskan. Pada ketika itu kita bercerita API YANG TIDAK MEMBAKAR. Dari apakah Syaitan ini diciptakan? Dari api kan? Dari jiwa yang marah di situlah ‘laluan’ syaitan.

Pada malam Lailatul Qadar nanti, kita dibasahi dengan ilmu-ilmu yang lebih besar nilainya berbanding ilmu terkumpul selama 83.33 tahun (1000 bulan). Ketika itu tidak akan ada API yang mampu membakar hati kita. Dalam kata lainnya, tidak ada syaitan yang ‘mampu’ membinasakan kita.

Syaitan datang dari api. Api bersifat panas. Kemarahan juga bersifat panas. Jadi Syaitan dan Marah ada similariti sifatnya. Boleh nampak logik sains (Sosiologi, Psikologi) nya?

Dalam ibadah puasa kita perlu menahan diri dari melayankan nafsu kita. Makan itu adalah satu ‘keperluan’, tetapi pelbagai ‘citarasa’ atau ‘selera’ melampau untuk memenuhi keperluan makan itulah ‘nafsu’.

Biasa kita dengar ungkapan seperti,
“ Aku marah betul dengan si fulan, rasa macam nak makan ajer, macam nak telan sajer”
“ Aku tak mampulah nak nasihatkan dia tu? Tak ‘makan’ saman”.
“ Aku tak boleh ‘makan’lah hujah dia tu”. Dan macam-macam lagi terkait dengan makan.

Semua itu membawa maksud bahawa kita cuba untuk ‘peduli’ pada seseorang, cuba untuk ‘makan’ kebatilan dan kejahatan seseorang sewaktu cuba untuk menasihati mereka, juga seperti cuba untuk ‘makan kejahilan (ilmu)’ seseorang dalam sesi berhujah. Nampak tak bahawa secara mutasyabihat, ‘makan’ itu ada kaitan dengan ‘hujah’, ‘idea’, ‘pendapat’, atau ‘sikap’ pihak lain yang tersaji depan kita.

Mari kita lihat analogi makan sebagai ‘keperluan’ dan ‘selera’ sebagai nafsunya. ‘Marah’ itu juga kadangkala satu ‘keperluan’, tetapi bila berlebihan dan tidak ber’pada’ itulah ‘nafsu’nya. Sebagai contoh, api nak buat memasak itu ‘keperluan’, tapi api nak buat bakar rumah wakil rakyat kawasan anda, itulah ‘nafsu syaitannya’.

Lurut semula artikel sains puasa sebelum-sebelum ini yang kita bicarakan tentang bagaimana puasa ini satu disiplin mendidik nafsu.


SYAITAN DIIKAT DALAM BULAN PUASA?


Kita tidak menafikan syaitan yang ‘ghaib’, yang ‘halus’ itu wujud dan sedang diikat di mana-mana tempat mereka diikat. Tetapi ‘rakan baik’ dan ‘tentera’nya masih bersama kita iaitu ‘nafsu’ kita sendiri. Lihat, nafsu juga membawa ciri-ciri syaitan antaranya ialah ‘amarah’ yang bersifat ‘api’ (asas kejadian syaitan).

Contohnya, British jajah tanah Melayu dan kemudian Tunku Abdul Rahman mendapat kemerdekaan dan British balik ke negara asal mereka. British telah tiada di Malaysia TETAPI kita masih ditadbir dengan sistem British sehingga hari ini. Juga seperti anak kecil yang bermain kereta mainannya dengan tangan. Atas perkembangan teknologi, boleh saja anak kita bermain kereta yang tidak gunakan tangan lagi (direct contact) sebaliknya menggunakan alat kawalan jauh sahaja. British dengan sistem kawalan jauhnya juga masih mentadbir Malaysia dalam bentuk sistem dan perlembagaannya. Betul tak?

Syaitan juga begitu. Syaitan Laknatullah meng’instalasi’kan ‘sistem syaitan’ di dalam nafsu kita sehingga mereka tidak perlu ada direct contact tetapi sekadar membiarkan nafsu kita me’rajai diri kita sendiri. Syaitan sudah boleh bercuti selepas itu.

Yang diikat dalam bulan puasa itu siapa? Dan juga siapa yang IKAT syaitan itu?

Kadang-kadang terfikir juga kalau anda membayangkan syaitan ada ‘bersama-sama’ kita. Takkanlah syaitan tak bertembung dengan Malaikat Rokib & Atib di bahu kanan dan kiri kita? Dan takkan juga syaitan tak berselisih dengan Malaikat Maut yang menjenguk kita berpuluh-puluh kali sehari? Padahal Malaikat itu juga yang akan mencabut nyawa Syaitan itu nanti selepas penangguhan umur syaitan tamat.

Susah nak difikirkan dari sudut begitu kan?

Nah, sebenarnya ‘PUASA kitalah yang mengikat Syaitan itu’ melalui "Operating System Kesyaitanan" yang telah di’install dalam NAFSU kita. Puasa itu kan mengawal nafsu, jadi itulah mekanisma kita mendidik nafsu supaya nafsu yang panas itu kita mampu sejukkan dengan AKAL, contohnya melalui pem’bacaan’ yang berbentuk Iqra’ yang jelas sebagai sumber kefahaman yang menghidupkan hati, bukan sekadar me’lagukan, menghafaz, men’syairkan ‘tilawah’ dan mentadarus bacaan yang tidak lansung kita fahami.

Renungkan Firman Allah dalam Surah 36. Yaasiin ini,

36:69. Dan Kami tidak mengajarnya syair; ia tidaklah patut baginya. sesungguhnya Ia hanyalah satu zikir dan sebuah 'pembacaan' (iqra') yang sangat jelas.
36:70. Supaya dia memberi peringatan kepada seorang yang 'hidup', dan supaya diperbetulkan (dengan yang haq) Ucapan ke atas orang-orang yang ingkar (kafir).

Surah 69. Al Haaqqah

69:40. Sesungguhnya ia adalah ucapan rasul yang mulia (berkaromah).
69:41. Ia bukanlah ucapan seorang penyair; sedikit sekali kamu mempercayai,
69:42. Dan bukan juga ucapan seorang tukang tilik; sedikit sekali kamu menzikirkannya (baca dan fikir).

Bacaan Talkin kubur antaranya ialah soalan kubur – “siapa IMAM (ikutan) kamu? Jawabnya ‘al-Qur’an. Siapa Penghulu kamu? Nabi Muhammad s.a.w.

Sebagai umat Islam yang dipertanggungjawabkan untuk menegakkan dan menggalang agama ini, bolehkah kita sekadar wakilkan saja kepada pihak lain, dan kita tidak lansung berusaha sendiri untuk cuba menilai ‘sajian’ pelbagai sumber yang bermacam-macam percanggahannya sebelum kita makan?. sehingga dengan tabiat itu terlalu banyak ‘alimiin’ yang berpeluang ‘menjual’ agama. Terbitlah bermacam-macam ajaran, Nabi Palsu, Rasul Melayu, Tuhan Langit, Tuhan harun, Syiah, Wahabi dan macam-macam lagi ‘terbitan’ Islam selepas wafatnya Rasulullah s.a.w. kita ikut saja.

Lebih banyak kitab terbitan, akan lebih banyak kekeliruan. Allah menyatakan orang jahil sahaja yang suka menulis kitab. Ini adalah kerana LABA dunia yang sedikit dan sementara sifatnya. Tidak sepadan dengan NILAI ilmu Allah.

Firman Allah di Surah 2. Al Baqarah

2:78. Dan antara mereka adalah ummiy, tidak mengetahui al-Kitab melainkan hanya dengan khayalan, dan semata-mata sangkaan.

2:79. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang menulis al-Kitab dengan tangan-tangan mereka, kemudian mereka berkata, "Ini daripada Allah," supaya mereka menjualnya untuk harga yang sedikit; kecelakaanlah bagi mereka kerana apa yang tangan-tangan mereka menulis, dan kecelakaanlah bagi mereka kerana usaha-usaha mereka.


Nah, janganlah kita cuba tipu diri kita sendiri lagi. Ingatlah, setiap hari Malaikat Izrael menjenguk kita. Di kubur nanti kita sendirian untuk menjawab semua soalan? Berapa kali telah kita baca terjemahan al-Qur’an seumur kita. Sejauh mana kita ambil inisiatif untuk iqra’kan, nota’kan, shortnote’kan, kemudian kita cuba teliti AYAT YANG BERBENTUK TULISAN itu melalui proses iqra’, kajian dengan AYAT KASAR BERBENTUK GAMBARAN di alam ini (picture tells thousand of words). JIKA AYAT HALUS SEBUT LEMBU, POKOK, KERA, BABI,... SEJAUH MANA KITA LIHAT SEMUA ITU DAN TAFAKURKAN GAMBARAN AKHLAK, PROSES KEJADIAN SEMUA ITU DENGAN APA YANG TELAH KITA BACA DAN CUBA MEMAHAMI DARI AYAT HALUS TADI..? Sudahkah kita rujuk sendiri kebenaran semua bacaan dari ribuan kitab lain, atau PELBAGAI sumber ‘sajian ilmu ajaran’ macam-macam orang ‘alim’ ikutan kita yang SANGAT MENYELERAKAN itu dengan al-Qur’an, untuk memfurqon’kan kebenaran atau khilafnya.?

Sebenarnya, Sumber Tenaga untuk AKAL ialah ILMU yang bersifat air yang sejuk lagi menyejukkan. Tidaklah kita senang-senang melompat melatah kononnya melancarkan jihad hanya dek kerana diprovok dengan blogger seks yang tak berakhlak yang tak berbaloi nak dilayankan. Malulah jika Malaysia mencipta sejarah ulangan 13 Mei disebabkan oleh seorang blogger lucah?? Jangan sampai dunia ketawakan kita dan anak cucu kita juga nanti bakal ketawakan kebodohan kita.

Nafsu akan jadi panas dengan provokasi begitu. Tetapi AKAL akan pertimbangkan provokasi itu dengan ILMU. Jika ilmu pun tak dicari dalam bulan puasa ni, bagaimanakah kita nak kawal nafsu kita dengan akal kita sendiri?

Jika ILMU kita terpaksa kita sandarkan SEMUANYA kepada alimin, habib, sheikh dan ulama’ SAHAJA, maka adakah mereka yang akan menyejukkan nafsu panas kita? Jika bukan, sila berikan akal anda MINUMAN dengan ilmu.

Jika Allah sendiri dengan tegas ‘memerintahkan’ kita mempergunakan ‘akal’ (rujuk Siri Sains Puasa yang lepas), mengapa kita sewenang-wenang mengikuti kebanyakkan manusia yang mengatakan ISLAM dan KEKUASAAN ALLAH tidak mampu difikirkan dengan akal dan logik? Adakah HANYA KERANA mereka (para ilmuan) tidak mampu jawap penjelasan sesuatu perkara, lantas dijawabnya dengan sajian ‘berduri’ berbunyi "Islam tak boleh dijangkau dengan akal". Soal hadith begitu juga, ada para alimin yang terus menerus menjatuhkan hukum "Ini hadith Dhoif" agar ditolak perawiannya tanpa penjelasan, HANYA kerana mereka tidak dapat menjelaskan rasional di sebalik hadis itu.

MAKANAN NAFSU IALAH AMARAH tetapi MAKANAN AKAL IALAH ILMU. Sangkaan-sangkaan negetif sebegini adalah "Software" Syaitan dalam nafsu kita itulah yang kita IKAT supaya tujuan ikatan itu untuk menundukkannya di bawah pentadbiran akal. Jika kita bertuhankan nafsu, memanglah budak kecil 3 tahun ajak gaduh pun kita layan bertumbuk juga. Malah dengan orang yang anda tahu tak layak untuk berdebat pun anda layankannya kerana nafsu amarah. Akhirnya kedua-duanya terbakar hangus dan kedua-duanya rugi. JIKA anda berdebat hanya dengan mereka yang anda lihat menggunakan akal ia akan jadi indah. Ini kerana jikalau anda menang, anda dapat 2 kebaikan iaitu yang pertama kerana anda menang dan lebih yakin kefgahaman anda betul dan yang kedua kerana anda mengajarkan orang yang kalah itu apa yang lebih betul. Yang kalah hujah, masih bawa balik 1 kebaikan iaitu mengetahui ada hujah akal yang lebih baik, yang menambah 1 lagi hazanah ilmu yang ‘masuk akal’ dalam diri anda.

Tak perlu pergi jauh, kita intai parlimen Malaysia sahaja sudah cukup. Anda rasa mereka berhujah dengan akal ke atau nafsu? Betul tak YB Pasir Salak?

Sebab itulah, apabila anda membayangkan syaitan yang ghaib ‘telah di’ikat’, tetapi yang sedang berPUASA masih ramai yang tak berubah, malah lebih teruk lagi dalam bulan puasa. Di bulan inilah ikan, daging, ayam semua jadi mahal, supermarket lanjutkan masa, bazar ramadhan macam cendawan tumbuh dll. Tapi kali ini, kita bukakan sains Syaitan diikat itu dalam perspektif yang lain dan diharap anda mampu memahaminya dengan jelas.

Lemahnya nafsu bermakna akal menjadi kuat.
Kuatnya nafsu akan menjadikan akal menjadi lesu.

Puasa kali ini, kita ikat nafsu kita, dan kekangnya supaya akal kita mampu jadi tuan. Jangan semasa bulan Ramadhan sahaja, kerana ‘baroqah’nya Ramadhan ini ialah ilmu / tarbiyah supaya kita meneruskan kekangan dan ikat’kan nafsu itu berterusan pada bulan-bulan yang lainnya. Rihat (tarawikh)kan ‘nafsu’ untuk solat lebih rakaat, selepas berbuka, di racik dan dirumus (tahiyat’kan) sedikit-demi sedikit menjadi 2 rakaat. Penemuan ilmu semasa berpuasa, dan Tarawikh ini boleh kita teruskan ‘’praktik’nya sepanjang tahun kedepan, itu maksud ‘berkat’ (cukup, berpanjangan, berkesinambungan). Sebab itu Ramadhan di panggil ‘al-Mubarakh’.

Jika ada yang kurang jelas dengan artikel ini, kami harap anda boleh ulangkaji perlahan-lahan artikel-artikel SAINS PUASA yang berangkai itu dari artikel pertama lagi.

Kami tutup celoteh kali ini dengan pesan Rasulullah s.a.w. " Bersegeralah utk lakukan amal soleh (yang memberi ISLAH / pembaikan) apabila telah muncul 6 perkara:
1. perlantikan pemimpin2 yg BODOH,
2. ramainya bilangan POLIS (diperlu kerana banyaknya JENAYAH),
3. PENJUALAN KEPIMPINAN (jawatan),
4. tiada penghargaan terhadap DARAH,
5. pemutusan silaturahim (PERPECAHAN),
6. orang-orang mabuk (YANG TIDAK FAHAM APA YANG DIKATA) yg jadikan AlQuran sebagai bahan nyanyian di mana mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar menyanyikannya, walaupun orang tersebut adalah orang yg paling SEDIKIT ILMU KEFAHAMANNYA”: HR Tabrani


Jazakallah

Hasil iqra’
WARGA PRIHATIN

bersambung...


Part 1 -KLIK SINI
Part 2 -KLIK SINI 
Part 3 -KLIK SINI
Part 4 -KLIK SINI
Part 5 -KLIK SINI
Part 6 -KLIK SINI

July 18, 2013

SAINS DI SEBALIK PUASA part 6: LAILATUL QADAR - API TIDAK MEMBAKAR



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca yang budiman. Alhamdulillah dah masuk topik ke-6 kita melanjutkan perbincangan dalam kupasan sains gunaan PUASA untuk menjadi panduan kami dan mereka yang memahaminya. Sebenarnya kami rasa malu dan rendah diri nak kongsikan hasil kajian yang tidak seberapa ini, takut dikata nak menunjuk pandai pulak. 8 tahun kami berada di sini menelusuri liang ilmu dari ilmu pada setitik embun di atas sehelai daun sehinggalah dirasakan cukup 2 kolah atau menjadi air mata air seterusnya mampu memberi penghidupan kepada 105 orang anak-anak dan Warga Prihatin.




Bagi yang melompat terus ke bahagian 6 ini, adalah dinasihat untuk menyusuri semula artikel berangkai ini dari bahagian pertama lagi. Bukannya apa, cerita sains di sebalik puasa ini adalah satu kupasan mutasyabihat dari perkataan-perkataan muhkammat dari dalam Al-quran dan sunnah itu sendiri. Maka sangat molek sekiranya anda semua membuat ulangkaji dan memeriahkan perbincangan sekiranya ada ada kelainan pendapat atau input tambahan. Kami lari dari ambien tipikal untuk menceritakan agama dalam perspektif spiritual tetapi kami gandingkannya kini dalam perpektif intelektual dan sains gunaannya, samada sains biologi, sosiologi maupun Psikologinya. Harapan agar Islam mampu jadi hebat semula sehebat sebelum SAINS dan ISLAM itu dipisahkan angkara Mubaligh Kristien bernama Snouck Hurgronje yang menyamar sebagai KIAI HAJI ABDUL GHAFUR.





LAILATULQADAR - MALAM YANG BERKADAR 1000 BULAN
Lailatul qadar adalah satu fenomena yang orang Islam tunggu-tunggu pada setiap 10 malam terakhir. Ia adalah 1 malam yang bersamaan dengan 1000 bulan iaitu kira-kira seumur hidup manusia jumlah kasarnya (83 TAHUN). Ia adalah satu fenomena groundbreaking yang jarang-jarang berlaku dalam seumur hidup tetapi ia sangat berbaloi jika kita mencari dan mampu menemuinya. Adakah pernah anda semua merasai Lailatulqadar?
Nabi menerima wahyu pertama pada 17 Ramadhan dan dengan wahyu itu nabi mampu meng’iqra' (mengkaji - rujuk artikel bahagian 2 sebelum ini). Dari iqra’ itulah baginda tilawah dan tadaruskan (bacaan berulang-ulang) sehingga baginda menjumpai 1 penemuan yang tidak ada tolok bandingnya dalam seumur hidup baginda iaitu ILMU ALLAH yang Maha Besar.
Salah satu tanda yang dikhabarkan ada pada malam Lailatulqadar ialah apabila api menjadi tidak membakar. Menarik tu? Semasa membincangkan ini bersama 20 orang jemaah lainnya, kami sempat bertanya adakah mereka pernah mencuba jari-jari mereka melalui api pada 10 malam terakhir Ramadhan? Rupanya, ramai juga yang mencuba kaedah itu dengan harapan lailatul qadar itu akan tiba dalam salah satu harinya. Ada yang menceritakan pengalaman bermalam di masjid selepas terawih sepanjang 15 hari terakhir Ramadhan selama 7 tahun berturut-turut semasa kecil dulu. Akhirnya, ramai juga yang melecur-lecur jari dek kerana mengacu-ngacu jari ke api pelita.

Nabi Ibrahim juga mempunyai sejarah yang sama iaitu apabila baginda dihumban ke dalam api dari timbunan ‘kayu’ yang marak atas arahan Raja Namrud ketika itu. Tetapi dengan yakinnya, baginda masuk ke tengah api itu tanpa mampu dibakar gejolak api. Itu kerana, Nabi Ibrahim telahpun iqra dan mentadaruskan iqra sehingga menemui ISLAM itu sendiri. Itulah asal SUHUF asal agama ini (ISLAM). Sebab itulah, dengan ilmu wahyu yang sifatnya seperti air mengalir itu membuatkan Nabi Ibrahim boleh COOL dalam gejolak bakaran api itu.

Sekarang ada 2 kes, Nabi Muhammad dan Nabi Ibrahim yang kedua-duanya dalam keadaan yang PANAS (Ramadh). Nabi Ibrahim ramadh dengan kaumnya dan Raja Namrud dan tidak dilupakan oleh bapa baginda sendiri dan kemudian barulah menjumpai TUHANNYA sendiri (Allah) setelah lama mencari. Itulah lailatul qadar besar untuk baginda yang hanya berlaku SEKALI sahaja dalam umur baginda (kita cari tiap-tiap tahun dan tak jumpapun, cuma kadang-kadang orang bercerita macam betul-betul jumpa kononnya. Lagi-lagi orang-orang yang perwatakan warak sahaja cerita terus kita pecaya tanpa dakwa dakwi).. Nabi Muhammad pula menemui Islam dalam keadaan Ramadh (Ramadhan) juga, iaitu Panas / huru hara / kacau bilau dll tetapi setelah turunnya wahyu pertama iaitu IQRA lalu baginda tadaruskan sehingga baginda menjumpai petunjuk sebenar ILMU BESAR ALLAH iaitu Al-Quran.
ILMU kita kupaskan sebelum ini tepat dengan analogi air. Air dan ilmu mempunyai sifat sama. Kedua-duanya mengalir dan sejuk juga menyejukkan. Maka secara sainsnya, jika dalam keadaan berair kita akan jadi susah untuk dibakar.
Ulang semula. DALAM KEADAAN BERAIR MEMANG SUSAH UNTUK DIBAKAR. Terjemahkah sedikit mutasyabihatnya DALAM KEADAAN BERILMU (kefahaman yang mendalam dan meyakinkan) MEMANG SUSAH UNTUK KITA JADI PANAS HATI.
Mudahnya, JIKA DADA ADA ILMU ISLAM, TIADA SIAPA MAMPU BAKAR HATI KITA.
Cuba baca semula dari perenggan sebelum-sebelum ini jika masih tidak faham. Kerana kita akan masuk kepada penjelasan yang lebih berat lagi.
ORANG BERILMU TIDAK MUDAH DI"BAKAR".
Baru-baru ini kita lihat di sekeliling kita ada isu panas yang menjadi isu nasional apabila seorang blogger pornografi dan teman wanitanya mengeluarkan sekeping foto yang mengucapkan selamat berbuka puasa kepada umat Islam dengan bakuteh (menu sup tulang babi). Orang Islam jadi marah sehingga ke peringkat nak membunuh pasangan ini serta menghabiskan banyak masa bersembang memaki hamun dalam internet. Beberapa hari selepas itu, seorang lelaki berbangsa Cina yang menghina Islam diculik dan dibelasah oleh 8 orang lelaki Melayu beragama Islam dan ditinggalkan dalam keadaan bogel di lebuhraya DUKE. Islam itu indah dan ada cara yang sangat indah yang Nabi sendiri dah buktikan berkesan.
Banyak kali dah orang BAKAR kita dan kita boleh TERBAKAR. Cuba kalau orang cucuh api pun tapi kita tak menyambar api itu seperti minyak petrol yang dicucuh mancis. Kerana kita boleh terbakar itu yang mereka SENTIASA nak bakar. Ada yang bising kononnya kita kena beri pelajaran keras untuk mereka tetapi setiapkali dihina kita melayan dengan hati panas terbakar dan mereka lakukannya semula. Mengapa tidak kita ikut cara Nabi iaitu dengan hikmah, barulah orang lepas ni senyap kerana KITA SUDAH PANDAI. Dibakar pun tak terbakar pada ketika itu.
Sebelum itu kami ingin mengingatkan sekalian pembaca untuk berfikiran terbuka dan tidak melatah jika pendirian wahyu dan fakta ini tidak sebulu dengan fahaman anda. Jika disorot semula, bagaimanakah seorang kartunis tidak ternama menjadi popular dalam dunia ini hanya kerana melukis karikatur Nabi Muhammad s.a.w. Kita diBAKAR dengan sentimen begitu. MUSLIM seluruh dunia buat rusuhan, demostrasi, melontar caci dan keji dalam laman sosial dan macam macam lagi.
Respond sebegitulah sebenar yang menjadi TUJUAN mereka, kerana ingin membuatkan kita terbakar hati, jadi tidak rasional dan gerak ekonomi kita jadi ‘terencat’. Semua ambil cuti, tinggalkan rumahtangga, tutup niaga dll untuk berdemostrasi. Kesemua itu jika dihitung mungkin melebihi 1 BILLION MAN HOUR orang-orang Islam yang menjadikan dunia Islam KERUGIAN BERBILLION-BILLION DOLLAR hanya disebabkan sentimen yang digunakan untuk MEMBAKAR diri kita sekaliannya. Sama juga, isu seorang blogger porno yang tidak layak dilayan sama sekali dengan kerendahan akhlaknya tetapi kita jadikannya isu nasional. Biarlah pihak berkuasa mengambil tindakan menghukum dan bukannya kita membazir jutaan JAM keseluruhannya dek kemarahan hanya disebabkan foto ucapan berbuka puasa dengan bakuteh.
Bukan kami tak sensitif dengan isu itu. Malah SECARA SEMULAJADINYA, kami juga sangat marah dan terguris dengan tindakan sebegitu. Tetapi pernahkah anda selongkar dalam hadith mana satukah atau ayat quran yang mana satukah yang membenarkan hinaan dibalas hinaan? Nabi diludah, dibaling batu, ditabur pasir atas kepala dll, tetapi Nabi tidak membalasnya lantaran MEREKA JAHIL.
ALlah berfirman dalam surah Al Muzzammil, 10 & 11. Dan bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara yang baik. Dan biarkanlah Aku (saja) bertindak terhadap orang-orang yang mendustakan itu, orang-orang yang mempunyai kemewahan dan beri tangguhlah mereka barang sebentar.

YANG NI BACA BETUL-BETUL...
Orang Cina pada hakikatnya BUKANLAH KAFIR (‘Kafir ‘dalam bahasa Arab, dalam bahasa Melayunya ‘INGKAR’). Jika ingkar, pasti dari kalangan mereka yang tergolong TELAH mendapat KEFAHAMAN, PERINTAH dan KETETAPAN (seperti kita orang ISLAM) yang kemudian diINGKARi. Orang Cina dan yang beragama lain tidaklah kafir tetapi mereka JAHIL tentang Islam (Jahil bukan bodoh, zaman jahiliah dulu pun orang dah pandai kejuruteraan, perniagaan dan ketenteraan. Maka JAHIL itu adalah terkait dengan TIDAK ADA ILMU tentang Islam itu sendiri). Tugas kitalah mencuba berbaik dengan mereka, mencari ilmu buat panduan perlaksanaan yang terbaik sehingga mereka tertarik dengan Islam sebagai agama untuk SEMUA KAUM ini. Cari ilmu buat bekalan menjelaskan kepada mereka dengan tepat dan yakin.
Benarlah Nabi sangat keras dengan orang KAFIR (tetapi bukan dengan orang JAHIL). Perang selepas termeterainya ‘Piagam Madinah’ dan juga perang-perang sebelum Hudaibiyah tidak disebabkan EJEKAN (membakar sentimen) tetapi apabila lembing, panah dan busur sudah mula digunakan, ketika itulah kewajipan Islam untuk BERPERANG mempertahankan diri.
Islam adalah agama PENUH ILMU dan dengan ilmu itu tadi, Nabi mampu COOL dan tidak terbakar dengan sakat-sakat dan hinaan orang Musyrikin Makkah malah baginda sangat COOL dengan mereka. Begitu juga Nabi Ibrahim yang masih COOL walaupun keseluruhan kerajaan Namrud dan warganegaranya semua menghina dan mencaci (membakar sentimen amarah) Nabi Ibrahim, tetapi dek kerana ILMU YANG BAGINDA ADA yang bernilai melebihi hidup 1000 bulan itulah yang membuatkan baginda tidak terbakar dan mampu menjadi BAPA kepada Agama Islam yang kita anuti sekarang ini.
Ikutilah contoh Muhammad s.a.w., dan ahli keluarga baginda, sepertimana Nabi Ibrahim a.s. dan keluarga baginda. Itulah bacaan kita dalah tahiyat solat setiap hari.
Carilah lailatulqadar dalam cara mutasyabihat yang ‘logik dan saintifik’, tanpa menunggu sesuatu yang ‘magik dan mistik’, yang tidak ada sesiapapun manusia yang hidup kini pernah melihat sendiri kesemua pokok-pokok sujud dan api-api pelita menjadi tidak panas dan air pula menjadi beku, melainkan dengan sangka-sangka sahaja. Islam itu SEJAHTERA dan sekiranya kita mengambil pendekatan tidak sejahtera itu bermakna kita bukan Islam.
Masa kecil dulu, kita selalu menangis bila disakat dan diejek oleh orang lain. Lagi kita nangis, lagi orang suka sakat. Emak-emak kita pun pesan, biarkan sahaja...bukan luak pun. Maka itu juga pesanan kami kepada khalayak pembaca sekalian. Gunakan AKAL dan bukan NAFSU dalam membuat pertimbangan.
Bagi mereka yang tidak setuju, harap kita dapat berhujah dengan hemah.
Ada terlalu banyak dalil naqli yang ternukil dalam al-Qur’an dan Hadis. Anda yang mencari ilmu tentu telah lebih banyak menimbun dalil tersebut. Kalau kami masukkan kesemuanya ramai yang komplain terlalu panjang dan macam-macam lagi. Yang ingin kami kongsikan di sini ialah ‘groundbreaking’ dan ‘code breaking’ nya.
Ilmu Allah itu ibarat puzzle yang harus dikumpul lengkap semua kepingan dan menyusun dengan betul untuk dapat gambaran dan memahami maksud sebenanrnya. Harus di lihat dari ‘mata burung’ atau ‘helicopter view’ untuk lebih jelas. Ibarat hujan dan embun yang harus dikutip, atau air mata air, dikumpul melebihi 2 qolah untuk mampu menyucikan sebarang keraguan yang bersarang selama ini, kemudian dialirkan seperti sungai yang mampu kekal mutlak, menghayutkan bangkai dan menghidupkan manusia, binatang dan tumbuhan.
Semuga kupasan kasual ini mampu memecah minda dan sama sama muhasabah diri untuk memacu ISLAH (pembaikan) di hari muka. Semuga kita mampu mencorak anak-anak melakukan amal SOLEH, amal yang berkesan memperbaiki diri hari demi hari.
Selamat BERPUASA, bersulam iqra’, tadarus al-Qur’an penuh kefahaman mencari LAILATUL QADAR.

PERKONGSIAN HASIL IQRA’
Warga Prihatin
BERSAMBUNG...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Oven @ UmmiCupcakes~

~KeDaiKiTa 2U~

.::PENASIHAT & PAKAR LAKTASI MALAYSIA::.

PERSATUAN PENASIHAT DAN PAKAR LAKTASI MALAYSIA (PPPLM)
7A, Jalan Kolam Air, Kg Klang Gate Baru,
53100 Kuala Lumpur
TEL: 03 - 4107 3678 / Faks: 03 - 4107 2862
E-mel: ppplm@susuibu.org / Website: www.susuibu.org

Pn. Kamariah (SusuIbu)-Bangi
(603) 8925 4614
Website: susuibu.com

Pn. Rita Rahayu (MLO)-Seri Kembangan
+6(013)-3639567 / +6(016)-2076755
Website: http://www.momslittleone.com/

Puan Suraya (Lunatots) - Cheras
(012) 5880515
Website: http://www.diyaluna.com/diary/

Puan Farah Farhan - Shah Alam
(012) 6448091
Website: http://www.sarakids.com/blog/

Puan Zatul Hijanah - Klang, PJ
(016) 3855189

Puan Ida Murni - Seremban, Melaka dan Johor
(012) 2969054