Mari kita rujuk dari artikel ke-6 Sains Puasa yang sebelum ini kita rumuskan. Pada ketika itu kita bercerita API YANG TIDAK MEMBAKAR. Dari apakah Syaitan ini diciptakan? Dari api kan? Dari jiwa yang marah di situlah ‘laluan’ syaitan.
Pada malam Lailatul Qadar nanti, kita dibasahi dengan ilmu-ilmu yang lebih besar nilainya berbanding ilmu terkumpul selama 83.33 tahun (1000 bulan). Ketika itu tidak akan ada API yang mampu membakar hati kita. Dalam kata lainnya, tidak ada syaitan yang ‘mampu’ membinasakan kita.
Syaitan datang dari api. Api bersifat panas. Kemarahan juga bersifat panas. Jadi Syaitan dan Marah ada similariti sifatnya. Boleh nampak logik sains (Sosiologi, Psikologi) nya?
Dalam ibadah puasa kita perlu menahan diri dari melayankan nafsu kita. Makan itu adalah satu ‘keperluan’, tetapi pelbagai ‘citarasa’ atau ‘selera’ melampau untuk memenuhi keperluan makan itulah ‘nafsu’.
Biasa kita dengar ungkapan seperti,
“ Aku marah betul dengan si fulan, rasa macam nak makan ajer, macam nak telan sajer”
“ Aku tak mampulah nak nasihatkan dia tu? Tak ‘makan’ saman”.
“ Aku tak boleh ‘makan’lah hujah dia tu”. Dan macam-macam lagi terkait dengan makan.
Semua itu membawa maksud bahawa kita cuba untuk ‘peduli’ pada seseorang, cuba untuk ‘makan’ kebatilan dan kejahatan seseorang sewaktu cuba untuk menasihati mereka, juga seperti cuba untuk ‘makan kejahilan (ilmu)’ seseorang dalam sesi berhujah. Nampak tak bahawa secara mutasyabihat, ‘makan’ itu ada kaitan dengan ‘hujah’, ‘idea’, ‘pendapat’, atau ‘sikap’ pihak lain yang tersaji depan kita.
Mari kita lihat analogi makan sebagai ‘keperluan’ dan ‘selera’ sebagai nafsunya. ‘Marah’ itu juga kadangkala satu ‘keperluan’, tetapi bila berlebihan dan tidak ber’pada’ itulah ‘nafsu’nya. Sebagai contoh, api nak buat memasak itu ‘keperluan’, tapi api nak buat bakar rumah wakil rakyat kawasan anda, itulah ‘nafsu syaitannya’.
Lurut semula artikel sains puasa sebelum-sebelum ini yang kita bicarakan tentang bagaimana puasa ini satu disiplin mendidik nafsu.
SYAITAN DIIKAT DALAM BULAN PUASA?
Kita tidak menafikan syaitan yang ‘ghaib’, yang ‘halus’ itu wujud dan sedang diikat di mana-mana tempat mereka diikat. Tetapi ‘rakan baik’ dan ‘tentera’nya masih bersama kita iaitu ‘nafsu’ kita sendiri. Lihat, nafsu juga membawa ciri-ciri syaitan antaranya ialah ‘amarah’ yang bersifat ‘api’ (asas kejadian syaitan).
Contohnya, British jajah tanah Melayu dan kemudian Tunku Abdul Rahman mendapat kemerdekaan dan British balik ke negara asal mereka. British telah tiada di Malaysia TETAPI kita masih ditadbir dengan sistem British sehingga hari ini. Juga seperti anak kecil yang bermain kereta mainannya dengan tangan. Atas perkembangan teknologi, boleh saja anak kita bermain kereta yang tidak gunakan tangan lagi (direct contact) sebaliknya menggunakan alat kawalan jauh sahaja. British dengan sistem kawalan jauhnya juga masih mentadbir Malaysia dalam bentuk sistem dan perlembagaannya. Betul tak?
Syaitan juga begitu. Syaitan Laknatullah meng’instalasi’kan ‘sistem syaitan’ di dalam nafsu kita sehingga mereka tidak perlu ada direct contact tetapi sekadar membiarkan nafsu kita me’rajai diri kita sendiri. Syaitan sudah boleh bercuti selepas itu.
Yang diikat dalam bulan puasa itu siapa? Dan juga siapa yang IKAT syaitan itu?
Kadang-kadang terfikir juga kalau anda membayangkan syaitan ada ‘bersama-sama’ kita. Takkanlah syaitan tak bertembung dengan Malaikat Rokib & Atib di bahu kanan dan kiri kita? Dan takkan juga syaitan tak berselisih dengan Malaikat Maut yang menjenguk kita berpuluh-puluh kali sehari? Padahal Malaikat itu juga yang akan mencabut nyawa Syaitan itu nanti selepas penangguhan umur syaitan tamat.
Susah nak difikirkan dari sudut begitu kan?
Nah, sebenarnya ‘PUASA kitalah yang mengikat Syaitan itu’ melalui "Operating System Kesyaitanan" yang telah di’install dalam NAFSU kita. Puasa itu kan mengawal nafsu, jadi itulah mekanisma kita mendidik nafsu supaya nafsu yang panas itu kita mampu sejukkan dengan AKAL, contohnya melalui pem’bacaan’ yang berbentuk Iqra’ yang jelas sebagai sumber kefahaman yang menghidupkan hati, bukan sekadar me’lagukan, menghafaz, men’syairkan ‘tilawah’ dan mentadarus bacaan yang tidak lansung kita fahami.
Renungkan Firman Allah dalam Surah 36. Yaasiin ini,
36:69. Dan Kami tidak mengajarnya syair; ia tidaklah patut baginya. sesungguhnya Ia hanyalah satu zikir dan sebuah 'pembacaan' (iqra') yang sangat jelas.
36:70. Supaya dia memberi peringatan kepada seorang yang 'hidup', dan supaya diperbetulkan (dengan yang haq) Ucapan ke atas orang-orang yang ingkar (kafir).
Surah 69. Al Haaqqah
69:40. Sesungguhnya ia adalah ucapan rasul yang mulia (berkaromah).
69:41. Ia bukanlah ucapan seorang penyair; sedikit sekali kamu mempercayai,
69:42. Dan bukan juga ucapan seorang tukang tilik; sedikit sekali kamu menzikirkannya (baca dan fikir).
Bacaan Talkin kubur antaranya ialah soalan kubur – “siapa IMAM (ikutan) kamu? Jawabnya ‘al-Qur’an. Siapa Penghulu kamu? Nabi Muhammad s.a.w.
Sebagai umat Islam yang dipertanggungjawabkan untuk menegakkan dan menggalang agama ini, bolehkah kita sekadar wakilkan saja kepada pihak lain, dan kita tidak lansung berusaha sendiri untuk cuba menilai ‘sajian’ pelbagai sumber yang bermacam-macam percanggahannya sebelum kita makan?. sehingga dengan tabiat itu terlalu banyak ‘alimiin’ yang berpeluang ‘menjual’ agama. Terbitlah bermacam-macam ajaran, Nabi Palsu, Rasul Melayu, Tuhan Langit, Tuhan harun, Syiah, Wahabi dan macam-macam lagi ‘terbitan’ Islam selepas wafatnya Rasulullah s.a.w. kita ikut saja.
Lebih banyak kitab terbitan, akan lebih banyak kekeliruan. Allah menyatakan orang jahil sahaja yang suka menulis kitab. Ini adalah kerana LABA dunia yang sedikit dan sementara sifatnya. Tidak sepadan dengan NILAI ilmu Allah.
Firman Allah di Surah 2. Al Baqarah
2:78. Dan antara mereka adalah ummiy, tidak mengetahui al-Kitab melainkan hanya dengan khayalan, dan semata-mata sangkaan.
2:79. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang menulis al-Kitab dengan tangan-tangan mereka, kemudian mereka berkata, "Ini daripada Allah," supaya mereka menjualnya untuk harga yang sedikit; kecelakaanlah bagi mereka kerana apa yang tangan-tangan mereka menulis, dan kecelakaanlah bagi mereka kerana usaha-usaha mereka.
Nah, janganlah kita cuba tipu diri kita sendiri lagi. Ingatlah, setiap hari Malaikat Izrael menjenguk kita. Di kubur nanti kita sendirian untuk menjawab semua soalan? Berapa kali telah kita baca terjemahan al-Qur’an seumur kita. Sejauh mana kita ambil inisiatif untuk iqra’kan, nota’kan, shortnote’kan, kemudian kita cuba teliti AYAT YANG BERBENTUK TULISAN itu melalui proses iqra’, kajian dengan AYAT KASAR BERBENTUK GAMBARAN di alam ini (picture tells thousand of words). JIKA AYAT HALUS SEBUT LEMBU, POKOK, KERA, BABI,... SEJAUH MANA KITA LIHAT SEMUA ITU DAN TAFAKURKAN GAMBARAN AKHLAK, PROSES KEJADIAN SEMUA ITU DENGAN APA YANG TELAH KITA BACA DAN CUBA MEMAHAMI DARI AYAT HALUS TADI..? Sudahkah kita rujuk sendiri kebenaran semua bacaan dari ribuan kitab lain, atau PELBAGAI sumber ‘sajian ilmu ajaran’ macam-macam orang ‘alim’ ikutan kita yang SANGAT MENYELERAKAN itu dengan al-Qur’an, untuk memfurqon’kan kebenaran atau khilafnya.?
Sebenarnya, Sumber Tenaga untuk AKAL ialah ILMU yang bersifat air yang sejuk lagi menyejukkan. Tidaklah kita senang-senang melompat melatah kononnya melancarkan jihad hanya dek kerana diprovok dengan blogger seks yang tak berakhlak yang tak berbaloi nak dilayankan. Malulah jika Malaysia mencipta sejarah ulangan 13 Mei disebabkan oleh seorang blogger lucah?? Jangan sampai dunia ketawakan kita dan anak cucu kita juga nanti bakal ketawakan kebodohan kita.
Nafsu akan jadi panas dengan provokasi begitu. Tetapi AKAL akan pertimbangkan provokasi itu dengan ILMU. Jika ilmu pun tak dicari dalam bulan puasa ni, bagaimanakah kita nak kawal nafsu kita dengan akal kita sendiri?
Jika ILMU kita terpaksa kita sandarkan SEMUANYA kepada alimin, habib, sheikh dan ulama’ SAHAJA, maka adakah mereka yang akan menyejukkan nafsu panas kita? Jika bukan, sila berikan akal anda MINUMAN dengan ilmu.
Jika Allah sendiri dengan tegas ‘memerintahkan’ kita mempergunakan ‘akal’ (rujuk Siri Sains Puasa yang lepas), mengapa kita sewenang-wenang mengikuti kebanyakkan manusia yang mengatakan ISLAM dan KEKUASAAN ALLAH tidak mampu difikirkan dengan akal dan logik? Adakah HANYA KERANA mereka (para ilmuan) tidak mampu jawap penjelasan sesuatu perkara, lantas dijawabnya dengan sajian ‘berduri’ berbunyi "Islam tak boleh dijangkau dengan akal". Soal hadith begitu juga, ada para alimin yang terus menerus menjatuhkan hukum "Ini hadith Dhoif" agar ditolak perawiannya tanpa penjelasan, HANYA kerana mereka tidak dapat menjelaskan rasional di sebalik hadis itu.
MAKANAN NAFSU IALAH AMARAH tetapi MAKANAN AKAL IALAH ILMU. Sangkaan-sangkaan negetif sebegini adalah "Software" Syaitan dalam nafsu kita itulah yang kita IKAT supaya tujuan ikatan itu untuk menundukkannya di bawah pentadbiran akal. Jika kita bertuhankan nafsu, memanglah budak kecil 3 tahun ajak gaduh pun kita layan bertumbuk juga. Malah dengan orang yang anda tahu tak layak untuk berdebat pun anda layankannya kerana nafsu amarah. Akhirnya kedua-duanya terbakar hangus dan kedua-duanya rugi. JIKA anda berdebat hanya dengan mereka yang anda lihat menggunakan akal ia akan jadi indah. Ini kerana jikalau anda menang, anda dapat 2 kebaikan iaitu yang pertama kerana anda menang dan lebih yakin kefgahaman anda betul dan yang kedua kerana anda mengajarkan orang yang kalah itu apa yang lebih betul. Yang kalah hujah, masih bawa balik 1 kebaikan iaitu mengetahui ada hujah akal yang lebih baik, yang menambah 1 lagi hazanah ilmu yang ‘masuk akal’ dalam diri anda.
Tak perlu pergi jauh, kita intai parlimen Malaysia sahaja sudah cukup. Anda rasa mereka berhujah dengan akal ke atau nafsu? Betul tak YB Pasir Salak?
Sebab itulah, apabila anda membayangkan syaitan yang ghaib ‘telah di’ikat’, tetapi yang sedang berPUASA masih ramai yang tak berubah, malah lebih teruk lagi dalam bulan puasa. Di bulan inilah ikan, daging, ayam semua jadi mahal, supermarket lanjutkan masa, bazar ramadhan macam cendawan tumbuh dll. Tapi kali ini, kita bukakan sains Syaitan diikat itu dalam perspektif yang lain dan diharap anda mampu memahaminya dengan jelas.
Lemahnya nafsu bermakna akal menjadi kuat.
Kuatnya nafsu akan menjadikan akal menjadi lesu.
Puasa kali ini, kita ikat nafsu kita, dan kekangnya supaya akal kita mampu jadi tuan. Jangan semasa bulan Ramadhan sahaja, kerana ‘baroqah’nya Ramadhan ini ialah ilmu / tarbiyah supaya kita meneruskan kekangan dan ikat’kan nafsu itu berterusan pada bulan-bulan yang lainnya. Rihat (tarawikh)kan ‘nafsu’ untuk solat lebih rakaat, selepas berbuka, di racik dan dirumus (tahiyat’kan) sedikit-demi sedikit menjadi 2 rakaat. Penemuan ilmu semasa berpuasa, dan Tarawikh ini boleh kita teruskan ‘’praktik’nya sepanjang tahun kedepan, itu maksud ‘berkat’ (cukup, berpanjangan, berkesinambungan). Sebab itu Ramadhan di panggil ‘al-Mubarakh’.
Jika ada yang kurang jelas dengan artikel ini, kami harap anda boleh ulangkaji perlahan-lahan artikel-artikel SAINS PUASA yang berangkai itu dari artikel pertama lagi.
Kami tutup celoteh kali ini dengan pesan Rasulullah s.a.w. " Bersegeralah utk lakukan amal soleh (yang memberi ISLAH / pembaikan) apabila telah muncul 6 perkara:
1. perlantikan pemimpin2 yg BODOH,
2. ramainya bilangan POLIS (diperlu kerana banyaknya JENAYAH),
3. PENJUALAN KEPIMPINAN (jawatan),
4. tiada penghargaan terhadap DARAH,
5. pemutusan silaturahim (PERPECAHAN),
6. orang-orang mabuk (YANG TIDAK FAHAM APA YANG DIKATA) yg jadikan AlQuran sebagai bahan nyanyian di mana mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar menyanyikannya, walaupun orang tersebut adalah orang yg paling SEDIKIT ILMU KEFAHAMANNYA”: HR Tabrani
Jazakallah
Hasil iqra’
WARGA PRIHATIN
bersambung...
Part 1 -KLIK SINI
Part 2 -KLIK SINI
Part 3 -KLIK SINI
Part 4 -KLIK SINI
Part 5 -KLIK SINI
Part 6 -KLIK SINI
No comments:
Post a Comment