Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca yang budiman.
Alhamdulillah dah masuk topik ke-6 kita melanjutkan perbincangan dalam
kupasan sains gunaan PUASA untuk menjadi panduan kami dan mereka yang
memahaminya. Sebenarnya kami rasa malu dan rendah diri nak kongsikan
hasil kajian yang tidak seberapa ini, takut dikata nak menunjuk
pandai pulak. 8 tahun kami berada di sini menelusuri liang ilmu dari
ilmu pada setitik embun di atas sehelai daun sehinggalah dirasakan cukup
2 kolah atau menjadi air mata air seterusnya mampu memberi penghidupan
kepada 105 orang anak-anak dan Warga Prihatin.
Bagi yang
melompat terus ke bahagian 6 ini, adalah dinasihat untuk menyusuri
semula artikel berangkai ini dari bahagian pertama lagi. Bukannya apa,
cerita sains di sebalik puasa ini adalah satu kupasan mutasyabihat dari
perkataan-perkataan muhkammat dari dalam Al-quran dan sunnah itu
sendiri. Maka sangat molek sekiranya anda semua membuat ulangkaji dan
memeriahkan perbincangan sekiranya ada ada kelainan pendapat atau input
tambahan. Kami lari dari ambien tipikal untuk menceritakan agama dalam
perspektif spiritual tetapi kami gandingkannya kini dalam perpektif
intelektual dan sains gunaannya, samada sains biologi, sosiologi maupun
Psikologinya. Harapan agar Islam mampu jadi hebat semula sehebat sebelum
SAINS dan ISLAM itu dipisahkan angkara Mubaligh Kristien bernama Snouck
Hurgronje yang menyamar sebagai KIAI HAJI ABDUL GHAFUR.
LAILATULQADAR - MALAM YANG BERKADAR 1000 BULAN
Lailatul qadar adalah satu fenomena yang orang Islam tunggu-tunggu pada
setiap 10 malam terakhir. Ia adalah 1 malam yang bersamaan dengan 1000
bulan iaitu kira-kira seumur hidup manusia jumlah kasarnya (83 TAHUN).
Ia adalah satu fenomena groundbreaking yang jarang-jarang berlaku dalam
seumur hidup tetapi ia sangat berbaloi jika kita mencari dan mampu
menemuinya. Adakah pernah anda semua merasai Lailatulqadar?
Nabi menerima wahyu pertama pada 17 Ramadhan dan dengan wahyu itu nabi
mampu meng’iqra' (mengkaji - rujuk artikel bahagian 2 sebelum ini). Dari
iqra’ itulah baginda tilawah dan tadaruskan (bacaan berulang-ulang)
sehingga baginda menjumpai 1 penemuan yang tidak ada tolok bandingnya
dalam seumur hidup baginda iaitu ILMU ALLAH yang Maha Besar.
Salah satu tanda yang dikhabarkan ada pada malam Lailatulqadar ialah
apabila api menjadi tidak membakar. Menarik tu? Semasa membincangkan ini
bersama 20 orang jemaah lainnya, kami sempat bertanya adakah mereka
pernah mencuba jari-jari mereka melalui api pada 10 malam terakhir
Ramadhan? Rupanya, ramai juga yang mencuba kaedah itu dengan harapan
lailatul qadar itu akan tiba dalam salah satu harinya. Ada yang
menceritakan pengalaman bermalam di masjid selepas terawih sepanjang 15
hari terakhir Ramadhan selama 7 tahun berturut-turut semasa kecil dulu.
Akhirnya, ramai juga yang melecur-lecur jari dek kerana mengacu-ngacu
jari ke api pelita.
Nabi Ibrahim juga mempunyai sejarah yang
sama iaitu apabila baginda dihumban ke dalam api dari timbunan ‘kayu’
yang marak atas arahan Raja Namrud ketika itu. Tetapi dengan yakinnya,
baginda masuk ke tengah api itu tanpa mampu dibakar gejolak api. Itu
kerana, Nabi Ibrahim telahpun iqra dan mentadaruskan iqra sehingga
menemui ISLAM itu sendiri. Itulah asal SUHUF asal agama ini (ISLAM).
Sebab itulah, dengan ilmu wahyu yang sifatnya seperti air mengalir itu
membuatkan Nabi Ibrahim boleh COOL dalam gejolak bakaran api itu.
Sekarang ada 2 kes, Nabi Muhammad dan Nabi Ibrahim yang kedua-duanya
dalam keadaan yang PANAS (Ramadh). Nabi Ibrahim ramadh dengan kaumnya
dan Raja Namrud dan tidak dilupakan oleh bapa baginda sendiri dan
kemudian barulah menjumpai TUHANNYA sendiri (Allah) setelah lama
mencari. Itulah lailatul qadar besar untuk baginda yang hanya berlaku
SEKALI sahaja dalam umur baginda (kita cari tiap-tiap tahun dan tak
jumpapun, cuma kadang-kadang orang bercerita macam betul-betul jumpa
kononnya. Lagi-lagi orang-orang yang perwatakan warak sahaja cerita
terus kita pecaya tanpa dakwa dakwi).. Nabi Muhammad pula menemui Islam
dalam keadaan Ramadh (Ramadhan) juga, iaitu Panas / huru hara / kacau
bilau dll tetapi setelah turunnya wahyu pertama iaitu IQRA lalu baginda
tadaruskan sehingga baginda menjumpai petunjuk sebenar ILMU BESAR ALLAH
iaitu Al-Quran.
ILMU kita kupaskan sebelum ini tepat dengan
analogi air. Air dan ilmu mempunyai sifat sama. Kedua-duanya mengalir
dan sejuk juga menyejukkan. Maka secara sainsnya, jika dalam keadaan
berair kita akan jadi susah untuk dibakar.
Ulang semula. DALAM
KEADAAN BERAIR MEMANG SUSAH UNTUK DIBAKAR. Terjemahkah sedikit
mutasyabihatnya DALAM KEADAAN BERILMU (kefahaman yang mendalam dan
meyakinkan) MEMANG SUSAH UNTUK KITA JADI PANAS HATI.
Mudahnya, JIKA DADA ADA ILMU ISLAM, TIADA SIAPA MAMPU BAKAR HATI KITA.
Cuba baca semula dari perenggan sebelum-sebelum ini jika masih tidak
faham. Kerana kita akan masuk kepada penjelasan yang lebih berat lagi.
ORANG BERILMU TIDAK MUDAH DI"BAKAR".
Baru-baru ini kita lihat di sekeliling kita ada isu panas yang menjadi
isu nasional apabila seorang blogger pornografi dan teman wanitanya
mengeluarkan sekeping foto yang mengucapkan selamat berbuka puasa kepada
umat Islam dengan bakuteh (menu sup tulang babi). Orang Islam jadi
marah sehingga ke peringkat nak membunuh pasangan ini serta menghabiskan
banyak masa bersembang memaki hamun dalam internet. Beberapa hari
selepas itu, seorang lelaki berbangsa Cina yang menghina Islam diculik
dan dibelasah oleh 8 orang lelaki Melayu beragama Islam dan ditinggalkan
dalam keadaan bogel di lebuhraya DUKE. Islam itu indah dan ada cara
yang sangat indah yang Nabi sendiri dah buktikan berkesan.
Banyak kali dah orang BAKAR kita dan kita boleh TERBAKAR. Cuba kalau
orang cucuh api pun tapi kita tak menyambar api itu seperti minyak
petrol yang dicucuh mancis. Kerana kita boleh terbakar itu yang mereka
SENTIASA nak bakar. Ada yang bising kononnya kita kena beri pelajaran
keras untuk mereka tetapi setiapkali dihina kita melayan dengan hati
panas terbakar dan mereka lakukannya semula. Mengapa tidak kita ikut
cara Nabi iaitu dengan hikmah, barulah orang lepas ni senyap kerana KITA
SUDAH PANDAI. Dibakar pun tak terbakar pada ketika itu.
Sebelum itu kami ingin mengingatkan sekalian pembaca untuk berfikiran
terbuka dan tidak melatah jika pendirian wahyu dan fakta ini tidak
sebulu dengan fahaman anda. Jika disorot semula, bagaimanakah seorang
kartunis tidak ternama menjadi popular dalam dunia ini hanya kerana
melukis karikatur Nabi Muhammad s.a.w. Kita diBAKAR dengan sentimen
begitu. MUSLIM seluruh dunia buat rusuhan, demostrasi, melontar caci dan
keji dalam laman sosial dan macam macam lagi.
Respond
sebegitulah sebenar yang menjadi TUJUAN mereka, kerana ingin membuatkan
kita terbakar hati, jadi tidak rasional dan gerak ekonomi kita jadi
‘terencat’. Semua ambil cuti, tinggalkan rumahtangga, tutup niaga dll
untuk berdemostrasi. Kesemua itu jika dihitung mungkin melebihi 1
BILLION MAN HOUR orang-orang Islam yang menjadikan dunia Islam KERUGIAN
BERBILLION-BILLION DOLLAR hanya disebabkan sentimen yang digunakan untuk
MEMBAKAR diri kita sekaliannya. Sama juga, isu seorang blogger porno
yang tidak layak dilayan sama sekali dengan kerendahan akhlaknya tetapi
kita jadikannya isu nasional. Biarlah pihak berkuasa mengambil tindakan
menghukum dan bukannya kita membazir jutaan JAM keseluruhannya dek
kemarahan hanya disebabkan foto ucapan berbuka puasa dengan bakuteh.
Bukan kami tak sensitif dengan isu itu. Malah SECARA SEMULAJADINYA,
kami juga sangat marah dan terguris dengan tindakan sebegitu. Tetapi
pernahkah anda selongkar dalam hadith mana satukah atau ayat quran yang
mana satukah yang membenarkan hinaan dibalas hinaan? Nabi diludah,
dibaling batu, ditabur pasir atas kepala dll, tetapi Nabi tidak
membalasnya lantaran MEREKA JAHIL.
ALlah berfirman dalam surah
Al Muzzammil, 10 & 11. Dan bersabarlah terhadap apa yang mereka
ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara yang baik. Dan biarkanlah Aku
(saja) bertindak terhadap orang-orang yang mendustakan itu, orang-orang
yang mempunyai kemewahan dan beri tangguhlah mereka barang sebentar.
YANG NI BACA BETUL-BETUL...
Orang Cina pada hakikatnya BUKANLAH KAFIR (‘Kafir ‘dalam bahasa Arab,
dalam bahasa Melayunya ‘INGKAR’). Jika ingkar, pasti dari kalangan
mereka yang tergolong TELAH mendapat KEFAHAMAN, PERINTAH dan KETETAPAN
(seperti kita orang ISLAM) yang kemudian diINGKARi. Orang Cina dan yang
beragama lain tidaklah kafir tetapi mereka JAHIL tentang Islam (Jahil
bukan bodoh, zaman jahiliah dulu pun orang dah pandai kejuruteraan,
perniagaan dan ketenteraan. Maka JAHIL itu adalah terkait dengan TIDAK
ADA ILMU tentang Islam itu sendiri). Tugas kitalah mencuba berbaik
dengan mereka, mencari ilmu buat panduan perlaksanaan yang terbaik
sehingga mereka tertarik dengan Islam sebagai agama untuk SEMUA KAUM
ini. Cari ilmu buat bekalan menjelaskan kepada mereka dengan tepat dan
yakin.
Benarlah Nabi sangat keras dengan orang KAFIR (tetapi
bukan dengan orang JAHIL). Perang selepas termeterainya ‘Piagam Madinah’
dan juga perang-perang sebelum Hudaibiyah tidak disebabkan EJEKAN
(membakar sentimen) tetapi apabila lembing, panah dan busur sudah mula
digunakan, ketika itulah kewajipan Islam untuk BERPERANG mempertahankan
diri.
Islam adalah agama PENUH ILMU dan dengan ilmu itu tadi,
Nabi mampu COOL dan tidak terbakar dengan sakat-sakat dan hinaan orang
Musyrikin Makkah malah baginda sangat COOL dengan mereka. Begitu juga
Nabi Ibrahim yang masih COOL walaupun keseluruhan kerajaan Namrud dan
warganegaranya semua menghina dan mencaci (membakar sentimen amarah)
Nabi Ibrahim, tetapi dek kerana ILMU YANG BAGINDA ADA yang bernilai
melebihi hidup 1000 bulan itulah yang membuatkan baginda tidak terbakar
dan mampu menjadi BAPA kepada Agama Islam yang kita anuti sekarang ini.
Ikutilah contoh Muhammad s.a.w., dan ahli keluarga baginda, sepertimana
Nabi Ibrahim a.s. dan keluarga baginda. Itulah bacaan kita dalah
tahiyat solat setiap hari.
Carilah lailatulqadar dalam cara
mutasyabihat yang ‘logik dan saintifik’, tanpa menunggu sesuatu yang
‘magik dan mistik’, yang tidak ada sesiapapun manusia yang hidup kini
pernah melihat sendiri kesemua pokok-pokok sujud dan api-api pelita
menjadi tidak panas dan air pula menjadi beku, melainkan dengan
sangka-sangka sahaja. Islam itu SEJAHTERA dan sekiranya kita mengambil
pendekatan tidak sejahtera itu bermakna kita bukan Islam.
Masa
kecil dulu, kita selalu menangis bila disakat dan diejek oleh orang
lain. Lagi kita nangis, lagi orang suka sakat. Emak-emak kita pun pesan,
biarkan sahaja...bukan luak pun. Maka itu juga pesanan kami kepada
khalayak pembaca sekalian. Gunakan AKAL dan bukan NAFSU dalam membuat
pertimbangan.
Bagi mereka yang tidak setuju, harap kita dapat berhujah dengan hemah.
Ada terlalu banyak dalil naqli yang ternukil dalam al-Qur’an dan Hadis.
Anda yang mencari ilmu tentu telah lebih banyak menimbun dalil
tersebut. Kalau kami masukkan kesemuanya ramai yang komplain terlalu
panjang dan macam-macam lagi. Yang ingin kami kongsikan di sini ialah
‘groundbreaking’ dan ‘code breaking’ nya.
Ilmu Allah itu
ibarat puzzle yang harus dikumpul lengkap semua kepingan dan menyusun
dengan betul untuk dapat gambaran dan memahami maksud sebenanrnya. Harus
di lihat dari ‘mata burung’ atau ‘helicopter view’ untuk lebih jelas.
Ibarat hujan dan embun yang harus dikutip, atau air mata air, dikumpul
melebihi 2 qolah untuk mampu menyucikan sebarang keraguan yang bersarang
selama ini, kemudian dialirkan seperti sungai yang mampu kekal mutlak,
menghayutkan bangkai dan menghidupkan manusia, binatang dan tumbuhan.
Semuga kupasan kasual ini mampu memecah minda dan sama sama muhasabah
diri untuk memacu ISLAH (pembaikan) di hari muka. Semuga kita mampu
mencorak anak-anak melakukan amal SOLEH, amal yang berkesan memperbaiki
diri hari demi hari.
Selamat BERPUASA, bersulam iqra’, tadarus al-Qur’an penuh kefahaman mencari LAILATUL QADAR.
PERKONGSIAN HASIL IQRA’
Warga Prihatin
BERSAMBUNG...
No comments:
Post a Comment