Salam semua pembaca celoteh dari kami Warga Prihatin. Terima kasih kepada semua yang telah menjadikan semua artikel-artikel kami tentang Sains di sebalik puasa itu satu capaian yang viral setiap kali dikongsikan. Jumlah capaian viral itu makin meningkat dari satu artikel ke satu artikel. Niat kami hanyalah untuk berkongsikan segala kebaikan Islam jika ia tidak dipisahkan dengan perlaksanaan SAINSnya.
Kalau sebelum ini kami kupaskan SAINS SOCIOLOGI PUASA, kali ini ingin kami kongsikan SAINS PSIKOLOGI nya pula, sains yang terkait dengan fungsi minda, fungsi akal.
Islam Agama syumul yang sangat komprehensif. Allah turunkan panduan dalam Al-Quran ternyata Allah berikan akal juga untuk kita semua memahami keseluruhannya dengan akal. Kata-kata alimin yang kononnya Al-Quran itu tidak boleh ditafsir-tafsir dengan akal adalah satu jawapan pelepas bagi mereka yang kurang jelas tentang beberapa bahagian yang seharusnya dibaca dalam bacaan mutasyabihat dan bukannya mukammat. Rujuk surah Ali-Imran ayat 190, ayat itu jelas menunjukkan AKAL kita mampu memahami apa yang ada di antara langit dan bumi (everything) dan dari silih bergantinya siang & malam (everytime). Maka, everything dan everytime kita sepatutnya mampu iqra'kan al-quran dalam alam ini.
Pendapat lemah itu sangat bertentangan dengan firman dan hadis-hadis berikut.
Surah Ali-Imran 3:7. Dia yang menurunkan kepada kamu al-Kitab, di dalamnya ayat-ayat muhkamat (menentukan secara lansung). Itulah ibu isi al-Kitab, dan yang lain mutasyabihat (berupa misal). Bagi orang-orang yang di dalam hati mereka menyimpang sesat, mereka mengikuti yang mutasyabihat daripadanya untuk menginginkan (menimbulkan) pertikaian, dan menginginkan interpretasi (takwil) nya. Tiada yang mengetahui interpretasinya kecuali Allah. Dan orang-orang yang mendalam dalam pengetahuan berkata, "Kami percaya kepadanya; semuanya daripada Pemelihara (Rob) kami"; dan tiada yang menzikirkannya (untuk mengambil pelajaran), kecuali orang-orang yang mempunyai minda terbuka (ulul al-baab).
Di dalam Al Qur’an Surah 2, Al Baqarah: 164 Allah Swt berfirman, “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa segala yang berguna bagi manusia, apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah matinya, Dia sebarkan di bumi segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) ayat-ayat (ayat kasar Allah) bagi kaum yang ber’akal”
Pedoman darinya, gunakan akal yang tajam untuk berfurqon selepas kita iqra’, meneliti ayat kasar Allah (nontekstual) yang terpapar dalam kitaran alam ini. Jangan harap untuk memahami keseluruhan ayat halus (tekstual) jika kita tidak rajin memerhati ayat kasar sebagai kayu pengukur ketepatan pemahaman ayat halus tadi dengan ayat kasarnya. Ini adalah kerana selepas menurunkan al-Kitab, Allah hadiahkan FURQON (Pembeda) agar kita mampu mengambil al-Qur’an sebagai panduan yang tepat.
Ini sesuai dengan firman Allah dalam Surah 3, Ali-Imran : ayat 3. “Dia menurunkan kepada kamu al-Kitab dengan yang benar, mengesahkan apa yang sebelumnya, dan Dia menurunkan Taurat dan Injil”, 3:4. “Sebelumnya, menjadi satu petunjuk bagi manusia, dan Dia menurunkan Pembeza (Furqon). Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, bagi mereka, azab yang keras; dan Allah Perkasa, Pendendam.”
Ia juga bertepatan dengan Hadis Nabi s.a.w. “Semua kebaikan didapati dengan akal, dan tiada agama bagi orang tak berakal.” Ingat tu…!, “TIADA AGAMA BAGI ORANG TIDAK BER’AKAL.” Dalam artikel sebelumnya telah kami rujuk firman yang “ALLAH MURKA ORANG YANG TIDAK MENGGUNAKAN AKAL”.
Sabda Nabi lagi, “Setiap sesuatu memiliki alat dan kendalinya, alat dan kendali bagi seorang mukmin adalah akalnya. Setiap sesuatu memiliki keutamaan, keutamaan seseorang ada pada akalnya. Setiap sesuatu memiliki puncak, puncaknya ibadah adalah akal. Setiap kaum pasti memiliki pemimpin, pemimpin para ahli ibadah adalah akal. Setiap orang kaya pasti memiliki harta, harta orang-orang yang bersungguh-sungguh adalah akalnya. Setiap yang runtuh adalah bangunan, bangunan yang paling megah di akhirat adalah akal. Setiap perjalanan yang ditempuh pasti terdapat tempat persinggahan, tempat persinggahan para muslimin adalah akal.”
Baiklah, mari kita menelusuri tajuk ke-4 kita tentang sains Puasa itu sendiri. Seperti yang kita tahu, ritual puasa itu dari sahur hingga ke iftar kita tidak makan dan minum juga tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti bersetubuh dengan isteri / suami atau datangnya haid. Tetapi apakah disebalik puasa itu sehingga Allah wajibkan puasa menjadi ritual sepanjang zaman untuk manusia beragama Islam? Pernahkah anda fikirkan apakah tujuan puasa?
PUASA MENDIDIK NAFSU MENINGGIKAN AKAL
Sebentar tadi dalam perenggan awal, kita nyatakan tentang al-quran itu mampu ditafsir dengan akal (al-Baqoroh 164, Ali-Imran,190) maka bagaimanakah untuk kita meninggikan keupayaan akal kita? Dalam diri kita Allah berikan 2 perkara yang mengimbangi satu sama lain iaitu AKAL & NAFSU.
Bukan nak kata nafsu itu patut kita buang terus kerana MALAIKAT dikatakan hanya diberi Akal tetapi tidak diberi nafsu dan kerana tiada nafsu itu malaikat perlu tunduk kepada manusia (Adam). Itu menunjukkan manusia adalah sebaik-baik kejadian kerana mampu mengadun secara fitrah Allah fungsi kedua-dua Nafsu dengan Akal.
TETAPI jika nafsu itu tidak didik, maka akal akan hilang kuasanya dan manusia AKAN JADI LAGI TERUK DARI BINATANG. Tak perlulah kami ceritakan senario-senario yang ada di dada akhbar dan internet tentang kebejatan manusia yang melampaui naluri haiwan itu. Anda semua pun sudah sedia maklum.
Dengan ini, kami rasa agak perlu untuk kita petik beberapa kisah JAUH & DEKAT untuk kita nampakkan iktibar PUASA yang actual dan ritual dalam sudut sains.
FENOMENA PERANG BADAR
Perang badar dimenangi oleh tentera Islam yang hanya tinggal 313 orang sahaja melawan 1000 lebih tentera Musyrikin pimpinan Abu Jahal. Bagaimanakah secara saintifiknya, puasa itu mampu menjadikan 313 orang ini kuat? Puasa itu terkait dengan menundukkan nafsu yang gelojoh dan meninggikan akal yang tenang.
Dalam keadaan kalut selepas ramai juga tentera Islam yang berpatah balik lari dari pertempuran, Nabi dan sahabat menggunakan AKAL YANG TENANG lalu nabi mengkobarkan semangat tenteranya yang hanya 313 orang tentang solidariti melalui MOTIVASI KETUHANAN. Di situ nabi perlihatkan kematian juga 1 kemenangan dan kemenangan juga 1 kemenangan. Pelbagai strategi perang yang hebat dan tidak terjangkau pemikiran Abu Jahal telah dilaksanakan yang menyebabkan kemenangan tentera Islam.
Kekuatan musuh pula hanyalah pada angka tetapi tidak pada motivasi ketuhanan yang dibawakan tentera Islam. Motivasi tentera musyrikin hanyalah untung dan laba yang besar apabila memenangi perang itu saja. Abu Jahal tersilap caturan, mereka menyerang pada masa bulan Ramadhan kononnya tentera Islam akan menjadi lemah tetapi sebaliknya Islam menjadi lebih kuat dek kerana nafsu yang ditundukkan dan akal yang ditinggikan.
FENOMENA PUASA & KEMENANGAN SULTAN MEHMET AL-FATEH
Sultan ini sangat terkenal dalam sejarah Islam dan sebagai orang Islam yang berjaya menembusi tembok Constantenople (Istanbul sekarang) dan merampasnya dari kerajaan Kristian Byzentine setelah dicuba lebih 700 tahun lamanya. Beliau menyudahkan misi dan aspirasi Rasulullah s.a.w. yang mensabdakan "Konstantenopal akan dirobohkan temboknya oleh satu balatentera yang terbaik yang dipimpin oleh seorang raja yang terbaik". Puluhan ribu tentera Al-Fateh dipilih dengan disiplin ritual puasa & solat yang menjadi tarbiah asas SEBELUM menjadi tentera Al-Fateh.
Tidak dilupakan, Al-Fateh sendiri lagi dasyat puasanya. Tidak cukup puasa wajib, puasa sunat sudah menjadi rutin biasa pada baginda sejak akil baligh. Seorang anak raja seharusnya tak perlu nak puasa nafsu. Beliau mampu dapatkan apa yang beliau mahukan dari perempuan yang cantik, makanan terbaik, istana yang besar tetapi dengan tarbiyah puasa ritual itu, baginda menjadi orang yang sangat optimis dan sangat BIJAK. Sekali lagi, kerana akalnya tertinggi disebabkan nafsu dapat beliau tundukkan.
Bukan mudah untuk seorang anak raja mengetepikan kemahuan baginda untuk terus berdiam dalam istana bersama isteri-isteri yang cantik juga melancong sampai ke Australia dalam kelas pertama (jika sekarang lah) dan makan di restoran-restoran yang mahal dan hebat. Tetapi baginda lebih memikirkan aspirasi Nabi untuk meruntuhkan tembok Konstantenopal itu dengan segala susah payah dan perit jerih. Jika tidak kerana AKAL yang kuat pasti tidak mampu baginda menurutkan kemahuan nafsunya yang semuanya telah tersedia.
Sudahnya, dengan ketinggian akal hasil terdidiknya nafsu itu, baginda mampu membedil roboh Konstantenopal dengan strategi yang tidak masuk AKAL (bagi orang yang berakalkan "nafsu") tetapi sangat sampai AKAL bagi yang menundukkan nafsu. Jika tiada ritual puasa itu sebagai tarbiyah baginda dan tenteranya sejak dari kecil lagi, maka tidaklah baginda mampu mendidik nafsu itu untuk perkara-perkara ACTUAL.
KES STUDI KEJAYAAN 20A ADIK MISKIN NIK NURMADIHA
Mungkin ada yang pernah dengar cerita adik Nik Nurmadiha. Tak perlu jauh kita terbang kerana beliau hanya pada zaman ini sahaja. Kemiskinan beliau mendesak beliau untuk kerap berpuasa sunat. Puasa itu mampu menjadikan tumpuan beliau berkurang pada perkara-perkara yang melalaikan seperti makanan, tengok wayang dan membeli belah. Satu, disebabkan beliau tidak mampu, kedua, disebabkan beliau mampu untuk tundukkan nafsunya dengan PUASA itu tadi.
Apabila nafsu ditundukkan, tiada lagi nak melepak dengan kawan atau makan McDonald di mana-mana bersama kawan sekolah sebaliknya yang ada hanya akal yang terus digunakan sehingga beliau menjadi pelajar terbaik SPM tahun 2008. Rumahnya sahaja sangat kecil dengan keluarga yang sangat miskin. PUASA itulah yang menjadikan akal adik Nik Nurmadiha digunakan sepenuh-penuhnya sehingga menjadi insan yang hebat dan berjaya.
KES STUDI SURVIVAL CANDIDSYNDROME (CS)
Kes ini juga tidak jauh, hanya dalam lingkungan kita juga. CandidSyndrome International merupakan agensi media fotografi & videografi terkenal di Malaysia sehingga ke luar negara. Pemiliknya, Saudara Saiful Nang & Azman Salikin juga tertarbiyah dek ritual puasa. Contohnya, Saiful Nang sendiri tidak pernah meninggalkan puasa semenjak beliau darjah 1 lagi. Pada ketika zaman kemuncak CandidSyndrome pada tahun 2008, beliau mampu untuk membeli walaupun sebuah Ferrari tetapi nafsu itu beliau puasakan dengan membeli BMW sahaja sebagai kereta CEO. Hasilnya CS mampu membuat reserve yang tinggi yang sukar dipercayai oleh saingan perniagaan beliau yang menjalankan perniagaan yang sama.
Hasilnya, pada tahun 2009-2010 apabila ramai saingannya gulung tikar kerana kehabisan modal disebabkan kegawatan ekonomi sub-prima CS di bawah Saiful Nang & Azman Salikin menggunakan reserve yang ada untuk mengembangkan lagi perniagaan menjadi sebuah kumpulan syarikat besar sehingga menerima Anugerah Malaysia Achievement Award 2010 dan juga Asian Youth Ambassador. Beliau juga menjadi feature di ChannelNews Asia dalam ruangan ikon "Asian of the Year" serta disenarai dalam majalah berprestij "TOP 10 OF MALAYSIA". Kemudian, Azman Salikin & Saiful Nang mewakafkan kepada RPWP seluruh keuntungan dari kumpulan syarikat itu selagi ada bintang, bulan dan matahari. Kereta BMW beliau dijual dan digantikan dengan Sebuah Mercedes terpakai sahaja untuk mengurangkan perbelanjaan. Sebuah lagi Mercedes peribadi beliau dan Satria Neo isteri beliau turut diwakafkan kepada RPWP.
Banyak lagi kes studi yang menunjukkan testimoni cemerlang dari fenomena TARBIAH RITUAL PUASA yang boleh di kutip dari founders RPWP sendiri. Termasuklah Pengasasnya Dr Hj Masjuki yang juga tidak pernah menginggalkan Puasa Ramadhan sejak darjah 1 lagi dalam situasi apa sekalipun. Juga fenomena PUASA Dr Intan Salwani yang datang dari keluarga ber’ada tetapi memilih untuk berpuasa. Insyaallah akan kami paparkan kemudian buat tauladan genersi akan datang.
KONKLUSI
Ramai juga kita yang berpuasa tetapi tak lain hanya dapat dahaga dan lapar sahaja. Bahkan LAPAR DAN DAHAGA itupun tak tentu lagi mereka dapat, bila sahur sahaja juadah satu almari, berbuka pula juadanya satu LORI. Sedangkan kita digalakkan merasai lapar dan dahaga sebenar-benarnya sebagai menginsafi penderitaan si fakir di luar sana.
Sekarang kita dah nampak bagaimana kes-kes jauh dan dekat telah kita telusuri dari disiplin PUASA itu dalam menundukkan nafsu meninggikan fungsi akal bukan? Kami mulanya mahu mengemukakan kes studi tentang akibat TIDAK ADA DISIPLIN PUASA yang mengakibatkan kegagalan banyak pihak, tapi kami rasa itu akan jadi tidak molek pula. Kami rasa anda sendiri mampu furqankannya kini dan lihat banyak entiti gagal disebabkan KEBOROSAN (tidak puasa) dan GELOJOH (tidak puasa) juga TAMAK (tidak puasa) dan STRATEGI YANG LEMAH (Tidak puasa / akal kurang tip top kerana nafsu jadi tip top).
Imam Ali bin Abi Thalib meriwayatkan “Allah Swt tidak membagikan sesuatu yang lebih afdhal kepada hamba-Nya melainkan itu adalah akal. Sesungguhnya, tidurnya orang yang berakal lebih baik dari terjaganya orang yang jahil, makannya orang berakal lebih baik dari puasanya orang yang jahil, dan berdirinya orang yang berakal lebih baik dari terbangnya orang yang jahil.” -
Maka, nikmat tuhan kamu yang mana lagikah yang kamu dustakan?
WARGA PRIHATINhttp://www.facebook.com/wargaprihatin
bersambung....
No comments:
Post a Comment