Salam uolss...
Tau tak kadang2 kita ni ada mood yang tiba2 tak dirancang.. Tingg! dia datang macam tu jer.. Surf n find hotel yang berdekatan dengan rumah just nk stay 1 nite n nikmati apa yang menarik disekitar hotel.. So tak lama nk buat keputusan. Just surf saje hotel di booking.com dapat la satu bilik kena dengan bajet yg ada. Hotel Royale Bintang Kuala Lumpur.. deng!
Nak merasa jadi pelancong di negara sendiri? Bermalam lah di KL.
Merasa pengalaman menjadi pelancong di Kuala Lumpur adalah satu pengalaman menarik sebenarnya.. Sebab apa tau.. Slalu datang KL ni pergi ke tempat yg kita nk tuju jer... Nak rayau2 pusing2 asyik fikir keadaan trafik yg menggile.. Tapi kami berkunjung kt KL time ni cuti umum..
Sabtu dan ahad sampai la cuti Wilayah disambung pula cuti Thaipusam.. Mewah cuti tahun ni.. Ghase utung la.. duduk Malaysia. Trafik memang smooth n clear.. KL dalam keadaan bertenang la time ni.. Macam taidak percaya Putrajaya - Bukit Bintang Kuala Lumpur hanya 25 minit pada pagi Isnin.. weee~
Dah sampai awal sekitar jam 11pagi, just konfemkan registration di kaunter.. Okeyh staff yg melayan kita di hotel ini almost Pinoy.. Pangako sayoo punye geng.. Datang2 aku terus nk berbahasa Inggeris sbb dalam booking.com ada sediakan borang sekiranya ada sebarang request dan pertanyaan kene tulis dalam bahasa Inggeris. Muahahahha. Malaysia kot.. Tapi itulah dia.. So no problem sgt asalkan bole faham english at least. Walaupun english tak habis belajar darjah 6 but ok la.. dia faham.
Dah setel semua bole terus parking di lot parking hotel yg disediakan di Basement. Mujur dengan harga RM250 per night - parking free, add bantal, blanket free, toiletries free dan segala kemudahan hotel free (Swimming pool + Gym). Include breakfast 2 adult dan kanak2 FREE. Affordable utk kami yg first time check in hotel di tengah2 bandar dpt view KLCC n Menara KL.. :) Itu dah sangat mengujakan Alhmdulillah..
BILIK SERDERHANA SELESA.
MAIN LOBBY HOTEL ROYALE BINTANG
DELUXE TWIN ROOM
VIEW MENARA KL & KLCC
toilet with buth tab.. bole rendam lelama.. hehe
Perabot dah agak lama.. Perhatikan sekitar frame cermin dalam toilet ada kesan2 capuk kayu frame dh lama.. tapi still tidak menjejaskan kebersihannya..^_^
TEMPAT MENARIK DISEKITAR ROYALE BINTANG KL..
shopping mall /complex berdekatan dengan hotel ni..
jalan kaki sahaja ikut lorong tepi sebelah Hotel Federal..
Hotel Federal berjiran dengan Hotel Royale Bintang..
jumpe Low Yatt Plaza.. masuk pintu Low Yatt shorcut utk ke
Berjaya Time Square..
ada apa dalam Berjaya Time Square?
berendam gelongsor dalam bath tab
kemudahan Wi-Fi
swimming pool
selfie dolohpatjam kt sini
kolam dibuka 7pagi hingga 7 malam
fitness center
menyesal ceq tak bawak kasut sukan..
huh rugi rugi rugi.
Spa.. harga pun menarik..mampu
menikmati pemandangan senja dari tingkat 15
sunset kat bando pun cung apa..
last but not least, ni yg nak sangat check-in hotel Kuala Lumpur..
ngeeeeee~
xoxo
itu saje cerita pasal berhotel 1 malam di Kuala Lumpur
time cuti umum.. Sangat santai...
by @junemrsfiraida
No comments:
Post a Comment