Salam uolsss...
hai.. Salam jumaat.. Semakin pantas putaran waktu.. Seperti baru semalam baru saje tempuh jumaat. Dah bertembung jumaat semula.. Maka berdebar2 juga menanti date travel ke negara jauh skit dari biasa..
Dalam setahun usia tiket ni, konfem la kita slalu ambil enteng nk buat preparation kan.. Ujung2 dh nk tiba time brangkat baru la rase seronok n buat persiapan dihujung2 waktu. Seriusss bahang dan semgt nk prepare time last minit mmg selalu dinanti nantikan.. hahahhaa..
Pengetahun tak seberapa sgt sebabnya takde masa nk study betul2 perjlanan orang yang dah pernah pegi. Apapun rase beruntung juga diberi nafas lagi dalam zaman ledakan information tanpa sepadan.. Segala info dan maklumat hanya dihujung hari, blogger2 yg menjadi medium cetusan utk berkongsi pengalaman menarik sedikit sebanyak membantu orang lain untuk merancang perjalanan percutian atau kehidupan seharian.. Sharing is caring konsep berbelog ni kan.. Sebab dah menggelabah ni saje nk share apa yg aku tau brang yang perlu dan wajib ada semasa travel.
Kali ni travel tak bawak family.. Tapi travel dgn kawan yg selama ni menjadi pencetus utk aku memulakan aktiviti menjelajah ke sane dan ke mari.. kikiki.. Nnti kita bitau sape dia. Dia jugak mastermind dikalangan kawan 2 yg ada minat utk melancong ke oversea. Sangat membantu dlm merancang itinerary dan bajet.. Hal2 lain aku cuba carik juga.. Mane tak sempurna mmg aku refer kt dia.. hehe..
Sape orang tu ye?... jeng jeng jeng.. dialah @anilwanina teman bertepuk tampar time awal2 masuk keje ktkt opis aku skrg ni.Dah deka 20 tahun berkawan even dia dh berpindah ke tempat baru kami still berkawan.. So harap2 kami bole bersefahaman sepanjang tempoh kami berjimba ke sane nanti. Tak bertekak tak best kan mass.. itulah kita dah mcm adik beradik. Mulut jer macam puaka bila berbicara tapi hati banyakkk baikkkk... huhu.
Apa yg aku nk tuliss ni ialah barang2 yang ko tak bole tinggal pun bila travel. Ingat tu.. takde brang2 ni tak bererti la percutian ko. Malah mengundang mimpi ngeri.. ngeeeee~
TUKARAN DUIT NEGARA YANG DIKUNJUNGI
Apa yang aku dh ready??.. Apa yg penting $$$$$$$. Tukaran wang. kKalau melawat negara India mestilah tukar ke India Rupee. Kalau ke Korea mestilah kene tukar kpd wang KRW(Korea Won). Dalam keadaan rate tak menentu..dan adakala RM makin menjunam junam.. (OMG sangat), so ada baiknye tukar awal. Kebetulan aritu aku dating dengan enche shubant ke Mid Valley so terus jer grab rate after diskaun di Mid Valley. Rate dia best in town la menurut blogger2 yg share pengalaman mereka menukar duit.
WON 1000 = RM 3.30
Maka cara mudah untuk mengira bila berada disana :
Contoh: nampak barang/servis berharga KRW20,000. Dan kita nak tau rate dlm RM brape agaknye..
tekan culculator 0.0033 x 20,000
So dapat la rate dlm RM60.
RM0.0033 - rate aku dapat time tukar duit, so guna jer rate tu ye.
PASSPORT & IC
Penting amat.. Kalau bole elakkan dari tertinggal. Kalau after renew ke after buat passport ke simpan terus dalam beg yang selalu berada dengan kita.. Bukan kt tempat lain.. Sumtimes kita ni bila last minit suka bersangka-sangka or agak2.. Owh menda tu dah ada.. Oh nonono. letak kepentingan dia no 1. gantung kt leher pun bole..hahha
BOARDING PASS
JIka dengan pengerbangan Air Asia mmg saya dh biasa.. Tak tau plak dengan penerbangan lain.. Biasanya dalam masa 14 hari sebelum penerbangan baru dibenarkan membuat daftar masuk thru online.. Means sebarang perubahan pada boading pass tu bole dilakukan bila2 masa saje tapi bukan selepas kita dh selesai daftar masuk. Sebab bila dh daftar masuk diasedikan terus boarding pass untuk dicetak/dlm emel or henfon. Time tu nk ubah apa pun tak bole dah..
Perubahan pada booking seperti ubah nama, tarik lahir, pilih seat dalam flight, order meal time flight semua bole bole dibuat selepas pembelian tiket.. So pastikan do properly.
CERMIN MATA/CONTACT LENS
Aku skrg ni dh jadi pengguna tegar kanta lekap. atau dalam bahasa mudah orang kenal dan sebut Contact Lens. Aku mmg rabun.. so sedikit power sebab aku rabun. Cermin mata ni aku dah anak tirikan skrg ni. Bila winter kondisi mata akan menjadi kering secara kerap.. AKu dah fikir apa cara nk bagi kurangkan rase kering tu? Maka pakailah shade yg ko ada tu utk cover biji mata dari terkena angin secara direct..
Dan sentiasalah ada water solution dalam henbeg.
SPRAY AIR UNTUK INSTINJAK
Penting ada sebotol air untuk di refill jika kemana2.. jenis kaki mmbeser jerk mmg patut ada dalam beg berjalan yer..
WET TISSUE/ HAND SANITIZER
Sentiasa menjaga dan awasi kebersihan tangan kita sepanjang brada di negara orang.. Faham2 sajelah zaman sekarang dengan perlbagai wabak yg pelik2 muncul sampai takde ubat yang bole bagi sembuh.. So sangat mohon agar Tuhan melindungi hamba-hambanya yang berkelana utk menjelajah ke tempat orang..
WINTER COAT,FLEECE JACKET & KASUT TUTUP
Wajib membaluti badan.. untuk mengelakkan frost bite. Bahaya bagi badan manusia yang tak bole adapt sejuk sehingga -2 or -5. So hati2 yer.. Balut la tangan tu dengan sarung tangan dan jangan lupa beli shirt warmer or pocket warmer.. Jacket Fleece memanaskan sebab material fleece tu bertindakbalas bagi putaran haba balik utk kita yg berdarah panasss. Sebelum balut jaket pakai la warmer suit. di Uniqlo ada jual..
MAKANAN YANG MEMANASKAN BADAN
Sambal kering, dap dap, coffee wajib. yg lain??. eh meggie kari panas berapii. tu nama pun dah nmpk panassss..
Uolsss... yang dah pioneer ke negara sejuk dah macam balik kampung jer meh share tips n guide do n dont. Apa lagi barang wajib yg lain perlu dibawa bersama time cuaca sejuk.. Komen skit pelisss... ^__^
mekasihhh...
junemrsfiraida
No comments:
Post a Comment